Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Sunday, June 15, 2014

Suluk dan Bersuluk




Jika dirujuk pergertian perkataan "SULUK" didalam kamus ia membawa maksud
SU·LUK
1- Suatu jalan ke arah kesempurnaan batin; tasawuf; tarekat
2 - Pengasingan diri; khalwat;
Jadi ber·su·luk itu mengasingkan diri dan berkhalwat.
Bersuluk itu adalah rangkuman perbuatan beruzlah dan berkhalwat dalam istilah ilmu tasawuf dan ia juga dipanggil iktikaf di dalam ilmu Feqah. Iktikaf itu tertentu di dalam masjid.
Beruzlah itu meninggalkan kampong halaman atau rumah menuju ke suatu tempat kemudian duduk di tempat itu tidak keluar-keluar 10 hari 10 malam atau 40 hari 40 malam itu dinamakan khalwat, ia juga dipanggil khalwat fil uzlah manakala khalwat fil jalwat pula kepada si salik itu berjalan dengan hatinya nampak Allah.
Suatu amalan kaedah secara intensif melakukan zikrullah bermula dengan berbilang-bilang hinggalah berzikir sampai tidak terbilang seperti air yang mengalir.Maka mudah dan cepatlah hati sanubari itu menerima tarqiyah dari Allah, dibukakan hijab dan tutupan hati untuk melangkah dari alam nasut (alam sifat kemanusiaan) ke alam malakut (alam lakaran) kemudian ke alam jabarut (alam sifat) seterusnya ke alam lahut (kesedaran sifat ketuhanan). Si salik seakan dapat memerhatikan melihat Allah dengan Allah , basrahu bi basrihi... (ungkapan ini hanya sekadar ungkapan bahasa dan bukan ianya begitu halnya... ini bahasa kesufian.)
Ia suatu bentuk beribadat yang terasing daripada manusia lain atau orang lain yang bukan dari kalangan jamaah supaya tiada gangguan ketika bersuluk itu. Suatu cara atau kaedah untuk tabattal ilaihi tabtiila, memutuskan hubungan dengan yang lain selain dari ingat Allah. Salik atau orang yang bersuluk itu dipimpin taubat dan zikirnya oleh Guru Mursyid. Salik melakukan taubat dan berzikir berterusan sepanjang suluk itu berjalan. Jika duduk seorang diri didalam bilik di rumah itu tidak dipanggil bersuluk kerana tiada pengawasan guru. Orang yang bersuluk itu akan dikurniakan pelbagai hikmah dan ilmu laduni sekiranya mereka itu benar-benar ikhlas dan segala kejadian itu lalui dengan mata kepala samada dengan penglihatan dengan bau atau rasa. Ketika itu murid tidak boleh mengendalikan dirinya sendiri kecuali ada bimbingan guru yang faham akan setiap hal yang berlaku kepada murid ketika itu kerana mengenal Allah itu mesti dengan wasitah. Syeikh atau Guru Mursyid itulah yang menjadi wasitah yang boleh menyampaikan salik kepada Allah.
Ahli-Ahli Sufi sepakat mengatakan bahawa jikalau hendak menemui Allah mestilah melalui jalan fana' dan jalan fana' itu didapati melalui cara bersuluk.
Imam Ghazali menerangkan mengenai Ilmu Suluk ini dengan katanya sangat jauh perbezaan antara mengetahui makna sihat atau kenyang dengan mengalamai sendiri makna sihat dan kenyang itu. Beliau menerangkanya dalam sebuah kitab karangannya diberi nama Suluk as-Sultanah.
Kita pergi menunaikan haji dengan tubuh yang zahir menziarahi Kaabah manakala bersuluk pula pergi menemui Tuan Yang Empunya Kaabah secara rohaniah. Salik akan berzikir dengan zikir Ismu Dzat (nama bagi Dzat) yakni zikir yang membolehkan salik itu mendapat tarikan (jazbah) kepada Allah. Apabila salik telah mendapat tarikan yang kuat kepada Allah , si salik ini akan dapat mengotakan kata-kata yang pernah manusia ucapkan suatu ketika dahulu di alam roh iaitu " alastu birobbikum ; qooluu balaa syahidna "- Al A'raf ayat 172.
Bayi yang baru lahir ke dunia akan menanggis sedih kerana berenggang dengan Allah dan apabila seseorang itu bersuluk dan sampai ke peringkat makrifatullah, seakan ibarat berkata; 'sekian lama hati engkau tidak memandang... silakan... masuklah engkau dengan musyahadah... "Ya aiyatuhannafsul muttmainnah irjie... irjie... ila robbikiriroodhiatammardhiah."
Hati itu tempat mukim simpanan iman, wadah berbagai rahsia ghaib dan juga punca terpancarnya berbagai nur. Hati itu perlu digilap perlu dihidupkan agar tidak ia menjadi zulmat gelap, keras, beku dan tidak telus. Cara mengasuhnya adalah dengan berzikrullah secara khusus dan istiqamah.
Zikrullah dan khalwat ini adalah sunnah Nabi yang paling awal sejak di Gua Hira' lagi.
Nabi Muhammad S.A.W juga telah pergi berkhalwat di Jabal Thur bahkan Nabi Musa a.s juga berkhalwat di Bukit Tursina seperti Firman Allah : “ dan telah Kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), Maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam.. ".Surah al-A’raaf ayat 142.
Sabda Nabi S.A.W :
“ Wajiblah atas engkau sentiasa berzikrullah di tempat-tempat yang sunyi “
“Orang yang ikhlas kepada Allah selama 40 hari akan timbul sumber hikmah dari hatinya pada lisannya.”
“Barangsiapa menambatkan akan dirinya satu malam pada jalan Allah adalah satu malam itu baginya seperti seribu malam solat dan puasa “
