Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Saturday, June 30, 2012

Bagaimana Bank Mencipta Wang?


Debt Slave


Benar, kerajaan mencetak wang kertas kita. Tetapi itu hanya mewakili 3% dari jumlah wang dalam negara. Sebahagian besar wang dicipta melalui pinjaman bank komersial.
Kini mari kita andaikan wang kertas dalam negara bermula “$0″ untuk memudahkan pemahaman ke atas sistem ciptaan wang di dalam ekonomi negara dan peranan bank negara serta komersial.


Peringkat 1: Wang permulaan “$0″
Anda pegawai tinggi kerajaan berpendapatan $10,000. Dari manakah kerajaan mendapatkan $10,000 untuk membayar gaji anda memandangkan wang di dalam negara “$0″?


Peringkat 2: Kertas Ditukar Kertas, menjadi Wang

Pinjaman! Kerajaan mengeluarkan bon (I.O.U) dan meminjam dari Bank Negara. Kini, dari manakah Bank Negara mendapatkan $10,000 kerana wang dalam negara masih lagi “$0″?
Bank Negara melakukan “magik” dengan menukarkan kertas kosong menjadi $10,000, dan nilai ini semata-mata bersandarkan janji kerajaan membayar hutang.
Sistem magik ini berlanjutan kepada Bank Dunia tetapi dipermudahkan pada peringkat ini untuk pemahaman awal sistem “ciptaan wang riba” ini.
Kesimpulan awal ialah wang atau “bank note” ialah “hutang“; hutang kerajaan dan kemudian daripadanya termasuklah hutang rakyat.


Peringkat 3: $10,000 pertama dalam negara
Kerajaan membayar $10,000 dan anda mendepositkannya ke bank.
Jika wang dibelanjakan, situasinya sama kerana Penjual mendepositkannya $10,000 ke bank. Kini wang telah wujud dalam negara dan berjumlah $10,000.
Peringkat 4: Sistem rizab dan riba berganda-ganda
Berdasarkan simpanan $10,000 ini, bank menjadikan 10% atau $1,000 sebagairizab Bank Negara. Akibat daripadanya bank diberi kelulusan mencipta wang baru bersamaan gandaan 90% ($9,000) sebagai pinjaman baru. Wang ini tidak dicetak tetapi sekadar jumlah yang direkodkan dalam sistem perbankan.

Dakwaan bank memberikan pinjaman dari simpanan pendeposit adalah penipuan! Ini kerana jika jumlah wang dalam negara $10,000 dan jumlah sama dipinjamkan kembali, bagaimana bank berupaya mendapatkan tambahan wang untuk menanggung kos pentadbiran dan bayaran dividen pendeposit?
Jika bank membayar dividen $1,000 maka jumlah wang mestilah $11,000. Oleh itu bagaimana bank berupaya mendapatkan $11,000 sedangkan wang di dalam negara hanya $10,000? “…Of course, they (bank) do not really pay out loans from the money they receive as deposits. If they did this, no additional money would be created…”; (Modern Money Mechanics from The Federal Reserve Bank of Chicago, page 6).
Kedua, bank tidak membayar kembali kepada Bank Negara wang dicipta kerana kesannya tetap sama, iaitu “If they did this, no additional money would be created“. Bank sekadar memastikan akaun aset (bank) dan akaun liabiliti (peminjam) direkodkan secara tepat dan tiada “NPL” (non performing loan).
It costs 100 billion for ONE egg, not three.
Three eggs cost 300 billion.

Peringkat 5: Ciptaan wang atas angin
Kini Bank meminjamkan wang $9,000 yang baru dicipta kepada Sarimah, dan merekodkan akaun aset bank menyamai akaun liabiliti peminjam.
Seperti anda, Sarimah mendepositkan ke bank atau berbelanja dan Penjual mendepositkan &9,000 ke bank. Kini jumlah aliran wang dalam negara bertambah daripada $10,000 kepada $19,000.
Peringkat 6: Rizab yang di “Recycle”
Bagi simpanan Penjual berjumlah $9,000 ini, Bank menjadikan $900 (10%) sebagai rizab dan berupaya mencipta wang baru melalui pemberian pinjaman sebanyak $8,100, iaitu gandaan 90% daripada rizab $900.
Kini Johari mengambil pinjaman $8,100 tersebut dan membelanjakannya. Penjual mendepositkan $8,100 dan jumlah wang dalam negara bertambah daripada $19,000 kepada $27,100.
Peringkat 7: Dari $0 kepada $10,000, kepada $100,000 secara atas angin
Proses bank mencipta wang melalui pinjaman $9,000 dan $8,100 akan berterusan kepada ciptaan wang baru bagi pinjaman $7,290, $6,561, $5,905, 5,314 dan sehinggalah ciptaan wang baru melalui pinjaman bertambah daripada $10,000 mencapai $90,000.
Rajah adalah penerangan dikeluarkan Federal Reserve Bank of Chichago (Bank Negara) bagi menerangkan proses ciptaan wang berasaskan pinjaman $10,000 kepada $100,000.
Pada peringkat ini keseluruhan jumlah wang di dalam negara menjadi $100,000 dan proses ciptaan wang tidak lagi dapat berkembang.
Kerajaan dikehendaki membuat pinjaman baru kepada Bank Negara agar wang dan ekonomi negara dapat terus berkembang.

