Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Showing posts with label konspirasi. Show all posts
Showing posts with label konspirasi. Show all posts

Tuesday, January 6, 2015

6 Hujah Lazim Tentang Maulid dan Jawapannya

6 HUJAH LAZIM PERAYAAN MAULID NABI & JAWAPAN

Soalan # 1:

 “Abu Lahab yang kafir pun diringankan azabnya oleh Allah lantaran kegembiraannya menyambut kelahiran Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu bagaimana pula jika umat Islam yang menyambutnya? Sudah tentulah Allah akan mengurniakan ganjaran yang lebih besar bagi sesiapa yang menyambut perayaan Maulid Nabi.”

Jawapan:

Abu Lahab bukanlah dalil dalam agama sehingga yang demikian perbuatannya dijadikan dalil bagi mensyariatkan apa yang tidak disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sekadar bergembira dengan kelahiran Nabi sahaja tidaklah memadai. Akan tetapi hendaklah kegembiraan itu dizahirkan dengan cara mengikuti ajaran yang dibawanya, mengamalkan serta menyampaikannya kepada orang lain. Selain itu hendaklah berusaha mempertahankan ketulenan ajarannya daripada ditokok tambah dan diubah suai oleh golongan yang gemar kepada syirik dan bid’ah.

Kembali kepada Abu Lahab, bukankah setelah itu dia menolak ajaran Islam yang cuba disampaikan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepadanya? Berdasarkan ini, apakah cukup sekadar menzahirkan kegembiraan menyambut kelahiran baginda, tetapi pada waktu yang sama enggan mengikuti syariat yang dibawa bersamanya?

Tepuklah dada, tanyalah iman.

Soalan # 2:

“Kalau begitu, adakah salah untuk kami menzahirkan rasa gembira terhadap kelahiran Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam? Apakah kamu tidak menyukai kelahiran insan yang termulia ini?”

Jawapan:

Tiada seorang jua dalam kalangan umat Islam yang tidak bergembira dengan kelahiran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melainkan hanyalah orang-orang kafir dan fasiq. Bergembira itu tidaklah salah, silakan.

Namun apa yang menjadi persoalan di sini adalah, mengapakah kegembiraan itu dizahirkan dengan cara yang bercanggah dengan perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam agar jangan keterlaluan dalam memuji dan menyanjungi baginda? Apakah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam redha apabila umatnya melakukan hal yang bercanggah dengan ajarannya?

Persoalan kedua, mengapakah kegembiraan sahaja yang kalian zahirkan tetapi tidak menzahirkan rasa kesedihan atas pemergian baginda? Bukankah di dalam bulan yang sama juga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah wafat meninggalkan kita umatnya? Mengapakah kalian tidak bersedih di atas musibah yang amat besar ini? Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا أَصابَ أَحَدَكُمْ مُصِيْبَةً فَلْيَذْكُرْ مُصِيْبَتَهُ بِيْ، فَإِنَّهُ أَعْظَمُ المَصَائِبِ.

Apabila salah seorang dari kamu ditimpa musibah maka ingatlah musibah kehilangan diriku kerana itu merupakan musibah yang besar. [Hadis riwayat ath-Thabrani. Lihat Shahih al-Jami’, no. 347]

Amatlah benar ucapan Syaikh Muhammad Abdus Salam Khidir asy-Syuqairi rahimahullah (1352H):

في هذا الشهر ولد، وفيه توفي، فلما ذا يفرحوم بميلاده ولا يحزنون لوفاته؟

Pada bulan ini baginda dilahirkan dan baginda juga wafat pada bulan yang sama. Maka mengapa mereka bergembira memperingati kelahiran baginda namun mereka tidak bersedih untuk memperingati kewafatan baginda? [as-Sunan wa al-Mubtada’at, ms. 128]

Soalan # 3 :

“Bukankah Ibnu Taimiyyah sebagai tokoh rujukan utama kaum Wahhabi sendiri membolehkan sambutan perayaan Maulid Nabi?”

Jawapan:


Apa yang benar adalah beliau menyatakan bahawa perayaan Maulidur Rasul itu adalah perkara yang bid’ah di sisi agama. Beliau berkata setelah menyenaraikan beberapa amalan yang tidak memiliki asasnya daripada ajaran Islam, termasuklah perayaan Maulid Nabi:

فإنها من البدع التِي لم يستحبها السلف ولم يفعلوها والله سبحانه و تعالى أعلم.

Maka sesungguhnya semua itu termasuk dari perbuatan bid’ah yang tidak disukai oleh para ulamak Salaf, dan mereka juga tidak pernah melaksanakannya. Wallahu Subhanahu wa Ta’ala a’lam. [Majmu’ al-Fatawa, 25/298]

Dalam kitab yang sama, beliau menegaskan bahawa perayaan Maulid Nabi yang diada-adakan oleh umat Islam hari ini merupakan perombakan terhadap agama Allah. Katanya:

وهذا تغيير لدين الله وتبديْل له. وهكذا القول في ليلة المولد وغيرها.

Dan hal ini merupakan perombakan terhadap ajaran agama Allah dan demikian juga kita katakan terhadap (sambutan) malam Maulid dan selainnya (dari amalan-amalan yang tidak ada dasarnya di sisi sunnah yang sahih).

Menerusi kitabnya yang lain, beliau sekali lagi menegaskan bahawa:

فإن هذا لم يفعله السلف مع قيام المقتضي له وعدم المانع فيه، ولو كان خير محضا أو راجحا، لكان السلف أحق به منا، فإنهم كانوا أشد محبة الرسول الله صلى الله عليه وسلم منا، وهم على الخير أحرص.

