Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Showing posts with label kunak. Show all posts
Showing posts with label kunak. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

Telaga Tujuh Kunak





Telaga Tujuh dekat Kg. Hampilan ini merupakan sebuah lagi keajaiban geologi yang terdapat di Daerah Kunak. Ia terbentuk hasil dari rangkaian air terjun yang mengalir ke beberapa tingkat bawah hingga membentuk siri kolam-kolam semulajadi pelbagai saiz bergantung kepada tahap ketinggian dan arus air yang mencurah ke arah kolam tersebut.


Lokasi air terjun ini hanya kurang 1KM dari simpang masuk ke Kg. Telaga Tujuh. Terdapat dua buah jalan masuk ke kawasan ini yang mana masing-masing akan melalui beberapa buah rumah penduduk setempat dan ladang kelapa sawit milik persendirian. Bagi mereka yang menggemari sukan lasak seperti Waterfall Climbing penulis merasakan kawasan cerun disini adalah amat sesuai untuk mereka mencuba kehebatannya.


Walaupun kawasan ini masih dikelilingi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau, akan tetapi lanskap buatan seperti tanaman pokok kelapa sawit ini yang merintangi sepanjang laluan air terjun telah sedikit sebanyak telah mencacatkan pemandangan indahnya. Apa boleh buat.... kawasan ini memang hak persendirian jadi terpulang saja kepada tuan empunya asalkan aspek pengurusan ladang yang baik dapat diamalkan selalu bagi memastikan kelansung air terjun ini untuk generasi akan datang.

Seperti juga tempat-tempat unik yang lain di negara ini, masyarakat setempat disini juga tidak lari dari mempunyai cerita-cerita mitos dan lagenda yang menambahkan lagi keistimewaan tempat ini. Diceritakan konon bahawa ada tujuh puteri jelita dari kayangan yang turun bermandi-manda di kolam ini demi untuk memastikan kejelitaan mereka..... ikuti cerita selanjutnya disini
Pada hemat penulis, mungkin tuan tanah kawasan ini boleh memikirkan pelbagai altenatif untuk mengindahkan kawasan sekitar disamping menambah sedikit kemudahan-kemudahan asas seperti tandas dan pondok rehat bagi keselesaan orang ramai.

Tragedi Kedai Baru, 1998





Pada hari Jumaat 17 Julai 1998, satu kejadian litar pintas telah berlaku dalam salah satu unit kedai papan di Kedai Bharu Kunak yang mana dipercayai adalah Restoran hingga menyebabkan terjadinya satu tragedi kebakaran yang dianggap terbesar sekali pernah berlaku di Pekan Kunak hingga ke hari ini.

Namun begitu tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana sejak api bermula di tengah premis lagi, kesemua penghuninya telah menyelamatkan diri masing-masing. Kejadian tersebut juga telah merebak ke belakang kawasan premis tersebut menyebabkan sebuah banglo yang terletak terlalu hampir dengannya turut musnah dalam tragedi tersebut.

Pihak Bomba gagal menyelamatkan keseluruhan struktur bangunan kedai tertua di Pekan Kunak tersebut, kerana disebabkan oleh api yang marak terlalu cepat ditambah lagi cuaca panas dan berangin disamping hampir keseluruhan struktur binaan adalah diperbuat dari kayu.

Kini tapak bekas tinggalan Kedai Papan atau sinonim dengan panggilan Kedai Bharu ini telah dibangunkan, dengan empat unit bangunan konkrit dua tingkat yang diberi nama sebagai Kunak Plaza dan masih menjadi pusat tumpuan yang utama warga Kunak seperti masa lalu.

Manakala mangsa-mangsa peristiwa tersebut, telah berpindah ke tapak sementara di belakang Rumah Rehat Kerajaan tidak jauh dari lokasi kebakaran.

Sejarah Jepun Di Mostyn, Kunak.


Ini adalah tiang kayu tinggalan Tentera Jepun sewaktu mereka bertapak di Daerah Kunak (Ladang Mostyn) pada 1942-1943 atau sewaktu Perang Dunia Ke-2 (WW2).
Dua tiang balak spesis Belian ini masih kukuh berdiri, ia dipercayai adalah pintu masuk utama ke Kem Tentara Jepun pada masa itu.


Menurut sesetengah pihak masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di daerah ini yang masih belum diketahui umum lokasinya, seperti yang terbaru penemuan terowong bawah tanah yang digunakan oleh pihak tentera Jepun untuk bersembunyi dari sasaran pengeboman dari pihak Berikat.
Terowong panjang di kawasan Kunak yang dipercayai dibina semasa zaman perang Dunia kedua oleh tentera Jepun."


Ini adalah tinggalan tiang bangunan tentera Jepun yang telah musnah dibedil oleh pihak Perikatan RAAF Kittyhawk Fighter Squadron yang berpangkalan di Utara Australia pada 9th August 1944.
Dulunya kawasan ini menempatkan beberapa deretan bangunan kubu tentera Jepun yang tidak ketahui secara langsung tentang fungsinya, sama ada stor senjata atau Pusat tahanan perang.