Peringkat 8: Semua akan bankrup tanpa anda sedari!!
Terdapat persoalan penting bagi kaedah ciptaan wang di atas. Sistem di atas menjelaskan bank hanya mencipta wang “prinsipal“ melalui pinjaman, sedangkan wang bagi membayar bunga pinjaman tidak dicipta.
Oleh itu dan jika bank menetapkan bunga 10% bagi pinjaman $10,000 untuk tempoh 10 tahun, ini bermaksud kerajaan dikehendaki membayar kembali $20,000 kepada Bank. Jika keseluruhan pinjaman berjumlah $100,000, maka jumlah yang perlu dibayar kembali ialah $200,000.
Persoalannya bagaimanakah kerajaan berupaya mendapatkan tambahan $10,000 (atau $200,000) memandangkan wang bagi membayar bunga tidak dicipta?
Kerajaan boleh membawa masuk lebih banyak pelaburan tetapi situasinya sama kerana terdapat negara lain yang akan menanggung jurang kekurangan wang yang lebih besar untuk menanggung bunga pinjaman mereka.
Sistem ini telah menetapkan jika terdapat satu negara menjadi maju maka pasti terdapat beberapa negara lain yang akan sengsara dan kebuluran.
Oleh itu kekurangan wang bagi membayar bunga bermaksud kerajaan terpaksa mengambil pinjaman baru berjumlah $10,000 untuk menanggung bunga pinjaman asal. Namun itu bukankah pinjaman baru hanya akan mewujudkan bunga yang lebih besar.
Situasi yang sama turut dihadapi rakyat di mana hanya wang “prinsipal” dicipta dan wang bunga tidak dicipta dan mengakibatkan rakyat terpaksa berebut-rebut peluang mendapatkan wang yang sedikit di dalam ekonomi.
Jika situasi dihadapi adalah sedemikan rupa, bukankah matlamat akhir sistem ini hanya akan membankrupkan negara dan rakyat?

Kini dapatkah anda memikirkan kenapa pendapatan semakin tidak mencukupi, dan rakyat terpaksa terus menerus berhutang? Dapatkah anda kaitkan rasionalkerajaan menggesa bank memberi lebih banyak pinjaman apabila ekonomi mengalami kemerosotan?
Seperkara yang lebih serius, dapatkah anda memikirkan kenapa negara terpaksa terus menerus berhutang dengan jumlah mencecah $400 billion dan tidak pernah berupaya mengurangkan kembali hutang?
Adakah anda sedari setiap bayi yang lahir hari ini pada asasnya secara langsung berhutang RM16,000 memandangkan hutang negara mencecah RM4 billiondengan populasi 28 juta penduduk. Mengikut Akta Syarikat 1965, sebuah syarikat boleh dimufliskan jika tidak berkemampuan membayar RM500, oleh itu adakah hakikatnya Malaysia telah pun menjadi bankrup?
…Nobody was worrying about the country’s $400 billion debt!…

Rentetan Peristiwa Rancangan Penghapusan Sistem Khilafah dan Pemecatan Khalifah Islam Empayar Ottoman Terakhir Sultan Abdul Hamid.


Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid
1876 – 1909 )
Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.
Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.
Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.
Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.
Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.
Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.
Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.
Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.
Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.
Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.
Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.
Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.
Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.
Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.
(Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922. Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.)
Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.
Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.
Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.
Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.
Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.
Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.
Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.
Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancissebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.
Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.
Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.
Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.
Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.
Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.
Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.
*Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid

——————————————————————————————————-
Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahanSultan Mahmud II (1808 -1839) lagi. Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut :
Pertama : Pemodenan mengikut arus barat.
Kedua : Meninggalkan amalan Islam.
Ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami. Sepanjang kurun ke 19berlaku proses perindustrian dan elektronik di Eropah, ianya bukan satu proses semulajadi bahkan satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan teknoloji membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur bersama – samanya iaitu bon – bon, sekuriti, wang kertas dan lain – lain instrument kewangan.
Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di Turkisebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat Islam mesti diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal – hal perniagaan tidak diperlukan lagi.
Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagangan sementara masyarakat Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan membenarkan mereka tidak ikut serta dalam kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan penyusunan semula masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan Khilafah Othmaniah , perkara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi TUAN/Masters kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin.
Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad diganti dengan tentera makan gaji. Sistem demokrasi diperkenalkan, jawatan wazir besar diganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan.
Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit . Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkabkan sistem perniagaan Bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi . Pendidikan dua aliran diperkenalkan , tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain – lain institusi kewangan moden. Ini berlaku secara tidak sedar atas nama ‘memodenkan empayar’.
Undang – undang Islam ke atas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran ( administrative centralization) menggantikan sistem autonomi amiriah tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah RechidAli dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihat dari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar.
Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di GalataIsaac Camondomenubuhkan Bank Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.
Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham , ini membawa kepada penguasan banker YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, banker – banker ini dijemput untuk mencipta sistem kewangan moden dengan sistem riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank – bank baru.
Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah. Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest. Ottoman Bankditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,00 pound sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada system kuasa berada ditangan pemilknya banker – banker Yahudi Antarabangsa.
Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapaknya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bankdi Istanbul.
Kerja – kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya La Bank Imperiale Ottomane pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia danInternational Monetary Fund. Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit dan pengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana dan melibatkan diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak wang baru.
Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana tempatan seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa. Satu system penguasaan kewangan telah diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan seterusnya dana kewangan dan pelaburan , semuanya melibatkan bank.
Mereka menjadi Tuan kepada dunia. Masters of the Worlds.
Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan jaminan tranformasi sosial kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar Othmaniah ! Hak menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga , undang – undang tanah baru menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867 , orang asing dibenarkan membeli tanah.
Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna , Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalah peranan penipuan besar oleh bank – bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon – bon kerajaan Othmaniah. Pada tahun 1873 , berlaku ‘ crash 1873 ‘ yang membawa kepada kejatuhan nilai bon – bon tersebut. Projek ini bukan sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk konkrit bangunan semata – mata. Bahkan suatu gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalangi dengan angka – angka pada dokumen kewangan yang dipanggil saham dan bon.
Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan cukai terhadap rakyat. Serbia memberotak.Bosnia diserahkan kepada Austria dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British.
Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah kejatuhan Khilafah Othmaniah.
Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau tidak percaya kepada pegawai – pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur – ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan. Beliau berjaya mengurangkan hutang kerajaan.
Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempunyai tanahairnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat. Kuasa politik pulak dijadikan alat bank ntuk menjalankan projeknya.
Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :
Saya menganjurkan supaya dia (Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun..
Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama zionis di buka di Palestin dibawah firma Rothschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924.

Tuesday, June 19, 2012

Peristiwa Dahagi di Singapura (1915)

Askar-askar India Muslim dan melayu dijatuhkan hukuman tembak (firing squad) dalam peristiwa Dahagi kerana menyokong Khilafah Uthmaniah dan pertahan Palestin.

Assalamualaikum,

Saya ada mengisi siri-siri kuliah sejarah bulanan di beberapa buah mesjid di Selangor. Salah satu dari kuliah tersebut ialah 'Perihal sokongan ulama tanah air kepada Khilafah Uthmaniah'. Sebagai mukaddimah saya terangkan di mana kedudukan khalifah dalam sistem politik tertinggi umat Islam dan peranannya di dalam memayungi ummah. Saya jelaskan juga apakah bencana yang menimpa umat ini apabila khilafah terakhir, Khilafah Uthmaniyah luput pada tahun 1924. Di sentuh juga sepintas lalu mengenai usaha as-Syahid Imam Al-Banna dan program maratib-ul-amal untuk mengembalikan khilafah bermula dengan pembinaan syahsiah muslimah sehingga terbitnya ustiazatul alam (Islamic world order yang memayungi seluruh dunia).

Untuk siri yang pertama ini saya bongkar hubungan perjuangan umat Islam di Tanah Melayu dengan sistem khilafah yang berpusat di Istanbul. Saya jelaskan pada hadirin bahawa kita kena letakkan ulama-ulama pejuang yang selama ini dinobat sebagai pejuang nasionalis melayu kepada para mujahiddin yang gerak kerja dan perjuangannya bersifat global dan 'alami. Ini termasuklah peranan yang dimainkan oleh Dato' Bahaman, Tuk Gajah (Imam Perang Rasul), Mat Kilau, Tuk Janggut dan Tuk Ku Paloh.

