Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Showing posts with label perubatan. Show all posts
Showing posts with label perubatan. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

Khasiat Kari

1. Penawar cirit birit dan buasir
- Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.
2. Loya dan pening
- Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.
3. Diabetes
- Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
4. Agar rambut panjang dan sihat
-Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa
- Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.
6. Lebam dan bengkak
- Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.
7. Kecantikan dan kesihatan diri
- Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.

Pokok Ketumpang Air atau Sireh Cina


Pasti anda tahu dan sering terlihat pokok ini selalu tumbuh di sekitar rumah anda dan anda akan selalu mencabutnya dan membuangnya untuk membersihkan kawasan rumah.
Tetapi tahukah anda pokok ini sebenarnya amat berkhasiat tinggi dalam perubatan. Pokok ini di kenali sebagai banyak nama seperti sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang.
Pokok ini sebenarnya ada dijual di kedai sinsei cina tetapi dalam bentuk yang telah dikeringkan dan dijual RM10 untuk 100gram.
Disini kami akan kongsikan khasiat lainnya.
Merawat Gout
Penawar sakit sendi dan perut
Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
Mengubati dan meredakan cirit-birit
Meredakan batuk
Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
Merawat Buasir
Melegakan selsema
Merawat jangkitan pada pundi kencing
Merawat Kayap
Alternatif kepada ubatan darah tinggi
Merawat kencing manis
Ternyata memang pokok yang selama ini kita anggap tiada guna rupanya mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan.

Sunday, April 20, 2014

Khasiat Bawang



Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.
Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.
Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.
Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.
Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.
Nak sihat senang, nak sakit lagi senang. Gunakan pengetahuan anda sebaiknya dan mari berkongsi supaya bertambah berkat dari Allah s.w.t.


