Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

Sunday, August 17, 2014

Lagenda ‘DAWN RAID 1981′ Menggegarkan Negara

MAHATHIR – KHALID IBRAHIM – DAWN RAID 1981 !!!
“Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang
Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.
Kisah benar kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain.Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.
Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris
Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).
Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.
Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.
Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.
Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.”
Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.
Dasar Bagi Membantu Orang Melayu
Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.
Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.
Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting
Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.
Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.
2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah. Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.
Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.
Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.

Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan
Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.
Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.
Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.
Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.
Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.
Kerjasama Pelbagai Pihak.
Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.
4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama KHALID IBRAHIM diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.
Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.
Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.
Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).
Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.
Mengapa Guthrie?
Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.
Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.
Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.
Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.
Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”
Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).
Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.
Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.
Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.
Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.
Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.
Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.
Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.
Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.
Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.
Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.
Mahathir Terus Menekan British
Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.
Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.
Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.
Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.
Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.
Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.
Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.
Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.
Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.
Hasil Besar dari Serangan
Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.
Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.
Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.
Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.
Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.
Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.
Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

Mahathir Bergadai Nyawa Meletak Malaysia Di Persada Dunia

Ramai yang tidak tahu “Dendam Amerika dan Britain” Pada Tun Mahathir sepanjang usaha beliau meletakkan Malaysia di persada dunia. Kita bersyukur beliau masih selamat dan sihat untuk boleh berbicara dan hidup bersama dengan kita seadanya hingga ke saat ini.
Bukan kita tidak tahu licik dan teganya Amerika dan Sekutu Barat dalam menyempurnakan dendam kesumat mereka terhadap seseorang. Mereka sanggup membunuh secara sulit maupun terang terangan.
Ingatkah lagi bagaimana King Faisal yang telah dibunuh CIA pada 1975 kerana mempertahankan Palestine dan mengugut barat secara terbuka? Masih ingatkah peristiwa September 11 yang mereka taja untuk robohkan Sadam dan Iraq? Dan hari ini konspirasi MH370 dan MH17 yang kita semua boleh agak angakara siapa?
Pada tahun 1981 dahulu Tun dan Tan Sri Khalid Ibrahim telah berjaya membeli Gutrie ‘secara percuma’ yang dengan strategi ‘Dawn Raid 81’ hanya selepas 2 bulan beliau jadi Perdana menteri. Mereka telah melalui pelbagai cabaran dari negara bekas penjajah yang telah 160 tahun menguasai tanah-tanah di negara ini dan memerangkap Raja-raja serta Umat Melayu dengan pelbagai tipu muslihat.
Selepas kejayaan ‘merampas Gutrie’ itu Tun Mahathir terpaksa ‘mengajar Britain’ dengan polisi ‘Buy British Last’. Beliau alihkan pula kiblat teknologi dan ekonomi kepada ‘Look East Policy’. Bagi kami inilah kejayaan nasional dari jasa mereka yang tidak ternilai harganya. TSKI hanyalah ‘kenderaan’ negara untuk misi ini. Semua saham atas nama beliau telah pun dijual semula. Mungkin kerana itu RM 70 juta bakinya dihapus kira… wallahuaklam.
Hari ini admin ingin kongsikan pula perit jerih dan cabaran yang dialami oleh Tun sehingga berjaya meletakkan Petronas di Sudan. Alhamdulillah perniagaan itu terus berkembang sehingga ke hari ini.