Apabila pecah perang dunia pertama, Turki Uthmaniy terseret sama ke dalam kancah global ini demi mempertahankan kedaulatan wilayah Islam dari pencerobohan British dan Peranchis. Untuk menghadapi ancaman barat ini maka khilafah telah mengeluarkan pengistiharan Jihad-i-akbar pada bulan Nov 1914. Fatwa kewajipan jihad ini telah membangkitkan umat Islam di seluruh dunia termasuk di Tanah Melayu. Singapura yang merupakan pusat pentadbiran dan military base bagi British menempatkan juga askar-sakar India muslim dan melayu dalam pasukan British. Mereka akan dihantar ke tanah Arab untuk membantu 'revolusi Arab' menentang Turki Uthmani (Revolusi Arab ini dicetuskan oleh agen British T.E Lawrence atau terkenal dengan gelaran 'Lawrence of Arabia untuk mengusir Turki dari 'levant' termasuk Palestin). Askar melayu pula akan dihantar ke Afrika Timur untuk menggugat wilayah Islam seperti Somalia, Ethiopia, Eritrea, Sudan.

Seorang ulama tempatan bernama Ust Nurul Alam Syah dari Kampung Jawa, Singapura dan seorang saudagar Gujerat bernama Kassim ali telah meniup semangat jihad di kalangan tentera Islam supaya tidak patuh kepada arahan British dan sebaliknya memerangi mereka yang memusuhi Islam. Pada 15 February 1915 seramai 815 askar India Muslim dan 100 askar melayu telah menyerang kedudukan pasukan British, menyebabkan 33 orang askar British terkorban. British telah memohon bantuan dari TSN (Timbalan Setia Negeri) untuk mematahkan pemberontakan ini. Ini adalah satu episod malang di mana Tentera Setia Negeri telah digunakan untuk mengkhianati perjuangan umat Islam.

Peristiwa yang disebut sebagai 'Dahagi' (mutiny - atau pemberontakan) ini telah menyebabkan ramai askar-askar muslim dijatuhkan hukuman bunuh dengan 'firing squad'. Ust Nurul Alam dan Kassim Ali di hukum gantung.

Demikian secebis dari perjuangan umat ini yang tidak pernah diungkap dalam buku-buku sejarah rasmi negara kita. Atas kesedaran bahawa ada usaha untuk menafikan umat ini dari sejarah sebenarnya, saya akan berusaha untuk mengenengahkannya kembali melalui ucapan, ceramah dan penulisan buku insyaAllah.

Berikut saya akan kupas apakah kesan kebangkitan di Singapura ini kepada perjuangan ulama pejuang Tuk Janggut di Kelantan insyAllah.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
 
sumber : http://lambaian-islah.blogspot.com/2008/06/kuliah-bulanan-di-mesjid-al-huda.html

Monday, June 18, 2012

Bertudung Menyihatkan?


Persoalan menutup aurat dan isu tudung sememangnya cukup berkait rapat dengan hak individu melaksanakan tuntutan Islam. Lihat sahaja, di Perancis contohnya isu tudung cukup dipandang serius oleh pihak berkuasa.

Di Turki, yang merupakan taman pemerintahan Khilafah Turki Uthmaniyyah satu ketika dahulu, juga tidak lepas dari cengkaman perang saraf sekularisasi dalam isu bertudung ini.

Bahkan para sekularis Turki turut berusaha mengagalkan kemenangan Abdullah Gul sebagai calon Presiden disebabkan komitmen yang tinggi kepada islam,termasuklah isteri beliau Hayrunnisa’ yang kekal bertudung menongkah arus sekularisme Turki.

Namun, yakinkah kita Islam mendatangkan kewajipan bertudung kepada wanita dengan membawa pakej kemaslahatan pada manusia? Dari sudut nilai integriti, maruah dan kesantunan? Dan juga dari segi kesihatan dan sains?

AURAT IS ALL ABOUT WOMEN’S DIGNITY

Allah SWT memberi arahan jelas kepada muslimah melalui KalamNya iaitu :

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan” (24: 31)

Cukup jelas, tanpa kompromi..

Islam,sesuai dengan sifat thabat wa murunahnya (tetap dan anjal), kena dengan ciri flexibility yang tersendiri, tidak menghalang mahupun mengekang wanita untuk berpakaian mengikut fesyen dan suasana. Namun, Islam ada guidelinenya…

Prof HAMKA dalam Tafsir Al-Azhar menyatakan : “ Tidaklah semua pakaian Barat ditolak dan tidaklah semua pakaian negeri kita di terima. Kebaya jawa yang menampakkan sebahagian dada tanpa selendang adalah termasuk pakaian yang dilarang mengikut pandangan islam”

Perkara yang cukup jelas, memakai tudung dengan betul akan meningkatkan maruah dan harga diri yang tinggi buat wanita Islam.Yang yakin akan syariatullah ini…

APA KATA SAINS?