HR Ibn Majah dan Usman.
“Haqiqun bilmar’i inyyakuunalahu majaalisu yakhluu fiihaa wayazkuruu zunuubahu fayastaqfirullaha minha – sebenar-benar bagi seseorang itu mempunyai tempat duduk untuk ia berkhalwat didalamnya dan mengingati dosa-dosanya dan ia meminta ampun kepada Allah terhadap dosa-dosanya“
Darjat atau peringkat ihsan itu menurut Imam Ghazali tidak dapat dicapai dengan cara ta’alim atau mendengar kecuali dengan cara merasa atau dzauq. Bagi mencapai dzauq yang cepat perlulah mengikuti jalan bersuluk. (Ihya’ Ulumuddin)
Dari ‘Aisyah r.h., dia berkata, “ Adalah Nabi SAW melaksanakan iktikaf dalam sepuluh hari akhir Ramadhan, lalu saya buatkan kelambu untuk beliau, lalu Rasulullah solat Subuh, kemudian memasukinya.
H.R. Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah.
Penggunaan kelambu bagi golongan ahli Tariqat itu ibarat memandang mereka itu seolah-olah berada dalam kuburan atau liang lahat.
Tempat-tempat untuk bersuluk itu ada berbagai ada yang di surau ada yang dibuat di rumah Syeikh atau Guru jika murid yang bersuluk itu tidak ramai. Kalau dulunya Nabi Rasullullah beriktikaf di Gua Hira’ dan zaman sekarang ibadat itu kebanyakannya dibuat di surau khas atau lazimnya dipanggil rumah suluk.
Bersuluk itu bukan bertapa atau ilmu pertapaan. Suluk itu dipimpin oleh Guru Mursyid yang menyampaikan murid atau si salik itu kepada Allah, zikirnya dipimpin, taubatnya dipimpin sedangkan bertapa atau ilmu pertapaan itu seorang diri sahaja untuk beroleh kegagahan kesaktian.
Didalam bersuluk solat jamaah adalah wajib bagi murid yang bersuluk yang jika dihitung selama 10 hari 10 malam, mereka akan solat jemaah selama 50 waktu.
Suluk selalunya bermula pada hari Isnin atau Khamis dan berlangsung selama 10 hari 10 malam dan ada juga yang melakukannya selama 40 hari 40 malam. Perubahan zaman dan gaya hidup kini berbeza dengan kekangan masa dan kesibukan berkerja mencari rezeki membuatkan kebanyakan para Guru Mursyid Suluk mengadakannya untuk tempoh pendek sahaja.
Nabi S.A.W bersabda, "Bahawa amalan hamba dibentang pada hari Isnin dan hari Khamis"
Hujjatullah al Balighah- Syah Waliyullah ad-Dahlavi.
Sabda Baginda lagi, "Penghulu hari di sisi Allah adalah hari Jumaat, lagi besar dari Hari Raya Haji dan Hari Raya Fitri. Padanya 5 macam. Pertama: menjadikan Allah Nabi Adam. Kedua: diusirnya dari syurga ke bumi. Ketiga: dia diwafatkan. Keempat: tak adalah hamba Allah yang meminta pada hari itu akan diberi Allah selama ia tidak memperbuat dosa atau memutuskan saliturrahim. Kelima: padanya berdiri hari Kiamat. Dan tak adalah dari malaikat yang hampir dan tidak pula langit dan angin dan bukit dan batu melainkan semuanya sayang pada hari Jumaat "
HR as-Syafie
Maka jamaah akan mula bersuluk pada petang Isnin atau Khamis untuk menanamkan bibit-bibit zikrullah dalam hati sanubari.
Kaedah bersuluk itu ialah duduk berzikir siang malam berterus-terusan... Firman Allah; ”....dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar“ Surah al-Ahzab : 35.
Berzikir... bertaubat... berzikir... bertaubat... berzikir... insyaAllah dikurniakan warid dan tarqiyah kepada murid itu dalam bentuk pandangan atau rasa atau bau atau seumpamanya.
Barulah ketika itu hal keadaan murid itu faham akan kalam "Ya... aiyatuhannafsul muttmainnah”. Dengan RASA seperti baru dilahirkan semula. RASA Allah itu ada bukan setakat tahu Allah itu ada sahaja. Maka cairlah hati waktu itu dan karam dalam mujahadah zikirullah.
Bersuluk tertakluk kepada adab-adab sebelum suluk, adab ketika bersuluk dan adab selepas bersuluk. Bersuluk ini seperti suatu jihad dimana si salik akan meninggalkan segala kelaziman dalam kehidupannya, ditinggalkan keseronokan yang melalaikan, jika dahulu dia suka berbohong kini tidak, kelakunya tidak kasar seperti dahulu, akhlaknya semakin baik dan terpuji hari demi hari. Bukan lagi lakunan kepuraan dan ini bukti suluknya berjaya merubah keperbadian.
Diantara natijah dari bersuluk itu akan beroleh
- Bertambah keyakinan mereka tentang wujud Allah , lebih kenal dan lebih tahu tentangNya.
- Merasai atau melalui pengalaman dzauki dan fana 'fillah, faham apa yang dinamakan makrifat dan tahu faham apa itu baqobillah dan istilah-istilah seumpamanya.
- Istiqamah dalam solat dan taubat.
- Rasa rendah diri ; tidak lagi mudah menilai orang lain berdasarkan kepada pakaian atau pangkat.
- Mantap pegangan kepada tauhid uluhiyyah dan rububiyyah.
- Menyembah Allah yang sudah kenal seperti umpama bercakap dengan orang yang kita kenal dengan orang yang tidak kita kenal.
- Hatinya benar-benar yakin apa yang wajib diimani.
- Dengan bersuluk dapat sebahgian walaupun tidak sepenuhnya sifat-sifat orang Ulul Albab.
Wallahua’lam.

