Lambakan fesyen terkini bukanlah satu perkara baru. Apa yang membimbangkan, fesyen yang semakin lama semakin menelanjangkan pemakainya. Tidak salah berfesyen tetapi apabila bertentangan dengan apa yang telah digariskan dalam Islam, itu yang menjadi masalahnya.
Trend sekarang ini, ramai wanita dan tidak terkecuali wanita Islam yang turut sama menggayakan fesyen legging. Legging ini seolah-olah si pemakainya itu tidak memakai seluar langsung atau boleh dikatakan 95% menghampiri bogel. Di bawah ini terdapat pelbagai gambar sebagai contoh kepada pemakaian legging.
Mungkin ada di antara kita yang tidak sedar, apabila terdapat segelintir golongan wanita yang mengenakan fesyen tidak menutup aurat seperti ini, secara tidak langsung ia mempromosikan kepada orang lain untuk turut sama mengikut jejaknya untuk memilih fesyen yang merosakkan ini.
Marilah kita sama-sama mengelakkan diri dan keluarga kita daripada menjadi mangsa fesyen seperti ini.
sumber : http://leggingseksi.blogspot.com/
0 komen:
Post a Comment