Hingga ke satu tahap, rakyat Malaysia yang mengerjakan haji atau umrah memberitahu betapa bangganya menjadi rakyat negara ini apabila nama “Malaysia dan Mahathir” sentiasa bermain di bibir orang orang Arab. Begitu juga penghormatan dari negara-negara lain seperti Australia, Jepun dan lainlain.
* * *
Pada tahun 1988, apabila Negara dari Benua Afrika iaitu Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negaranya, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri dalam bidang itu. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi sebuah syarikat yang dikenali TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan sebelum bermulanya usaha carigali.
Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.
Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.
Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.
Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.
Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.
Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.
Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.
Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.
PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.
Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.
Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.
* * *
Demikianlah keberanian negarawan ulung, seorang pemimpin yang ‘rare’ kerana ketegasan dan keberaniannya, sehingga digeruni rakan dan lawan. Lihat sahaja ketegasan Tun tatkala diwawancara oleh media barat, khususnya menyentuh tentang kekejaman Barat dan Israel yang menggugat kepentingan Malaysia atau negara-negara Islam lain.
Tanpa perlindungan Allah, mungkin beliau telah terbunuh atau dibunuh seperti beberapa pemimpin negara lain melalui pelbagai cara kerana tingginya dendam kuasa kuasa besar terhadapnya yang telah banyak menggugat laba mereka. Tun lakukan itu untuk memberi peluang kepada kita semua untuk hidup lebih bermaruah di bumi Allah.
MAHATIHIR DAN ALQURAN
Mereka yang mengenali rapat Tun Mahathir pasti mengetahui apakah rahsia kebijaksanaan beliau. Bagi yang belum biarlah kami kongsikan bahawa selain dari suka membaca buku biasa, Tun yang sering kelihatan di TV solat jumaat sendirian di satu penjuru Masjid Negara seperti orang biasa itu telah membaca dan mengkaji 8 naskah terjemahan alquran.
Jika anda tidak mampu dapatkan pengesahan itu secara langsung, sila tanyakan kepada anak beliau DS Mukhriz Mahathir, pasti beliau boleh kongsikan. Pesan Tun kepada anaknya Mukhriz, bacalah quran bersama terjemahannya supaya kita faham. Jangan hanya 'mengaji', iaitu membaca teks Arabnya sahaja tanpa 'mengkaji', memahami makna dan maksudnya kerana Quran mengajar kita banyak ilmu dan strategi dalam segala bidang.
Inilah seorang doktor perubatan biasa yang hari ini banyak dikutuk dan dicerca oleh generasi Y yang terkenal dengan budaya ‘Keyboard Warrior’ dengan pelbagai cercaan. Ada yang menggelarnya Mamak Kuty, Maha-fir’aun, diktator dan sebagainya. Tanpa serban di kepala, kita tuduh Tun sesat kerana menyarankan kita mengkaji semula pemahaman dan amalan kita tentang alquran dan sunnah.
Berapa naskah qurankah yang sudah anak-anak muda ini kaji? Ada yang jahil sejahil-jahilnya, setengahnya malah tidak solat dan puasa… bahkan tidak habis ‘mengaji’ pun, jauh sekali telah ‘mengkaji’… Wall FB masing-masing pun penuh dengan gambar lucah, game, bola dan artis. Namun KW ini berapi-api mengutuk tanpa sedikit rasa simpati atau empati terhadap Tun. Inilah akhlak derhaka generasi kita sekarang. Manalah nak ada keberkatan dengan akhlak sebegini?
Semua ini terjadi hanya semata-mata kerana anak muda kita telah diracuni pemikiran dan emosinya oleh golongan vateran yang bermusuh dengan Tun. Lebih penting lagi ramai golongan yang bermasalah ini juga adalah anak didik Tun sendiri. Beliau dan ramai lagi pemimpin vateran kita mungkin ada khilaf dan dosa di mana-mana, samada melalui tindakan maupun kenyataan, namun keterlaluan mengutuk mereka adalah amat tidak wajar.
KESIMPULAN
Antara sebab kebencian terhadap pemimpin lama ialah kerana kita tidak manfaatkan ilmu dan pengalaman mereka untuk menasihati kita selepas mereka bersara sebagai tanda hormat dan mengenang jasa mereka.
Kami lebih suka, malah menyeru pembaca agar dalam kemelut politik yang sedang melanda negara ini kita banyakkan bermuhasabah, banyakkan men’tausiah’, nasihat menasihati dengan kebenaran dan dengan kesabaran.
Tiada siapa yang terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Kami yakin dalam banyak hal, mereka semua telah berusaha untuk berjuang membangun dan mempertahankan negara ini. Kita bersyukur dan berterima kasih dengan pengorbanan mereka untuk kesejahteraan kita.
Anggaplah semua kesilapan mereka itu adalah atas sebab kejahilan dan kelalaian mereka semata-mata, kerana mereka hanyalah manusia biasa seperti kita juga. Nabi SAW tunjukkan uswah baginda terhadap Abu Tholib yang banyak berjasa, dicuba terus memberi nasihat hingga akhir hayatnya. Baginda tangisi kematian beliau, jauh sekali mengutuk dan mencerca tanpa batas macam kita.
Mari doakan agar dosa Tun, TGNA, TGHA dan semua pemimpin vateran kita yang telah banyak berjasa itu diampuni Allah. Mari doakan agar pada sisa usia ini mereka semua dapat hidayah untuk bersatu dan bersama-sama mencari jalan untuk memartabatkan agama dan ummah di negara dan dunia ini, tepat dengan kehendak alquran dan sunnah.
Mari doakan semuga Allah beratkan timbangan amal buat mereka. Semuga Allah rahmati kita semua setelah mereka yang sedang menunggu giliran bertemu pencipta itu tinggalkan kita yang bakal menghadapi segala akibat dari bicara dan kerjabuat kita ini sendirian tanpa mereka.
WARGA PRIHATIN
www.prihatin.net.my

