Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Showing posts with label it. Show all posts
Showing posts with label it. Show all posts

Friday, October 3, 2014

Memadam Imej Sensitif Dari Google Street View Malaysia

street view malaysia

Kami mengembara secara maya menggunakan fungsi ini dan kami menyedari ada gambar kenderaan milik kami yang tidak dipadamkan nombor pendaftarannya secara penuh oleh pihak Google. 

Mengikut undang-udang, pihak Google harus mengaburkan muka individu dan setiap nombor kenderaan yang dipaparkan di dalam Street View. Sekiranya anda menemui imej peribadi dan nombor pendaftaran kenderaan milik anda yang tidak dikaburkan apakah yang boleh anda lakukan? 

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengarahkan Google untuk memadamkannya bagi pihak anda.

  1. Buka laman Google Maps.
  2. Tarik dan letakkan logo Pegman (watak kuning Street View) untuk mengakses fungsi Street View
  3. Cari gambar yang ingin anda kaburkan.
  4. Pada bahagian bawah sebelah kanan anda akan menemui butang “Report Inappropriate Street View” dan tekan butang “Submit”.
  5. Pihak Google kini akan memproses permintaan anda. Sekiranya alamat Emel disertakan pihak Google juga akan menghantarkan mesej kepada anda selepas imej diubah mengikut kehendak anda.
street view malaysia
v

Monday, September 29, 2014

5 Orang Pertama Yang Mendaftar Di Facebook


photodune-167670-closeup-of-colleagues-holding-question-mark-on-boards-in-the-con-xs

Mungkin ada yang tertanya-tanya siapalah agaknya orang-orang pertama yang mendaftar dalam laman sosial Facebook yang sangat popular ni. Boleh la berkenal-kenalan kan. Al maklum la, rata-ratanya sudah bertaraf jutawan. Berikut merupakan 5 orang pertama yang mendaftar di Facebook. Kebanyakkan dari Universiti of Harvard di USA.


1

1. Mark Zuckerberg


Tak payah la kisahbest.org nak explain lebih-lebih tentang mamat seorang ni. Dah nama pun pemilik Facebook, sudah semestinya dia yang no.1. Tetapi kejap, ada misteri di sini iaitu no ID Facebooknya ialah no. 4. Bukan no.1 kan? Jadi siapa yang no ID 1 ? Kami pun tak tahu. Mana-mana lah hehe.
2. Chris Hughes

intro6

Chris Hughes adalah Co-Founder Facebook iaitu roomate Mark Zuckerberg semasa mereka belajar di Universiti Harvard. Selain dari co-founder facebook, beliau juga adalah webmaster Obama di my.barrackobama.com yang dikatakan mempunyai pengaruh besar dalam kejayaan Obama menjadi presiden Amerika Syarikat.
3. Dustin Moskovits

3

Dustin Moskovitz juga adalah Co-Founder Facebook dan juga roomate Mark Zuckerberg sewaktu mereka belajar di Universiti Harvard. Moskovitz memiliki saham facebook sebesar 6 % yang membuat kekayaannya dikatakan mencapai 1.4 juta US$. Forbes menobatkan dia sebagai jutawan termuda di dunia.
4. Arie Hasit

999665_10100863379133091_1820013619_n
Arie Hasit adalah rakan rapat Mark Zuckerberg. Semasa mereka belajar di Harvard mereka sering melakukan aktiviti bersama . Ini kerana mereka sama-sama Yahudi. Sekarang dia bekerja sebagai jurucakap angkatan tentera Israel.

5. Colin Kelly


img4

Sedikit info yang diketahui mengenai Colin Kelly ini. Yang pastinya dia adalah bekas pelajar Harvard University. Kemungkinan besar adalah teman sekuliah Mark Zuckerberg.Ini kerana kebanyakan dari pemilik id – id kecil ini adalah alumni Harvard University kerana memang pada awalnya, facebook dikembangkan untuk kepentingan alumni dan mahasiswa Harvard.

Friday, June 6, 2014

Protect USB Pendrive daripada virus macam kita guna CD atau DVD


Saya daripada tahun lepas mencari pendrive yang ada lock supaya menyelamatkan pendrive software saya terkena virus. Dulu ada sekarang tak ada.

Baru-baru ini pendrive 32G saya mempunyai pelbagai software semasa telah terkena virus daripada komputer kawan-kawan. Memang cerewet nak buat semula.

Terfikir saya ada tak software atau cara yang boleh proctect pendrive daripada dimasuki anasir-anasir lain. Mr google rujukan paling baik. Saya terjumpa satu software USB Storage Proctector 1.1 yang boleh proctect pendrive seperti penggunaa CD atau DVD untuk komputer orang lain.
Boleh download percuma di sini (Version 1.1) SINI (248.87 kB). Software ini bersifat standalone tak perlu install. Memerlukan Microsoft .NET Framework 2.0

Microsoft Framework .NET 2.0 boleh di download disini. SINI


USB Pendrive anda akan diformat.


