BANGSA MELAYU.
(Sejarah sebenar Melayu
seperti yang Disampaikan Ulama Muktabar tanpa bercampur dengan sejarah rekaan
atau hasil kajian Penjajah, bukti Melayu-Islam
Islam-Melayu, Makna Melayu, Syarat bergelar Bangsa Melayu)
Satu-satunya bangsa didunia
yang apabila dinamakan oleh ulama' (Sheikh Abdullah Al-Qumairy, anak Murid
Sultanul Auliya Ghaus ul Azam Syed Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani
Q.S), Ketika menamakan bangsa ini, Beliau menyatakan syarat seseorang menjadi bangsa
Melayu adalah WAJIB BERAGAMA ISLAM (AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH), DAN HIDUP CARA
ISLAM. Jika tidak, GUGUR KALMAH MELAYU Keatas Mereka.
Petikan Ucapan Mufti pertama
Tanah Melayu Syed Sheikh Abdullah Al Qumairi R.A:
" Kepada mana-mana org
dari keturunan ini yg meninggalkan Agama Islam atau menerima Agama yg lain atau
berpaling tadah kpd kefahaman nenek moyang yg dahulu (Dubar/Derdar) atau tidak
lagi menerima pakai cara hidup Islam, di kala itu dengan sendirinya gugurlah
kalimah melayu pd diri mereka itu."
( kitab Hadiqatul Azhar War
Rayahin jilid 1, Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan
Muhammad Zain Al Fathani R.A, ulama tersohor bangsa Melayu di Makkah dan
Nusantara)
Makna bagi Melayu ialah:-:
الرؤسأ سمو بذلك لأنهم ملأ بما يحتاج أليه
“ Pemimpin-pemimpin, dinamakan
dengan demikian itu kerana pemimpin ini mereka mampu memenuhi hajat orang
lain.” Lisanul Arab.
والملأ: ألخلق الملئ بما يحتاج
أليه
“ Memiliki akhlak yang memenuhi keperluan orang lain. ” Imam Abu Manzur.
والملأ: الجماعة أشراف القوم
... “ Satu al jamaah, Bangsa
yang mulia ”- Qamus al ma’ani.
والملأ : الأشراف من الناس
“ Manusia yang paling mulia di
kalangan Manusia”- tafsir Qurtubi.
Bangsa ini dikenali sebagai
“Islam Melayu, Melayu Islam” yang tidak boleh dipisahkan sama sekali iaitu
mereka yang beragama Islam dan bermastautin disini atau orang-orang Islam dari
rata-rata yang berhijrah dan bermastautin disini rata-rata dipanggil Melayu.
Sedemikian sejarah ini telah
direalisasikan dan termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia 160(2), syarat
untuk menjadi melayu wajiblah seseorang itu:-
1 Beragama Islam.
2 Bertutur di dalam bahasa melayu.
3 Berbudaya dengan budaya melayu.
Sejarah Melayu seperti yang
dipegang dan sampaikan oleh Ulama Muktabar sepeti Almarhum Al Alim Allamah Asy
Sheikh Muhammad Yusof Al-Kenali (Tok Kenali), Almarhum Al Alim Allamah Az Zaki
Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al-Fathani R.A (Mufti
berbangsa Melayu di Makkah Al Mukarramah) dan lain-lain Ulama Warisatul Anbiya
yang Muktabar lagi :-
Sekitar kurun ke 10 dan 11
Masihi, Kumpulan berfahaman Syiah di Iran telah memulakan gerakan memburu dan
menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berada di bumi Iran ketika itu.
Golongan Sunni adalah dari kalangan suku kaum Kurdis (Kalahar) (1)
(Nota 1) Dipercayai gelaran
Kalahar kepada Kedah Tua telah diletakkan bersempena kedatangan kaum Kurdis ke
sini.
