Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar pembaca-pembaca sekelian? Harap berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya berkat bulan Ramadhan ini. Hari ini aku nak share dengan korang tentang maklumat berkaitan bateri kereta. Ini adalah maklumat yg aku dapat dari membaca forum-forum automotif dan website yang berkaitan mengikut kefahaman aku. Jika ada kesilapan mohon perbetulkan. Maklumat ini sesuai bagi sesiapa yang ingin menambahkan pengetahuan tentang bateri kereta.
Maintenance Free Batteries. Source: Google image |
Kepada bakal pembeli, anda perlu tahu terdapat 2 jenis bateri dipasaran iaituMaintenance Free Batteries (MF) dan Non- Maintenance Free Batteries (NMF). Fungsinya kedua-dua bateri adalah sama iaitu nak menghidupkan engine kenderaan anda. Biasanya 12 V. Sejumlah arus elektrik yang besar diperlukan untuk menghidupkan kereta. Apabila engine dah hidup, tugas membekalkan tenaga elektrik akan diserahkan kepada alternator sambil bateri tersebut akan charging semula kepada keadaan asal.
Source: Google image |
Perbezaan utama antara kedua-dua bateri yang acap kali diperbincangkan hanyalah pada harga, maintenance, dan jangka hayat bateri. Dari faktor harga MF adalah lebih mahal sekitar RM 30-RM50 berbanding NMF. Harga bateri pula bergantung kepada saiz bateri dan jenama bateri itu sendiri. Sebagai contoh harga bateri DIN55 Century MF adalah sekitar RM240 (online price). Mahalkan bateri kereta? tp bateri ini la yang aku nk guna nnti. Hehe..(^_^).
Source: Google image |
Mungkin pembaca juga pernah terfikir, bagaimanakah system bateri MF ini? Serupa dengan bateri sel keringkah seperti bateri AAA tu sampai x perlu tambah air bateri? =)
Source: Google image |
Sebenarnya bateri MF ini pn sama juga bentuk dan sifat dengan NMF yang perlu diisi air bateri tu. Cuma bagi MF, bateri ini telah di ‘SEAL’ agar kadar penyejatan air bateri dapat dikurangkan/dilambatkan berbanding NMF. Sebab itulah bateri NMF perlu dijaga paras air baterinya agar tidak kering lalu dapat merosakkan bateri. Bateri MF ini amat sesuai bagi sesiapa yang kurang arif berkaitan hal-hal automotif macam aku. So, x perlulah nak susah2 topup air bateri. Kadang2 ada risiko tertumpah air bateri dkt tray bateri n kadang sampai terkena body kereta. Bahaya tau boleh karat dan reput body kereta sampai jd mcm ni.
Source: Google image |
Dari aspek jangkahayat, bagi aku adalah subjektif. Jangka hayat bateri bergantung kepada cara penggunaan pengguna itu sendiri. Kalo selalu terlupa tutup lampu, banyak pasang car accessories yang guna electrik, guna HID, guna audio system yang gempak2, short distance travel, alternator x berfungsi dgn baik dan overheating mungkin antara punca bateri x tahan lama. Kalau nk tukar bateri kereta jangan lupa suruh pomen check alternator dgn Multimeter. Hidupkan enjin kenderaan anda terlebih dahulu. Setkan multimeter pada voltan arus terus (DC) dan sambung wayar multimeter pada terminal positif dan negatif bateri kereta (tidak perlu tanggalkan wayar terminal bateri). Bacaan yang sepatutnya diperolehi adalah sekitar 13V hingga 14.5V. Sekiranya bacaan kurang daripada 12.5V, itu menunjukkan alternator anda menghadapi masalah. Dapatkan bantuan mekanik sekiranya perlu.
Bateri biasanya diberi warranty selama 12-18 bulan bergantung kepada manufacturer masing-masing. Tp ada pengguna yang claim pernah guna sampai 3- 4 tahun dan kebanyakannya menggunakan NMF. Diorang ni memang pandai jaga bateri kot. Hehe… On the other side, jangka hayat MF biasanya diantara 1.5 tahun hingga 2.5 tahun je. Kalo dh sampai masa tu spare la Jumper Cable mcm gambar kt bawah ni dalam bonet kereta ye. Kalo emergency nnti bole gak guna. Nk pilih Jumper Cable tngk saiz cable dia dan spec berapa Amp...200A, 400A, 400A dan ada yg sampai 1000A...yg seribu tu untuk lori la kot kn..hehe
Source: Google image |
Ok guys.. untuk tidak menyusahkan diri dan kereta, anda disarankan memilih jenis dan saiz bateri yang compatible dengan bateri anda yang asal a.k.a bateri standard kilang. x salah kalau nk tukar bateri yang bersaiz lebih besar cth: ns60 kepada ns70, tp faktor seperti saiz bateri, dan layout terminal harus diambil perhatian. Semakin besar bateri, semakin besar tenaga yang boleh anda dapat dan saiz yang akan lebih besar kerana terdapat pertambahan plat dalam bateri.
Anda msti juga tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan DIN dan NS? Bateri DIN adalah merujuk kepada bateri spesifikasi Eropah manakala bateri NS merujuk kepada spesifikasi Jepun. Perbezaan utama hanyalah kepada saiz bateri dan layout terminal (A atau B). Untuk menukar bateri DIN kepad NS, anda perlu rujuk saiz bateri yang asal dan jenis layout bateri. Kalo layout dh sama tapi tinggi berbeza nnti sangkut pulakkan. so, table kt bawah nie ada jawapannya. Tengok bateri lama dan compare dengan bateri baru. Mudah kan?..
Rujuk jenis terminal layout anda. Pengguna selalu tersilap pada kedudukan terminal +ve dan -ve bateri asal. Saiz sama tp jika tersilap terminal, power cable x boleh nak sampai dekat +ve terminal sebab pendek. Jaga2 jangan sampai shorting yer. Merana poket nnti.
Anda msti juga tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan DIN dan NS? Bateri DIN adalah merujuk kepada bateri spesifikasi Eropah manakala bateri NS merujuk kepada spesifikasi Jepun. Perbezaan utama hanyalah kepada saiz bateri dan layout terminal (A atau B). Untuk menukar bateri DIN kepad NS, anda perlu rujuk saiz bateri yang asal dan jenis layout bateri. Kalo layout dh sama tapi tinggi berbeza nnti sangkut pulakkan. so, table kt bawah nie ada jawapannya. Tengok bateri lama dan compare dengan bateri baru. Mudah kan?..
Rujuk jenis terminal layout anda. Pengguna selalu tersilap pada kedudukan terminal +ve dan -ve bateri asal. Saiz sama tp jika tersilap terminal, power cable x boleh nak sampai dekat +ve terminal sebab pendek. Jaga2 jangan sampai shorting yer. Merana poket nnti.
0 komen:
Post a Comment