Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Showing posts with label tawau. Show all posts
Showing posts with label tawau. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Memperingati Peristiwa Kalabakan



Peristiwa berdarah di Kalabakan, Sabah pada 29 Disember 1963 mencetuskan kelahiran Markas 5 Briged Sabah. Satu peristiwa yang tidak mungkin dapat dilupakan, sekaligus menjadi satu titik hitam dalam lipatan sejarah 3 RAMD ialah Peristiwa Kalabakan. Dalam tragedi berdarah ini, seorang pegawai dan tujuh anggota Platun 1 Kompeni A3 RAMD terkoban, manakala 18 orang anggota lagi tercedera. Peristiwa berdarah ini berlaku pada tanggal 29 Disember 1963. Tempat berlakunya tragedi berdarah yang menimpa 3 RAMD itu terletak tidak jauh dari tebing Sungai Kalabakan. Lokasinya kira-kira 30 batu ke utara Tawau dan 12 batu ke utara sempadan Kalimantan, Indonesia. Di situ terletak dua penempatan kecil Pasukan Keselamtan Malaysia yang terdiri daripada satu penempatan Pasukan Hutan dan sebuah lagi penempatan tentera terletak di suatu lereng bukit.

Kedua-dua penempatan dipisahkan dalam jarak lebih 400 ela sahaja. Pos yang dipagari dengan dawai berduri mempunuyai kekuatan 15 orang anggota, manakala penempatan pasukan tentera tidak pula berpagar. Anggota Platun 1 Kompeni A dan kemudiannya disertai oleh seksyen dari Palatun 10 Kompeni C 3 RAMD ditempatkan di situ. Kawasan perkhemahan ini terletak suatu kawasan lereng tanpa sistem keselamatan serta pertahanan yang lengkap. Ini berlaku kerana ketiadaaan bekalan peralatan walaupun usaha mendapatkannya telah berulangkali dilakukan.

Menurut rekod, seramai 130 orang tentera Indonesia daripada pelbagai pasukan bergerak dari Kalimantan menyusup ke kawasan Malaysia pada pertengahan Disember 1963. Pasukan ini singgah di Serudong dalam perjalanan menuju ke Selimpopon dengan melewati Tarakan untuk ke kem balak Teck Guan dekat Kalabakan. Mereka bermalam di situ pada 28 Disember. Mejar Zainol Abidin bersama dua seksyen dari Kompeni C digerakka ke penempatan Platun 1 Kompeni A di Kalabakan pada 29 Disember bagi memperkuatkan subunit berkenaan. Tiga buah kubu, setiap satu untuk tiga orang, dibina untuk tujuan pertahanan, Kubu berkenaan terletak di kiri dan kanan serta di Sebelah kanan belakang rumah atap dan digunakan untuk menenmpatkan senjata RISLB. Rumah berkenaan diberikan oleh Mr. Ress Pengurus Bombay Burma Timber Company Limited.

Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin menyatakan, beliau ada menerima maklumat yang menyatakan satu kumpulan tentera Indonesia sedang bergerak dari Kalimantan menyusup masuk ke kawasan Malaysia. Mereka dilaporkan telah merampas barang-barang dr sebuah kedai kepunyaan seorang peniaga Cina di kawasan Serudong Laut. Mereka dikatakan sedang bergerak ke arah kawasan Kalabakan.

Tidak lama selepas itu satu tembakan kedengaran memecah keheningan malam dan kemudiannya diikuti pula oleh tembakan yang bertubi-tubi. Ketika saya dan sebilangan anggota keluar dari rumah untuk 'stand to', anggota TNI telah pun mula melepasakn tembakan dan melemaprkan bom tangan ke kedudukan kami, cerita Lettenan Kolonel (bersara) Raja Shaharudin. Semua anggota bertempiaran keluar dari rumah mencari perlindungan. Sarjan Abdul Aziz berjaya menerjunkan diri ke dalam kubu dan berada bersama ketua platun serta dua anggota lagi. Kami membalas tembakan dan turut melontarkan bom tangan ke arah anggota TNI, saya kemudiannya memerintahkan anggota agar mengambil perlindungan dan tidak melepaskan tembakan kecuali mereka melihat anggota TNI.