Selepas format, semua komputer lain akan membaca pendrive anda sebagai 'read only' melainkan komputer yang anda guna untuk format pendrive ini sahaja.


Tunggu sehingga proses tamat.

 
Ok selesai, sangat mudah dan cepat.


 
Selepas format software ini akan buat satu folder "Public" yang mana folder ini sahaja tidak read only pada komputer lain bertujuan untuk menyalin bahan daripada komputer lain ke pendrive ini. Folder ini boleh direname kalau nak guna nama lain.

Kalau virus masuk pun akan berada dalam folder ini.

Anda boleh guna pendrive ini sebagai USB bootable untuk windows 8 atau linux dengan syarat jangan format.

Jika anda nak kembalikan pendrive ini normal macam sedia kala, anda hanya perlu format semula dengan menggunakan format biasa.

Sangat menarik dan saya rasa selesa pendrive saya untuk dipinjam kepada kawan-kawan untuk kongsi software.

sumber

Sunday, November 3, 2013

Mari Mengenali Dalvik!

Android sering dikaitkan oleh pengguna-pengguna sebagai platform yang kurang laju, sentiasa mengalami lengah masa, dan kerap hang. Tibalah masanya untuk pengguna mengetahui apakah faktor yang menyebabkan prestasi Android tidak secekap iOS atau Windows Phone.
Android ni, apa sebenarnya?
Android merupakan sistem operasi untuk peranti skrin sentuh, dan dibina berdasarkan kernel Linux. Android diasaskan pada Oktober 2003 oleh Andy Rubin, Rich Miner, Nick Sears, dan Chris White dengan niat asalnya untuk membina sebuah sistem operasi bagi kamera digital. Setelah menyedari pasaran untuk kamera digital tidak begitu luas, pasukan pembangunnya memutuskan supaya Android ini dibina untuk telefon bimbit, sebagai saingan kepada Symbian dan Windows Mobile (ketika ini iPhone masih lagi belum diumumkan). Projek ini kemudiannya mendapat sokongan kewangan dari Google sehinggalah Google memutuskan untuk membelinya pada 2005, dan pada tahun 2007 Android diumumkan. Telefon pertama yang dikuasakan oleh Android berada di pasaran pada Oktober 2008, kira-kira 5 tahun selepas projek ini diasaskan.
Matlamat utama Android ialah untuk membina satu sistem operasi yang terbuka untuk telefon pintar, dengan memberikan akses terbuka kepada mana-mana syarikat dan pembangun untuk membangunkannya pada device mereka sendiri (seperti HTC, Samsung, Sony dan sebagainya).
Falsafah disebalik pembinaan Android ialah ia memfokuskan peranti yang mempunyai kekangan spesifikasi: pemprosesan ARM, RAM 128MB, storan Mini atau MicroSD, kamera CMOS 2MP, Bluetooth versi 1.2 atau 2.0 serta antaramuka USB-mini. Kebanyakan peranti yang berada di pasaran ketika ini mempunyai spesifikasi yang jauh lebih berkuasa, tetapi dengan menyatakan spesifikasi yang disebutkan tadi ia menunjukkan bahawa Android menyasarkan lingkungan peranti yang pelbagai; device yang berkuasa rendah sehinggalah peranti yang berkuasa tinggi.
Kejap.. maksudnya Android ni kalau dia nak berfungsi, bagi kat dia device yang CPU slow dan RAM sikit, still dia boleh jalan (contoh mudah, Galaxy Y). Lepas tuh Android ni nak bagi kat semua orang pakai, sebab tuh dia ni hadir sebagai sumber terbuka supaya mana-mana pihak boleh mengambil sistem operasi Android ini, dan implementasikan ia di dalam peranti keluaran mereka, disamping mengubah fungsi dan paparannya sesuka hati. Gitu?
Yerp, betul. Kemudian, terdapat satu lagi yang menjadi perhatian pembangun Android ini, dan isu ini agak teknikal: soal keselamatan. Memandangkan Android ini dibina dengan falsafah sumber terbuka, maka pembangun-pembangun aplikasi bebas untuk melakukan apa sahaja – mencipta ribuan aplikasi untuk pengguna memuat-turun dan menjalankannya pada peranti masing-masing. Untuk memastikan keselamatan setiap applikasi serta teras Android itu sendiri (iaitu kernel Linux), semua aplikasi mestilah diasingkan (sandbox) daripada aplikasi yang lain dan tidak boleh mengganggu urusan kernel.