Oleh kerana keadaan amat
terdesak, golongan Ahli Sunnah Kurdis terpaksa berhijrah secara besar-besaran
ke Afrika, India, Timur Tengah, Timur Jauh dan New Zealand. Sebahagian daripada
mereka juga telah tiba di Nusantara dan membuka penempatan baru di Kedah yang
juga dinamakan mereka sebagai Kalahar (sempena mengambil nama suku kaum Kurdis
Sunni) yang pada masa itu baru sahaja menerima kesan serangan Raja Rajendra Chola
(2).
(Nota 2) Ini dikaitkan dengan
serangan tentera Islam ke atas sebuah Kerajaan Hindi di Pantai Koromandel
bernama Chola. Raja Rajendra juga tidak berpuas hati dengan penguasaan Sri
Vijaya di Nusantara. Baginda telah menghantar ratusan kapal perang untuk
memusnahkan Empayar Sri Vijaya termasuk Kadaram (Kedah) Dalam tahun 1027 -1030M
Rajendra Chola 1 [1018-1044M] melancarkan serangan ke atas Sriwijaya dan
Sampugita dengan membawa balik harta rampasan Raja Kadaram [Kedah], Sangrama
Vijayattung –varman tanpa membangunkan pemerentahan di Negara-negara yang
diserangnya. Walau bagaimanapun ia telah menimpakan kemusnahan yang teruk ke
atas Sriwijaya dan Sampugita. Antara negeri yang turut dimusnah akibat serangan
itu ialah Gangga Negara [Perak] dan Medang Bhumi [Kelantan]. Sriwijaya yang
berpusat di Palembang pada masa itu bersama Sampugita termasuk Jawa menyerang
balas Negara Pandya di India Selatan dan Ceylon. Rajendra Chola 1 akhirnya
dibunuh [1044] oleh tentera-tentera Melayu dari Negara bersekutu itu. Pada
1068-1069M Vira Rajendradeva putera Rajendra Chola 1 menyerang Kandaram yang
dibawah jajahan Sriwijaya Palembang dan kemudian menyerah kembali lepada
rajanya [serangan ini merupakan pertolongan lepada seorang raja yang menuntut
takhta]. Selepas ini tidak ada tanda-tanda bahawa kerajaan Sampugita jatuh ke
tangan Chola.
Ketika itu, Maharaja Durbar I
iaitu Merong Mahawangsa (Sri Vijaya) menjadi duta Maharaja Rom (Keturunan
Iskandar Zulkarnain - Macedonia)(3) untuk membawa Putera Raja Rom bagi
mengahwini Puteri Maharaja China. Baginda berasal dari Gumarun (3), Parsi dan
pernah ditewaskan oleh angkatan suku Iran lain yang lebih kuat.
(Nota 3) Rom yang dimaksudkan
ialah Wilayah Empayar Parsi atau Iran yang pada suatu masa adalah sebahagian
dari Empayar Rom Timur yang telah lama menerima agama Islam dari zaman Khulafa
Ar-Rashidin. Gumarun juga dikenali sebagai Pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian.
Rombongan pelayaran Merong
Mahawangsa ini telah diserang oleh satu angkatan perang Hindu yang mempunyai
kapal berlambangkan burung garuda (lambang kenderaan Dewa Wisnu). (4)
(Nota 4) Sumber yang
menyatakan bahawa "Kedah dilanggar Garuda" bukanlah bermaksud sejenis
burung yang besar tetapi lambang kapal perang Hindu yang menyerang Seri Vijaya
ketika itu. Ilmuwan agama dan sejahrawan yakin bahawa kenyataan yang
dimaksudkan sejenis burung "dewa" adalah bercampurbaur dengan elemen
mistik yang datang dari pengaruh kepercayaan Hindu)
Serangan yang begitu kuat ini
telah memaksa kapal Raja Merong Mahawangsa mendarat di kaki Gunung Jerai dan
tidak lama kemudian baginda telah diangkat menjadi raja oleh penduduk tempatan
sebagai Raja (Kedah) Kalahar 1.
Baginda juga telah mengahwini
seorang gadis Orang Laut dari suku gergasi kerana ingin menggalakkan
perkahwinan campuran di samping memperbesarkan lagi keturunan dan kaum kerabat.
