Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Saturday, February 16, 2013

Gambar Tentera Asing Ceroboh Lahad Datu Sabah


tentera ceroboh sabah

Gambar tentera asing dipercayai warga Filipina ceroboh Lahad Datu Sabah. Berita terkini, pihak berkuasa keselamatan berjaya mengesan sekumpulan lelaki warga asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh masuk ke Lahad Datu, Sabah. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar malam tadi berkata kumpulan tersebut menceroboh masuk kelmarin disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.

Keadaan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang menurut Ketua Polis Negara. Sementara itu, tinjauan mendapati anggota polis melakukan sekatan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Tungku di kawasan Kampung Bakapit sejak Selasa lalu. Beberapa anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) juga dilihat berada di kawasan Bandar Cenderawasih di Felda Sahabat 7 untuk melakukan kawalan keselamatan

Tuntutan Lelaki Bersenjata Filipina Di Lahad Datu Sabah  Sumber: Tuntutan Lelaki Bersenjata Filipina Di Lahad Datu Sabah 

Pada ketika ini, seluruh bahagian lahad datu termasuk kawasan Felda kini dijaga oleh Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan polis Sabah. Tahniah diucapkan kepada ATM dan polis Malaysia yang turun padang untuk mengawal tindakan lelaki bersenjata tersebut. Penduduk di Sabah khususnya tidak perlu bimbang namun perlu ambil langkah berwaspada.

Sekatan Jalan Giat Dilakukan
lahad datu

Tuntutan Lelaki Bersenjata Filipina Di Sabah

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina

Beliau berkata, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta dua tuntutan iaitu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan rakyat Sabah berketurunan Sulu tidak dihantar pulang ke negara asal.

Rundingan kini sedang dijalankan agar pihak tentera kesultanan sulu itu keluar dari Malaysia secara aman. Perdana Menteri memilih untuk membuat rundingan secara aman walaupun kekuatan tentera kita adalah lebih kuat berbanding 100 orang tentera Filipina.

Punca Pencerobohan Tentera Filipina Di Lahad Datu Sabah

Berikut adalah punca sebenar pencerobohan tentera Filipina Di Lahad Datu Sabah. Ada juga yang anggap kumpulan itu adalah Abu Sayyaf. Berdasarkan laporan media rasmi, satu kumpulan ini mendakwa mahu mengembalikan semula tuntutan Filipina ke atas Sabah. Untuk info terkini, kumpulan bersenjata ala tentera itu mendakwa mereka adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Menurut laporan, kumpulan lelaki bersenjata terbabit yang menaiki beberapa bot kecil telah mendarat di Lahad Datu, Selasa lalu dan kini sedang berdepan secara ketenteraan dengan pasukan keselamatan negara.

Laporan mengatakan bahawa kesemua lelaki berkenaan adalah warga Filipina, namun ia belum dapat disahkan secara rasmi. Sumber berkenaan yang ditanya jika beliau pernah mendengar nama pasukan tentera seperti itu sebelum ini sebaliknya berkata, matlamat kumpulan itu adalah untuk menjadikan Sabah sebahagian daripada Kesultanan Sulu.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila berkata, mereka masih tidak dapat mengesahkan jika 100 lelaki yang kini di Malaysia memang rakyat Filipina.

Menurut jurucakap hal ehwal luar, Raul Hernandez, Filipina menjalankan siasatan sendiri dalam kejadian itu. Terdahulu, terdapat juga laporan bahawa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan adalah ahli kumpulan Abu Sayyaf yang berpusat di Sulu.


0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More