Thursday, April 3, 2014

20 Cara Dapatkan Perut Ramping Untuk Wanita Bersalin

Bagi wanita yang baru bersalin, bolehlah cuba tips atau 20 cara untuk dapatkan perut ramping di bawah. Bagi wanita yang tak bersalin atau lelaki pun boleh cuba mana yang sesuai. Pun boleh..
tips cara dapatkan perut ramping wanita bersalin
Antara langkah-langkah mendapatkan perut slim dan langsing: 
1. Cara paling mudah dan murah ialah sediakan ketiga-tiga bahan ini:
Dua biji lobak merah dipotong
Sebiji mentimun segar,
Sebiji limau nipis,
Kisar dan perah airnya untuk diminum. Amalkan 2 kali sehari. InsyaAllah badan beransur langsing dan menarik
2. Minum air suam tak minum sejuk sekurang-kurangnya 3 Liter sehari.
3. Elakkan mengambil makanan yang bergoreng dan berlemak.
4. Minum jus pegaga tiap-tiap pagi.
5. Bengkung 2 kali seminggu (malam sahaja) —> selepas kembali bekerja.
6. Untuk mengelakkan perut dari mengelembir maka, boleh buat senaman sits up sebanyak 50 – 100 kali waktu pagi.
7. Minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan benda lain.
8. Pastu bersihkan perut dengan air suam untuk bukak liang-liang roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sireh. Paling cantik kalau baru deliver (belum sampai 6 bln) sebab perut tengah lembut.
9. Makan yogurt 3 kali sehari. Pilih low fat yang kurang gula. Sekali makan, 1 bekas kecik yang biasa jual tu sebab kata orang dia bantu penghadaman (dan lain2 khasiat). Jangan lupa cari yang ada live culture atau kultur hidup. Yogurt ni boleh gak tampung keperluan kalsium utk ibu menyusu… so ok la kan… 2 dalam 1….
10. Kurangkan minum semasa makan and kalau minum make sure warm and plain water and minum sikit-sikit sebab nanti lemak makanan susah hadam. After half hour baru minum banyak.
11. Sebenarnya hal-hal pengempisan perut ini seelok-eloknya dibuat semasa dalam pantang. Barut perlu digunakan selama 44 hari atau sepanjang pantang terutama sebelum makan. Ini adalah kerana pada masa dalam pantang urat-urat semuanya kembang. Bila tak dijaga dengan baik semasa pantang, perut akan terus membuncit sebab urat2 x kecut dengan sempurna.
12. BELLY DANCING. Sambil senaman boleh menghiburkan hati. Buat la sendiri-sendiri dalam bilik tidur or shower.
13. Nak kempiskan perut paling sempoi dan menyeronokkan anda dan anak anda. Sambil baring , bengkokkan kaki, letak anak kat kaki tu. Pastu angkat baby tu pakai kaki buat selalu confirm perut boleh flat and enjoy
tips cara dapatkan perut ramping wanita bersalin
14. Untuk perut bahagian atas: baring atas katil,bengkokkan lutut, pastu angkat kepala dan badan selari/serentak setinggi yang boleh pastu tahan dalam kiraan 8. Ulang 8 kali 1 sesi.
Untuk Perut bahagian bawah(area rahim) ni yang paling susah lemaknya nak dibuang. Baring kaki diluruskan pastu angkat kaki keatas(badan akan jadi bentuk L kalau di lihat dari tepi). Ulang 10-20 kali satu sesi. Buat setiap hari sebelum tidur. Pasti perut kita flat walaupun berbadan gempal. Tujuan senaman ini untuk mengetatkan otot perut supaya perut tak melendut, mengeleber atau berlipat…
15. Jangan mandi lepas makan. Nanti suhu badan sejuk dan penghadaman kurang efektif.
16. Bangun pagi the first thing yang boleh buat ialah minum plain water. Tak tau apa kebaikan tapi buat since ramai bagi that tip. Mungkin so that body tak terkejut sangat kot. Siap ader yg bagi tip minum sebelum berus gigi.
17. Kunyah slow-slow. So badan tak penat nak process makanan yang besar-besar.
18. This one sangat-sangat penting. Pastikan makan at least 4 jam sebelum tidur. Obvious reason is makanan tak sempat hadam sepenuh jika tak sampai 4 jam.
19. Jangan lupa plak untuk exercise. Tak kira la apa2 pun. Boleh juga berjogging di kala hujung minggu, berbasikal (tak kira kat dlm rumah atau di luar rumah), naik tangga turun tangga (pun dikira exercise juga) dan pada yang surirumah tu, sibukkan diri anda dengan hal-hal di rumah. Pun dikira exercise juga. Sapu sampah, mop lantai, bersihkan bilik air , bla..bla..bla.. banyak kan kerja kat rumah..kalau hari-hari buat, tu pun dikira exercise juga tu. Lagi best, senang tak payah keluar belanja untuk pergi gym
20. Breastfeed baby… pun boleh kuruskan badan.
Semoga bermanfaat!

Anda Selalu Ditindih Oleh Hantu Sewaktu Tidur (Sleep Paralysis)


Fenomena ini mungkin telah seringkali dialami oleh segenap lapisan masyarakat. Tidak kurang juga yang mengaitkan fenomena ini dengan kewujudan hantu/syaitan yang dikatakan ‘menggangu’ manusia yang sedang tidur. Sukar untuk mengetahui kebenaran hal tersebut kerana tiada bukti mahupun teori kukuh yang dapat mengaitkan fenomena ini dengan gangguan hantu/syaitan.

Fenomena ini telah dikaji oleh pengamal perubatan barat yang menamakan fenomen ini sebagai“Sleep Paralysis“ ataupun kelumpuhan sementara semasa tidur. Sleep Paralysis ini mungkin menyebabkan kita berasa takut, terutamanya jika kita ‘ternampak, terasa atau terdengar’ sesuatu yang sebenarnya tiada di situ. Ia mungkin terjadi sekali atau berkali-kali dalam masa semalaman.


Adakah Sleep Paralysis merbahaya?


Para pengkaji menyimpulkan bahawa dalam kebanyakkan kes, Sleep Paralysis adalah hanya petanda bahawa badan kita tidak bergerak secara teratur semasa dalam peringkat-peringkat tidur. Jarang sekali dijumpai kes dimana Sleep Paralysis ini berhubung kait dengan masalah psikitari yang tersembunyi.
Apakah itu Sleep Paralysis ?