Tembak-menembak berhenti kira-kira pukul 11.00 malam, terang Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin. Mr. Ress, besama seorang lalaki datang menemui Leftenan Muda Raja Shaharudin sejurus selepas pertempuran berhenti. Pada lebih kurang pukul 3.30 pagi 30 Disember 1963 satu platun bantuan yang diketuai oleh Leftenan Muda Wan Nordin bnin Wan Mohammad (12176) sampai ke lokasi platun di Kalabakan. Anggotanya diarah mengumpulkan anggota yang terkorban dan tercedera sambil memberikan rawatan sekadar terdaya. Apabila matahari pagi 30 Disember 1063 mula menampakkan sinarnya, anggota mula melakukan penggeledahan kawasan secara terperinci bagi mengumpul mayat dan anggota yang tercedera untuk dimaklumkan kepada markas batalion. Lapan anggota termasuk ketua kompeni disahkan terkorban, manakala 18 anggota lagi tercedera.

Anggota 3 RAMD yang terkorban ialah;

1. Mejar Zainol Abidin
2. Las Koperal Abdullah
3. Prebet Abdul Aziz
4. Prebet Ismail
5. Prebet Mohamad Zain
6. Prebet Ismail
7. Prebet Yusof
8. Prebet Shamsuddin

Mengikut Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin, beliau menahan Sulaiman yang datang pada lebih kurang pukul 8.00 pagi itu. Saya mendapati tiga kelongsong peluru terselit di pinggangnya, ketika memeriksa laras senjatanya, saya mendapati laras senjara tersebut masih berbau serta ada kesan yang menunjukkan senjata tersebut telah digunakan. Sulaiman diserahkan kepada pihak Kalabakan. Sebelum itu, saya telahpun menahan seorang lelaki yang saya jumpai berjalan di hadapan pejabat Burma Timber Company pada pukul 4.oo pagi itu. Sebuah helikopter tiba ke tempat kejadian pada pukul 11.00 pagi dan 30 Disember bagi mengeluarkan anggota yang tercedera dan terkorban. Anggota tercedera diterbangkan ke Hospital Tawau, manakala yang terkorban diterbangkan pula dari Tawau ke Labuan dengan Pesawat Dakota. Pesawat Dakota sampai ke Labuan pada waktu malam. Penduduk tempatan di labuan telah membantu memandi dan menyempurnakan jenazah sebelum jenazah diterbangkan balik ke Semenangjung keesokan paginya. Ketibaan jenazah di Lapangan Terbang sungai Besi disambut oleh para Menteri Kabinet dan Pegawai tinggi Tentera juga para pembesar negara. Dari Kuala Lumpur jenazah dibawa pula ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.

Pasukan 1/10 Gurkha pimpinan Lieutenant Colonel Burnett dikejarkan ke Kalabakan bagi membantu 3 RAMD membuat penggeledahan Kalabakan. Berikutan itu, pada 12 Januari 1964, seramai 22 orang Tentera Indonesia berjaya dibunuh disamping banyak yang telah ditangkap. Batalion ini berjaya menangkap 3 orang anggota TNI. Walaupun bilangan yang ditawan itu agak kecil jumlahnya, tetapi ia telah membantu pasukan dalam operasi selepas itu. Beberapa kawasan di Tawau telah diisytiharkan sebagai kawasan terhad bagi memudahkan operasi pasukan keselamatan. Pada 27 Januari, satu kumpulan ronda dari Kompeni B di bawah pimpinan Leftenan Muda Ishar bin Sham (12221) menjumpai satu perkhemahan anggota TNI dan pertempuran berlaku. Seorang anggota TNI berjaya dibunuh, dua pucuk senapang, 12 butir bom tangan dan sejumlah peluru berjaya dijumpai.

