Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Saturday, September 29, 2012

10 Logo Terkenal Dunia Dengan Makna Yang Tersembunyi

Setiap syarikat yang terkenal di dunia rata-ratanya mempunyai logo syarikat yang menarik, ringkas dan mampu menarik perhatian pelanggan..Walaubagaimana pun, logo-logo yang dihasilkan bukan sahaja digunakan untuk mewakili sesebuah syarikat malah dicipta untuk mempunyai makna yang tersembunyi yang tidak mampu dikesan sekiranya dipandang buat kali pertama..Kalau nak tahu apa makna tersebut, meh usha kat bawah ni..

1. Amazon
Anda mungkin tertanya-tanya sebab apa terdapat anak panah dalam logo Amazon yang menghala dari abjad 'A' ke 'Z'. Sebab sebenar bagi kehadiran anak panah tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa semua benda yang dijual dari 'A' ke 'Z' ada di Amazon. Selain itu, anak panah tersebut juga boleh mewakili satu senyuman.

2. Apple
Logo Apple yang menunjukkan sebiji epal yang telah digigit sebenarnya di ambil dari sebiji buah dari "Tree of Knowledge" mengenai kisah Adam dan Hawa dalam kitab Injil.

3. IBM
Garisan putih yang melintasi logo IBM ini menyerlahkan bentuk tanda 'sama', yang membawa mesej "kesaksamaan".

4. Mobil
Logo yang mudah lagi bermakna dari Mobil ini dicipta dari warna merah dan biru. Warna merah di dalamnya menunjukkan 'kekuatan' manakala warna biru menunjukkan kesetiaan dan keselamatan dalam syarikat.

5. FedEx
Logo FedEx walaupun nampak ringkas namun mempunyai makna yang tersembunyi di dalamnya. Jika anda perhatikan dengan teliti huruf 'Ex' di dalam logo tersebut, anda akan mendapati terdapat satu anak panah putih di tengah-tengah abjad 'E' dan 'X' yang menghala ke kanan. Anak panah ini membawa maksud pentingnya dalam menuju masa hadapan.

6. Audi
Empat bulatan dalam logo tersebut membawa kepada maksud 4 syarikat berlainan iaitu DKW, Horch, Wanderer dan Audi yang merupakan sebahagian Konsortium Kesatuan Auto pada 1932.

7. BMW
Logo bulat pada logo BMW yang kelihatan seperti kipas kapal terbang yang sedang bergerak manakala warna putih mewakili udara. Ini kerana BMW merupakan pengeluar enjin untuk kapal terbang tempur Jerman semasa perang dunia Ke-2.

8. Mercedes-Benz
Logo yang mempunyai bintang 3 bucu ini, yang terdapat tempat kosong di antara bucu ini  mewakili air, darat dan udara. Ini bermakna Mercedes dominan ke atas ketiga-tiga elemen ini.

9. Toyota.
Logo syarikat automotif terkenal di Jepun ini mempunyai tiga bulatan elips. Setiap satu bulatan elips ini mewakili hati pelanggan, jantung produk dan jantung kemajuan teknologi serta peluang tanpa had di masa hadapan.

10. Volkswagen
Pengeluar automotif Jerman, Volkswagen mempunyai dua abjad di dalam logo nya iaitu 'V' dan 'W' yang membawa maksud 'Volks' untuk rakyat dan 'Wagen' untuk kereta.

20 Adab Makan & Minum Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Mengikuti sunnah Rasulullah SAW adalah sangat penting bagi setiap muslim. Sunnah yang dapat membentuk keintiman dan keharmonian didalam rumahtagga dan keluarga kita. Insya-allah

1. MEMBASUH TANGAN
Membasuh tangan itu menurut satu pendapat bukanlah merupakan suatu sunnah secara umum. Ini kerana ia bergantung kepada keadaan iaitu jika tangan kotor maka dibasuh dan jika tidak cukup dengan menyapu tangan. Pendapat ini berdasarkan dua hadis yang menyebut:
“Bahawa Rasulullah SAW masuk ke tandas kemudian baginda keluar, maka baginda makan dan baginda tidaklah menyentuh air.” (HR An-Nasaa’i)
Satu lagi hadis menyebut:
“Bahawa Rasulullah SAW apabila baginda ingin tidur, sedangkan baginda berjunub, maka baginda berwudhu’ (seperti wudhu’) untuk solat dan apabila baginda ingin makan maka baginda membasuh kedua tangan baginda (lebih dulu).”