Sleep Paralysis adalah perasaan dimana individu itu sedar tetapi tidak dapat bergerak. Ia terjadi ketika seseorang itu sedang melalui peringkat antara terjaga dan tidur. Ketika ia berlaku, kita tidak dapat bergerak atau bercakap untuk beberapa saat atau beberapa minit. Zyra sendiri telah merasai fenomena ni, memang takut sangat tamabah-tambah bila tak boleh nak baca sebarang ayat Quran sebab lidah jadi kelu. Mengikut pakar, kejadian ini sering terjadi ketika seseorang itu terlampau letih dan keinginan untuk tidur itu terlampau kuat tetapi otak gagal ‘menerima mesej’ yang cuba disampaikan oleh tubuh.

Bilakah Sleep Paralysis ini berlaku?

Sleep Paralysis biasanya terjadi sekali dalam masa tertentu. Jika ia berlaku ketika kita sedang tidur, ia dipanggil hypnagogic atau predormital. Jika ia berlaku ketika kita terjaga pula, ia dipanggil hypnopomicatau postdormital.

hypnagogic atau predormital - Ketika kita mula tidur tubuh akan menjadi relaks secara perlahan-lahan. Selalunya kita akan mejadi kurang peka, jadi kita tidak akan perasan sebarang perubahan yang belaku. Bagaimanapun, jika kita masih sedar/peka ketika mula tidur, kita mungkin perasan bahawa kita tidak dapat bergerak atau bercakap.

hypnopomic atau postdormital - Ketika tidur, badan kita saling bertukar-tukar antara tidur REM(rapid eye movement) dan tidur NREM (non-rapid eye movement). Satu kitaran REM dan NREM bertahan selama 90 minit. Tidur NREM berlaku dahulu dan mengambil 75% dari masa tidur kita. Semasa tidur NREM, badan menjadi relaks dan menyimpan tenaga semula. Pada akhir NREM ini, tidur kita akan berubah kepada tidur REM. Mata akan bergerak dengan lebih cepat dan mimpi pun terjadi pada tahap ini, tetapi seluruh tubuh kekal relaks. Otot badan akan “turned-off” ketika tidur REM ini. Jadi, jika kita masih sedar atau tersedar sebelum berlakunya kitaran REM ini, kita mungkin akan perasan bahawa kita tidak dapat bergerak atau bercakap.
Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika Tidur Mengikut Kaedah Islam 

Untuk pengetahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:

 الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
 فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ 

Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.

Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.

Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.

Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh. 

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).

Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.  Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.

Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami. Wallahualam

Sunday, March 2, 2014

Petua Mengubati Resdung

Bahan
1. Limau nipis 8 biji.
2. Daun pandan 10 helai 

Cara-Cara

Hiris daun pandan halus mcm bunga rampai.. Perah limau nipis tadi.. Gaulkan smpai sebati..Satu sebatian akan terbentuk.. 

Sapu pada muka.. Kalau bersesuaian.. tak sampai 5 minit ulat resdung akan keluar ikut kulit muka.. Paling bnyk akan keluar ikut kening. In shaa Allah ramai yg elok lepas tu..

Buat 3 kali seminggu.. Elok dilakukan antara jam 10am -3 ptg kerana waktu ini virus sedang aktif.. Campuran lebih boleh disimpan dlm peti ais..tapi yg masih baru lebih efektif.


Sunday, February 23, 2014

Maksud Label Yang Dilekat Pada Buah-Buahan



Perasan tak, setiap buah-buahan yang kita beli di pasaraya mempunyai label pelekat yang tertera empat atau lima nombor padanya.

Selain buah-buahan, label sama turut terdapat pada sayur-sayuran dan kekacang.

Satu yang harus anda tahu, setiap label itu mempunyai makna tertentu yang boleh membantu jika anda mementingkan kesihatan.

Sistem label ini sebenarnya ringkas sahaja, iaitu buah-buahan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu konvensional, organik dan sudah diubahsuai genetik.

Berikut adalah maksud asas label tersebut:

1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada pelekat, itu bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional atau tradisional, dengan penggunaan racun serangga. Jadi pastikan buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan.

2) Jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan nombor itu bermula dengan 8, ini bermakna produk itu sudah diubah secara genetik (GMO).

3) Manakala jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan nombor bermula dengan 9, itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan.

Selamat membelek pelekat!

Monday, January 13, 2014

Racun Serangga Organik

Racun Serangga Organik
Penggunaan racun serangga berasaskan bahan kimia sedikit sebanyak dalam tempoh yang panjang akan memberikan kesan kepada manusia termasuklah masalah kulit dan kemusnahan alam sekitar. Selain itu juga, jika kita mengunakan racun kimia, kita perlu memikirkan jenis racun kimia yang di beli, bagaimana menyimpan di tempat yang selamat, serta cara yang betul mengunakannya. Tetapi cuba anda fikir, kesan dan akibat jika anda tersalah menggunakan bahan kimia ini. Jadi kali ini, kami kongsikan cara yang mudah dan ringkas untuk menyediakan racun serangga organik ini.

Caranya ringkas sahaja untuk menyediakan racun serangga di rumah anda, hanya perlu mengunakan 4 bahan asas yang biasa digunakan didapur  seperti cili padi, bawang putih , sedikit minyak masak dan air. Tumbuk bawang putih dan cili sehingga pecah, masukkan minyak satu sudu dan air satu cawan. Semburkan pada daun atau bahagian tumbuhan yang terkena bena atau serangga itu. Pasti serangga yang memakan daun dan bunga kesayangan anda tidak berani mendekati lagi.Selamat Mencuba..!!!

Saturday, October 26, 2013

Nama-Nama Yang Disukai Jin









Petikan ceramah Ustaz Sharhan ShafieAntara nama-nama biasa yang dikenal pasti digunakan oleh Jin adalah seperti berikut:-

1. Balqis 
2. Kistina/Qistina - Nama penghulu Jin
3. Najwa - Makna dalam bahasa Arab - Bisikan
4. Zakuan -
5. Batrisha
6. Erisha
7. Mazda

Ustaz Sharhan juga ada memberi tahu bahawa ibu bapa tidak perlu menukar nama-nama yang telah diberikan di Jabatan Pendaftaran cukup sekadar menukar cara panggilan nama tersebut. Contoh jika nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa.

Ustaz Sharhan juga menjelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua’lam

P/s: Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengendalikan kes dalam Perubatan Islam.

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin tersebut? sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis.. Mari dengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus berkenaan perkara ini




Memang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.
Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti di atas..
Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, tetapi mungkin betul pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan Jin.. – Wallhua’lam

Saturday, October 12, 2013

Khasiat Garam Bukit




Santau dapat di halang dengan MENGAMALKAN GARAM mengikut cara NABI S.A.W. Kita Disogok dengan fakta palsu... Ambik garam lebih boleh kena darah tinggi (Ini protokol yahudi) Back to cara hidup nabi... Sebelum makan nabi letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan... Sampai di tempat baru...nabi ambik garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru... 

Untuk ubat penyakit rohani.. Air perlu di campur garam terutama sihir dan santau...kenapa? Allah dah cipta garam adalah penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumh atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling umah. 

Garam juga unsur yang boleh balance balik sistem tubuh kita...ini sunnah kita... Tapi garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak... 

Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan gelegak atas dapur, tutup api dan biar suhu turun dulu baru letak garam... kita panggil bubuh garam atas darat mcm org arab buat... Bubuh garam masa nak mkn. Sebab? garam ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih.. kalau panas garam hanya tinggal sodium, potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi. 

Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dn dletakkn ke lidah bhgian depan. Ianya akn mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman. Wallahu'alam. 

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam 

Ini ada beberapa petua penggunaan dan khasiat garam...
1. Merendam kerang supaya hilang tahinya.Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi). 
2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga. 
3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas. 
4 .Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam. 
5 .Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan. 
6 .Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal. 
7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya. 
8 .Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam. 
9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah. 
10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas / cawan / bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi. 
11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. 

Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah Beza Garam Putih, Garam Bukit & Garam Semulajadi Perbezaan di antara garam bukit yang didakwa garam 'asli' dan garam semulajadi dari pergunungan Himalaya serta garam laut. Ramai yang terkeliru dengan jenis-jenis garam yang terdapat di pasaran hari ini dan mereka kurang mendapat maklumat tentang mana satu yang terbaik untuk tubuh kita. Garam ialah sejenis mineral. Dalam bahasa kimia, ia dipanggil sodium klorida. 

Garam menambah perisa kepada makanan dan sebagai bahan pengawet. Garam adalah satu-satunya jenis 'batu' yang boleh dimakan manusia. Apa saja jenis garam sama ada garam bukit, garam laut atau garam putih datang dari alam semulajadi. Kaedah pemprosesan selepas itu menjadikan garam-garam ini berbeza. Garam putih berasal dari lautan atau batu dari gunung. 

Ia sebenarnya sudah diproses dan 'dibersihkan' agak keterlaluan. Sama seperti memproses gula tebu untuk dijadikan gula putih. Garam putih boleh didapati di kedai-kedai runcit biasa. Walaupun ia berasal dari alam semulajadi, ia sudahpun melalui proses kimia dan menjadikan ia tidak sesuai untuk tubuh manusia. Tetapi 99% pengguna di negara ini masih menggunakan garam jenis ini untuk masakan. 

Garam laut pula berasal dari lautan. Warnanya agak kelabu tidak seperti garam putih yang berwarna putih 'bersih'. Garam laut didapati dari lautan dan dikeringkan melalui proses evaporasi cahaya matahari untuk mendapatkan kristal. Ia hampir 100% asli dan lebih baik dari garam putih. 

Garam bukit (seperti gambar) pula berasal dari gunung-ganang. Warnanya ialah kemerahan atau pink. Yang terbanyak di pasaran ialah garam Himalaya - iaitu digali dari batu mineral di pergunungan Himalaya. 

Garam ini adalah adalah seratus-peratus asli dan hampir tidak diproses. Ini adalah jenis garam yang terbaik untuk manusia. Ia mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti potasium, kalsium, magnesium, zink dan berpuluh-puluh jenis mineral lain. 

Pergunungan Himalaya boleh dikatakan masih bebas dari pencemaran alam dan garam di sini adalah jenis yang terbaik. Garam bukit asli ini juga boleh diperolehi di kawasan pergunungan negara-negara Eropah tetapi di sini terdapat banyak pencemaran.

Terdapat satu senario jenis garam yang terdapat di pasaran yang didakwa 'garam asli' atau 'garam bukit' tetapi yang peliknya ia berwarna putih bersih hampir tiada beza dengan garam putih biasa. Agak melucukan mengatakan ia adalah garam asli. Sebenarnya ia bukan jenis yang berbeza tetapi sama dengan garam putih. Dakwaan sebegini adalah salah satu strategi pemasaran (penipuan produk) kerana semua garam putih berasal sama ada dari lautan atau gunung.

Disebabkan ia diperolehi dari gunung, maka dengan mudahnya pengeluar meletakkan label sebagai 'garam bukit' dan 'garam asli'. Jika ia benar-benar garam asli yang diambil dari kawasan pergunungan, warnanya tidak seputih sedemikian rupa. Jadi, ia sudah pasti diproses secara keterlaluan. 

Hari ini, berbagai helah telah digunakan oleh pengeluar untuk menarik perhatian pelanggan dan sebagai pengguna, kita perlu bijak mendapatkan informasi terkini dan menyelidik apa agenda di sebalik semua dakwaan itu.