Bangunan ini bukanlah dibina oleh tentera Jepun, tetapi sudah wujud sebelum kedatangan meraka lagi. Akan tetapi ia menjadi penting apabila ia digunakan sebagai Pusat Pentadbiran Utama tentera Jepun di kawasan Mostyn ( nama Kunak dahulu ).

Laporan tentang Mostyn di akhbar.

Asal Usul Nama Mostyn Sebelum Kunak



Daerah Kunak yang mempunyai keluasan 438 batu persegi dengan anggaran jumlah penduduk seramai lebih 62,000 orang adalah sebuah daerah yang terletak di tenggara negeri sabah yang mendapat status daerah penuh pada 1981 yang mana dulunya terletak dalam bidang kuasa daerah Lahad Datu lebih kurang 78km dari sini. Dahulunya daerah ini diberi nama Mostyn sempena nama seorang penguasa inggeris syarikat British Borneo Timber Company yang memungut hasil kayu balak di kawasan ini dalam tahun 1930-an hingga 1960-an hingga ke Kalabakan di Tawau dan Segama di Lahad Datu.

Disebab industri ini berkembang dengan pesatnya, maka sebuah jeti pemunggahan kayu balak telah didirikan oleh pihak company yang mana ia masih kekal sehingga kehari ini dan menjadi pelabuhan nelayan di Kg. Pangkalan. Bermula di kawasan Pangkalan inilah Mostyn telah menggamit ramai imigran untuk bermastautin disini, adalah dipercayai sumber mengatakan bahawa kemasukan imigran ini adalah dibawah kuasa syarikat-syarikat yang berkepentingan seperti Bombay Burma Trading Corporation Ltd. sebagai supliyer yang membawa pekerja-pekerja dari Pakistan dan Burma sebagai operator jentera kayu balak dan dari Pilipina, Indonesia dan China sebagai Buruh Kasar sejak awal tahun 30-an lagi.

Dipercayai orang yang bertanggungjawab dalam pembukaan penempatan dikawasan Mostyn (kini tapak Pekan Kunak) adalah Allayarham Datuk Zainal Gunong, Allayarham Datuk Sri Panglima Salim Bacho dan Allayarham Kabang bapa kepada Adun Kunak YB Nilwan Kabang, yang mana mereka adalah pemimpin masyarakat setempat yang berpengaruh pada ketika itu. Kampung Bagiang merupakan kampung yang pertama diwujudkan secara kekal di sekitar pekan Kunak pada 1950-an.
Allayarham Datuk Sri Panglima Salim Bacho

Sehingga tahun 1980an, adalah amat jarang sekali kita menemui nama Kunak dalam peta negeri Sabah. Sebaliknya, hanya ada satu nama terpapar yang betul-betul hampir dengan lokasi Kunak iaitu Mostyn merujuk pada peta tersebut. Jadi dari mana datangnya nama Mostyn ?.

Berikut adalah pendapat En. La Runa Lakile seorang Pegawai Perhubungan kepada Adun Kunak berhubungan asal usul nama Mostyn sebelum di tukar kepada Kunak pada 1960an melalui blog beliau iaitu Kunakian.

Peta Residensi Tawau pasca kemerdekaan Sabah (1963)

Kawasan Teluk Lahad Datu (Darvel Bay) termasuk Daerah Kunak ditinjau untuk pemetaan olehArthur Mostyn Field (1855-1950) pada tahun 1891. Beliau adalah Komander kepada Kapal HMS Egeria yang ditugaskan untuk melakukan pemetaan bagi pihak British North Borneo Companyantara tahun 1890 hingga 1894. Oleh kerana pada masa itu, kawasan Daerah Kunak belum lagi mempunyai nama, maka ia diberi nama sempena nama Komander kapal tersebut.


Melihat kepada nama penuh Komander Kapal HMS Egeria tersebut, didapati Mostyn adalah nama tengah atau nama keluarga dari sebelah ibu. Timbul tanda tanya, kenapa kawasan tersebut tidak diberi nama Field, sempena nama keluarga sebelah bapa seperti lazimnya yang digunakan oleh orang-orang British ?.

Sir Arthur Mostyn Field dan HMS Egeria

Pada pendapat saya, ini adalah disebabkan 'Field' mempunyai banyak pengertian, ia boleh bermaksud kebun, padang, bidang dan sebagainya. Jadi, agak janggal bagi orang British pada masa itu bila hendak menyebut kawasan itu menggunakan nama 'Field'.


Bayangkan jika nama itu diberi nama Field dan orang British hendak memberitahu mengenai sumber hutan dikawasan berkenaan. " Di Field terdapat banyak pokok kayu balak yang bermutu tinggi " mereka akan berkata, " There are many valuable timber in Field ". Yang mendengar akan bertanya, "Which Field ?" (kebun yang mana ?).


Maka yang demikian, Field membuat keputusan untuk menamakan kawasan di daerah ini sempena nama keluaraga dari sebelah ibunya, iaitu Mostyn.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More