Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Wednesday, December 4, 2013

Doa Qunut Nazilah



Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.
Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.
Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi
dengan cubaan-cubaan seperti ini.
Bacaan Qunut Nazilah di zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam
Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabatsahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
                                                                                                                                          -Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

Tatacara Bacaan Qunut Nazilah
1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala
Maksudnya: Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata : "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".

Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu `anhu meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang.
Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.
2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku
berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya selepas rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum mushrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W (mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.


Soalan Berkenaan Sifat 20 Allah



Oleh Al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis 

Soalan : 

1. Allah bersifat dengan sifat kesempurnaan dan sifat2 Allah tidak terhad. Kenapa 20 je kita belajar? 

2. Imam Syafie, Imam Malik dan lain2 ulama salaf tidak belajar pun sifat 20 jadi bagaimana aqidah mereka? Adakah mereka sesat?

3. Datang dari mana sifat 20 ni?

4. Apakah aqidah golongan salaf sebelum kedatangan Asyairah dan maturidi? Apakah cara kaedah pembelajran aqidah mereka?

Jawapan :

1) 20 atau 13 sifat tidak merujuk kepada keseluruhan sifat-sifat Allah SWT tetapi sebahagian sahaja daripada sifat-sifat zat Allah SWT yang berasaskan dalil-dalil qat'ie (muktamad).

2) Ilmu sifat 20 bukanlah satu-satunya aqidah Islam, tetapi ianya adalah pendekatan atau kaedah pembelajaran aqidah yang dikembangkan setelah zaman mereka (Imam al-Syafi'e dan Imam Malik), bersesuaian dengan keperluan semasa, lalu diterima oleh majoriti ulama' Islam. Selagimana aqidah seseorang bersesuaian dengan aqidah Rasulullah SAW, maka tidaklah sesat.

3) Ilmu sifat 20 berkembang dalam perkembangan ilmu kalam terutamanya setelah manhaj Al-Ash'ari dan manhaj al-Maturidi mula diselaraskan. Ia berkembang mengikut zaman dan cabaran yang dihadapi pada zaman tersebut juga.

4) Dari sudut intipati aqidah, tidak ada beza antara aqidah salaf dengan aqidah al-ASh'ari dan al-Maturidi. Perbezaan adalah pada pendekatan dan metodologi pembelajaran dan perincian hujah2 aqidah...



rujukan : http://rajamukhlis.blogspot.com

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More