Jika dirujuk pergertian perkataan "SULUK"
didalam kamus ia membawa maksud
SU·LUK
1- Suatu jalan ke arah kesempurnaan batin; tasawuf; tarekat
2 - Pengasingan diri; khalwat;
1- Suatu jalan ke arah kesempurnaan batin; tasawuf; tarekat
2 - Pengasingan diri; khalwat;
Jadi ber·su·luk itu mengasingkan diri dan berkhalwat.
Bersuluk itu adalah rangkuman perbuatan beruzlah dan
berkhalwat dalam istilah ilmu tasawuf dan ia juga dipanggil iktikaf di dalam
ilmu Feqah. Iktikaf itu tertentu di dalam masjid.
Beruzlah itu meninggalkan kampong halaman atau rumah
menuju ke suatu tempat kemudian duduk di tempat itu tidak keluar-keluar 10 hari
10 malam atau 40 hari 40 malam itu dinamakan khalwat, ia juga dipanggil khalwat
fil uzlah manakala khalwat fil jalwat pula kepada si salik itu berjalan dengan
hatinya nampak Allah.
Suatu amalan kaedah secara intensif melakukan zikrullah
bermula dengan berbilang-bilang hinggalah berzikir sampai tidak terbilang
seperti air yang mengalir.Maka mudah dan cepatlah hati sanubari itu menerima
tarqiyah dari Allah, dibukakan hijab dan tutupan hati untuk melangkah dari alam
nasut (alam sifat kemanusiaan) ke alam malakut (alam lakaran) kemudian ke alam
jabarut (alam sifat) seterusnya ke alam lahut (kesedaran sifat ketuhanan). Si
salik seakan dapat memerhatikan melihat Allah dengan Allah , basrahu bi
basrihi... (ungkapan ini hanya sekadar ungkapan bahasa dan bukan ianya begitu
halnya... ini bahasa kesufian.)
Ia suatu bentuk beribadat yang terasing daripada
manusia lain atau orang lain yang bukan dari kalangan jamaah supaya tiada
gangguan ketika bersuluk itu. Suatu cara atau kaedah untuk tabattal ilaihi
tabtiila, memutuskan hubungan dengan yang lain selain dari ingat Allah. Salik
atau orang yang bersuluk itu dipimpin taubat dan zikirnya oleh Guru Mursyid.
Salik melakukan taubat dan berzikir berterusan sepanjang suluk itu berjalan.
Jika duduk seorang diri didalam bilik di rumah itu tidak dipanggil bersuluk
kerana tiada pengawasan guru. Orang yang bersuluk itu akan dikurniakan pelbagai
hikmah dan ilmu laduni sekiranya mereka itu benar-benar ikhlas dan segala
kejadian itu lalui dengan mata kepala samada dengan penglihatan dengan bau atau
rasa. Ketika itu murid tidak boleh mengendalikan dirinya sendiri kecuali ada
bimbingan guru yang faham akan setiap hal yang berlaku kepada murid ketika itu
kerana mengenal Allah itu mesti dengan wasitah. Syeikh atau Guru Mursyid itulah
yang menjadi wasitah yang boleh menyampaikan salik kepada Allah.
Ahli-Ahli Sufi sepakat mengatakan bahawa jikalau hendak
menemui Allah mestilah melalui jalan fana' dan jalan fana' itu didapati melalui
cara bersuluk.
Imam Ghazali menerangkan mengenai Ilmu Suluk ini dengan
katanya sangat jauh perbezaan antara mengetahui makna sihat atau kenyang dengan
mengalamai sendiri makna sihat dan kenyang itu. Beliau menerangkanya dalam
sebuah kitab karangannya diberi nama Suluk as-Sultanah.
Kita pergi menunaikan haji dengan tubuh yang zahir
menziarahi Kaabah manakala bersuluk pula pergi menemui Tuan Yang Empunya Kaabah
secara rohaniah. Salik akan berzikir dengan zikir Ismu Dzat (nama bagi Dzat)
yakni zikir yang membolehkan salik itu mendapat tarikan (jazbah) kepada Allah.
Apabila salik telah mendapat tarikan yang kuat kepada Allah , si salik ini akan
dapat mengotakan kata-kata yang pernah manusia ucapkan suatu ketika dahulu di
alam roh iaitu " alastu birobbikum ; qooluu balaa syahidna "- Al
A'raf ayat 172.