Maka sesungguhnya hal ini (perayaan Maulid Nabi) tidak pernah dilakukan oleh para Salaf, padahal ada faktor pendorong untuk mereka merayakannya dan tidak ada penghalangnya. Dan kalaulah (perayaan Maulid Nabi) baik nescaya para ulamak Salaf lebih berhak merayakannya daripada kita kerana mereka amat mencintai Rasulullah daripada kita. Mereka lebih rakus mengerjakan kebaikan. [Iqtidha’ as-Shirath al-Mustaqim 2/123]

Soalan # 4:

“Bukankah terdapat dalam kalangan para ulamak Ahlus Sunnah wal Jama’ah sendiri yang membolehkan sambutan perayaan Maulid Nabi?”

Jawapan:

Benar bahawa terdapat beberapa ilmuan yang membolehkan perayaan Maulid Nabi. Namun:

1)     Setiap daripada mereka tidak membawakan satu pun dalil yang sahih baik daripada al-Qur’an, as-Sunnah mahupun atsar para sahabat yang menganjurkan amalan tersebut. Oleh yang demikian, besar kemungkinan fatwa mereka yang membolehkan perayaan Maulid Nabi hanyalah merupakan pendapat peribadi mereka sahaja. Justeru, pendapat mereka ini terbuka kepada pilihan; sama ada ia diterima atau pun ditolak. Berkata Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafi’e dan Imam Ahmad rahimahullah, para Imam Ahlus Sunnah wal Jama’ah:

لَايَحِلُّ لِأَحَدٍ أَنْ يُفْتي بِكَلَامِنَا أَوْ يَأْخُذُ بِقَوْلِنَا مَا لَمْ يَعْرِفُ مِنْ أَيْنَ أَخَذْنَا.

Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk memberi fatwa dengan kata-kata kami atau berpegang dengan kata-kata kami selagi dia tidak mengetahui dari mana kami mengambil kata-kata tersebut. [al-Jami’ al-Bayan al-‘Ilm wa Fadhlih karya Ibnu ‘Abdil Barr, 1/91]

Imam Malik rahimahullah berkata:

            كُلُّ أَحَدٍ يُؤْخَذُ مِنْ قَوْلِهِ وَيُتْرَكُ، إِلَّا صَاحِبُ هَذَا الْقَبْرِ.

Setiap manusia boleh diikuti perkataannya dan juga boleh ditinggalkan kecuali penghuni kuburan ini (iaitu Rasulullah). [Siyar A’lam al-Nubala oleh adz-Dzahabi 8/93]

2)     Selain itu, pandangan mereka yang membolehkan sambutan perayaan Maulidur Rasul hendaklah dilihat dari sisi ia merupakan perayaan sosial, bukannya perayaan dalam agama yang wajib dibangunkan di atas nas-nas syarak. Amatlah mustahil untuk kita beranggapan para ulamak tersebut sengaja menyelisihi hadis Rasulullah yang menetapkan perayaan agama dalam Islam hanyalah tiga sahaja, iaitu ‘Eid al-Fithri , ‘Eid al-‘Adha dan hari Jumaat. Dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu berkata:

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلِأَهْلِ الْمَدِيْنَةِ يَوْمَانِ يَلْعَبُوْنَ فِيْهِمَا فِيْ الْجَاهِلِيَّةِ، فَقَالَ: قَدِمْتُ عَلَيْكُمْ وَلَكُمْ يَوْمَانِ تَلْعَبُوْنَ فِيْهِمَا فِيْ الْجَاهِلِيَّةِ، وَقَدْ أَبْدَلَكُمُ اللهُ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا: يَوْمُ النَّحْر وَيَوْمُ الْفِطْرِ.

Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam datang ke Kota Madinah, penduduk Madinah memiliki dua hari untuk bersenang gembira pada waktu jahiliah, lalu baginda bersabda: “Saya datang kepada kamu sedangkan kamu memiliki dua hari raya untuk bergembira pada masa jahiliah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik (iaitu) ‘Eid al-‘Adha dan ‘Eid al-Fithri. [Hadis riwayat an-Nasa’i dalam Sunan an-Nasa’i, no. 959 dan Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, no. 1134]

Imam Ibnu Hibban, Imam Ahmad dan selainnya meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi bersabda:

لَاتَصُوْمُوْا يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَإِنَّهُ يَوْمُ عِيْدٍ إِلَّا أَنْ تَصِلُوْهُ بِأَيَّامٍ.

Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat kerana ia merupakan hari raya, kecuali kamu menyambungnya dengan hari-hari berikutnya.


Bukti lain yang menunjukkan bahawa Jumaat adalah hari perayaan bagi kaum Muslimin adalah hadis berikut, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda ketika berlakunya pertembungan hari Jumaat dengan ‘Eid al-Fithri atau ‘Eid al-‘Adha:

اجْتَمَعَ عِيْدَانِ فِيْ يَوْمِكُمْ هَذَا، فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَ إِنَّا مُجَمِّعُوْنَ إِنْ شَاءَ اللهُ.

 Telah berkumpul dua hari raya pada hari kamu ini. Maka sesiapa yang mahu, ia boleh tidak mengerjakan solat Jumaat. Sesungguhnya kami Insya Allah akan mengerjakannya. [Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Shahih Sunan Ibnu Majah, no. 1083]

Berdasarkan paparan hadis di atas, maka jelaskan tidak ada perayaan agama dalam Islam melainkan tiga perayaan yang disebutkan di atas. Oleh itu, tidak boleh bagi sesiapa pun selepas kewafatan Rasulullah dan setelah terputusnya wahyu Allah untuk mensyariatkan apa-apa perayaan baru yang diatasnamakan ajaran Islam melainkan hendaklah dia membawakan dalilnya. Mari kita imbas kembali peringatan Imam Malik terdahulu:

مَنِ ابْتَدَعَ فِي الْإِسْلِامِ بِدْعِةً يَرَاهَا حَسَنَةً، فَقَدْ زَعَمَ أَنَّ مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَانَ الرِّسَالَةَ، لِأَنَّ اللهَ يَقُوْلُ: (الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ) فَمَا لَمْ يَكُنْ يَوْمَئِذٍ دِيْنًا، فَلَا يَكُوْنُ الْيَوْمَ دِيْنًا.

