Pendahuluan
Awas! anda sedang diawasi
Ramai daripada kita
yang kurang kesedaran dan ada setengahnya tidak ambil peduli bahawa sebarang
maklumat/privasi yang kita berikan setiap kali kita berdaftar menggunakan servis
PERCUMA (e-mail, Facebook,
Twitter dan sebagainya) sebenarnya bukanlah PERCUMA seperti yang
disangka.
” Nothing
in the world is FREE ; Nothing comes without a price “
Secara diam,
maklumat yang kita berikan di‘PERGUNAKAN’ oleh
penjenayah siber dan dianalisis oleh pihak-pihak tertentu. Maka tidak hairan
jika Facebook kerap membuat
perubahan drastik terhadap “term of
services” mereka sehingga munculnya teori yang mengaitkan
Facebook dengan CIA dan
badan pertahanan US.
Titik fokus utama pengecaman wajah
Tahukah anda
bagaimanakah gambar-gambar yang anda muat naik di dalam album Facebook boleh
dimanipulasi oleh pihak tertentu secara tersembunyi tanpa kebenaran anda?
Jawapannya MUDAH sahaja.
Hanya dengan menggunakan aplikasi mudah alih (mobile app) yang terdapat dalam
komputer, gambar anda boleh dianalisa untuk mendapatkan maklumat biografi.
Aplikasi ini akan mengimbas wajah anda dan akan mencari web untuk padanan. Dalam
masa kurang dari satu minit, nama dan maklumat peribadi anda akan
diperolehi samada melalui kaedah melayari album Facebook anda atau membaca
tempoh masa (timeline) Twitter
anda.
“……wajah
anda adalah IDENTITI anda:
anda mesti mempunyai KAWALAN ke
atasnya”
(……..Your
face is your IDENTITY: you should
have CONTROL over
it)
Bunyi seperti cereka
sains fiksyen? Namun inilah hakikatnya fakta sains di mana “FACEPRINT” telah diperkenalkan bagi
menjadi pilihan kepada Sains Forensik melalui kaedah pengecaman individu.
Teknologi ini bolehlah dikatakan menyamai kaedah pengecaman melalui muka cap
jari (fingerprint). Kini
teknologi telah dicipta untuk mengenalpasti
ciri-ciri unik kepada tubuh badan
kita seperti corak iris, wajah dan cap jari untuk direkod. Teknologi
ini dikenali sebagai BIOMETRIK. Setelah semua data berkaitan
faceprint anda diperolehi, gambar anda akan dianalisa dengan membandingkannya
melalui sesuatu pangkalan data (data
base) muka untuk mencari padanan (matching). Inilah yang dinamakan
DUNIA TEKNOLOGI
PENGECAMAN WAJAH dan ia telah berlaku sekarang ini.
Definisi
Facial Recognition Software
Proses pengecaman wajah melalui aplikasi "Facial
Recognition Software"
Perisian
pengecaman wajah (Facial recognition
software) merupakan proses mencantumkan nilai angka kepada
ciri-ciri berbeza wajah dan menghasilkan “unique faceprint” yang
kemudiannya ianya boleh disemak melalui satu pangkalan data faceprints sedia
ada. Dengan cap jari, padanan diandaikan apabila satu threshold tertentu bagi nilai dapat
dikongsi oleh kedua-dua faceprints telah dicapai.
Aplikasi ini
berfungsi untuk mengenal pasti atau
mengesahkan seseorang dari gambar digital atau bingkai video
dari sumber video. Salah
satu caranya adalah dengan membandingkan ciri-ciri wajah dipilih dari gambar dan
sistem pengurusan pengkalan muka. Ia biasanya digunakan dalam sistem keselamatan
dan boleh dibandingkan dengan biometrik lain seperti cap jari
atau sistem pengecaman iras mata.
Bagaimana Pengecaman Wajah Digunakan
Hari Ini?
Kajian pengecaman
wajah merupakan satu kaedah moden dalam mengenalpasti identiti dan karektor seseorang yang pesat dibangunkan
oleh firma-firma IT di seluruh dunia. Kini, teknologi ini telah digunakan dalam
banyak bidang secara
meluas. Anologinya termasuklah di rangkaian sosial, penyuntingan gambar,
keselamatan, penguatkuasaan undang-undang, kasino dan di tempat-tempat ganjil
yang anda mungkin tidak menjangkakan.
Rangkaian sosial dan website menjadi alat pengumpulan
data peribadi pengguna internet
Sebagai contoh,
laman web temu janji FindYourFaceMate.com
mencari jodoh berasaskan kepada prinsip bahawa orang yang mempunyai ciri-ciri
wajah yang diidamkan boleh dipertemukan melalui alam siber
(cyber) di antara satu sama lain dengan menggunakan pengecaman wajah
untuk dipadankan dengan gambar pengguna.
Manakala laman web
DoggelGanger.com
boleh memadankan empunya anjing yang
berpotensi dengan memadankan ciri-ciri yang
diinginkan seperti gigi taring supaya kelihatan seperti mereka.