Raja Merong Mahawangsa telah
memperkenalkan nobat di istana baginda (5) mengambil sempena bunyi-bunyian dari
istana Khalifah Harun Ar-Rashid di Baghdad.
(Nota 5) Istana baginda dibina
di Kota Langkasuka di Sok, kira-kira 96 km ke timur Gunung Jerai berhampiran
persimpangan jalan perdagangan Kalaha dan Langkasuka. Baginda juga dikatakan
mendirikan sebuah lagi istana di timur Gunung Jerai berhampiran Kuala Merbok
iaitu tapak permulaan jalan menuju ke Langkasuka dan Pantai Timur.
Sayyid Syeikh Abdullah
Al-Qumairy
Tuan Guru Haji Mahmud Nasri
Osmani (6) telah menceritakan kepada murid-muridnya bahawa Syeikh Abdullah bin
Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja’far Qumairy (atau Syeikh (Sayyid) Abdullah
Al-Qumairy atau Syekh Abdullah Al-Yamani) berasal dari Syahir, Yaman. Beliau
adalah Ahlul Bait dari keturunan Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan murid
kanan Ulama Terkenal Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb
Rabbani Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Qadasallah Sirruh.
(Nota 6) Kisah ini diambil
oleh Syeikh Mahmud Nasri Othmani daripada Ulama terkenal Kelantan Tuan Guru
Waliyulllah Maulana Syeikh Yusof Kenali (Tok Kenali) yang diterima dari
gurunya, ulama nusantara,Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain
Mustaffa Al-Fathani sebagaimana isi kandungan beberapa buah kitab seperti
Hadiqatul Al-Azhar yang menceritakan kembali kisah sebenar Melayu-Islam,
Islam-Melayu.
Pada suatu hari, Syeikh
Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir
Jilani untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah) dalam Wilayah Asia Tenggara -
Dinasti Nusantara bersama-sama 11 orang rakan-rakannya.
- Ketika itu terdapat 6 orang
utusan lain (murid-murid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani yang terkenal)
telah dihantar ke lokasi-lokasi yang berbeza iaitu
i) Syeikh Abu Hassan Syazili
ke Mesir, Perancis hingga ke Itali,
ii) Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan, Morocco hingga ke Afrika,
iii)Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke Afrika Barat,
iv) Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke Syria, Turki dan Balkan,
v) Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsi
vi) Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke India, Afghanistan dan Nepal
Syeikh Abdullah Al-Qumairy
telah menggunakan jalan karamah di mana dia berjalan sekelip mata (lipat bumi)
dari Baghdad ke Kalaha ( 7 ) dengan izin Allah SWT bersama-sama 11 orang
rakannya) Syeikh Abdullah tiba di Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah (1136
Masehi) – (Lihat Nota 4) dan telah mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra Ong
Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana
sedang mengadakan satu majlis keramaian yang mempamerkan pertunjukan seni
mempertahankan diri yang berpaksikan pemujaan dewata, sihir, istidraj dan
lain-lain.
(Nota 7) – Sumber Hikayat
Merong Mahawangsa versi yang ada kini yang mengaitkan kisah Syeikh Abdullah
Al-Qumairy menggunakan atau merampas tongkat Azazil untuk atau setelah tiba di
Kalaha. Beberapa ilmuwan agama dan pengkaji sejarah setelah membaca kitab-kitab
karangan Ulama Nusantara menyatakan bahawa tidak mungkin seorang ulama besar
lagi ahlul bayt akan bersekutu dengan syaitan, ramai yang berpendapat bahawa
versi Hikayat ini juga telah dicampurbaur dengan elemen mistik atau mungkin
telah dipinda oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk
merendah-rendahkan maruah ulama muktabar ini.