Sunday, May 11, 2014

Analisis Muktahir MH370 : Segalanya Sudah Diketahui?



Akhirnya, segala analisis dan pengalaman Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain membawa kita kepada kunci jawapan terhadap misteri kehilangan MH370 yang sudah menghampiri sebulan lamanya.

Sama ada kita suka atau tidak - beliau telah bercakap benar dan jujur, sekali gus melenyapkan seluruh teori berkenaan dakwaan bahawa pesawat MH370 mengalami masalah teknikal atau kerosakan.

Pada peringkat awal kehilangan MH370 - dengan segala data dan bukti yang ada dalam tempoh seminggu sejak peristiwa kehilangan pesawat ini berlaku, Datuk Kapten Nik Huzlan telah membuat beberapa kesimpulan yang lain daripada pakar-pakar penerbangan paparkan.

Beliau seolah-olah lebih cederung mengaitkan kehilangan MH370 dengan perbuatan "yang tidak bertanggungjawab" yang dilakukan secara sangat rapi dan terancang. Antara kesimpulan awal Datuk Kapten Nik Huzlan adalah seperti berikut :

1)Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.

2)Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total 'electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.

3)MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.

4)Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurutnya, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.

5)Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.

6)Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.

7)Kapten Nik Ahmad Huzlan sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan

8)Datuk Kapten Nik Huzlan juga mendakwa bahawa, radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin ) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.

9)Negara seperti Singapura memiliki radar sangat hebat serta mampu mengesan sebarang pesawat sehingga ke Kota Kinabalu.

Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.

Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susur alur setiap jalan di udara.

Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan pesawat adalah stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang.

10)Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 dirampas, ia tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?
MH370 boleh dirampas dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan "authorised person" yang mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando

11)Datuk Kapten Nik Huzlan mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh seseorang yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan daripada dikesan radar.

12)Andaikata MH370 dirampas, ia tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV untuk pilot/co-pilot melihat disebalik pintu tersebut.

13)Tetapi Kapten Nik Huzlan ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah orang yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konspirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 dirampas.

14)Sekiranya berlaku rampasan MH370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan.

15)Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apakah motif mereka
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhstan, memang boleh mendarat di sana, tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi ke sana perlu melalui banyak negara
Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu di sana

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang bolehmengesan MH370, sekiranya pesawat tersebut melakukan "turn over" ke arah Barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu Lautan Hindi, maka barulah kata kapal terbang MH370 hilang, kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini.



Jelas, pada awal analisis Datuk Kapten Nik Huzlan - beliau secara sangat berhati-hati menganalisis cara MH370 dikendalikan. Melalui cara itu, maka hipotesis boleh dibuat dengan lebih kemas. Jika MH370 dipandu dengan cara cekap dan profesional semasa ia hilang daripada kawalan rada - maka MH370 sebenarnya tidak mengalami sebarang kerosakan teknikal atau mekanikal - sebaliknya ada sesuatu yang berlaku di luar jangkaan kita semua.