Platun 6 di bawah pimpinan Leftenan Muda Abdul Aziz bin Shaari (12178) ketika membuat serang hendap di Merotai Estet pada 28 Januari berjaya membunuh tiga orang anggota TNI, selepas mengalami satu pertempuran sengit dengan mereka. Sehingga 10 Februari, seramai 29 anggota TNI berjaya dibunuh, 33 ditawan, manakala 22 menyerah diri. Selain itu, operasi di Pulau Sebatik terus dilakukan. Pada 25 Januari, Presiden Soekarnao bersetuju mengisytiharkan gencatan senjata. Walau bagaimanapun, anggota pasukan Keselamatan diperingatkan agar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Pemberhentian pertempuran telah dipersetujui di majlis perdamaian yang diadakan di Bangkok antara Malaysia dan Indonesia. Ketika operasi Malaysia secara .

Oleh kerana kegagalan persidangan damai di Bangkok, keadaan menjadi tegang semula dan perhatian penuh mula ditumpukan semula di perbatasan. Penyusupan dan tembakan anggota TNI di Pulau Sebatik menyebabkan Kompeni A dihantar membantu Kompeni C di situ. Kampung Sungai limau merupakan salah satu tempat yang menjadi pusat pergerakan anggota TNI. Pada 19 April seorang anggota TNI berjaya dibunuh oleh satu seksyen yang membuat serang hendap. Penyusup telah cuba menawan kedudukan satu platun yang ditugaskan di situ pada 20 April, tetapi gagal kerana platun terlibat telah membuat pertahananyang teguh di kedudukan mereka.

Batalion kemudiannya kembali semula ke Alor Setar selepas lebih kurang lima bulan berkhidmat di Sabah. Sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang batalion ketika konfrontasi dua warga 3 RAMD, Pegawai Waran Dua Awaludin dan Prebet Mohamed Nafiah dikurniakan kepujian Perutusan Keberanian (KPK) sepanjang penglibatannya dalam era konftontasi, 3 RAMD, beroperasi dua kali di Tawau dan sekali di Sibu. Seramai lapan warganya terkorban, manakala 18 mengalami kecederaan. Dalam operasi bersama 1/10 Gurkha dan Trup 2 Peninjau sekitar Tawau, seramai 29 TNI berjaya dibunuh, 33 orang ditawan, manakala 22 lagi menyerah diri

Nota: Peristiwa ini seharusnya menjadi pengajaran buat kita semua, samada rakyat Malaysia atau warga Indonesia, bahawa peperangan & permusuhan tidak membawa apa2 kebaikkan kepada kita semua .... Salam serumpun .... 

Monday, April 23, 2012

Buah tangan dari Pasar Tanjung

 





PASAR Tanjung di Jalan Dunlop yang terletak berhampiran laut dan bersebelahan dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tawau memang tidak asing kepada masyarakat setempat mahupun pelancong.

Kompleks pasar ini merupakan pintu keluar masuk utama ke Sabah melalui Tawau. Tawau merupakan sebuah bandar di Sabah dan paling hampir dengan Nunukan di Kalimantan Timur, Indonesia.

Nama Pasar Tanjung diambil sempena nama panggilan asal bandar Tawau iaitu Tanjung. Pasar tersebut terbahagi kepada tiga aras. Aras bawah dan aras satu menempatkan segala jenis keperluan dapur baik yang basah atau kering seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan produk-produk laut. Namun, keistimewaan pasar Tanjung ialah ikan bilis dan udang keringnya yang dijual mengikut gred.

Di aras ini juga menempatkan pelbagai makanan ringan seperti kerepek, keropok amplang, kekacang, biji gajus, belinjo dan kuih-muih tradisional penduduk Tawau dan negara jiran.
Aras dua pula menawarkan pelbagai produk pakaian seperti baju tidur, baju T, baju Melayu, kain sarung, kain pelikat, pakaian dan peralatan solat manakala aras atas sekali menempatkan gerai makanan.