Bayi yang baru lahir ke dunia akan menanggis sedih
kerana berenggang dengan Allah dan apabila seseorang itu bersuluk dan sampai ke
peringkat makrifatullah, seakan ibarat berkata; 'sekian lama hati engkau tidak
memandang... silakan... masuklah engkau dengan musyahadah... "Ya
aiyatuhannafsul muttmainnah irjie... irjie... ila
robbikiriroodhiatammardhiah."
Hati itu tempat mukim simpanan iman, wadah berbagai
rahsia ghaib dan juga punca terpancarnya berbagai nur. Hati itu perlu digilap
perlu dihidupkan agar tidak ia menjadi zulmat gelap, keras, beku dan tidak
telus. Cara mengasuhnya adalah dengan berzikrullah secara khusus dan istiqamah.
Zikrullah dan khalwat ini adalah sunnah Nabi yang paling
awal sejak di Gua Hira' lagi.
Nabi Muhammad S.A.W juga telah pergi berkhalwat di Jabal Thur bahkan Nabi Musa a.s juga berkhalwat di Bukit Tursina seperti Firman Allah : “ dan telah Kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), Maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam.. ".Surah al-A’raaf ayat 142.
Nabi Muhammad S.A.W juga telah pergi berkhalwat di Jabal Thur bahkan Nabi Musa a.s juga berkhalwat di Bukit Tursina seperti Firman Allah : “ dan telah Kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), Maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam.. ".Surah al-A’raaf ayat 142.
Sabda Nabi S.A.W :
“ Wajiblah atas engkau sentiasa berzikrullah di tempat-tempat yang sunyi “
“ Wajiblah atas engkau sentiasa berzikrullah di tempat-tempat yang sunyi “
“Orang yang ikhlas kepada Allah selama 40 hari akan
timbul sumber hikmah dari hatinya pada lisannya.”
“Barangsiapa menambatkan akan dirinya satu malam pada
jalan Allah adalah satu malam itu baginya seperti seribu malam solat dan puasa
“
HR Ibn Majah dan Usman.
HR Ibn Majah dan Usman.
“Haqiqun bilmar’i inyyakuunalahu majaalisu yakhluu
fiihaa wayazkuruu zunuubahu fayastaqfirullaha minha – sebenar-benar bagi
seseorang itu mempunyai tempat duduk untuk ia berkhalwat didalamnya dan
mengingati dosa-dosanya dan ia meminta ampun kepada Allah terhadap
dosa-dosanya“
Darjat atau peringkat ihsan itu menurut Imam Ghazali
tidak dapat dicapai dengan cara ta’alim atau mendengar kecuali dengan cara
merasa atau dzauq. Bagi mencapai dzauq yang cepat perlulah mengikuti jalan
bersuluk. (Ihya’ Ulumuddin)
Dari ‘Aisyah r.h., dia berkata, “ Adalah Nabi SAW
melaksanakan iktikaf dalam sepuluh hari akhir Ramadhan, lalu saya buatkan
kelambu untuk beliau, lalu Rasulullah solat Subuh, kemudian memasukinya.
H.R. Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah.
H.R. Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah.
Penggunaan kelambu bagi golongan ahli Tariqat itu
ibarat memandang mereka itu seolah-olah berada dalam kuburan atau liang lahat.
Tempat-tempat untuk bersuluk itu ada berbagai ada yang
di surau ada yang dibuat di rumah Syeikh atau Guru jika murid yang bersuluk itu
tidak ramai. Kalau dulunya Nabi Rasullullah beriktikaf di Gua Hira’ dan zaman
sekarang ibadat itu kebanyakannya dibuat di surau khas atau lazimnya dipanggil
rumah suluk.
Bersuluk itu bukan bertapa atau ilmu pertapaan. Suluk
itu dipimpin oleh Guru Mursyid yang menyampaikan murid atau si salik itu kepada
Allah, zikirnya dipimpin, taubatnya dipimpin sedangkan bertapa atau ilmu
pertapaan itu seorang diri sahaja untuk beroleh kegagahan kesaktian.