Terkini, setelah hampir sebulan MH370 tidak ditemui, dan dengan pendedahan data terbaharu berkenaan gambar yang dirakam pada sesi penerangan yang datangnya daripada pihak berkuasa kerajaan Malaysia termasuk Malaysia Airlines kepada keluarga mangsa penumpang di China - telah membawa kita kepada satu tahap kesimpulan yang lebih menyakinkan.

Dan sekali lagi hipotesis Kapten Nik Huzlan menjadi sandara. Sebenarnya secara tidak langsung, Kapten Datuk Nik Huzlan telah pun memadamkan segala teori dan hipotesis sebelum Ini! Sudah lebih 3 minggu berlalu, dan dunia termasuk pakar-pakar yang terlibat terus memerah buah fikiran bagi mencari jawapan disebalik tragedi MH370 yang mengandungi pelbagai persoalan yang terus dibiarkan “tergantung” sehingga ke hari ini.

Dan melihat kepada bukti terbaru ini, maka sekali lagi Kapten Datuk Nik Huzlan mengukuhkan hujahnya seperti berikut :



1-Nampak terang di sini pesawat MH370 kelihatan berpusing disebelah kanan pada kedudukan 270 darjah

2-Kapten Nik Huzlan menilai pusingan pesawat MH370 adalah “pusingan yang sempurna dan tiada cacat celanya” dan terus merentas semula laluan yang pernah dilakukannya sebelum itu dan pusing semula di sebelah kiri dan seterusnya menuju ke arah Pulau Pinang

3-Dan ini bermakna pesawat MH370 tidak mengalami sebarang kerosakan seperti yang dipercayai oleh seorang juruterbang berpengalaman.

4-Kapten Nik Huzlan sendiri terkejut dengan maklumat terbaharu ini dan sekaligus bercanggah dengan informasi dan maklumat yang mengatakan selama ini pesawat MH370 hanya melakukan pusingan kiri sahaja.
Buat pertama kalinya, pesawat MH370 dikatakan telah melakukan pusingan kanan.

5-Kapten Nik Huzlan mengatakan pesawat MH370 melakukan pusingan kanan

6-sebaik sahaja co-pilot Farid mengucapkan perkataaan “Alright, Good Night” dan terus merentasi ke arah Teluk Siam dan terus pergi ke Pulau Pinang

7-Jikalau pesawat MH370 mahu pulang semula ke Malaysia, MH370 hanya perlu pusing kiri terus ke Malaysia.

8-Jikalau pesawat MH370 dalam keadaan kecemasan mengapa perlu MH370 melakukan satu pusingan disebelah kanan secara perlahan-lahan dan kemudian merentas laluan yang dilakukan sebelumnya? Mengapa?

9-Kapten Nik Ahmad Huzlan merasakan perbuatan dan cara pengendalian MH370 seperti dirancang dengan cukup-cukup teliti.

10-Dan, jikalau ada kecemasan sekalipun, mengapa juruterbang atau pembantunya tidak berhubung dengan mana-mana pusat kawalan trafik udara? Mengapa?

11-Bahkan Kapten Nik Huzlan mengatakan dari IGREX, cara pesawat MH370 terbang pun sangat-sangat meragukan kerana dilihat mahu mengelak Laut Sumawi dan Pulau Nicobar dan memotong jalan merentasi terus ke selatan Lautan Hindi yang mana laluan tersebut adalah merupakan laluan yang tiada satu pun berada di bawah kawalan radar.

12-Cuma Kapten Nik Huzlan mula merasa pelik dan merasakan tidak logik untuk pesawat MH370 sampai ke IGREX pada 2:15 pagi (8 Mac 2014). Pesawat MH370 buat pusingan kanan pada pukul 1:31 pagi. Pergi ke Pulau Pinang dan seterusnya ke VAMPI dan signal point yang terakhir ke IGREX pada pukul 2:15 pagi. Apa jawapan Kapten Nik Huzlan?