2. MEMBACA BISMILLAH
Nabi SAW bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda: “Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah…” (HR Bukhari dan Muslim)
Ini merupakan satu suruhan yang jelas mengenai membaca Bismillah.

3. BERKUMPUL SEWAKTU MAKAN
Adalah digalakkan berkumpul sewaktu makan menurut cara yang dibenarkan syarak iaitu tiada percampuran antara lelaki perempuan bukan mahram.
Rasulullah SAW bersabda: “Maka hendaklah kamu berkumpul untuk makan makanan kamu dan sebutlah nama Allah agar diberkati kamu padanya.” (HR Abu Daud)

4. MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KANAN
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila salah seorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya dan apabila dia minum, maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR Muslim)

5. MULA MAKAN DI TEPIAN, TIDAK DI TENGAH
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pinggan, akan tetapi hendaklah dia makan makanan daripada bahagian di sebelah bawahnya, kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (ke bawah).” (HR Abu Daud)
6. TIDAK TONGKAT TANGAN
Nabi SAW bersabda kepada seorang lelaki di samping baginda: “Saya tidaklah makan sedangkan saya (di kala itu) bertongkat tangan.” (HR Bukhari)
Juga digalakkan makan di dalam keadaan cara duduk berlutut dan menghulurkan kedua telapak kaki atau mendirikan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri (separuh bertempoh) atau bersila.
Kurang digalakkan makan di atas meja beserta duduk di atas kerusi kerana duduknya selesa dan tempoh makannya menjadi lama.
7. TIDAK MENCELA MAKANAN
Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan:
“Tiadalah sekali-kali Nabi SAW mengaibkan makanan (yang terhidang). Jika baginda berselera, baginda memakannya, dan jika baginda tidak ingin, baginda meninggalkannya.” (HR Bukhari)
8. BERCAKAP MENGENAI KEBAIKAN MAKANAN
Semasa makan, para Ulama’ menggalakkan untuk bercakap mengenai kebaikan makanan. Akan tetapi ia tidak bermaksud bercakap di ketika makanan berada di dalam mulut.
9. MAKAN SUAPAN YANG TERJATUH
Jaabir b. Abdullah r.a. memberitakan Rasulullah SAW telah bersabda:
“Apabila suapan seseorang kamu terjatuh maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia membuang kemudharatan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah dia meninggalkannya kepada syaitan (secara membazir).” (HR Muslim)

10. TIDAK BERNAFAS DALAM BEKAS MINUMAN
Ibnu Abbas r.a. memberitakan: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang bernafas dalam bekas minuman atau menghembuskan ke dalamnya.” (HR At-Tirmidzi)

11. TIDAK MAKAN BANYAK
Nabi SAW bersabda:
“Orang mukmin itu makan menggunakan sebuah perut sedangkan orang kafir itu makan menggunakan tujuh buah perut.” (HR Bukhari)

12. LARANGAN MAKAN SAMBIL MENIARAP
Saalim meriwayatkan daripada sumber bapanya:
“Bahawa Nabi SAW melarang seorang lelaki makan sedang dia duduk meniarap.” (HR Ibnu Maajah)
13. UCAPAN PENJAMU: “MAKANLAH!”
Terdapat satu hadis yang dihujungnya berbunyi:
“… Maka sentiasalah baginda SAW bersabda, “Sila minum!” (HR Bukhari)
Oleh itu sangatlah dituntut kepada para penjamu makanan agar mengucapkan kata seperti itu kepada orang-orang yang hendak makan.