Dalam bahasa yang mudah, Android itu mestilah dapat menyokong peranti yang mempunyai lingkungan spesifikasi yang pelbagai, serta mempunyai ciri-ciri keselamatan. Jadi, bagaimanakah Google menyelesaikan masalah ini?
Reka Bentuk Android: Memperkenalkan, Dalvik!
Wipe Dalvik Cache
Pengguna peranti Android yang pernah main tukar-tukar ROM semestinya pernah berjumpa dengan Dalvik…
Setelah anda kenal apa dia Dalvik dan fungsinya, anda akan faham kenapa prestasi Android kurang cekap sedikit berbanding dengan platform seperti iOS atau Windows Phone. Sebagai permulaan kepada penjelasan mengenai Dalvik, perkara pertama yang anda boleh jangkakan ketika ini ialah hadirnya Dalvik untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan sebentar tadi.
Dalvik Ialah Virtual Machine
Carta : Kernel & ProsesBersumberkan Wikipedia, dijelaskan di sini bahawa Dalvik merupakan proses virtual machine. Fungsinya ialah untuk mengasingkan aplikasi dengan memperuntukkan setiap satu aplikasi yang dijalankan pada Android satu ‘bekas’. Implementasi virtual machine ini menyelesaikan satu masalah iaitu soal keselamatan. Memandangkan setiap aplikasi diberikan ‘bekas’ miliknya sendiri (dipanggil sebagai instance) untuk ia berjalan, maka aplikasi tersebut tidak akan mengganggu proses aplikasi lain, pada masa yang sama ia tidak akan mengganggu urusan kernel.
Jika dikaji dengan lebih mendalam lagi, sekuriti dalam sistem operasi Android amat ampuh. Kernel Linux itu sendiri sudah mempunyai model sekuriti yang tinggi, antaranya melibatkan users danpermissions. Sebagai contoh, fail yang dimiliki oleh program Apache HTTPd (Apache di sini ialah user) hanya boleh dibaca dan ditulis oleh Apache sahaja. Pada sistem operasi Android, secara default, setiap aplikasi diperuntukkan satu user. Apabila aplikasi itu dijalankan, ia hanya dapat mengakses fail miliknya sahaja dan tidak boleh mengakses fail milik aplikasi lain.
Dalvik dan Java
Google memilih Java sebagai bahasa pengaturcaraan untuk membina aplikasi Android?
Meme - Java SlowKejap laa, tak habis explain lagi ni. Google memilih Java untuk bahasa pengaturcaraan kerana umum mengetahui Java merupakan bahasa yang elegan; “write once, run everywhere”. Google memilih untuk tidak menggunakan JME dan JVM, tetapi beralih kepada teknologi lain iaitu – Dalvik. David Ehringer menulis dalam jurnal The Dalvik Virtual Machine dengan menyatakan:
While Google has selected Java as the language for developing Android applications, it has chosen to abandon both JME and the JVM in favor of an alternative deployment target, the Dalvik virtual machine. Google has also chosen to use an alternative and limited implementation of the standard Java libraries. Both of these are non-standard Java, and effectively represent forking of the Java platform
Jadi, adakah Java ini lembap?
Saya berani mengatakan Java sedikit perlahan berbanding implementasi bahasa lain seperti Objective-C (bahasa ini digunakan pada aplikasi iOS). Kepada anda yang suka memuat-turun pelbagai jenis fail dari laman hos percuma (seperti RapidShare, Freakshare, UploadTo), mesti anda pernah guna jDownloader kan? jDownloader ni ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Java. Pernah guna Internet Download Manager (IDM)? Cuba bandingkan mana lagi smooth; jDownloader, atau IDM? Harapnya gambaran yang ringkas (tapi agak kurang tepat) ini boleh membantu.
Dalvik, dan Prestasinya
Seperti yang saya tulis di atas, Dalvik menggunakan piawaian yang berlainan dengan apa yang biasa digunakan pada JVM. Dalvik dibina supaya boleh mengendalikan banyak instance pada satu-satu masa. Dalvik menggunakan struktur register-based, berlainan dengan kelaziman JVM yang menggunakan stack-based. Saya agak keberatan untuk menulis perbezaan antara register-based dan stack-based, cukuplah anda faham register-based ini digunakan oleh Dalvik untuk menjimatkan penggunaan memori (RAM). Dalam aspek yang lain pula, Java menjalankan fail .jar, manakala Dalvik menjalankan fail .dex. Kedua-duanya lebih kurang sama (ditulis dalam bahasa Java) namun yang membezakan ialah fail .dex telah dioptimasikan untuk mengurangkan penggunaan RAM.