Pesawat MH370 tidak akan dapat sampai pada IGREX dalam tempoh hanya sekitar 40 minit sahaja melihatkan tahap kelajuan yang boleh dicapai pesawat MH370 dan juga pusingan kanan dan kiri yang telah dilakukan oleh pesawat MH370 ini. Berdasarkan kajian Kapten Nik Huzlan, kelihatan teori Human Interferance (perbuatan yang disengajakan) amatlah kuat melihatkan pesawat MH370 sebenarnya “under full control” kerana ia mampu membuat corak pusingan kanan dengan baik ditambah pula mampu merentas semula laluan yang perlu dilakukan sebelum itu.

Kapten Nik Huzlan mengatakan dengan pendedahan bukti terbaru ini bakal menghapuskan teori dan hipotesis yang dicanang selama ini kononnya pesawat MH370 mengalami kerosakan tidak benar.

Sumber

Saturday, August 31, 2013

Isu Sunni-Syiah: Surat Jawapan Kepada Presiden PAS






15 Syawal 1434 
22 Ogos 2013 


Y.B. Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi bin Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), 
Pejabat Presiden,
No. 318-A,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

Menemui Y.B. Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS 

Assalamualaikum WR WB. 

Yang Berhormat, 

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah membaca dan meneliti kenyataan YB Datuk Seri berkenaan isu Syiah ketika sesi dialog pada Majlis Ramah Mesra Idulfitri anjuran Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) di Dewan Tok Guru Rusila, Marang, Terengganu seperti yang telah disiarkan oleh portal berita rasmi PAS, 
Harakahdaily bertajuk ‘Isu Sunni-Syiah agenda lemahkan umat Islam’ pada 20 Ogos lalu.

Dengan demikian, saya dengan rasa rendah diri terpanggil untuk mengulas beberapa perkara yang dinyatakan oleh YB Datuk Seri dalam laporan tersebut. 

Berikut adalah ulasan dan pandangan saya: 

1. Harakahdaily melaporkan bahawa YB Datuk Seri menyifatkan isu kontroversi antara mazhab Sunni-Syiah merupakan perkara lama yang sengaja ditimbulkan semula. Portal berita itu pada awal laporan kenyataan YB Datuk Seri itu turut menekankan peringatan supaya umat Islam tidak leka dan terpengaruh dengan agenda barat mahu melemahkan Islam dengan permasalahan mazhab Sunni-Syiah tersebut. Saya pasti penekanan Harakahdaily itu yang turut menjadi tajuk laporannya adalah manifestasi dari kenyataan YB Datuk Seri sendiri di Majlis Ramah Mesra Idulfitri anjuran Perantau tempoh hari.

2.   Saya berpendapat bahawa pandangan YB Datuk Seri dalam isu Sunni-Syiah ini tidak tepat dan bercanggah dengan realiti sebenar penyebab berlaku ledakan semula isu ini terutama di media-media massa serta forum-forum anjuran kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

3.   Sebenarnya isu Sunni-Syiah ini kembali menjadi antara topik utama dalam perbincangan umat Islam di seluruh dunia Islam termasuk di Malaysia, ekoran ‘penyembelihan’ beramai-ramai rakyat Syria oleh Rejim Basyar Al-Assad, penganut Syiah Alawiyah yang didukung secara terbuka oleh Kerajaan Iran dan Pertubuhan Hizbullah. Perkembangan ini turut meresahkan para agamawan di Malaysia (bukan ahli politik atau UMNO) lantas mendorong mereka mengetengahkan secara lebih intensif isu bahaya Syiah di tanah air.

4.   Kesinambungan kepada isu yang menyemarak itu, akhbar-akhbar arus perdana mula mengangkat semula isu itu secara besar-besaran bermula dengan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pada 18 Julai 2013 bahawa Kerajaan Negeri Kedah akan mewartakan fatwa anti Syiah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular di kalangan masyarakat. Akhbar Sinar Harian menjadi media massa arus perdana pertama yang bertindak agresif membongkar isu Syiah ini.