Sesiapa yang membuat bid’ah (perkara baru) dalam Islam yang dia menganggapnya sebagai hasanah (baik), maka sesungguhnya dia telah menuduh bahawa Muhammad telah berkhianat di dalam (menyampaikan) risalah (Islam yang diamanahkan kepadanya). Kerana sesungguhnya Allah telah berfirman: Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu. Maka apa-apa yang tidak menjadi (bahagian dari) agama pada hari itu, nescaya  tidak akan menjadi (bahagian dari) agama pada hari ini. [al-I’tisham karya Imam asy-Syathibi 1/49]

Tidak syak lagi bahawa Maulid Nabi yang dianggap sebagai perayaan agama oleh sebahagian umat Islam hari ini bukanlah perayaan yang disyariatkan oleh agama yang dibawa oleh junjungan kita tercinta, Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Dengan demikian, ia juga bukanlah perayaan agama untuk selamanya.

Soalan # 5:

 “Meskipun tidak ada dalil yang mensyariatkan perayaan Maulid Nabi, namun bukankah ia suatu yang baik untuk disambut oleh umat Islam? Tambahan lagi terdapat sebuah atsar daripada Ibnu Mas’ud radhiallahu’anhu bahawa beliau berkata: Apa yang dilihat baik oleh umat Islam maka ia juga baik di sisi Allah dan apa yang dilihat umat Islam buruk maka ia juga buruk di sisi Allah?.”

Jawapan:

Sama ada baik atau buruk sesuatu amalan yang disandarkan ke atas ajaran Islam,  hendaklah ia didasarkan oleh wahyu daripada al-Qur’an dan as-Sunnah Nabi yang sahih, bukannya akal dan hawa nafsu manusia semata. Berhati-hatilah dalam menetapkan suatu hukum dalam agama kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberi amaran kepada mereka yang suka berbicara mengenai agama Islam tanpa sebarang dalil daripada wahyu-Nya:

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “ini halal dan ini haram” untuk mengadakan suatu yang dusta terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (Mereka hanya mendapat) sedikit kesenangan (di dunia) dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. [Surah an-Nahl, ayat 116-117]

Firman-Nya lagi:

Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang ada di dalamnya. [Surah al-Mukminun, ayat 71]

Kalaulah perayaan Maulid Nabi ini baik, pastilah Nabi, para sahabat dan para imam mazhab terlebih dahulu melaksanakannya.
Adapun perkataan Ibnu Mas’ud radhiallahu’anhu, ia adalah riwayat yang sahih (disahihkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, no. 4465) tetapi diletakkan pada tempat yang salah. Penulis mengatakan demikian kerana:

1) Jika ditinjau dari sisi sebab atau peristiwa yang melatari atsar tersebut, beliau berbicara mengenai  isu perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah, bukannya berkaitan anjuran untuk mencipta model ibadah dan perayaan baharu dalam agama.

2) Ibnu Mas’ud radhiallahu’anhu yang empunya perkataan itu sendiri tidak menyambut perayaan Maulid Nabi dan tidak juga menganggapnya sebagai suatu yang baik di sisi ajaran Islam. Wallahu a’lam.

Soalan # 6:

“Tetapi bukankah ramai umat Islam yang menyambut perayaan Maulid Nabi?.”

Jawapan:

Islam tidak pernah menetapkan ramainya pelaku sesuatu amalan sebagai bukti ia berada di atas landasan yang benar. Di sisi ajaran Islam, benar atau salah sesuatu amalan hendaklah diukur berdasarkan dalil, bukannya kuantiti. Adapun dalil yang dimaksudkan adalah hujah yang bersumberkan daripada al-Qur’an dan as-Sunnah Nabi yang sahih, sejalan dengan kefahaman dan amalan generasi Salafus Soleh, khususnya para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’in.

sumber 

Sunday, May 11, 2014

Analisis Muktahir MH370 : Segalanya Sudah Diketahui?



Akhirnya, segala analisis dan pengalaman Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain membawa kita kepada kunci jawapan terhadap misteri kehilangan MH370 yang sudah menghampiri sebulan lamanya.

Sama ada kita suka atau tidak - beliau telah bercakap benar dan jujur, sekali gus melenyapkan seluruh teori berkenaan dakwaan bahawa pesawat MH370 mengalami masalah teknikal atau kerosakan.

Pada peringkat awal kehilangan MH370 - dengan segala data dan bukti yang ada dalam tempoh seminggu sejak peristiwa kehilangan pesawat ini berlaku, Datuk Kapten Nik Huzlan telah membuat beberapa kesimpulan yang lain daripada pakar-pakar penerbangan paparkan.

Beliau seolah-olah lebih cederung mengaitkan kehilangan MH370 dengan perbuatan "yang tidak bertanggungjawab" yang dilakukan secara sangat rapi dan terancang. Antara kesimpulan awal Datuk Kapten Nik Huzlan adalah seperti berikut :

1)Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.

2)Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total 'electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.

3)MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.

4)Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurutnya, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.

5)Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.

6)Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.

7)Kapten Nik Ahmad Huzlan sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan

8)Datuk Kapten Nik Huzlan juga mendakwa bahawa, radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin ) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.