Walaubagaimanapun ada satu
versi lagi menyatakan bahawa tongkat berkenaan adalah sebenarnya milik Sultan
Aulia Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir JIlani yang menganugerahkannya kepada
Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy yang kemudiannya dihadiahkan pula kepada DYMM
Sultan Muzaffar 1. Dipercayai tongkat berkenaan (kini digelar cokmar) adalah
tongkat yang sama yang berada di Muzium Kedah masakini
Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan
rakan-rakannya telah mempamerkan satu kehebatan seni mempertahankan diri
(silat) sehingga semua hulubalang-hulubalang Raja Phra Ong terpaksa mengaku
kalah dan akur dengan kehebatan Syeikh Abdullah.
Baginda amat kagum dengan
kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya
serta ingin mengetahui secara lanjut mengenai rahsia kekuatan ini. Setelah
mendengar penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya baginda sangat terpegun dan
terus memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah 3X (ada versi yang
menyatakan 9X) di tangan Syeikh Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para pembesar
dan pegawai-pegawai Istana.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy
juga telah memasyhurkan gelaran dan nama baru kepada Raja Phra Ong Maha Wanser
iaitu Sultan Muzaffar Shah 1.
Tidak lama kemudian seluruh
rakyat Kedah juga telah memeluk agama Islam. Pengislaman secara massal ini
berlaku dalam tempoh yang begitu cepat dengan berkat usaha yang jujur dan
ikhlas seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah Al-Qumairy.
Rakyat Kedah juga terdiri
daripada pelbagai kelompok yang berasal daripada Arab, Iran, India, Parsi,
Al-Sin (China) (8) dan lain-lain yang mana mereka kebanyakannya telah lama
memeluk Islam di negara asal masing-masing. Mereka juga terkenal dengan
kemahiran berdagang. Umat Islam dari China juga rata-rata memakai nama pangkal
‘Pu’ iaitu Abu.
(Nota 8) – Saudagar-saudagar
Islam dari Arab, Iran dan lain-lain berkumpul pelabuhan Kanton (Guangzhou).
Sayyidina Uthman bin Affan r.a. pernah menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama
15 orang ahli rombongan untuk mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di
Negeri China pada tahun 651 menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan
dari Han Mimo Moni (Amirul Mukminin) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja China
Tai Ti Sung telah memeluk Islam.
Sekitar 877 Masihi,
saudagar-saudagar Arab dan Iran di Kanton telah diserang dan dibunuh
beramai-ramai oleh sekumpulan pemberontak anti kerajaan China. Inilah
penyebabkan sebahagian dari mereka menjadi pelarian dan tiba di Kalaha.
Kebanyakan dari mereka ini telah
memutuskan untuk terus tinggal bersama-sama umat Islam di Kedah dan menjadi
satu warga atau bangsa yang baru di negeri Islam di bawah bimbingan (Ulama)
Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan payung pemerintahan (Umara) Sultan Muzaffar Syah
1 (Gandingan Kepimpinan Ulama-Umara) (9)
Nota 9 : Sejarah membuktikan
bahawa Islam telah datang ke Nusantara berkurun lebih dahulu daripada zaman
pengislaman Phra Ong Mahawanser. Ulama Nusantara dan sejahrawan tidak menolak
fakta ini tetapi apa yang dibincangkan dalam artikel ini adalah BILAKAH agama
Islam (dan bangsa Melayu) diisytihar setelah diijmakkan oleh Ulama dan
Sultannya menjadi agama rasmi Nusantara (dan bangsa rasmi Nusantara).
Pemerintahan di zaman ini
tidak mengenepikan agama-agama lain tetapi mereka yang bukan Islam (tidak
dipanggil 'Mala-u') tetapi tidak memerangi Islam - dikenakan jizyah dan mereka
yang masih langsung tidak menerima corak pemerintahan ini termasuk tidak mahu
membayar jizyah telah melari dan memencilkan diri ke dalam hutan dan bukit
bukau.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy
telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai AL-MALA-U (9) bersempena satu
kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya
berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan
sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang
dikenali hari ini.