Friday, June 6, 2014

Protect USB Pendrive daripada virus macam kita guna CD atau DVD


Saya daripada tahun lepas mencari pendrive yang ada lock supaya menyelamatkan pendrive software saya terkena virus. Dulu ada sekarang tak ada.

Baru-baru ini pendrive 32G saya mempunyai pelbagai software semasa telah terkena virus daripada komputer kawan-kawan. Memang cerewet nak buat semula.

Terfikir saya ada tak software atau cara yang boleh proctect pendrive daripada dimasuki anasir-anasir lain. Mr google rujukan paling baik. Saya terjumpa satu software USB Storage Proctector 1.1 yang boleh proctect pendrive seperti penggunaa CD atau DVD untuk komputer orang lain.
Boleh download percuma di sini (Version 1.1) SINI (248.87 kB). Software ini bersifat standalone tak perlu install. Memerlukan Microsoft .NET Framework 2.0

Microsoft Framework .NET 2.0 boleh di download disini. SINI


USB Pendrive anda akan diformat.


Selepas format, semua komputer lain akan membaca pendrive anda sebagai 'read only' melainkan komputer yang anda guna untuk format pendrive ini sahaja.


Tunggu sehingga proses tamat.

 
Ok selesai, sangat mudah dan cepat.


 
Selepas format software ini akan buat satu folder "Public" yang mana folder ini sahaja tidak read only pada komputer lain bertujuan untuk menyalin bahan daripada komputer lain ke pendrive ini. Folder ini boleh direname kalau nak guna nama lain.

Kalau virus masuk pun akan berada dalam folder ini.

Anda boleh guna pendrive ini sebagai USB bootable untuk windows 8 atau linux dengan syarat jangan format.

Jika anda nak kembalikan pendrive ini normal macam sedia kala, anda hanya perlu format semula dengan menggunakan format biasa.