Jadi, Dalvik ini menggunakan struktur register-based dan menjalankan fail .dex kerana nak menjimatkan penggunaan RAM? Ya, betul. Untuk menjamin prestasi Dalvik, kedua-dua modifikasi ini adalah perlu. Sebab itu Google memilih untuk menggunakan Dalvik berbanding JVM.
Apa kaitan Dalvik dengan kernel Linux?
Pengkhususan kerja bagi Dalvik ialah sektor aplikasi. Dalvik tidak boleh mengawal hardware seperti kamera, pemacu Bluetooth, pemacu WiFi dan lain-lain. Dalvik hanya boleh menghantar isyarat kepada kernel, kemudian kernel yang akan melaksanakan arahan tersebut.
Android System Architecture
Ringkasnya, bayangkan aplikasi seperti Instagram nak pakai kamera. Jadi, Instagram bagitahu kepada Dalvik untuk meminta Dalvik terjemahkan bahasa Java kepada binary. Kemudian Dalvik bagitahu kernel yang Instagram ingin menggunakan kamera.
Mekanisma Dalvik
Tiba lah bahagian yang menarik. Pada bahagian ini kita akan belajar khususnya bagaimana Dalvik berfungsi.
Carta - Workflow
Aplikasi yang ditulis untuk Android (sebagai contoh, Twitter) di-compile dalam bentuk fail .apk yang mengandungi fail .dex di dalamnya. Saya ingatkan sekali lagi aplikasi Android ditulis dalam bahasa Java, dan ia perlu melalui Dalvik terlebih dahulu sebelum diterjemahkan ke dalam binary. Dalvik kemudiannya akan berkomunikasi dengan Kernel bagi untuk menggunakan hardware tertentu. Setelah hardwarefaham apa yang aplikasi tersebut mahukan, ia akan menghantar isyarat kepada hardware yang tertentu.
Dengan menggunakan Twitter sebagai contoh, Dalvik ‘membaca’ aplikasi Twitter berkenaan. Ketika pengguna menekan ’Tweet’, Dalvik akan menterjemahkan permintaan tersebut. Untuk tweet tersebut dipaparkan di internet, maka aplikasi tersebut memerlukan akses kepada internet (dalam kes ni, saya andaikan pengguna tersebut menggunakan WiFi). Dalvik kemudiannya bagitahu kepada Kernel untuk menggunakan WiFi. Kernel meluluskan permintaan tersebut, lalu dihantarlah satu tweet ke internet.
Mekanisma dia mudah, kan?
[Teknikal] Bagaimana Android, dan aplikasi Android Diaktifkan?
Dalvik bekerja dengan bantuan satu lagi entiti yang dinamakan sebagai Zygote. Sebagaimana kelaziman setiap sistem operasi Linux, terdapat satu entiti yang dinamakan sebagai init. Ketika peranti Android dihidupkan kernel memanggil init, kemudian init akan menghidupkan processes atau unit seperti screen,speaker dan mana-mana unit yang berkaitan. Pada ketika ini, init juga menghidupkan Zygote.
Setelah Zygote aktif, ia akan menghidupkan Dalvik dan memuatkan Java read-only core library classes.Library classes yang dihidupkan ini merupakan sumber yang dikongsi (shared resources) oleh semua aplikasi Android. Pada masa yang sama, Zygote menghidupkan satu instance kosong. Apabila proses memuatkan keseluruhan sistem operasi selesai, Zygote akan menunggu sebarang permintaan daripada aplikasi. Apabila satu aplikasi Android meminta satu unit instance, Zygote membuat penklonan daripadainstance yang kosong tadi bagi mencipta satu instance untuk aplikasi tersebut.
Pernah main Oracle VM Virtualbox tak? Untuk menghidupkan sistem operasi pada Virtualbox, ada 2 cara boleh digunakan iaitu menghidupkan sistem operasi menggunakan disk image (fail .iso), ataupun menggunakan virtual machine disk (fail .vmdk). Kalau pakai image file, samalah seperti cold boot sistem operasi tersebut, agak lambat. Kalau pakai fail vm disk, sistem operasi terus masuk ke desktop ataupunlast active state. Zygote ini menggunakan implementasi vm disk untuk memastikan sistem operasi lebih responsif untuk mengaktifkan aplikasi.
Android dan Platform Pesaing