Bunyinya seperti pasar biasa sahaja tetapi mengapa Pasar Tanjung menjadi tumpuan pengunjung luar seperti dari Semenanjung, Labuan, Brunei, Sarawak dan pelancong asing?
Buah tangan

Ada yang beranggapan kunjungan ke Tawau tidak lengkap jika mereka tidak berkunjung dan berbelanja di Pasar Tanjung.

“Semasa berkhidmat dalam pasukan tentera di Kem Kukusan dari tahun 1992 hingga 1994 pegawai-pegawai atasan saya apabila datang ke Tawau, mereka sering bertanya di mana lokasi membeli buah tangan untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Saya jawab Pasar Tanjung.
“Ketika membeli-belah di pasar itu, perkataan wow itu sahaja yang mampu mereka ucapkan. Mereka terkejut dengan harga barangan yang begitu kompetitif dan boleh ditawar,” kata Kudin Saad, 43, seorang pesara tentera yang berasal dari Perlis.

PASAR TANJUNG menerima pengunjung dari pelbagai negara.


Kudin yang kini menetap di Kudat, Sabah berkata, barangan dan makanan tradisional di Pasar Tanjung seperti biji gajus, kuih cincin, bekas beras, bekas air dan gula merah bukan tidak dijual di Semenanjung, tetapi harganya jauh lebih tinggi.
Sehingga kini, Kudin, walaupun menetap di Kudat, masih kerap ke Tawau melalui jalan darat. Tujuannya satu, dia mahu ke Pasar Tanjung kerana barangan dan kuih-muih tradisional yang dijual di pasar itu tidak terdapat di Kudat.

Seorang guru dari Kelantan, Bazli Mat Nawam, 30, mengetahui mengenai Pasar Tanjung melalui rakan-rakan yang sama mengajar dengannya di sebuah sekolah di Sipitang iaitu daerah yang terletak di pantai barat Sabah.

Ikan keropok
Bazli dan keluarganya datang ke Tawau secara konvoi bersama rakan-rakan sekerjanya sempena cuti persekolahan berkata, dia diberitahu jika dia ingin mendapatkan makanan dan kuih-muih tradisional dan sejenis ikan yang dipanggil ikan keropok, pergilah ke Pasar Tanjung.

“Selain membeli ikan keropok, saya juga membeli ikan masin dan keropok amplang. Membeli-belah di Pasar Tanjung boleh tawar-menawar. Ikan keropok ini memang tidak ada di Sipitang. Insya-Allah saya akan berkunjung lagi ke sini,” kata Bazli yang menghabiskan beberapa hari bercuti di Tawau.
Seorang penyelia syarikat pembinaan, Edward Liew, 35, ketika menjalankan tugas di Tawau ketika ditemui sibuk memilih pelbagai makanan tradisional untuk dibawa balik ke Kota Kinabalu, Sabah sebagai buah tangan untuk anggota keluarganya.

Beliau membeli keropok amplang, sejenis keropok berbentuk bebola yang diperbuat daripada ikan atau udang iaitu produk tradisi di Sabah yang asalnya dari Tawau, kerepek pisang tanduk dan gajus goreng bersalut yang kesemuanya bernilai lebih RM100.

UDANG kering dijual mengikut gred.


“Dulu saya pernah ke sini dan membawa balik pelbagai makanan tradisi. Keluarga saya menyukai beberapa makanan tradisi dari sini terutama kerepek pisang sekaki. Sebab itu, kali ini saya datang lagi membeli buah tangan untuk keluarga,” kata Edward.

Peniaga Pasar Tanjung, Salnawati Abdullah Chik, 28, berkata, keunikan Pasar Tanjung ialah kepelbagaian barang yang dijual.

Makanan tradisional, barangan dapur, kain sarung, peralatan solat dan beraneka pakaian termasuklah baju tidur kebanyakannya diimport dari Indonesia.
“Makanan ringan seperti belinjo dan biji gajus diimport dari Indonesia, manakala keropok amplang, kacang atong, dan kacang tapok dibuat oleh masyarakat setempat.