9)Negara seperti Singapura memiliki radar sangat hebat serta mampu mengesan sebarang pesawat sehingga ke Kota Kinabalu.

Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.

Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susur alur setiap jalan di udara.

Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan pesawat adalah stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang.

10)Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 dirampas, ia tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?
MH370 boleh dirampas dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan "authorised person" yang mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando

11)Datuk Kapten Nik Huzlan mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh seseorang yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan daripada dikesan radar.

12)Andaikata MH370 dirampas, ia tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV untuk pilot/co-pilot melihat disebalik pintu tersebut.

13)Tetapi Kapten Nik Huzlan ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah orang yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konspirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 dirampas.

14)Sekiranya berlaku rampasan MH370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan.

15)Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apakah motif mereka
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhstan, memang boleh mendarat di sana, tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi ke sana perlu melalui banyak negara
Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu di sana

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang bolehmengesan MH370, sekiranya pesawat tersebut melakukan "turn over" ke arah Barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu Lautan Hindi, maka barulah kata kapal terbang MH370 hilang, kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini.



Jelas, pada awal analisis Datuk Kapten Nik Huzlan - beliau secara sangat berhati-hati menganalisis cara MH370 dikendalikan. Melalui cara itu, maka hipotesis boleh dibuat dengan lebih kemas. Jika MH370 dipandu dengan cara cekap dan profesional semasa ia hilang daripada kawalan rada - maka MH370 sebenarnya tidak mengalami sebarang kerosakan teknikal atau mekanikal - sebaliknya ada sesuatu yang berlaku di luar jangkaan kita semua.

Terkini, setelah hampir sebulan MH370 tidak ditemui, dan dengan pendedahan data terbaharu berkenaan gambar yang dirakam pada sesi penerangan yang datangnya daripada pihak berkuasa kerajaan Malaysia termasuk Malaysia Airlines kepada keluarga mangsa penumpang di China - telah membawa kita kepada satu tahap kesimpulan yang lebih menyakinkan.

Dan sekali lagi hipotesis Kapten Nik Huzlan menjadi sandara. Sebenarnya secara tidak langsung, Kapten Datuk Nik Huzlan telah pun memadamkan segala teori dan hipotesis sebelum Ini! Sudah lebih 3 minggu berlalu, dan dunia termasuk pakar-pakar yang terlibat terus memerah buah fikiran bagi mencari jawapan disebalik tragedi MH370 yang mengandungi pelbagai persoalan yang terus dibiarkan “tergantung” sehingga ke hari ini.

Dan melihat kepada bukti terbaru ini, maka sekali lagi Kapten Datuk Nik Huzlan mengukuhkan hujahnya seperti berikut :



1-Nampak terang di sini pesawat MH370 kelihatan berpusing disebelah kanan pada kedudukan 270 darjah

2-Kapten Nik Huzlan menilai pusingan pesawat MH370 adalah “pusingan yang sempurna dan tiada cacat celanya” dan terus merentas semula laluan yang pernah dilakukannya sebelum itu dan pusing semula di sebelah kiri dan seterusnya menuju ke arah Pulau Pinang

3-Dan ini bermakna pesawat MH370 tidak mengalami sebarang kerosakan seperti yang dipercayai oleh seorang juruterbang berpengalaman.

4-Kapten Nik Huzlan sendiri terkejut dengan maklumat terbaharu ini dan sekaligus bercanggah dengan informasi dan maklumat yang mengatakan selama ini pesawat MH370 hanya melakukan pusingan kiri sahaja.
Buat pertama kalinya, pesawat MH370 dikatakan telah melakukan pusingan kanan.

5-Kapten Nik Huzlan mengatakan pesawat MH370 melakukan pusingan kanan

6-sebaik sahaja co-pilot Farid mengucapkan perkataaan “Alright, Good Night” dan terus merentasi ke arah Teluk Siam dan terus pergi ke Pulau Pinang

7-Jikalau pesawat MH370 mahu pulang semula ke Malaysia, MH370 hanya perlu pusing kiri terus ke Malaysia.

8-Jikalau pesawat MH370 dalam keadaan kecemasan mengapa perlu MH370 melakukan satu pusingan disebelah kanan secara perlahan-lahan dan kemudian merentas laluan yang dilakukan sebelumnya? Mengapa?

9-Kapten Nik Ahmad Huzlan merasakan perbuatan dan cara pengendalian MH370 seperti dirancang dengan cukup-cukup teliti.

10-Dan, jikalau ada kecemasan sekalipun, mengapa juruterbang atau pembantunya tidak berhubung dengan mana-mana pusat kawalan trafik udara? Mengapa?

11-Bahkan Kapten Nik Huzlan mengatakan dari IGREX, cara pesawat MH370 terbang pun sangat-sangat meragukan kerana dilihat mahu mengelak Laut Sumawi dan Pulau Nicobar dan memotong jalan merentasi terus ke selatan Lautan Hindi yang mana laluan tersebut adalah merupakan laluan yang tiada satu pun berada di bawah kawalan radar.

12-Cuma Kapten Nik Huzlan mula merasa pelik dan merasakan tidak logik untuk pesawat MH370 sampai ke IGREX pada 2:15 pagi (8 Mac 2014). Pesawat MH370 buat pusingan kanan pada pukul 1:31 pagi. Pergi ke Pulau Pinang dan seterusnya ke VAMPI dan signal point yang terakhir ke IGREX pada pukul 2:15 pagi. Apa jawapan Kapten Nik Huzlan?