(Nota 9)
Syed Syeikh Abdullah
Al-Qumairy telah meletakkan nama 'bangsa yang baru' ini sebagai
"Al-Mala-u' sempena Firman Allah SWT :
Surah Saad : Ayat 69
مَا كَانَ لِي مِنْ عِلْمٍ
بِالْمَلَإِ الْأَعْلَى إِذْ يَخْتَصِمُونَ
Tiadalah bagiku sebarang
pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (Al-Mala-ul'A'la) semasa mereka
bersoal jawab.
Hadis Nabi S.A.W :
ثنا عبد الرزاق أنا معمر عن
أيوب عن أبي قلابة عن بن عباس ان النبي صلى الله عليه و سلم قال أتاني ربي عز و جل
الليلة في أحسن صورة أحسبه يعني في النوم فقال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ
الأعلى قال قلت لا قال النبي صلى الله عليه و سلم فوضع يده... بين كتفي حتى وجدت
بردها بين ثديي أو قال نحري فعلمت ما في السماوات وما في الأرض ثم قال يا محمد هل
تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت نعم يختصمون في الكفارات والدرجات قال وما
الكفارات والدرجات قال المكث في المساجد والمشي على الاقدام إلى الجمعات وإبلاغ
الوضوء في المكاره ومن فعل ذلك عاش بخير ومات بخير وكان من خطيئته كيوم ولدته أمه
وقل يا محمد إذا صليت اللهم اني أسألك الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وإذا
أردت بعبادك فتنة ان تقبضني إليك غير مفتون قال والدرجات بذل الطعام وإفشاء السلام
والصلاة بالليل والناس نيام
Telah menceritakan kepada kami
Abdurrazaq yang berkata telah menceritakan kepada kami Ma’mar dari Ayub dari
Abi Qilabah dari Ibnu Abbas bahwa Nabi SAW bersabda “RabbKu Azza wa Jalla
datang kepadaku malam tadi dalam sebaik-baik bentuk” –Aku mengira maksudnya
adalah dalam tidur- Lalu Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu
mengenai apa Al Mala’ul A’la yang menjadi perbalahan? Baginda bersabda “tidak”.
Nabi SAW bersabda “Lalu Dia meletakkan tangan-Nya di antara dua bahuku hingga
aku dapati dinginnya antara dua dadaku. Atau Baginda bersabda “antara
tenggorokanku”. Maka tahulah aku apa yang ada di langit dan di bumi. Kemudian
Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la
(yang menjadi punca) pertengkaran?”. Baginda bersabda ‘Aku berkata “ya , mereka
bertengkar mengenai Al Kafarat dan Ad Darajat?”. Apa itu Al Kafarat dan Ad
Darajat?. Diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu
dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia
hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru
dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya
Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal
yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan
fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”.
Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam dan solat
malam saat manusia tidur”. [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 1/368 no
3484 dan Sunan Tirmidzi 5/366 no 3233]
'Al-Mala-u' juga disebut di
banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa
Arab- Al-Mala-u bererti :
a) Budi pekerti yang tinggi
(husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu
Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa
Gelaran ini diberikan bagi
mengesahkan bahawa warga ini adalah :
a) Ahli (warga yang menerima
Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala
Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan
titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi
Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.
(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA
KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu
bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau
ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam
(Khalifah) Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa
ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.) (10)
(Nota 10) – Ada pendapat yang
menyatakan bahawa perkataan "Melayu" itu adalah perkataan
"Sanskrit" dan "bangsa atau keturunan Melayu" itu adalah
dari India, China, Kemboja dsb. Dari segi keturunan pertalian darah dan sejarah
asal-usul, kenyataan ini mungkin ada kebenarannya tetapi penamaan bangsa
"Melayu" pada SEBELUM zaman Phra Ong Mahawanser telah dinafikan oleh
ulama-ulama Nusantara serta menegaskan bahawa "Al-Mala-u" itu adalah
dari kalam Lughatul Qur'an dan digunakan hanya semasa pemasyhuran nama bangsa
yang baru di Nusantara setelah Phra Ong Mahawanser memeluk Islam dan ditukar
gelaran kepada Sultan Muzaffar 1.