Kamera pengenalan wajah
diimbas semua peminat berjalan melalui ‘turnstiles’ di Super Bowl xxxv, kini dirujuk sebagai
Bowl mata-mata, menjalankan imbasan terhadap sesuatu pangkalan data mugshots jenayah. Itu
adalah satu dekad yang lalu, apabila internet masih di zaman kanak-kanak
relatif. Kita berada pada zaman sekarang apabila Facebook mengumpul
100-halaman dossiers kepada
kita semua, apabila rangkaian iklan
menjejaki semua yang kita lakukan dalam talian, apabila
syarikat-syarikat membeli dan menjual
maklumat perhubungan
(contact info) kita yang mengandungi maklumat asas seperti nama
jalan kita membesar, nama-nama ahli keluarga kita dan rakaman dari udara rumah
kita.
Pencerobohan privasi di Facebook melalui "Facial
Recognition Software"
Selain daripada itu, aplikasi ini juga telah digunapakai
di iPhoto, Apple Picasaweb Google,
Microsoft Windows Live Photo Gallery, dan editor foto lain
untuk mencari seseorang. Ia dilakukan melalui proses
pengecaman wajah yang akan membolehkan album anda diimbas untuk tujuan mencari
wajah yang diinginkan berdasarkan gambar sediada dan membenarkan gambar anda
di”tag” samada secara
automatik atau dicadangkan untuk di”tag”. Secara tidak langsung anda
telah pun ditemui dan di”tag”. Kesan daripada tindakan ini, semua maklumat peribadi tentang WAJAH anda akan dikumpul mengikut
tag, sudut gambar yang diambil, jenis pencahayaan, gaya rambut dan butiran lain
pada gambar anda.
Aplikasi
Facial Recognition Software Dalam Facebook
Media sosial gergasi
dunia sedang menghadapi gelombang baru kebimbangan terhadap perlindungan privasi selepas
Facebook melancarkan ciri terbaru “Facial
Recognition Software” pada 7 Jun 2011.
Facebook merupakan medium informal badan perisikan
barat
Susulan daripada
tindakan tersebut, Facebook telah dikritik hebat oleh media massa, firma IT
dan NGO kerana secara senyap-senyap telah memperkenalkan ciri terbaru yang
membolehkan pengguna untuk mengenal pasti
rakan-rakan mereka di dalam gambar tanpa
kebenaran mereka secara automatik.
Senario ini amat mengerikan
dan meningkatkan kebimbangan mengenai amalan privasi pengguna. Ini bermakna sebanyak 850 juta (2011) pengguna
rangkaian sosial Facebook akan terdedah kepada KETIRISAN maklumat peribadi
dan
pravasi
kepada pihak ketiga seperti CIA, FBI, Mossad, FSB, SIS, M16 dan agensi kerajaan
yang berkepentingan.
Marc
Rotenberg, Presiden Electronic Privacy Information Center, berkata;
“sistem itu menimbulkan persoalan mengenai
maklumat peribadi, seperti alamat e-mel dan butiran keluarga
akan dihubungkan dengan gambar dalam pangkalan data Facebook.”
Tiada lagi wujud istilah privasi dalam
Facebook
Graham
Cluley, Perunding Teknologi Kanan Sophos dan merangkap Pemilik Firma
Keselamatan British Internet, berkata; “ciri baru ini menyeramkan dan berkata bahawa
salah satu kesalahan terbesar Facebook ialah tidak memberitahu
penggunanya tentang pelancaran ciri ini dan tidak menjelaskan kepada
pengguna bagaimana memilih untuk keluar daripada ciri
ini.” Satu lagi kebimbangan
yang diutarakan oleh Cluley ialah syarikat Facebook ini mungkin pada masa akan datang akan menjual maklumat ini kepada pihak
ketiga,” katanya. “Ada begitu banyak maklumat yang telah diberikan secara sukarela ke laman web Facebook.
Jim
Tiller, Naib Presiden Keselamatan BT Global Services yang mengendalikan
keselamatan rangkaian IT untuk syarikat-syarikat berbilang, berkata; “teknologi
pengenalan wajah telah digunakan oleh penguatkuasaan undang-undang dan pakar keganasan untuk membantu
mengesan suspek.” Beliau juga berkata;
“pengguna akan mengalami kehilangan kawalan ke atas apa -apa gambar yang di”tag” pada rangkaian
Facebook dan ini menjadikan ia agak mengganggu.”
Mark Zuckerberg perintis kepada rangkaian sosial global
Facebook
Bloomberg.com melaporkan bahawa
sekumpulan ahli European Union
Data-Protection Regulators telah melancarkan siasatan
ke atas ciri-ciri baru ini yang menjadikannya sebagai “default setting” jika jika ianya
telah melanggar mana-mana kaedah
perundangan berkaitan privasi.
Kaedah
Mematikan Aplikasi “Facial Recognition Software”
Jim Tiller telah mendedahkan dalam blog
post bahawa; “Setiap hari,
orang ramai menambah lebih daripada 100
juta tag gambar-gambar di Facebook.” Memang menjadi satu
kepuasan dan terkasima kepada semua pengguna yang memuat naik gambar di dalam
album Facebook. Tetapi sedarkah kita bahawa tindakan ini boleh menjejaskan privasi
kita secara tidak sedar.