14. MENJILAT PINGGAN DAN JARI
Rasulullah SAW menyuruh umatnya menjilat jari dan pinggan sesudah makan. Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan.” (HR Muslim)
Di dalam hadis lain menyebut:
“Apabila salah seorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia menyapu tangannya (dengan sapu tangan) sehingga dia menjilatnya atau makanan itu dijilatkan.” (HR Bukhari)
15. LARANGAN BANGUN SEHINGGA HIDANGAN DIANGKAT
Hadis menyebut:
“Apabila telah dihidangkan suatu hidangan, maka janganlah seseorang bangun sehingga diangkatkan hidangan; dan janganlah dia mengangkatkan tangannya (berhenti makan) sekalipun dia sudah kenyang sehinggalah kumpulan (bersamanya) selesai makan; dan hendaklah dia menunggu kumpulan itu; kerana sungguhnya seorang lelaki itu akan merasa malu duduk (lagi), maka dia akan berhenti makan; dan barangkali dia masih perlu untuk makan.” (HR Ibnu Majah)

16. MEMUJI ALLAH SWT DAN MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH SELEPAS MAKAN
Terdapat beberapa doa selepas makan yang telah diajarkan oleh Nabi SAW. Kita juga turut digalakkan untuk mendoakan untuk penjamu kita (yang menjamu hidangan kepada kita).
17. MEMBASUH TANGAN SESUDAH MAKAN
Nabi SAW bersabda: “Siapa tidur sedangkan di tangannya terdapat daging busuk dan dia tidak membasuhnya; tiba-tiba dia dikenai sesuatu, maka janganlah dia mencela melainkan ke atas dirinya (sendiri).” (HR Abu Daud dan Tirmidzi)
Orang yang tidak membasuh tangan sesudah makan akan menyebabkan tangannya kotor dan ini berkemungkinan akan menyebabkan kemudaratan seperti serangga atau binatang tertarik dengan sisa atau bau makanan di tangannya.
18. MENDAHULUKAN ORANG SEBELAH KANAN
Hadis menyebut: “Pernah dibawakan susu yang telah dicampur air kepada Nabi SAW; sedang di sebelah kanan baginda ada seorang Arab desa dan di sebelah kiri baginda terdapat Abu Bakar, maka lalu baginda minum, kemudian baginda memberikannya kepada orang Arab desa sambil baginda bersabda: “Hendaklah (disambung) kepada orang yang di sebelah kanan, kemudian orang yang di sebelah kanan.”” (HR Bukhari dan Muslim)
19. PEMBERI MINUM, MINUM YANG TERAKHIR
Dalam hadis sumber dari Abu Qataadah yang panjang, Nabi SAW bersabda: “…Sesungguhnya pemberi minum kepada suatu kaum itu, dialah peminum yang terakhir.” (HR Muslim)

20. LARANGAN MAKAN DAN MINUM DALAM BEKAS EMAS DAN PERAK
Hadis menyebut: “Siapa minum dalam bekas daripada emas atau perak, maka sesungguhnya akan menggelegak dalam perutnya (bakaran) api neraka.” (HR Muslim)
Ilmuan Islam sependapat tentang keharaman makan menggunakan bekas emas dan perak sama ada bagi lelaki ataupun perempuan.
Wallahu a’lam

Google Enggan Padam Video Menghina Rasulullah- Innocence of Muslims



Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.

Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.

 Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara.

Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna Youtube boleh melaporkan kandungan tidak senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan pemerhati syarikat itu di seluruh dunia.

Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil dan video tersebut telah ditonton lebih 122,000 pengguna.

Sementara itu, Ketua Pengarah di Kementerian Komunikasi di Afghanistan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menyekat akses video yang mempersendakan sifat Rasulullah tersebut.

“Tindakan itu diambil selepas Presiden Hamid Karzai mengutuk filem tersebut yang dianggap biadab dan menghina Islam. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tunjuk perasaan ganas merebak ke negara ini,” kata Aimal Marjan.

Afghanistan menjadi negara pertama menyekat akses video itu kerana khuatir insiden protes ganas awal tahun lalu akan berulang. Februari lalu, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas sebagai membantah tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran di penjara Bagram, utara Kabul.