Ilmuwan Melayu Islam juga
menyatakan gelaran "Al-Mala-u" diberikan kerana untuk memberikan
peringatan kepada seluruh manusia adalah :
a. dari keturunan Nabi Allah
Adam a.s. yang dijadikan Allah SWT di syurga Jannah drpd 14 (ada yang
menyatakan 13) jenis tanah & telah dilantik menjadi Khalifatullah*
(di syurga atau di langit
ketika itu dan akhirnya di bumi setelah Nabi Allah Adam a.s. bertaubat dengan
mengucapkan dua kalimah syahadah) sehinggakan
b. malaikat juga diperintahkan
sujud kpd. Nabi Allah Adam a.s. yang juga "Al-Mala-ul a'la" (penduduk
langit) kerana semasa itu baginda berada di Syurga (di langit)
Ianya juga untuk mengingatkan
umat Islam betapa mulianya makhluk yang bernama manusia bukan sahaja turun dari
sulbi Adam a.s. yang berasal dari syurga malah
c. Seorang lagi bangsa manusia
teragung di langit dan di bumi iaitu Nabi Muhammad S.A.W. telah
diisrak-mikrajkan pula sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah
Azzawajalla (laitsakamithlihi syai-un)
d. Kerana zaman khalaf ini
adalah zaman khalifah manhaj nubuwwah iaitu zaman yang terakhir sebelum kiamat
dan umat Islam Melayu perlu diingatkan bahawa orang-orang beriman akan pulang
ke tempat asalnya Adam a.s. dijadikan dan diberikan balasan syurga selepas Hari
Qiamat dan Hari Pembalasan.
Hadis Qudsi di atas juga jelas
bahawa Al-Mala-ul-a'la yang dimaksudkan adalah MANUSIA "yang diam di
masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam
suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup
dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan
Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah
sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang
mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan
fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”.
Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam* dan solat
malam saat manusia tidur”
*salam di sini bermaksud "Islam" (agama) - agama yang selamat (salam)
Selain itu Baginda Sultan
Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama semua pembesar Istana dan para
hulubalangnya termasuk seluruh rakyat jelata Kalaha di bawah bimbingan Syeikh
Abdullah Al-Qumairy.
Akhirnya Negeri yang bernama
Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy kepada nama Kedah
Darul Aman iaitu sebuah negeri yang aman dan merdeka dari segala bentuk
kesyirikan, kekufuran dan keengkaran. Penamaan ini juga bersempena “Baldatun
Thayyibah Wa Rabbun Ghafur” yang dipetik dari Firman Allah S.W.T. dalam Surah
Saba: Ayat 15 yang bermaksud “Negeri yang baik (indah lagi makmur) dan Tuhan
Maha Pengampun” (ke atas taubat hambaNya)
Sultan Muzaffar Syah 1 sangat
mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga baginda telah melantik Syeikh
Abdullah Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat agama Islam baginda, kaum
kerabat diraja dan juga seluruh Istana. Sultan Muzaffar Syah 1 juga telah
mengangkat Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai ayahanda angkat baginda.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy
juga telah menyarankan agar candi di puncak Gunung Jerai dimusnahkan dan
diganti dengan sebuah menara untuk dijadikan tempat azan bagi menyeru umat
Islam Kedah untuk bersolat. Sultan Muzaffar Syah 1 telah menitahkan agar
permintaan Syeikh Abdullah Al-Qumairy dilaksanakan.