Pesawat MH370 tidak akan dapat sampai pada IGREX dalam tempoh hanya sekitar 40 minit sahaja melihatkan tahap kelajuan yang boleh dicapai pesawat MH370 dan juga pusingan kanan dan kiri yang telah dilakukan oleh pesawat MH370 ini. Berdasarkan kajian Kapten Nik Huzlan, kelihatan teori Human Interferance (perbuatan yang disengajakan) amatlah kuat melihatkan pesawat MH370 sebenarnya “under full control” kerana ia mampu membuat corak pusingan kanan dengan baik ditambah pula mampu merentas semula laluan yang perlu dilakukan sebelum itu.

Kapten Nik Huzlan mengatakan dengan pendedahan bukti terbaru ini bakal menghapuskan teori dan hipotesis yang dicanang selama ini kononnya pesawat MH370 mengalami kerosakan tidak benar.

Sumber

Sunday, April 20, 2014

Lawatan Ke Masjidil Aqsa


Lawatan ke Masjidil Aqsa? Fikirkan.
Semakin banyak pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa ditawarkan. Kini agensi seperti Tabung Haji pun sudah mula mempromosi lawatan ke masjid ke-3 termulia dalam Islam itu.
Ia sedikit menghairankan.
Kenapa?
Tahukah anda bahawa Masjid al-Aqsa berada dalam wilayah Baitul Makdis (Jerusalem)?
Dan tahukah anda bahawa Baitul Makdis telah berada di bawah pendudukan tentera Israel sejak Perang Arab-Israel 1967?
Masjid al-Aqsa telah dijajah sejak lebih 46 tahun yang lalu! Laluan keluar dan masuk kini berada di bawah kawalan dan penguasaan Israel. Pelbagai cara telah digunakan oleh Israel untuk menghalang rakyat Palestin memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa. Malah, Israel telah mengehadkan umur para pengunjung dan waktu yang dibolehkan untuk penduduk Palestin mengakses masjid ini.
Namun, dengan tidak semena-mena, Israel mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia yang pada pasportnya jelas tercetak:
"Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali.....
ISRAEL!!!"
Tidakkah anda merasa curiga? Mengapa ya?
Jawapannya mudah. Kerana kita datang sebagai pelancong!
Tahukah anda jalan masuk ke Baitul Makdis dan Masjid Al-Aqsa adalah melalui Jordan? Dan tahukah anda Jordan dibenarkan untuk memiliki keistimewaan ini hanya selepas ia mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan berdamai dengannya pada tahun 1994? Lalu apabila anda berkunjung ke Masjid Al-Aqsa anda secara tidak langsung telah mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan menyatakan kesediaan untuk berdamai dengannya!
Tahukah anda industri pelancongan di Baitul Makdis memberikan keuntungan kepada Israel sekurang-kurangnya 1 bilion US dollar setiap tahun? Dan jumlah ini semakin bertambah saban tahun. Dan ya, keuntungan ini tidak dikongsi walau sesen sekalipun dengan Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority) tetapi digunakan untuk terus menjajah Palestin dan membiayai keperluan tentera Israel!
Dan yang lebih penting lagi ialah pemergian kita ke sana adalah sebahagian daripada proses NORMALISASI yang cuba dimainkan oleh Israel. Israel berusaha untuk menyatakan kepada pelancong yang hadir bahawa tiada kezaliman dan penderitaan di sana. Israel ingin memperbaiki imejnya di mata dunia dengan menggalakkan kunjungan ramai 'pelancong'.
Dengan kata lain, asal sahaja anda berkunjung ke Masjid al-Aqsa sebagai pelancong, Israel tidak punya masalah dengan anda. Malah mereka meraikan. Tetapi jika anda datang sebagai pejuang atau aktivis, usah bermimpi anda akan dapat masuk ke sana.
Israel mempunyai perancangan yang licik. Mereka berjaya mengaburi pandangan kita dengan menjadikan tindakan kita yang salah seakan-akan benar dan tiada masalah. Kita tertipu bahawa kunjungan kita ke Masjid al-Aqsa dengan niat untuk mengimarahkan masjid ketiga termulia dalam Islam itu dan merebut pahala menjejakkan kaki ke sana sebagai salah satu langkah membebaskan Masjid al-Aqsa daripada penjajahan Israel.
Jika seribu kali pun anda berfikir...
Jika seribu kali pun anda berfikir, anda tidak boleh melawan kekuatan ketenteraan dan politik Israel dengan melakukan rombongan melawat dan mengimarahkan Masjid al-Aqsa. Akhirnya, apa yang berlaku ialah anda sekadar memenuhi kehendak dan kepuasan peribadi untuk menatap masjid tersebut dan menyimpan memorinya dalam kamera dan video; tidak lebih dari itu. Ia umpama orang yang tidak pernah puas merebut pahala dengan melakukan ibadah haji dan umrah berkali-kali sedang masih ramai jiran-jirannya yang hidup melarat kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Justeru, berfikirlah dengan lebih mendalam sebelum anda berniat untuk menyertai pakej-pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa. Dalam tidak sedar, anda sebenarnya telah tertipu dan telah membayar harga yang mahal demi sebuah kepuasan peribadi.
Namun begitu, jika anda ingin pergi dengan MISI yang jelas untuk membebaskannya (ie. berjihad) atau anda ingin mengutip mutiara-mutiara hikmah di sana dan pulang dengan semangat yang tinggi untuk merancang STRATEGI membebaskannya, maka pergilah dan usah bertangguh walau sesaat sekalipun! Jangan sekali-kali anda biarkan pemergian itu sia-sia dan tinggal sekadar 'imarah' sahaja. Anda perlu sedar bahawa kunjungan anda itu mahal harganya (material dan moral).
Jika tidak, saya sarankan supaya anda menyalurkan wang anda kepada saluran yang benar-benar dapat membantu membebaskan Palestin.
Berfikir selangkah kehadapan, agar tidak terus ditipu amal peribadi, sedang umat menderita,
musuh tertawa, dan kemenangan terpaksa ditunda, untuk kesekian-kalinya.