Tidak dinafikan bahawa Android agak perlahan sedikit prestasinya jika dibandingkan dengan platform pesaing seperti iOS atau Windows Phone. Analogi ringkas di bawah akan menjelaskan mengapa berlakunya perkara sedemikian.
Mana Lagi Cepat Masak?
Dalam analogi ini, andaikan kuali tersebut sebagai Dalvik. Api daripada dapur memasak itu perlu melalui kuali terlebih dahulu sebelum sampai kepada lauk. Ibaratnya kuali itu merupakan ‘perterjemah’, yang menterjemahkan haba kepada lauk. Pada ekosistem iOS pula ibaratnya memasak dengan memanggang. Lauk yang hendak dipanggang berkenaan mendapat akses terus kepada haba tanpa medium.
Kuali perlu dipanaskan dulu sebelum memasak. Lepas kuali dah panas, baru boleh masak lauk. Maksudnya di di sini, resource seperti RAM dan CPU digunakan untuk mengaktifkan Dalvik (dan Zygote), kemudian barulah resource tersebut boleh digunakan oleh aplikasi.
Android Dan Kepelbagaian
“Ok dah faham. Saya ni iFag, boleh tak saya kutuk Androidfag kaw-kaw sebab depa slow, kena pakai kuali baru jalan”
Tak boleh.
Android cemerlang pada bidang yang tidak mampu dikejar oleh iOS, iaitu keupayaan untuk menyesuaikan dirinya pada pelbagai device. Android boleh dipasang pada telefon pintar, laptop (projek Android x86), TV dan tablet. Android boleh dimodifikasi oleh mana-mana pihak tanpa sebarang masalah. Dengan kehadiran Android, lanskap telefon pintar berkembang berkali-kali ganda dengan ketersediaan peranti dalam pelbagai kategori; entry-level (Xperia x10 Mini, Galaxy Y), mid-end (Galaxy W), dan high-end(HTC One). Boleh dikatakan semua orang boleh merasai apa itu telefon pintar walaupun duit tak sampai RM2k.
Dah lah semua orang boleh pakai, boleh main tukar-tukar ROM pulak tuh. Bukan setakat boleh main tukar-tukar ROM, nak buat ROM sendiri pun boleh.
Android melakukan pengorbanan dari segi prestasi untuk membolehkan semua orang merasai apa itu smartphone. Ini merupakan satu niat yang sangat murni. Tidak perlulah berkira sangat kalau telefon pintar Android anda kurang responsif, sekurang-kurangnya ramai orang boleh pakai telefon yang canggih.
Untuk pengetahuan tambahan anda, kebanyakan smartpone Android agak kurang responsif dari segi prestasi adalah disebabkan boleh bloatwares yang sudah dipramuatkan (preinstalled apps). Sebagai contoh pada telefon keluaran Samsung, sudah ada beberapa aplikasi dipasang oleh pengilang seperti Samsung Apps, ChatOn dan lain-lain (anda boleh semak sendiri). Mengikut pengalaman sebahagian pengguna, selepas bertukar daripada menggunakan Stock ROM kepada CyanogenMod, prestasi telefon meningkat berkali ganda berbanding sebelumnya. Satu lagi contoh, bandingkan Nexus 4 dengan Galaxy S3, anda akan rasa perbezaannya; Nexus 4 yang tiada bloatwares itu lagi responsif.
Penutup
Terima kasih kerana masih lagi setia membaca. Ketika ini anda sudah faham apa itu Dalvik dan mekanisma disebaliknya. Saya ada satu gambar untuk saya kongsikan kepada anda.
bedah siasat dalvik
Gambar daripada pali7x ini adalah folder Dalvik sebelum proses compilation bermula. Saiz kernel pula sebesar 4.9MB (tiada dalam gambar). Gambar di atas merupakan kod sumber Android untuk HTC One X (saiz mungkin berbeza untuk device yang berlainan).
Nota Kaki
  1. JVM = Java Virtual Machine.
  2. Fail .apk ni sebenarnya fail arkib. Anda boleh ekstrak kandungan fail .apk dengan utiliti arkib yang anda ada seperti Winzip ataupun Winrar.
  3. Android kini bukan hanya menyokong ARM. Ia menyokong sistem yang menggunakan MIPS dan x86. Android juga bukan hanya eksklusif untuk peranti skrin sentuh atau telefon pintar, ia juga menyokong peranti seperti media center dan kadang-kadang digunakan pada Raspberry Pi. Apabila Android digunakan untuk non-touchscreen device seperti media center, fungsi skrin-sentuh tersebut boleh dibuang.
Secara ringkas, proses untuk menulis aplikasi Android boleh digambarkan secara berikut:
Android App Write Flow