Didalam bersuluk solat jamaah adalah wajib bagi murid
yang bersuluk yang jika dihitung selama 10 hari 10 malam, mereka akan solat
jemaah selama 50 waktu.
Suluk selalunya bermula pada hari Isnin atau Khamis dan
berlangsung selama 10 hari 10 malam dan ada juga yang melakukannya selama 40
hari 40 malam. Perubahan zaman dan gaya hidup kini berbeza dengan kekangan masa
dan kesibukan berkerja mencari rezeki membuatkan kebanyakan para Guru Mursyid
Suluk mengadakannya untuk tempoh pendek sahaja.
Nabi S.A.W bersabda, "Bahawa amalan hamba
dibentang pada hari Isnin dan hari Khamis"
Hujjatullah al Balighah- Syah Waliyullah ad-Dahlavi.
Hujjatullah al Balighah- Syah Waliyullah ad-Dahlavi.
Sabda Baginda lagi, "Penghulu hari di sisi Allah
adalah hari Jumaat, lagi besar dari Hari Raya Haji dan Hari Raya Fitri. Padanya
5 macam. Pertama: menjadikan Allah Nabi Adam. Kedua: diusirnya dari syurga ke
bumi. Ketiga: dia diwafatkan. Keempat: tak adalah hamba Allah yang meminta pada
hari itu akan diberi Allah selama ia tidak memperbuat dosa atau memutuskan
saliturrahim. Kelima: padanya berdiri hari Kiamat. Dan tak adalah dari malaikat
yang hampir dan tidak pula langit dan angin dan bukit dan batu melainkan
semuanya sayang pada hari Jumaat "
HR as-Syafie
HR as-Syafie
Maka jamaah akan mula bersuluk pada petang Isnin atau
Khamis untuk menanamkan bibit-bibit zikrullah dalam hati sanubari.
Kaedah bersuluk itu ialah duduk berzikir siang malam
berterus-terusan... Firman Allah; ”....dan orang-orang lelaki yang menyebut
nama Allah banyak-banyak serta orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak,
Allah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar“ Surah
al-Ahzab : 35.
Berzikir... bertaubat... berzikir... bertaubat...
berzikir... insyaAllah dikurniakan warid dan tarqiyah kepada murid itu dalam
bentuk pandangan atau rasa atau bau atau seumpamanya.
Barulah ketika itu hal keadaan murid itu faham akan
kalam "Ya... aiyatuhannafsul muttmainnah”. Dengan RASA seperti baru
dilahirkan semula. RASA Allah itu ada bukan setakat tahu Allah itu ada sahaja.
Maka cairlah hati waktu itu dan karam dalam mujahadah zikirullah.
Bersuluk tertakluk kepada adab-adab sebelum suluk, adab
ketika bersuluk dan adab selepas bersuluk. Bersuluk ini seperti suatu jihad
dimana si salik akan meninggalkan segala kelaziman dalam kehidupannya,
ditinggalkan keseronokan yang melalaikan, jika dahulu dia suka berbohong kini
tidak, kelakunya tidak kasar seperti dahulu, akhlaknya semakin baik dan terpuji
hari demi hari. Bukan lagi lakunan kepuraan dan ini bukti suluknya berjaya
merubah keperbadian.
Diantara natijah dari bersuluk itu akan beroleh
- Bertambah keyakinan mereka tentang wujud Allah ,
lebih kenal dan lebih tahu tentangNya.
- Merasai atau melalui pengalaman dzauki dan fana
'fillah, faham apa yang dinamakan makrifat dan tahu faham apa itu baqobillah
dan istilah-istilah seumpamanya.
- Istiqamah dalam solat dan taubat.
- Rasa rendah diri ; tidak lagi mudah menilai orang
lain berdasarkan kepada pakaian atau pangkat.
- Mantap pegangan kepada tauhid uluhiyyah dan
rububiyyah.
- Menyembah Allah yang sudah kenal seperti umpama
bercakap dengan orang yang kita kenal dengan orang yang tidak kita kenal.
- Hatinya benar-benar yakin apa yang wajib diimani.
- Dengan bersuluk dapat sebahgian walaupun tidak
sepenuhnya sifat-sifat orang Ulul Albab.
Wallahua’lam.
0 komen:
Post a Comment