Thursday, April 3, 2014

Simbol MH370 dalam filem Man Of Steel?


Misteri kehilangan MH370 sekarang ini telah dibicarakan secara serius di seluruh dunia.. Pelbagai teori dan andaian dibuat untuk dikaitkan dengan kehilangan tanpa sebarang pertunjuk.

Memang sifat manusia yang suka membuat telahan dan andain dan kadang kala diluar jangkaan akal kita yang normal berfikir.

Baru-baru ini, timbul pula dakwaan yang menggatakan kehilangan pesawat MH370 telah dinyatakan secara simbolik lebih awal dalam filem blockbuster Hollywood, "Man of Steel".

Di bawah ini video dakwaan berkenaan.




Salah satu babak dalam filem Man of Steel, telah memaparkan nombor 370 secara jelas di atas sebuah kenderaan panjangseperti bas.


Jika dilihat dengan teliti, tertulisnya:


M.I.A 6 - 370

Yang boleh diertikan sebagai..

MIA = Missing In Action

MIA = Malaysia International Airport

Manakala nombor 6 jika dikira secara abjad adalah sama kedudukan dengan huruf F yang membawa maksud kepada Flight.

6 = F (Flight)


Menurt teori ini mengikut kiraannya matematiknya, CIA terlibat dalam perancangan menghilangkan pesawat MH370 seperti berikut:

Pendedahan yang kedua pula, dalam filem tersebut, superman ada menyebut perkataan Lautan Hindi.

"If I don't stop that machine over the Indian Ocean"

Adakah sebutan ini secara kebetulan? Pembaca boleh berfikir dan menjawabnya.

24 Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pengumuman ini dibuat berdasarkan data-data kukuh yang diberikan oleh INMARSAT.

Pelik kan?

Teori ini juga mengaikan dengan filem Mission Impossible III 2006.

Salah satu babak dalam filem Mission Impossible III 2006 juga ada memaparkan logo Malaysia Airlines secara horizontal dalam keadaan yang musnah akibat letupan di China.



Logo yang sama juga muncul di filem Transformers - Revenge of the Fallen pada tahun 2009 juga di China.

Adakah masij kebetulan?
Kebetulan kah ini? Seperti telah dirancang sejak 2006 lagi.


Pembaca boleh menilai sendiri.. tak perlu percaya, cukuplah sekadar membaca info dan membuat kesimpulan dengan apa yang ada. Kita masih belum jumpa serpihan dan sebarang pertunjuk di mana sebenarnya MH370 berada.

Teori ini lebih baik daripada kata Bomoh Gila 'tergantung di 3 negara' kerana ditawan raksasa..

Sunday, October 20, 2013

Bukan Columbus Tapi Cheng Ho Yang Menemui Amerika?

"Sebuah salinan peta berusia 600 tahun yang ditemukan di sebuah toko buku loak mengancam status Columbus sebagai penemu Amerika. Juga menjadi kunci untuk membuktikan bahwa orang dari Negeri China yang pertama menemukan benua itu.


Ini yang tertulis dalam sejarah: pedagang asal Genoa, Italia, Christopher Columbus memimpin armada kapal menyeberangi Samudera Atlantik. Ia tiba di 'dunia baru' pada tanggal 12 Oktober 1492.

'Dunia baru' itu yang kemudian disebut Benua Amerika. Meski hingga kematiannya, Columbus yakin benar, ia menemukan rute baru dan berhasil telah mendarat di Asia -- di tanah yang digambarkan Marco Polo.

Namun, sebuah salinan peta berusia 600 tahun yang ditemukan di sebuah toko buku loak mengancam status Columbus sebagai penemu Amerika. Juga menjadi kunci untuk membuktikan bahwa orang dari Negeri China yang pertama menemukan benua itu.

Dokumen tersebut konon berasal dari suatu ketika di Abad ke-18, yang merupakan salinan peta 1418 yang dibuat Laksamana Cheng Ho, yang menunjukkan detil 'dunia baru' dalam beberapa sisi.

Klaim bukti bahwa laksamana China memetakan Belahan Bumi Barat (Western Hemisphere) lebih dari 70 tahun sebelum Columbus, adalah salah satu klaim yang dimuat penulis Gavin Menzies dalam buku barunya, 'Who Discovered America?', yang diluncurkan jelang Hari Columbus tahun ini.

"Kisah tradisional bahwa Columbus menemukan 'dunia baru' adalah fantasi belaka," kata dia seperti dimuat Daily Mail, 8 Oktober 2013.

Ia bahkan yakin, Columbus memiliki salinan peta Cheng Ho saat mengarungi samudera menuju Amerika.

Menzies juga mengatakan, armada megah kapal China yang dipimpin Cheng Ho berlayar di sekitar daratan Amerika Selatan, 100 tahun sebelum Ferdinand Megellan -- orang pertama yang berlayar dari Eropa ke Asia, orang Eropa pertama yang melayari Samudra Pasifik, dan orang pertama yang memimpin ekspedisi yang bertujuan mengelilingi bola dunia.

Lebih jauh lagi, Menzies mengklaim, pemukim pertama Belahan Bumi Barat tidak berasal dari 'Jembatan Selat Bering', tapi pelaut China yang pertama melintasi Samudera Pasifik sekitar 40 ribu tahun lalu.

Ia juga menulis, penanda DNA membuktikan Indian Amerika dan pribumi lainnya adalah keturunan para pemukim dari Asia.