Setelah binaan menara tersebut
hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah jatuh gering dan ditakdirkan
wafat beberapa hari selepas itu. Sebelum kewafatannya, Syeikh Abdullah
Al-Qumairy telah mewasiatkan agar jenazahnya dikebumikan di kawasan lapang
berdekatan dengan binaan menara berkenaan. Kawasan itu dikenali kini sebagai
Padang Tok Sheikh (mengambil sempena nama Syeikh Abdullah Al-Qumairy)
Guru Syeikh Abdullah iaitu
Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (wafat pada 561 Hijrah/1166 Masehi)
pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk menziarahi maqam muridnya,
Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah bersolat di kawasan tanah lapang
berkenaan di samping melantik Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada
Syeikh Abdullah Al-Qumairy. (11)
--------------------
(Nota 11) : Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan
pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud
'Amirul Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran 'Shah' yang mirip
maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang diyakini pembela agama yang
mempunyai akhlak yang tinggi.
Kisah ini disahkan oleh DYMM
Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul Aman yang ke 26, pernah memberitahu
Syeikh Mahmud Nasri Osmani (12) bahawa baginda pernah mendengar cerita
ayahandanya DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Raja Kedah 25) bahawa Sultan
Muzaffar Shah 1 adalah :
"Raja Pemerintahan Negeri
Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa Pemerintahan Membentuk Wilayah Gugusan Selat
Kepulauan Melayu terletak di antara India dan China disebut sebagai 'Alam
Melayu'."
Baginda Sultan Muzaffar Shah 1
telah disahkan untuk memakai gelaran "Sultan" daripada Sultan Aulia
Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani sekaligus meletakkan Sultan Muzaffar Shah 1
sebagai Sultan Pertama di Alam Melayu.
(Nota 12 - Syeikh Mahmud Nasri
Osmani telah diminta oleh Tuan Guru Syeikh Yahya Toha, Kg. Pisang, Kupang (yang
dititahkan oleh DYMM Sultan Badlishah) untuk mengetuai operasi menyelamatkan DO
Baling dan Residennya - Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap oleh
Komunis (semasa pemerintahan Jepun hampir berakhir) bagi memaksa DYMM Sultan
Badlishah menyerah diri) Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Bok
Bak dan Tuan Haji Daud Bongor. Mereka telah pergi tanpa menggunakan sebarang
senjata. Dengan Izin Allah, komunis yang diketuai oleh Chin Peng menjadi
seperti terpukau dan melihat sahaja Syeikh Mahmud dan rakan-rakannya melarikan
Syed Abu Bakar/Tuan Adam sehingga jarak 30 meter. Komunis tiba-tiba menembak
pasukan penyelamat tetapi sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun
peluru yang mengena mereka)
--------------------
Kemakmuran Melayu Islam di
bawah kepimpiman Kedah Darulaman (Nusantara) termasuk Zaman Kesultanan Melaka,
Perlak Pasai, Deli dan seluruh Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah
disebabkan percakaran sesama sendiri yang juga telah memudahkan lagi serangan
serta penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas Nusantara. Dipercayai
kerajaan Islam terakhir yang dimusnahkan oleh Siam dengan pertolongan Inggeris
ialah Kerajaan Islam Reman/Pattani sekitar tahun 1785 setelah berlaku
peperangan jihad fii-sabilillah yang sangat hebat.
Penjajah akhirnya memusnahkan
dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan Melayu Islam dengan memisahkan
maksud bangsa dan agamanya dan menggantikannya dengan faham sekular. (13)
Nota 13 : Faham Sekular ini
bermaksud ialah "perungkaian kesyumulan agama atau pemisahan agama dengan
perkara-perkara lain seperti sains dan teknologi dsb. dengan hati, lidah dan
perbuatan yang menyatakan contohnya "Sains tidak ada dalam Al-Qur'an"
atau "Sains itu tidak ada dalam Agama" dengan sendirinya merendahkan
taraf Al-Qur'anul Karim. Perbuatan yang sama telah berlaku antara para Paderi
Kristian dan kaum saintis (Illuminati) yang saling bermusuhan antara satu sama
lain sehingga terpisah agama dan sains.
Sekular dalam konteks artikel
ini ialah "pemisahan agama dan bangsa" (memisahkan Islam dan Melayu)
dengan mendakwa bahawa "bangsa itu tidak disebut dalam Al-Qur'an"
dengan sendirinya menggambarkan agama itu tidak syumul dan pastinya akan gugur
akidah seorang Islam apabila menolak apa yang ada dalam Al-Qur'an.