Saturday, October 5, 2013

Apakah Perisian Wajib Untuk Komputer Windows Anda?

Setiap kali seseorang pengguna membeli komputer berasaskan Windows yang baru, salah satu persoalan yang menjadi tanda tanya adalah apakah perisian wajib yang diperlukan pada komputer mereka dalam memudahkan pengurusan dan penggunaan harian komputer mereka.
Jadi, disini kami menyenaraikan beberapa perisian dan aplikasi yang menjadi pilihan kami, dan jangan lupa untuk turut sama berkongsi perisian dan aplikasi pilihan anda.
Pelayar Web – Google Chrome
Google Chrome New Tab
Pada hari ini terdapat pelbagai pilihan pelayar web dipasaran. Setiap komputer Windows sendiri didatangkan dengan pelayar web Internet Explorer dalam usaha memudahkan pelayaran web anda.
Bagi kami, Google Chrome menjadi pilihan utama. Selain daripada memudahkan pengguna dengan akaun Google menggunakannya, salah satu perkara yang menjadi sebab utama pilihannya adalah kebolehan sync data pelayaran pada pelbagai peranti.
Sebagai contoh, anda boleh membuka sesebuah tab menggunakan satu komputer, dan menyambung pelayarannya pada telefon pintar, tablet mahupun komputer lain.
Antara alternatif lain adalah termasuk Mozilla Firefox dan juga Opera.
Muat-Turun Google Chrome
Video – VLC Media Player
Sistem operasi Windows sedia hadir dengan pemain media mereka tersendiri. Tetapi satu kekurangan padanya adalah ia tidak menyokong pelbagai jenis format video secara menyeluruh.
Terdapat beberapa pilihan pemain video di pasaran, termasuk antaranya adalah VLC Media Player, K-Lite Mega Codec Pack, dan juga GOM Player.
VLC Media Player merupakan salah satu projek pembangunan berasaskan sumber terbuka, dan dikemaskini dengan pelbagai sokongan codec baru dari hari ke hari. Ia juga turut menyertakan pelbagai pilihan untuk tetapan, termasuk sokongan memainkan video 4K.
Dokumen – Kingsoft Office Free 2013
Kingsoft Writer
Salah satu penggunaan utama komputer adalah dalam pengurusan dan penyuntingan dokumen. Pihak Microsoft sendiri menawarkan Microsoft Office, tetapi mungkin tidak ramai yang mampu untuk membeli lesen untuknya.
Terdapat beberapa aplikasi penyuntingan dokumen, dan salah satu perisian percuma bersaiz kecil dan menawarkan sokongan seumpama Microsoft Office adalah Kingsoft Office.
Selain Kingsoft Office Free 2013, antara pilihan lain adalah LibreOffice yang turut ditawarkan kepada percuma kepada pengguna, dan menawarkan lebih banyak pilihan tetapan dan penyuntingan dokumen melaluinya.
Storan Awan – Dropbox
Dropbox
Pada hari ini, storan awan telah menjadi salah satu perkara utama yang digunakan oleh pengguna dalam usaha memudahkan mengakses sesuatu fail pada pelbagai peranti, selain mengelak daripada sesuatu fail itu hilang disebabkan kerosakkan pada komputer.
Microsoft melalui Windows 8 telah sedia menyertakan sokongan SkyDrive. Namun, bagi kami yang telah sedia menggunakan Dropbox sejak sebelum ini, lebih mengemari Dropbox berbanding beberapa perkhidmatan lain.
Dropbox menawarkan klien desktop mereka tersendiri, memudahkan proses sync dokumen antara komputer anda. Ia juga turut memudahkan proses perkongsian dokumen bersama-sama rakan yang lain dengan pantas menggunakannya.
Selain Dropbox dan juga SkyDrive, satu lagi perkhidmatan popular adalah Google Drive.
Daftar akaun Dropbox
Sekuriti – Prey Anti-Theft
Bagi pengguna yang menggunakan komputer riba, salah satu perkara yang menjadi igauan harian adalah takut akan komputer riba mereka hilang.
Untuk memudahkan pemantauan dimanakah lokasi komputer riba anda, Prey merupakan perisian yang berguna. Ia membolehkan anda mengetahui lokasi semasa, disamping merakamkan gambar menggunakan webcam terbina pada komputer riba.
Satu lagi pilihan menarik pada Prey adalah dimana pengguna boleh menyembunyikan pemasangannya, dan ia berjalan pada latar tanpa sesiapa mengetahui berkenaan dengannya.
Penyuntingan Gambar – Photoscape
PhotoScape
Dengan lebih ramai merakamkan gambar pada hari ini, salah satu perisian yang turut menjadi penggunaan utama pada komputer mereka adalah perisian penyuntingan gambar.
Untuk proses penyuntingan pantas dan ringkas, salah satu perisian percuma yang berguna adalah PhotoScape.
PhotoScape membolehkan anda membuat gabungan gambar, mengubah saiz gambar, memusingkan gambar, dan membuat beberapa penyuntingan pantas melaluinya, sekaligus mengoptimasikan saiz gambar untuk perkongsian di web.
Muat-Turun Photoscape
Lain-Lain
CCleaner – Untuk tujuan membuang fail-fail berbentuk cache, disamping membuang fail yang tidak digunakan di komputer anda, sekaligus membolehkan anda mendapatkan ruangan tambahan serta melajukan lagi pemprosesan komputer.
WinRAR – Untuk tujuan compress fail, serta membuka beberapa jenis format fail, terutamanya yang dikongsikan melalui internet.