Friday, October 11, 2013

Petua Dan Ikhtiar Untuk Menajamkan Mata


1. Duduk mengadap kiblat.
2. Bercelak sebelum tidur.
3. Memandang yang hijau.
4. Berpakaian bersih.
5. Sebaik bangun tidur waktu subuh, baca selawat 3X, ambil air liur di langit-langit mulut dengan ibu jari, silangkan jari & sapukan atas mata sambil membaca selawat.
6. Makanan yang ada vitamin A, vitamin C & vitamin E.
7. Minum air sekurang kurangnya 8 gelas sehari.
8. Gosok kedua tapak tangan hingga panas & tekupkan atas mata selama 5 saat. Lakukan 3X.
9. Gerakkan mata 360 darjah, mengikut putaran jam & sekali lagi melawan putaran jam.
10. Urut perlahan lahan di bahagian luar sekeliling mata dgn ibu jari.
11. Bila mata letih, pejamkan mata selama 3 minit.
12. Elak faktor yg boleh rosakkan mata-- lampu neon, skrin komputer, habuk di persekitaran, klorin di kolam renang, penghawa dingin, dll.
13. Tidur yg secukupnya utk merehatkan mata.
14. Baca surah 4 Qul semasa basuh muka bila bangun pagi sambil mohon kpd Allah agar di terangkan mata sepanjang hayat.
15. Elak membaca waktu hampir senja.
16. Elak membaca sambil baring.
17. Elak tengok najis, kemaluan atau perkara lain yg di tegah.


Moga kita jaga pemberian Allah SWT yg amat berharga ini sebagai amanah & moga Allah sentiasa merahmati kita semua. Aameen, wassalam.

Thursday, October 3, 2013

Khasiat Sayur Serai



SERAI

Serai atau serai makan yang nama saintifiknya Cymbopogen citratus merupakan tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja dan Vietnam, namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita?

Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian. Di sini terdapat beberapa penggunaan serai dalam penjagaan kesihatan tanpa perlu berbelanja lebih.

Memutihkan gigi
Anda mungkin mengalami masalah gigi kuning akibat merokok, cuba atasi dengan mengunakan serai. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.

Mengatasi masalah perut
Pernah minum teh serai? Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Serai sebagai 'Pain Killer'
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.

Detoksifikasi
serai juga dikatakan mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan turut hilang.

Ajen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

Tuesday, October 1, 2013

Khasiat Buah Delima





DELIMA

Mungkin tidak ramai yang mengetahui atau mengenali buah ini. Buah Delima (Punica granatum) dari keluarga Punicaceae adalah tumbuhan renek yang sering ditanam di kalangan penduduk-penduduk kampong. Pokoknya bercabang banyak manakala daunnya menyerupai daun inai. Bunganya pula berwarna merah dan berbentuk locing. Buahnya berbentuk bulat dan dipenuhi ulas-ulas kecil dan padat berisi berwarna hijau ketika muda dan bertukar merah gelap apabila matang.

Tidak ramai yang mengetahui tentang khasiat buah delima atau nama Inggerisnya Pomegranate, namun dalam Al-Quran ada mengatakan tentang kehebatan buah ini. Biasanya buah delima dimakan segar tetapi jus dari buah mudanya boleh diminum bagi melegakan batuk. Malah air rebusan bunga dan akarnya boleh merawat sakit perut dan sakit kuning.

Apa yang menarik tentang buah delima, air perahan bijinya yang dititik ke mata sangat baik untuk pencerahan mata. Bagi orang yang ingin menguruskan badan, meminum buah delima muda yang ditumbuk dan direndam dan dicampur dengan sedikit garam dan dimimum bersama sedikit teh setiap hari boleh diamalkan.

Tuesday, September 24, 2013

Khasiat Buah Mangga



Mangga yang dikenali juga dengan nama mempelam atau nama saintifiknya Mangifera Indica dari kelurga Anacardiaceae. Jus buah ini mengandungi khasiat yang tinggi dan berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit. Jusnya yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium dan magnesium dan vitamin A dan C.

Penyakit hernia atau burut merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak. Amalan meminum jus buah mangga merupakan amalan berkesan untuk mereda dan menyembuhkan penyakit ini. Ini disebabkan kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi dalam mangga akan mempercepatkan proses penyembuhan di dalam dan di luar badan.

Selain itu, jus buah mangga juga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penghidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh badan. 

Petua berkesan adalah dengan menyedut perlahan-lahan jus buah mangga dengan menggunakan penyedut (straw) dan bukannya dengan meminum terus. Memandangkan kandungan gula yang tinggi hanya secawan sahaja dihadkan dan bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis dan alahan adalah dinasihati membataskan pengambilannya.