Bukti Peta

Klaim bahwa Cheng Ho menemukan Amerika, bukan kali ini saja diungkap Menzies. Ia pernah mempublikasikannya tahun 2002 lalu. Bedanya, di buku terbarunya, ia menyertakan salinan peta yang ditemukan seorang pengacara di Beijing, Liu Gang di buku loak -- yang ia klaim memperkuat teorinya.

Ia bersikukuh, peta itu jelas-jelas menunjukkan sungai dan perairan di Amerika Utara, demikian juga dengan daratan Amerika Selatan.

Sebelumnya, si penemu peta, Liu mendapatkan pengakuan dari balai lelang Christie's bahwa dokumennya kuno -- dari Abad ke-18, bukan palsu.

Dari peta itu, Menzies juga berkonsultasi dengan tim sejarawan yang menganalisa tulisan yang tertera di sana. Lalu, ia menyimpulkan, peta itu aslinya dibuat pada masa Dinasti Ming -- periode pemerintahan di China yang berlangsung tahun 1368-1644.

Salah satu wilayah dari peta, diyakini Menzies mengacu pada Peru. "Di sini orang-orang mempraktekkan agama Paracas. Di sini juga orang-orang mempraktekkan pengorbanan manusia," demikian ujar dia dalam bukunya.

Menzies menambahkan, apalagi ada banyak istilah China yang digunakan di sejumlah kota dan wilayah di Peru. Dalam peta kuno Peru, misalnya, ada istilah 'Chawan' -- tanah yang disiapkan untuk disemaikan dan 'Chulin' yang artinya kayu atau hutan.

Pemukim dari Asia

Menzies tak diakui sebagai sejarawan dan bukan lulusan universitas ternama. Dia adalah bekas serdadu di kapal perang milik Angkatan Laut Inggris. Tapi, ia bukan amatiran.

'Who Discovered America?' adalah buku keempatnya di mana ia berusaha menulis kembali sejarah dalam kaca mata Timur.

Namun teori-teorinya yang 'pro-Asia' tidak diterima oleh komunitas akademik. Pada 2008, profesor sejarah University of London, Felipe Fernandez-Armesto mengatakan, buku Menzies sekelas buku kisah hidup Elvis Presley yang dijual di supermarket atau kisah hamster alien.

Debut Menzies dimulai pada 2002 lalu dalam bukunya, '1421: The Year China Discovered the World' -- yang menyebut Laksamana Ceng Ho mencapai Eropa dan Afrika, juga melintasi Samudera Pasifik, ke Belahan Bumi Barat.

Dia mengklaim Cheng Ho tak hanya menemukan dunia baru pada 1421, tapi meninggalkan koloni di sana. Armadanya juga berlayar di sekitar ujung Amerika Selatan - melalui Selat Megellan sekitar Teluk Meksiko dan sampai Mississippi .

Sementara dalam buku barunya, Menzies fokus pada teori tentang orang Asia yang berhasil sampai ke Amerika Utara dan Selatan jauh sebelum Cheng Ho. "Setidaknya 40 ribu tahun lalu," tulis dia. Dari laut.

Kebanyakan ilmuwan percaya bahwa manusia pertama menghuni Belahan Bumi Barat sekitar 13.000 sampai 16.500 tahun yang lalu.

Teori universal di kalangan para akademisi adalah, manusia tiba di 'dunia baru' dengan menyeberangi 'Jembatan Selat Bering' -- lewat tanah menghubungkan antara Asia dan Amerika Utara.

"Semakin saya berpikir tentang teori Bering Straight, makin terasa konyol," kata Menzies. Menzies mengatakan ide bahwa manusia mampu menyeberangi Samudra Pasifik di masa sekitar 40 ribu SM tak sedramatis kedengarannya.

"Jika Anda masuk ke bak mandi plastik, arus juga akan membawa Anda ke sana," kata dia. "Kuncinya ada pada arus." Jadi, siapa penemu benua Amerika?

Pandangan Cina China Terhadap Cina Malaysia!




1.Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari china tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan. Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:

2.Pengiktirafan orang cina:
"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

3.Keangkuhan orang cina:
"Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

4.Perkauman orang cina:
"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina. Sebab itu orang cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

5.Penghinaan orang cina:
"Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu. Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan orang putih’ kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera." -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

6.Sikap negatif orang cina:
"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang cina berniaga. Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

7.Isu Tuan Rumah:
"Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat. Orang cina Malaysia sepatutnya malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar serta. Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

8.Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah cina:
"Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan seorang penyabar. Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah untuk merampas dari orang Cina yang memegang ekonomi pula. Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman. Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis. Sebenarnya jujur saya mengatakan orang cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu, mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh yang nyata" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

9.Dapatkan buku The Chinese Dilemma ini di MPH Bookstore yang menulis tentang realiti orang cina Malaysia serta sikap perkauman mereka yang sangat tinggi lebih dari orang cina di China itu sendiri.

Sunday, October 13, 2013

Bida'ah Semua Sesat?



W: ini bidaah...sesat

A : benda ini harus, ulama' dh terang penjang lebar

W: ulama' xmaksum..jangan taksub

A : ye ulama' xmaksum. ulama' rujukan kamu pon xmaksum

W: tapi ulama' kami merujuk kepada al Quran dan Hadis 

A: habis tu, kamu ingat ulama' kami merujuk kitab bible, injil, zabur, taurat? rujuk al Quran dan Hadis jugak la

W: susah kalau dh taksub..taqlid membuta tuli. 

A: kamu pun taksub..taqlid membuta tuli

W: maaf, saya xjumpa dalil amalan kamu

A: ada jer...cari la dalam kitab2. 