5.   Justeru, realiti ini dengan sendirinya telah menyanggah pandangan YB Datuk Seri bahawa isu Sunni-Syiah ini dicetuskan oleh Barat. Hakikatnya, isu ini dicetuskan oleh tindak-tanduk Syiah sendiri. Akal yang rasional dapat mena’akul dan memahami bahawa kewujudan kelompok Syiah yang besar dalam negara Islam pasti akan menimbulkan pertelagahan dan pertumpahan darah yang tidak berkesudahan. Walaupun mungkin di sesetengah tempat dahulunya konflik Sunni-Syiah ini masih boleh dibendung, tetapi dengan menyuburnya liberalisasi politik di peringkat antarabangsa dan keterbukaan maklumat hasil kemajuan teknologi dan globalisasi, ia akhirnya telah meledak ibarat bom jangka seperti mana berlaku di Syria dan Iraq. Sementara itu, serangan berani mati dan saling berbunuhan antara Sunni dan Syiah masih kerap berlaku di Pakistan, India, Aghanistan dan Yaman.

6.   Umum mengetahui bahawa kewujudan ajaran Syiah di negara ini bukan baru berlaku. Pengaruh mereka semakin mula melebar di Malaysia selepas tercetusnya Revolusi Iran pada tahun 1979 terutama dalam parti politik dan pertubuhan Islam, tidak terkecuali Parti Islam SeMalaysia (PAS). Fakta ini tidak boleh dinafikan lagi dan boleh dibuktikan melalui dokumentasi sejarah rasmi parti dan pemimpin-pemimpin PAS sendiri.       

7.   Buku ‘Memoir Politik Asri: Meniti Arus’ mencatatkan bagaimana pekikan kalimah Iran `Marakbah Asri' (pergi mampus Asri!) yang berselang seli dengan kalimah Allahuakbar! dalam Muktamar ke-28 PAS, Oktober 1982 telah menumbangkan Yang Dipertua Agung (kini Presiden) PAS ketika itu, Datuk Asri Muda (kemudian Allahyarham Tan Sri Asri Muda) dari kepimpinannya. Usaha menjatuhkan Asri banyak digerakkan oleh ahli-ahli Dewan Pemuda PAS pimpinan Mustafa Ali (sekarang Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali) yang terpengaruh dengan Revolusi Iran dan konsep ‘Wilayah al-Faqih’ Imam Khomeini, dan YB Datuk Seri sendiri difahamkan juga terlibat sama.
Penyata Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat, 1981-1982  mencatatkan bahawa Mustafa Ali yang merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS (1975-1987) ketika itu telah mengetuai lawatan ke Iran pada bulan Jun 1982 untuk meninjau keberkesanan kepimpinan ulama di sana. 
8.   Konsep ‘Kepimpinan Ulama’ yang dipelopori kepimpinan PAS selepas Datuk Asri Muda di bawah Ustaz Yusof Rawa (yang pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Iran, Afghanistan dan Turki, beliau juga merupakan Mursyidul Am PAS pertama dari 1987sehingga tahun 1991) sering dikaitkan dengan konsep ‘Wilayah al-Faqih’ Imam Khomeini dan pemerintahan Ayatollah di Iran. Maka tidak hairanlah ketika awal tahun 80-an dahulu, poster-poster Imam Khomeini digantung di kebanyakan pejabat, markas dan kediaman pemimpin-pemimpin PAS. Ucapan-ucapan para pemimpin dan aktivis PAS memuji, menyanjung dan mahu mencontohi Syiah di Iran ketika itu masih tersimpan kemas dalam bentuk teks dan audio. Ia termasuklah ucapan YB Datuk Seri dan ucapan kontroversi Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya.