Wednesday, September 12, 2012

Nurul Syuhada Nurul Ain Akui Silap dan Minta Maaf


Sebelun ini Nurul Syuhada Nurul Ain, Pengacara TV3 melukakan hati penduduk Bintulu kerana mengatakan Bintulu ketika membuat liputan di Bintulu sempena Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos yang lalu. Penduduk Bintulu yang tidak berpuas hati telah menggunakan saluran Facebook dan Twitter meminta agar Nurul Syuhada memohon maaf.
Nurul Syuhada telah pun meminta maafnya kepada sesiapa yang terasa atas kekhilafannya itu melalui akaun twitternya. Betullah, mungkin tersilap. Nurul Syuhada turut membuat penjelasan menerusi Facebooknya.
Diharap dengan penjelasan panjang lebar dan permohonan maaf daripada Nurul Syuhada ini, isu ini reda. Semoga tiada lagi insiden sebegini yang akan berlaku di masa hadapan. Semoga Nurul Syuhada juga lebih berhati-hati selepas ini.
 
sumber : SiniKini.com

Monday, September 10, 2012

Hina Rasulullah: Mc Donald Tarik Balik Power Rangers


Syarikat makanan segera Mc Donald Arab Saudi menarik mainan Power Rangers yang diberikan percuma bersama pakej menu Happy Meal yang dijual di negara tersebut. Keputusan itu diambil untuk mengelakkan salah paham akibat munculnya protes dari pelbagai kalangan atas mainan yang dianggap menodai Nabi Muhammad SAW.
Lafaz nama Nabi Muhammad SAW (dalam bahasa Arab) tampak jelas terlihat di dasar mainan tempat pijakan kaki Power Rangers. Ketika dimainkan, maka sambil berputar kaki tokoh super hero itu akan mengenai nama Nabi Muhammad SAW. Sehingga terkesan nama Nabi Muhammad SAW diinjak oleh tokoh super hero tersebut.
Hal ini mencetuskan protes keras dari beberapa pelanggan di Arab Saudi yang jeli melihatnya. Mainan itu dibahagikan secara percuma bersama pakej Happy Meal yang dijual untuk pelanggan-pelanggan kanak-kanak-kanak-kanak dengan harga 12 Riyal. Syarikat cepat saji itu membahagikan mainan tersebut di tengah gencarnya pelbagai aksi kempen masyarakat Arab saudi seperti “Dukung Nabi-mu” dan “Bersama Kita Membela Nabi”, untuk membela kehormatan Rasulullah dari serangan dan hujatan yang sengaja dilancarkan oleh kumpulan tertentu.
 
Sumber: http://www.republika.co.id

Monday, September 3, 2012

Apa itu Website, Domain & Web Hosting?


Soalan: apa itu Website, Domain dan Webhosting?
Saya rasa anda sudah dapat bayangan jawapannya dengan hanya melihat gambar rajah di atas ini.
Kalau kita ingin membina dan memiliki sebuah laman web. Kita tidak akan lari dari 3 kompenen asas iaitu: WebsiteDomain dan Webhosting.
1. Website (Rumah)
Kita boleh menganggap website itu adalah seperti rumah kita. Untuk membina rumah, kita perlukan, simen, batu-bata, papan, paku, syiling dan sebagainya.
Samalah halnya dengan membina website, untuk membina website, kita memerlukan perisian pembangunan web seperti Dreamweaver, Frontpage dan lain-lain. Website kita pula boleh berbentuk html, php,asp dan sebagainya.
2. Domain (Alamat Rumah)
Domain boleh dianggap seperti alamat rumah. Domain ini anda boleh beli daripada mana-mana syarikat domain secara online. Domain ini biasanya anda boleh dapati dengan harga dalam RM35 sehingga RM150 setahun. Domain ini adalah sangat penting untuk orang dapat melayari laman web anda. Jika anda tidak mempunyai domain seperti anda membina rumah tanpa alamat. Tiada siapa akan datang atau sampai ke rumah anda.
3. Webhosting (Tapak Rumah)
Webhosting boleh dianggap sebagai tanah/tapak  rumah anda. Tanpa tanah, anda tidak boleh membina rumah. Oleh itu, anda mesti mempunyai webhosting jika anda ingin memiliki sebuah website. Webhosting ini sebenarnya adalah merupakan sebuah komputer yang mempunyai sambungan internet 24 jam dan orang ramai boleh akses kepadanya. Oleh itu, anda perlulah meletakkan website anda di webhosting untuk orang ramai melayarinya.
BayangkanWebsite = Rumah / Kedai …
Domain = Alamat Rumah / Alamat Kedai …
Webhosting = Tapak Rumah/ Tapak Kedai …

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More