W: kitab apa?muka surat berapa, cetakan maner..

A: kamu mengatakan hal itu bidaah, bagi juga keterangan dri kitab mane, muka surat berapa, cetakan mane..

W: hadis nabi saw..ttg perkara baru dalam agama adalah bidaah

A: okay. bidaah tu ape?

W: bidaah adalah perkara baru yang tiada dizaman Rasulullah saw. sape yang buat, maka tertolak

A: siapa beri takrif ttg bidaah tu.?

W: syaikh bla....bla........

A: oh. kate ulama' xmaksum. nape ikut takrif yang ditentukn ulama'. erm...kami belajar bidaah ada dua, bidaah hasanah dan qabihah

W: bidaah hanya satu, sesat. tiada bidaah baik/hasanah

A: main FB pon bidaah la..sbb tiada dizaman Rasulullah 

W: inilah salah faham terbesar. FB bukan ibadah. FB perkara dunia, bidaah dunia xpe. bidaah dalam ibadah xboleh...apa jua tambahan dalam ibadah adalah sesat

A: tadi kamu kata, bidaah hanya satu. xde hadis ttg pembahagian bidaah...pastu kamu membahagikan bidaah kepada dua pula, bidaah dunia..bidaah ibadah. ada hadis nabi kata bgtu?

W: nabi sebut, urusan agama dikembalikan kepadaku, adapun hal dunia, kamu lbh tahu

A: dalam hadis tu, nabi xsebut pon ttg pembahagian bidaah kepada dunia dan agama/ibadah

W: berdasarkan faham

A: nak tanya, wakaf...ibadah kan?

W: ya, ibadah

A: wakaf alquran, xde zaman Nabi, so, ia bidaah yang sesat atau baik?adakah kamu nk katakan ia sesat. kalau kamu kata ibadah xde tambahan, maka sesat la wakaf alquran hari ni. smlm ak tgk kamu pergi wakaf al quran. camne tuw? atau kamu mahu kata, wakaf bukan ibadah, wakaf adalah perkara dunia, so blh tambah2?

W: baik. apa pendapat kamu...asal sesatu perkara adalah harus selagi tiada dalil mengharamkan. kalau begtu, boleh la tambah rakaat subuh jadi 3 rakaat. sbb xde dalil, mgharamkannya.

A: pernah tgk orang solat subuh 3 rakaat?

W: xpernah lagi setakat ni. W/A.namun ia kaedah yang bahya

A: memang la orang xsolat subuh 3 rakaat, sbb orang semua faham kaedah. orang yang kamu tuduh sbg ahlul bidaah tak pernah pon solat subuh 3 rakaat. kamu tahu tak kenapa?

W: kenapa?

A: sbb orang faham, ibadah tu ada dua. satu yang khusus, satu lagi ibadah umum. ibadah khusus seperti solat...mmg telah dijelaskan oleh nabi saw ttg berapa rakaat, waktu dan kaifiat. mmg xleh nk tambah2. adapun ibadah umum, seperti zikir, selawat, tasbih, terserah nak buat berapa byk, waktu mana..kerana tiada dihadkan dan tiada tegahan. contoh lg. berjabat tangan tidak ditentukan masa, maka bila2 blh buat. so, kat malaysia ni, biasa orang jumpa di masjid. so, lepas solat orang bersalaman. ini harus, kerana tiada tegahan selagi tiada mengatakan bersalam slps solat adalah sebahagian dr ibadah solat. sepatutnya hal ini xjadi isu. xkan jumpa org selepas solat, nk senyum2 je...jeling2....bersalam la. 

W: ia haram kerana mengkhususkan slps solat

A: nak tanya, bersalam selepas solat tu...adat ke ibadah?

W: orang menganggapnya ibadah

A: mana ader orang anggap ia ibadah. adat je la. so, bila adat, adat yang tidak bercanggah dgn syariat, maka ia harus. nabi pon kata, adat(yang tidak bercanggah) memberi hukum. kamu kata bidaah dalam ibadah je haram...ni bidaah dlm adat. ke nak tambah lagi bidaah dlm adat. 

W: saya tetap berpegang, bahawa apa yang nabi xbuat maka ia haram. kan senang, buat apa yang nabi buat...tgglkan apa yang nabi xbuat

A: mana kamu rujuk ni, sedangkan Allah Taala berfirman: “Dan apa sahaja yang dibawa oleh Rasul (Muhammad) maka ambillah ia dan apa sahaja yang dia larang maka hindarilah ia”. (Surah al-Hasyr: 7). Allah xgtau, apa nabi buat, maka ambilah, dan apa shj yang tak dibuat oleh Rasul, maka hindarilah....

W: ah sama jer tuw

A: xsama...lafaz arabnya pon dah beza. faham disitu, apa yang nabi saw bawa, kita ikut, apa yang nabi larang, maka jgn buat. maka disana ulama' membahaskan disana ada perkara yang nabi xsuruh...dan nabi jua xlarang. perkara tengah2 tu adalah harus selagi tidak bercanggah dgn dalil umum. mengadakan majlis selawat beramai2, tidak haram kerana tidak bercanggah dgn dalil umum, iaitu suruhan spy banyak selawat kpd nabi saw, dan tiada dalil jelas mgharamkan. maksd sy, tiada la semua perkara tgh2 tu boleh belaka...harus dikaji dalam dlm ilmu fekah dan Usul.

W:......................................

A: dahla sedara, usah sibuk nak sesatkan orang.....tanda orang berilmu, kurang celaannya pada orang. dah jom solat maghrib berjemaah...nabi saw, tak pernah tggl solat jemaah. asyik solat sorang jer tuw...xbidaah ke.hehe.

W:...................................(masih terdiam)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More