Sangat menarik dan saya rasa selesa pendrive saya untuk dipinjam kepada kawan-kawan untuk kongsi software.

sumber

5 Jenis Ikan Termahal di Malaysia

Malaysia – sebuah negara yang sinonim dengan pelbagai jenis makanan yang lazat daripada pelbagai kaum yang hidup dengan aman damai dan harmoni. Jika seseorang mahu menulis tentang kepelbagaian jenis makanan yang boleh diperolehi dalam negara ini, pasti tidak akan pernah habis dan cukup huraian dan isinya. Jadi kami membuat keputusan untuk menulis tentang sejenis hidupan yang boleh ditemui di Malaysia dan makanan lazat yang terdapat di Malaysia kebanyakannya terdiri daripada hidupan ini: Ikan. Ikan telah wujud sejak 530 juta tahun dahulu dan evolusi hidupan ini telah membawa kepada sumber makanan yang divariasikan. Bacalah tentang 5 jenis ikan termahal yang boleh didapati di Malaysia. 

Ikan Empurau
1
1) Bolehkah anda bayangkan membeli sekilogram ikan dengan harga RM550? Dan ini adalah harga termurah yang boleh anda dapat! Namun tiada yang mustahil kerana inilah yang dilakukan oleh pecinta ikan air tawar yang dikenali dengan nama Empurau. Empurau adalah sejenis ikan daripada spesis Tortambroides atau dikenali juga sebagai 忘不了” dalam bahasa Cina (abaikan bagaimana ia disebut). Ikan ini hanya boleh ditemui di Sarawak dan harganya mahal kerana rasanya yang sangat manis, serta isi dan teksturnya yang lembut. Apa yang membuatkan isinya begitu lembut dan harganya mahal sehingga boleh mencecah RM2,000 sekilogram adalah kerana ia hanya memakan buah-buahan dan bunga dari jenis “Engkabang”. 

Ikan Jelawat
1
2) Sejenis lagi ikan yang mempunyai rasa yang manis dan isi yang lembut sama seperti ikan Empurau tetapi tanpa tanda harga yang melampau mahal adalah Ikan Jelawat. Ikan ini terdiri daripada spesis Leptobarbus hoevenii dan berasal daripada keluarga Barb. Isi ikan jelawat yang tergolong dalam jenis omnivor ini sangat lembut dan rasanya agak manis dan mempunyai lemak ikan dibawah kulitnya yang mungkin disebabkan ikan ini hanya makan buah-buahan hutan yang gugur di sepanjang pinggir sungai. Jika ikan Empurau berharga RM550, berapa pula kos ikan ini? Harga sekilogram Jelawat dianggarkan mencecah RM320…emm, mungkin kami hanya boleh makan dua bulan sekali. 

Ikan Semah
1
3) Ikan Semah, berasal daripada spesis Tor Labeobarbus, hanya boleh didapati di perairan sungai Borneo, kerana ia tidak boleh ditemui di kawasan lain selain daripada habitat asalnya. Ikan semah adalah haiwan omnivor tetapi lebih cenderung memakan tumbuh-tumbuhan. Habitat asal ikan ini telah dicemari dengan aktiviti pertanian, pembalakan dan tangkapan ikan yang berleluasa. Oleh kerana teksturnya yang berbeza dengan ikan air tawar lain dan juga kerana ianya sangat eksklusif, harga sekilogram ikan semah boleh mencecah sehingga RM300. 

Ikan Tengadak
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
4) Bagi anda yang menginginkan suatu hidangan lazat, apa kata anda mencuba Ikan Tengadak, sejenis ikan yang boleh didapati di perairan Borneo. Harga sekilogram ikan ini adalah RM250. Ikan ini mempunyai banyak tulang halus berbentuk ‘Y’ tetapi rasanya sangat manis dan sedap serta isinya yang amat lembut menjadikannya terkenal di kalangan mereka yang menggemari ikan segar berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. 

Ikan Ketutu
1
5) Marble Goby Fish atau “Soon Hock” fish yang juga dikenali dengan nama Ikan Ketutu dalam bahasa Melayu merupakan antara spesis terbesar dalam keluarga ikan gobi. Ia berasal daripada spesis Oxyeleotris Marmoratus dan habitat semulajadinya adalah di perairan air payau, terusan dan tasik. Seperti biasa, ikan yang mahal memiliki tekstur yang halus dan lembut serta rasanya amat manis. Ikan ketutu boleh didapati dengan harga RM100 sekilogram dan ianya terdiri di tangga kelima ikan termahal di Malaysia. 

Jenis Ikan
Harga setiap Kilogram
Ikan EmpurauRM550
Ikan JelawatRM320
Ikan SemahRM300
Ikan TengadakRM250
Ikan KetutuRM100

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More