Khasiat Sayur Kaduk


KADUK 

Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper sarmentosum dan berasal dari keluarga Piperaceae. Daunnya menyerupai pokok Sirih hanya berbeza dengan pokok sirih, kaduk merupakan pokok yang tumbuh di atas tanah tidak memanjat seperti pokok sirih.

Bagi penduduk sebelah Pantai Timur terutamanya Kelantan, pucuk kaduk merupakan ramuan utama dalam makanan popular nasi kerabu atau nasi ulam. Namun selain menjadi bahan dalam makanan, pokok kaduk mempunyai khasiat yang tersendiri.

Air dari rebusan akar pokok ini dikatakan dapat melawaskan kencing. Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria dengan meminum air rebusannya. Air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.

Khasiat Buah Lemon



LEMON

Lemon atau nama saintifiknya Citrus limon merupakan pokok kecil yang malar hijau berasal dari Asia dan dikenali juga dengan nama limau bujur yang buahnya berwarna kuning dan berkulit tebal serta masam rasanya. Lemon boleh ditemui bila-bila masa sepanjang tahun kerana ianya tidak bermusim. Banyak digunakan dalam makanan orang-orang Inggeris sebagai perahan jus perasa dalam salad atau kulitnya diparut untuk menambah perisa dalam kek dan sebagainya.

Lemon juga seperti buah-buahan lain kaya dengan vitamin C dikatakan berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, siflis dan klamidia. Ini kerana ia bertindak membunuh bakteria, sekali gus mempertingkatkan daya tahan badan.

Kandungan vitamin C dalam jus lemon, yang turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, potasium, magnasium dan vitamin B-Kompleks, juga bertindak membunuh sejenis bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Bakteria ini menjadi punca beberapa jenis penyakit seperti keracunan makanan, radang paru-paru dan jangkitan jangkitan lain. 

Bolehkah Orang Islam Berkahwin Dengan Jin Islam?

Soalan
Ada seorang ditempat saya, disebut oleh orang kampung bahawa dia telah berkahwin dengan jin Islam, mempunyai anak dan hidup dalam keadaan rukun damai. Kebetulan saya pernah ke tempat orang ini, ke rumahnya. Saya dapati dia tinggal seorang diri, tetapi rumahnya bersih seolah-olahnya ada yang menguruskannya. Persoalan besar saya bolehkah kita manusia, berkahwin dan beranak pinak dengan makhluk halus?
Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk ini wujud dan boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah S.W.T. Persoalan sama ada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya daripada jin, ibunya bernama Balqmah binti Saisan.
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami’ as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.
Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya), “Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan hidupmu dari jenis kamu juga”. (Surah an-Nahli ayat 72)
Firman Allah (mafhumnya), “Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan bagi kamu dari jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan rahmat daripada Allah S.W.T.” (Surah ar-Rum, ayat 21).
Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.
Bayangkan jika kita mempunyai isteri dari kalangan makhluk halus orang lain tidak nampak, kita nampak seorang sahaja, atau mungkin kita pun tidak nampak tetiba kita berselisih faham, bergaduh dan sebagainya, bagaimana akan terjadi kepada rumah tangga kita.
Hadis yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada Azzubri katanya, Rasulullah s.a.w menegah manusia mengahwini jin.
Berpandu kepada ayat dan hadis saya sebutkan, atas alasan ini jumhur ulama berpendirian, tidak harus mengahwini jin, jika berlaku perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram.
Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik.
Namun apapun yang dapat dilihat maka perkahwinan ini suatu yang kudus, yang pasti diketahui syarat sah perkahwinan, yang paling asas adalah agama.
Jika jin itu bukan Islam maka perkahwinan tidak sah. Jika dikatakan jin itu Islam, bagaimana boleh kita pastikan benar-benar bahawa dia Islam, apakah dengan pengakuan mulut yang mengatakan bahawa dia (jin) Islam boleh diterima.
Jika dikatakan jin itu mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia beramal dengannya, maka sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam, tetapi tidak Islam.
Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran, menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis), kalau di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga ianya boleh wujud.
Maka jalan yang terbaiklah, kahwinilah dengan manusia, seperti yang disebut Rasulullah, “Kahwinilah perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta.”