Jadi, apakah perisian dan aplikasi utama anda pada komputer berasaskan Windows?

Thursday, September 19, 2013

Permasalahan Umum Printer Laser dan Tips Merawatnya

Berikut beberapa permasalahan yang sering terjadi pada printer laser jet:
  • Paper Jams ( kertas terjepit) Kertas yang lembab atau tidak layak dapat menyebabkan paper jams atau terjepit, mesin printer yang kotor oleh debu yang menempel pada kertas kadang dapat juga menyebabkan kertas terjepit. Jika paper jams terjadi pada printer anda, bukalah penutup printer dan cobalah untuk mengeluarkan kertas yang tersangkut dengan cara menarik kertas keluar searah dengan arah keluarnya kertas. Bersihkan dan dilap permukaan ban penggulung atau roller serta sisi-sisi dalam mesin dengan menggunakan kain yang lembut. Pemasangan penggulung kertas, pengait kertas, roda gigi, serta sensor yang kurang tepat dapat menyebabkan kertas terjepit dan untuk hal ini diperlukan seorang teknisi yang mengerti tentang troubleshooting printer. Ketika anda mencoba melepaskan kertas yang terjepit usahakan selalu mengeluarkan kertas searah dengan arah keluarnya kertas. =============================================================
  • Kertas hasil cetak berkerut / wrinkle/ kriting Pengait pada penggulung kertas yang sudah usang / aus dapat menyebabkan kertas hasil cetak berkerut. Ukuran kertas yang tidak sesuai dengan pemasangan sensor batas pencetak dapat pula menyebabkan kertas berkerut. Kertas yang lembab atau tidak kering benar dapat pula menghasilkan keluaran yang berkerut. Cobalah untuk menyesuaikan ukuran kertas dengan path pengait-penggulung dan usahakan menggunakan kertas yang mulus dan bersih.  =============================================================
  • Garis-garis pada lembar cetak Jika cetakan halaman kertas terdapat garis-garis hitam, hal ini dikarenakan oleh beberapa penyebab, biasanya hal ini dikarenakan oleh terdapatnya benda asing yang menempel pada scanner atau kaca pemantul. Jika permasalahan tidak berada pada kaca pemantul bisa jadi berada pada unit imaging. Jika anda memiliki cartridge yang lain ( lebih dari satu ) disarankan anda mengganti cartridge dengan yang lain yang sekiranya bagus. Hal ini dapat mengatasi permasalah diatas. Jika printer memakai system multi-komponen ( drum, toner, pengembang yang masing-masing unit terpisah) , ini membuat permasalahan semakin rumit. Namun diantaranya pasti ada yang bermasalah. Toner biasanya tidak ada masalah. Jika terdapat garis hitam besar/ lebar pada halaman cetak, biasanya dikarenakan oleh drum yang sudah aus atau lemah, dan perlu diganti dengan drum yang baru untuk mengatasi masalah tersebut.  =============================================================
  • Titik-titik hitam pada halaman Jika terdapat garis terdapat titik-titik hitam seperti taburan toner pada lembar cetak, masalah biasanya terdapat pada unit pengembang cartridge. Dan biasanya hal ini sulit untuk dibetulkan kecuali dengan mengganti dengan yang baru pengembang yang bersangkutan. Jika titik hitam diulang atau terdapat urut kebawah pada lembar cetak, biasanya ada cacat atau benda yang menempel pada unit drum. Usaplah dengan kain halus untuk menghilangkan benda asing yang menempel atau dengan mengganti drum jika terdapat lubang kecil pada permukaan drum. Namun masalah ini bisa juga terdapat pada sensor pencetak yang kotor dan jika demikian maka harus diservis sekaligus apabila memungkinkan.  =============================================================
  • Lembar cetak kosong / tidak rata Jika terdapat garis terang atau daerah kosong / buram pada hasil cetak, hal ini disebabkan oleh toner yang menipis atau belum membaur sempurna. Pastikan anda memiliki serbuk toner yang cukup dalam cartridge yang dapat mencapai drum. Masalah lain mungkin disebabkan oleh kenyataan bahwa permukaan drum tak dapat menyentuh toner karena unit penyaring wiperblade, dr.blade yang sudah aus/ keras. Ini berarti anda harus mengganti komponen yang terkait. Seringkali permasalahan bukan berada pada mesin atau cartridge , tetapi pada kertas. Dalam hal ini kertas lembab atau mengandung minyak sehingga toner atau tinta tidak dapat menempel dengan sempurna pada kertas. Ini biasanya seperti titik terang atau corengan buram pada lembar cetak. Jika anda kurang yakin, pastikan selalu menggunakan kertas yang bersih dan kering untuk melihat hasilya.  =============================================================
  • Double focus / imaging Penyebab utama dari double focus / imaging pada halaman adalah dalam pengaturan pemasangan pengatur / fuser assembly yang tidak sesuai. Kombinasi yang tidak cocok antara drum dan toner juga bisa jadi penyebabnya. Jarang sekali produsen yang menghasilkan komponen yang tidak cocok dengan pengaturan fusernya . Beberapa jenis printer kadang tidak berjalan normal dengan interupsi aplikasi yang anda gunakan mungkin salah dalam penggunaan tinta yang menyebabkan masalah. Aturlah interupsi aplikasi anda terhadap pencetak melalui berapa jumlah titik per inci ( dot per inch ) / dpi.  =============================================================
  • Garis melintang pada halaman Tempat ampas atau pembuangan toner pada cartridge mungkin penuh.Ganti dan bersihkan tempat pembuangan. Koneksi / hubungan yang kurang tepat antara unit imaging dengan mesin dapat pula menyebabkan hal ini. Bersihkan hubungan / penghubung dengan kain atau handuk. Bisa jadi toner cartridge tidak terpasang sempurna pada pencetak atau salah pasang drum. Atau ganti dengan cartridge yang lain dan ini akan mengatasi masalah.  =============================================================
  • Halaman gelap Bisa jadi karena idensitas di-set terlalu pekat, coba terangkan focus/ image. Beberapa printer memiliki control idensitas tersendiri. Drum yang sudah aus bisa jadi masalah serta kualitas toner yang jelek bisa juga jadi penyebabnya. Beberapa toner dipasaran memiliki kepekatan yang kurang baik, oleh karena itu coba atur idensitas yang diinginkan seperti menggunakan toner dari djava print di mana kepekatan dari toner dijamin bagus dan menyerupai original. Jika tetap berlanjut, segera hubungi kami. Printer anda harus dibersihkan total dari kotoran yang ada pada lensa internal, jalur kertas , koneksi-koneksi dan pemantul. Izzy grafika  juga membantu perawatan printer jika diperlukan SECARA GRATIS! ! ! , sehingga konsumen tidak terganggu aktivitasnya.  =============================================================
  • Bunyi tidak wajar Jika anda menggunakan toner cartridge, ganti dengan yang lain apakah permasalahan akan hilang, jika tidak hubungi teknisi izzy grafika. Beberapa permasalahan biasanya hanya bisa diselesaikan oleh teknisi. Karena bisa jadi kipas, roda gigi, bodi mesin dan komponen elektrik lainnya yang bermasalah. Hubungi kami, kami segera datang.