“Begitu juga kacipok iaitu sejenis keropok yang berasaskan tepung beras dan kacang dangdut,” katanya yang masih sempat ditemu bual meskipun sibuk melayan pelanggan.

Warisi kemahiran
Bagaimanapun pembuatan makanan tradisi seperti amplang, kuih burasa dan kuih bangke sebenarnya dipengaruhi amalan tradisi dari negara jiran.
Ini kerana kemahiran membuat kuih-muih berkenaan diwarisi oleh mereka yang berketurunan dari Indonesia.

Seorang peniaga, Nurhaeda Salleh, yang berniaga di Pasar Tanjung lebih dua dekad berkata, dia bukan sahaja menjual makanan ringan seperti kerepek pisang, biji gajus goreng dan pelbagai kuih-kuih tradisional bahkan barangan dapur.

“Pelbagai jenis acuan kuih, kuali pelbagai saiz, periuk tingkat, periuk kukus, bekas air dan bekas beras, sudip, tikar dan lain-lain memang banyak dijual di sini. Apa yang saya boleh kata ialah pelanggan yang datang ke sini mempunyai banyak pilihan dan harganya pula berpatutan serta boleh ditawar,” katanya.



KEPELBAGAIAN makanan ringan yang dijual di Pasar Tanjung menjadikan pasar tersebut cukup unik.



Menurut Nurhaeda sejak berniaga di Pasar Tanjung, pelanggan dari pelbagai negara seperti China, Hong Kong, Brunei, Singapura termasuklah Semenanjung Malaysia, Sarawak dan daerah-daerah di Sabah seperti Labuan berkunjung ke gerainya.

Peniaga ikan kering atau ikan masin, Ipin Nisa, 23, pula berkata, dia menjual pelbagai jenis ikan kering seperti ikan putih, ikan ketamba dan ikan kurau. Katanya, ikan bilis dari Inderasabah dikatakan ikan bilis paling bermutu di Sabah dan udang kering keluaran tempatan dan Indonesia antara produk laut yang mendapat sambutan menggalakkan.

Menurut Ipin, ikan kering yang dijual sebahagiannya merupakan produk dari Tawau dan Semporna, namun sotong kering dan rumpai laut kering atau dipanggil agar-agar oleh masyarakat setempat kebanyakannya berasal dari Semporna.

“Pelanggan saya memang ramai terutama dari Semenanjung dan Sarawak serta beberapa daerah lain di Sabah. Produk yang paling diminati pelanggan ialah ikan keropok yang kami import dari negara jiran. Biasanya pelanggan dari luar membeli ikan kering sehingga RM300,” katanya.

Ikan masin
Ipin dan rakan-rakan memulakan perniagaan seawal pukul 6 pagi hingga pukul 5 petang, namun jika masih ramai pelanggan waktu perniagaan akan dilanjutkan.

“Saya baru sampai dari Kota Kinabalu kerana ada urusan. Saya singgah ke Pasar Tanjung untuk membeli ikan masin. Ikan masin di Tawau ni bagus dan memang lain daripada yang lain,” kata bekas Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim.



PETA yang menunjukkan kedudukan Tawau.



Beliau yang ditemui di pasar itu berkata, setiap kali berkunjung ke Tawau, Iliyas tidak akan melepaskan peluang pergi ke pasar berkenaan.

“Kalau kita ke Pasar Tanjung, seperti kita berada di Nunukan, Kalimantan Timur, Indonesia. Budaya mereka sama seperti di Indonesia. Untuk merasai persekitaran di Nunukan, di sini pun cukup kerana ramai penduduk di sini berketurunan Indonesia,” kata Iliyas yang juga bekas Pesuruhjaya Polis Sabah.

Pasar Tanjung memang berpotensi menjadi daya tarikan pelancong ke Tawau , namun Iliyas mencadangkan agar program 3K iaitu Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan yang pernah dilaksanakannya ketika menjadi Datuk Bandaraya Kota Kinabalu dahulu dipraktikkan di kota kecil itu. – Bernama

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More