Penggunaan racun serangga berasaskan bahan kimia sedikit sebanyak dalam tempoh yang panjang akan memberikan kesan kepada manusia termasuklah masalah kulit dan kemusnahan alam sekitar. Selain itu juga, jika kita mengunakan racun kimia, kita perlu memikirkan jenis racun kimia yang di beli, bagaimana menyimpan di tempat yang selamat, serta cara yang betul mengunakannya. Tetapi cuba anda fikir, kesan dan akibat jika anda tersalah menggunakan bahan kimia ini. Jadi kali ini, kami kongsikan cara yang mudah dan ringkas untuk menyediakan racun serangga organik ini.
Caranya ringkas sahaja untuk menyediakan racun serangga di rumah anda, hanya perlu mengunakan 4 bahan asas yang biasa digunakan didapur seperti cili padi, bawang putih , sedikit minyak masak dan air. Tumbuk bawang putih dan cili sehingga pecah, masukkan minyak satu sudu dan air satu cawan. Semburkan pada daun atau bahagian tumbuhan yang terkena bena atau serangga itu. Pasti serangga yang memakan daun dan bunga kesayangan anda tidak berani mendekati lagi.Selamat Mencuba..!!!
0 komen:
Post a Comment