KEBANGKITAN ISLAM, MELAYU DAN
MUJADDID
Kebangkitan pertama yang
direkodkan menentang penjajah dan faham Zionist serta usaha menaikkan kembali
kegemilangan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam telah bermula sebelum
1940an. Gerakan yang memimpin ulama dan ahlul bait (mentajdid kembali Dua
Kalimah Syahadah*) telah dipelopori oleh Ulama Terkenal Nusantara iaitu :
a) Ulama Jawi Anak Melayu
Negeri Kelantan Darulnaim/Tuan Guru Pondok Atas Banggol - Kota Bharu Kelantan
iaitu :
Maulana Syeikh Wan Ahmad bin
Syeikh Wan Mohammad Zain bin Dato Panglima Kaya Syeikh Wan Mustafa bin Syeikh
Wan Mohammad bin Syeikh Wan Mohammad Zainal Abidin (Fakih Wan Musa Al-Jambusi
As-Sanawi Al-Fathani),
telah dilantik menjadi Ulama
besar Masjidil Haram, Mufti Tarim Kerajaan Othmaniah Turki (yang dilantik oleh
Sultan Abdul Hamid Turki ketika itu) dan juga Kerajaan Melayu Islam Asia
Tenggara. Ulama besar ini (juga guru kepada Syeikh Yusof Kenali – Tok Kenali)
juga telah membuat satu himpunan raksaksa Ahli Jawi Melayu Asal Bangsa
Kebangsaan Pegang Teguh Agama islam di Madrasah Darul Ulum Makkatul Mukarramah
yang dihadiri lebih lima ribu ulama Nusantara,
(Di dalam Kitab Hadiqatul
Azhar War Rayaihin Edisi Bahasa Arab, Syeikh Wan Ahmad Fathani telah berdoa -
maksudnya "Ya Allah, perkuatkanlah orang-orang Islam Melayu atas
bangsa-bangsa kafir dan kembalikanlah negeri-negeri kami kepada kami,
perkenankanlah Ya Allah, Ya Rabbal 'Aalamiin
b) Syeikh Abdul Rahman Fathani
- seorang lagi Ulama Besar juga seorang guru di Masjidil Haram/Makkatul
Mukarramah dilantik menjadi Duta Besar Islam Melayu Markaz Serambi Mekah
berpusat di Pondok Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim
Perjuangan kemudian diteruskan
oleh Al-Allamah Tuan Guru Maulana Syeikh Yusof Al-Kenali (Tok Kenali)
kemudiannya muridnya Syeikh Mahmud Nasri Osmani dan akhirnya kini Tuan Guru
Haji Ahmad Che Din (Junaiddin).
KEBANGKITAN SEJURUS SELEPAS
ZAMAN KEMERDEKAAN
Perjuangan memertabatkan
Melayu Islam dipelopori pula oleh muridnya Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani
dan tokoh-tokoh ulama berikut :
1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi
Soleh - Madrasah Misbah Al-Falah, Banggol Berangan,
2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi - Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,
3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim - Madrasah Al-Islah, Pendang, dan
4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik - Pondok Batu Hampar, Pendang
(Selain itu, tokoh politik
Dato' Onn bin Jaafar juga turut berjuang menerusi PEKEMBER - (15)
Resolusi telah tercapai semasa
muqabalah tokoh-tokoh Ulama ini antara lain untuk menyeru umat Islam Melayu
segera kembali tajdid mewarisi semula segala ilmu dan amalan hidup/kehidupan
yang diwarisi dari Rasulullah S.A.W. (bersanad yang sah) menerusi talqin dan
tajdid (memperbaharui) dua kalimah syahadah bagi membersihkan jiwa raga dari
segala bentuk kekufuran, kesyirikan dan keengkaran yang telah lama merosakkan
aqidah umat Islam Melayu hasil peninggalan penjajahan.