Jangan biarkan wajah anda menjadi sasaran
Bayangkan apa akan
terjadi jika terdapat berbilion
gambar pada pelayan Facebook? Sudah tentulah agak sukar
untuk anda mengawalnya. Kalau setakat anda sendiri yang memuat naik gambar
tersebut, ia boleh dikawal oleh anda sendiri. Ini kerana tindakan tersebut tidak
mendatangkan ancaman keselamatan atau
merosakkan imej anda. Anda lebih tahu gambar yang MANAKAH sesuai dipaparkan di
Facebook. Senario ini berbeza jika gambar-gambar ini dimuat naik oleh rakan
siber atau sahabat anda di zaman persekolahan.
Anologinya, kalau
dahulu tidak bertudung kini menjadi ikon MUSLIMAH. Kalau dulu kutu jalanan tapi
kini TOKOH terbilang. Oleh
itu, anda harus berhati-hati bila terdapat gambar di’tag’ nama anda.
Rasionalnya, gambar-gambar itu akan dipapar dan dilihat oleh pengguna Facebook
secara ”on-line”.
Kesulitan anda yang
sebenarnya ialah untuk mengawal gambar anda dari dipaparkan oleh sahabat atau
rakan siber di Facebook. Apa tidaknya, ada sesetengah rakan Facebook anda memuat
naik gambarnya secara berkumpulan di album mereka, aplikasi Facebook mengimbas
dan mengesan wajah anda di dalam gambar tersebut. Dan
jika aplikasi “Facial Recognition
Software” mendapati terdapat padanan wajah anda dalam
gambar tersebut maka aplikasi ini akan mencadangkan kepada rakan-rakan Facebook
anda mengeteg dengan nama anda.
Adakah anda bersetuju untuk di"tag" bagi tontonan umum?
Tepuk dada, tanyalah selera
Tindakan mengeteg
nama anda akan dilakukan oleh kawan anda, bukan oleh Facebook. Tetapi agak menyeramkan kerana kini aplikasi ini akan mendorong kawan-kawan siber anda untuk
berlumba-lumba di antara satu sama lain untuk mengeteg nama anda
di album Facebook tersebut.
INGAT! Facebook tidak memberikan
anda apa-apa hak untuk pra-meluluskan tags
(pre-approve tags). Sebaliknya menjadi tanggungjawab anda sendirilah untuk meng”untag” nama atau diri anda
dalam mana-mana gambar yang telah di”tag” oleh rakan anda.
Oleh itu, marilah
kita mengambil tindakan DRASTIK
untuk mematikan aplikasi
Pengecaman Wajah di Facebook
demi menjamin kehidupan yang HARMONI dan MERDEKA dari sebarang gangguan
atau salahguna gambar kita di ALAM
SIBER.
Bagaimana
Cara Mematikan Aplikasi “Facial Recognition Software”
- Layari profil
Facebook anda dan klik pada “Akaun” (“Account”) di sudut
kanan atas
- Daripada drop down
menu, klik pada “Tetapan Privasi.”
(“Privacy
Settings.”)
- Klik
pada “Custom.” Di bahagian
bawah menu Custom, klik pada “Tetapan
Customize.” (“Customize
Settings.”)
- Terus ke bawah ke
“Berkongsi Perkara lain” (“Things others share”)
- Terus ke Seksyen
“Cadangkan gambar saya kepada kawan-kawan.”
(“Suggest photos of me to
friends.”)
- Klik (“Edit
Settings.”)
- Anda perlu
mendapatkan tetingkap pop-up mengatakan “Photos: Cadangkan Tags”
(“Photos: Suggest Tags.”) Ia akan membolehkan secara
“default”.
- Klik pada menu
drop-down dan pilih
“Disabled” untuk mematikan alat pengecaman wajah
(facial recognition tool).
- Klik OK dan tetapan
anda akan disimpan.
Kebimbangan
privasi
Kebanyakan rakyat
menyuarakan kebimbangan bahawa privasi mereka akan dicerobohi. Sesetengah
pula bimbang bahawa ia akan
mendorong kepada “masyarakat dipantau
sepenuhnya,” dengan kerajaan dan pihak berkuasa lain memiliki
keupayaan untuk mengetahui DI
MANA anda berada, sepanjang masa. Ini bukanlah konsep
diperbesarkan kerana sejarah telah membuktikan bahawa teknologi mudah
disalahguna oleh pihak-pihak yang berkepentingan demi menjayakan AGENDA mereka. Jesteru itu, marilah kita mengambil tindakan
SEGERA untuk mematikan
aplikasi “Facial Recognition
Software” demi menjamin kelangsungan KEBEBASAN dan PRIVASI kita agar tidak dikawal oleh
tangan-tangan ghaib.
SEBARKAN
MESEJ INI DEMI MENJAMIN HAK ASASI KITA DARI
DICEROBOHI………….
Sumber Rujukan :