Cetak printer laserjet bercak hitam atau bercak putih

Permasalahan ini termasuk yang sangat sering dijumpai pada 
printer laserjet, yaitu mucul bercak hitam, titik hitam atau kotor hitam pada hasil cetak printer laserjet. Ada banyak kemungkinan penyebab bercak hitam ini.Untuk mencari penyebabnya perlu diperhatikan hal-hal berikut ini :

1. Apakah bentuk bercak hitam ini bentuknya sama?
2. Apakah posisi munculnya bercak hitam ini ajeg ditempat yang sama?
3. Apakah munculnya bercak hitam ini berulang tiap jarak tertentu secara vertikal?

Kalau ketiga pertanyaan itu dijawab ya berarti munculnya bercak hitam atau titik hitam itu disebabkan oleh cacat atau kotor pada suku cadang yang berupa roll, bisa magnet roll, drum roll, atau PCR, atau bisa juga roll yang ada di dalam printer.

Cara paling gampang untuk menentukan roll apa yang error adalah dengan mengukur jarak perulangan bercak hitam atau titik hitam. Kemudian cocokkan jaraknya tersebut dengan panjang keliling lingkaran roll-roll yang saya sebutkan diatas. Masing-masing roll punya panjang keliling lingkaran yang berbeda.

Contohnya jika jarak perulangan bercak hitam atau titik hitam 7 cm. berarti errornya di roll drum. Cara memperbaiki printer nya yaitu dengan mencari titik penyebab bercak hitamnya, kemudian dibersihkan. Drum dibersihkan memakai cairan pembersih khusus. Kalau tidak bisa bersih juga berarti drum talah cacat atau berlubang, solusinya drum bisa diganti dengan yang baru.

lain lagi kalau bercaknya berwarna putih di kertas.Nampak apabila kita gunakan untuk mencetak blok hitam, di dalam blok itu muncul bercak putih.Kalau seperti ini berdasarkan pengalaman saya ini disebabkan drum ditempeli kotoran (toner kering). Ini biasanya bisa dibersihkan dan drum bisa menjadi baik kembali. Untuk membersihkannya diperlukan cairan pembersih khusus

sumber

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More