Apakah Jenis-Jenis Penyakit Yang Boleh Disebabkan Oleh Makhluk Halus?


Soalan
Saya pernah membaca dalam beberapa penulisan termasuk penjelasan yang ustaz telah berikan dalam Harakah yang lepas bahawa makhluk halus (jin, syaitan dsbnya). Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis-jenis penyakit boleh dilakukan oleh makhluk ini kepada manusia?
Berdasarkan kepada nas-nas yang sahih khususnya dalam al-Quran dan sunnah Nabawiyyah, bahawa Allah SWT memperincikan bahawa makhluk halus seperti jin, ifrit dsbnya, dalam keadaan tertentu boleh memberikan berbagai penyakit ke atas anak Adam.
Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102 (mafhumnya), “Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba’ tidak dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan.”

Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah ‘attkhabbut’ yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.
Surah al-A’raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan ‘almass’ yang diantara maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan ‘mass’, sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih.”
Surah al-Mujadalah ayat 19, Allah menggunakan perkataan ‘istihwaaz’, maksudnya syaitan boleh menguasai dan mengalahkan manusia sehingga mereka tidak sedarkan diri atau lupakan segalanya.
Surah al-A’raf ayat 300, syaitan boleh mengenakan kepada manusia ‘annazghu’ atau menipu dan menghasut untuk melakukan kejahatan. Ertinya golongan syaitan boleh menipu dan menghasut manusia sehingga kepada membunuh.
Surah as-Saad ayat 41, syaitan boleh mengenakan ‘annasad’ dalam ayat ini yang mafhumnya, “Dan ingatlah peristiwa hamba kami Ayub a.s, ketika ia bermunajat kepada Allah dengan mengadu katanya, ‘sesungguhnya saya ya Allah, dikenakan oleh syaitan dengan ‘nusghin wa azab’.” Nasad yang membawa makna penat atau lebih yang amat sangat.
Jelas bahawa kepenatan, keletihan, kesusahan dan azab sengsara boleh dilakukan oleh makhluk ini berdasarkan ayat-ayat yang saya sebutkan.
Dalam sunnah yang sahih, disebut bahawa syaitan dan suku sakatnya boleh menyebabkan manusia menjadi gila. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dikisahkan tentang seorang anak muda yang baru berkahwin sempena dengan Peperangan Ahzab. Beliau menyertai Rasulullah s.a.w mengorek parit di waktu tengahari, beliau memohon izin kepada Rasullah untuk pulang. Rasulullah keberatan mengizinkan. Namun atas desakannya lalu dibenarkan. Bagaimanapun Rasullullah mengingatkan kepada pemuda tersebut supaya membawa senjata. Apabila sampai di rumah beliau dapati isterinya berada di luar rumah. Lalu dilihat dalam rumahnya ada ulat hitam yang besar. Pemuda ini terus menusuk tombaknya kepada ular tersebut. Lalu ular itu menggelupur, tapi dalam waktu yang sama pemuda itu turut menggelupur. Akhirnya ular itu mati dan pemuda pun mati juga. Apabila peristiwa ini dimaklumkan kepada Rasulullah, lalu baginda menyebut itu (ular) adalah jin. (Sahih Mulim, Juzuk ke 4 hadis 1756).
Suatu peristiwa lain, Yaa’li bin Murrah menceritakan dari bapanya, bahawa suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang berpenyakit ‘lammam’ (akal yang bercelaru atau gila). Rasullah s.a.w merawatnya dengan membaca sesuatu, lalu baginda menepuk belakangnya dan pemuda itu termuntah lalu keluarlah objek kehitam-hitaman berlari keluar dan terus hilang, lalu pemuda ini kembali siuman seperti biasa. Hadis ini terdapat dalam Musnah Imam Ahmad.
Inilah di antara sebahagian penyakit yang boleh dicetuskan syaitan ke atas manusia.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More