Artikel The Science Behind The Veil di IslamOnline.net tulisan Karima Burns menyebut :

“ Ujian menunjukkan 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala jesteru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan dimusim panas. Pakar otak, V.G Rocine mengatakan fosforus otak akan mencair pada suhu 108° Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberi beberapa kesan negatif kepada otak”.

Artikel Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online juga menyatakan bahawa :

“ Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105° Fahrenheit ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan menjejaskan kesihatan otak. Jesteru kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas”.

BERTUDUNG MENJADIKAN OTAK SIHAT.

Penemuan dan kajian yang telah dibuat jelas menunjukkan dengan pemakaian penutup kepala (bagi Islam : bertudung) cukup signifikan dalam penjagaan otak. Penutupan kepala secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan risiko pada otak.

Cukuplah sedikit bukti dipamerkan melalui sains mengukuhkan iman dan mentaukidkan aqidah serta keyakinan kita kepada syariat Islam..

Kerana Islam datang dengan sifat sempurna dan menyempurnakan, jauh dari ciri susah dan menyusahkan seperti pandangan pesimis sebahagian masyarakat bukan Islam tentang kepentingan bertudung..

Wahai muslimah, yakinlah dengan kewajipan yang ditetapkanNya, teguhkanlah pendirian anda, dan pertahankanlah hak dan maruah anda sebagai wanita Islam melalui pemakaian hijab yang di arah Tuhan.-

10 Bangunan Paling Menakjubkan Di Dunia


1.Cubic Houses, Rotterdam, Netherlands
Piet blom mempunyai idea rumah padu pada tahun 1970-an. Sebahagian daripada mereka telah dibina di Helmond dan Rotterdam city meminta beliau untuk membina rumah di atas jambatan pejalan kaki dan dia memilih konsep ini.

2. Dancing Building, Prague, Czech Republic

Dancing Building itu adalah nama samaran yang diberikan kepada bangunan Nationale-Nederlanden yang terletak di pusat bandar Prague. Direka oleh Vlado Milunić kerjasama dengan  Frank Gehry . Bangunan itu telah siap pada tahun 1996.

3.The Ufo House, Sanjhih, Taiwan

Rumah UFO di Sanjhih, Taiwan sebenarnya adalah sebuah projek resort terpencil. Ia memperoleh nama samaran ini dari Taiwan untuk reka bentuk futuristik yang pelik.

4.Kansas City Public Library, Missouri, United-States

Sebagai satu insentif untuk melawat perpustakaan reka bentuk di pusat bandar Kansas city dan telah dibuat dalam bentuk buku.

5.Ferdinand Cheval Palace a.k.a Ideal Palace, France

Ferdinand Cheval Palace dibina oleh seorang posmen di Hauterives, Perancis, yang bertujuan untuk digunakan sebagai kubur sendiri tetapi tidak mendapat lesen untuk itu. Istana Ideal beliau kini dikenali di seluruh dunia.

6.Forest Spiral Hundertwasser Building, Darmstadt, Germany

Hutan, Spiral Hundertwasser telah dibina pada tahun 2000. Direka oleh arkitek dan pelukis Austria, Friedensreich Hundertwasser bangunan itu mempunyai 105 pangsapuri dan ciri-ciri yang berwarna-warni dan reka bentuk organik.

7.Guggenheim Museum, Bilbao, Spain

Dibina oleh Nervion River Guggenheim Museum seni moden dan kontemporari telah direka oleh arkitek Amerika Kanada, Frank Gehry.

8.Bahá’í House of Worship a.k.a Lotus Temple, Delhi, India

Baha’i House of Worship kebanyakannya dikenali sebagai Lotus Temple telah dibina pada tahun 1986 dan Kuil Ibu benua kecil India. Ia adalah terbuka untuk rakyat semua agama.

9.Ripley’s Building, Niagara Falls, Ontario, Canada

Terkenal kerana koleksi perkara pelik dan sukar dipercayai dan artifak Ripley

10.The Crooked House, Sopot, Poland

Bermula dan selesai pada tahun 2003 House Crooked reka bentuk berdasarkan artis Poland dan buku-buku Kanak-kanak ilustrator, Jan Marcin Szancer dan Per itu Dahlberg.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More