Muka depan akhbar rasmi PAS, Harakah bertarikh Jumaat, 9 Jun 1989 (11 Zulkaedah 1409H) yang memaparkan kenyataan Mursyidul Am PAS ketika itu, Ustaz Yusuf Rawa yang menyifatkan kematian Khomeini sebagai kehilangan besar kepada umat Islam. Harakah keluaran tersebut juga turut memuatkan rencana dua halaman penuh mengenai latar belakang pendidikan serta ketokohan Khomeini.
9.   Kemuncak kepada isu Syiah di Malaysia sebenarnya telah berlaku pada 1996, apabila Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syiah dan mengharamkan pengamalannya di negara ini. Fatwa sama kemudian telah diputuskan oleh jawatankuasa fatwa semua negeri di Malaysia. Pada tahun yang sama, kerajaan juga telah melakukan operasi tahanan ISA secara besar-besaran terhadap penggerak utama ajaran Syiah di negara ini yang turut melibatkan salah seorangnya adalah suami kepada sepupu saya (Allahyarham Wan Hanafi).

10.   Fatwa pengharaman Syiah pada 1996 tersebut juga telah memansuhkan kebenaran yang diberikan kepada dua ajaran Syiah iaitu Al-Zaidiyah dan Jaafariah yang diterima untuk diamalkan di Malaysia seperti diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang diadakan pada 24 dan 25 September 1984. Kebenaran mengamalkan kedua-dua ajaran Syiah itu sebenarnya akibat kecuaian dan kurangnya maklumat serta kefahaman mereka terhadap kesesatan dan bahaya Syiah yang pada ketika itu masih baru menjalar di Malaysia.
         
11.   Saya tidak mahu mengulas panjang dalam surat ini mengenai perincian hukum kesesatan Syiah dan pengharamannya tetapi cukuplah saya menukilkan keputusan fatwa yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 1996 tersebut, di samping perbahasan ulama muktabar dahulu dan kini mengenai kesesatan Syiah yang termuat dalam ribuan kitab-kitab berbahasa Arab, Inggeris dan Melayu yang YB Datuk Seri boleh menelitinya sendiri.

12.   Saya melihat kenyataan YB Datuk Seri selaku Presiden PAS di Dewan Tok Guru Rusila tempoh hari bersifat kontradiksi dengan kenyataan rasmi parti yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seperti dilaporkan olehHarakahdaily pada 28 Julai 2013 lalu. Kenyataan tersebut menjelaskan bahawa tiada pimpinan utama PAS terlibat dengan Syiah. Ia antara lain turut menyebut bahawa: “Isu Syiah bukan isu politik kerana ia merupakan isu aqidah dan kefahaman terhadap ajaran Islam. Atas sebab itu, PAS memberikan amaran kepada mana-mana pihak yang ingin menggunakan isu ini untuk menyerang pihak lawan untuk keuntungan politiknya. PAS kesal dengan pelbagai tuduhan liar tidak berasas yang dilemparkan kepada parti. PAS menentang sebarang usaha untuk membawa fahaman Syiah ke negara ini kerana ia boleh menimbulkan pelbagai polemik dan pertembungan dalam masyarakat yang mendedahkan negara kepada perpecahan di kalangan umat Islam. Ahli PAS mesti berpegang dengan ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika ada yang menganut fahaman Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli PAS.”

13.    Berkenaan kenyataan bahawa pimpinan dari Syiah pernah memberitahu YB Datuk Seri bahawa kebangkitan Islam mesti dipimpin oleh Sunni kerana 90 peratus dunia Islam hari ini merupakan pengikut Sunni, saya tidak hairan dengan perkara tersebut. Ini memandangkan amalan taqiyyah (menyembunyi pegangan mereka) sudah menjadi darah daging dan syariat yang wajib dilakukan oleh mereka untuk survival ajaran Syiah. Mereka biasa akan menzahirkan sesuatu ungkapan atau perilaku yang berbeza dengan kepercayaan yang mereka pegangi.

14.   Kenyataan yang mengaitkan usaha Barat yang dipengaruhi Israel mengepung Mesir dan Turki untuk menghalang kemaraan Islam untuk menafikan usaha membendung ajaran Syiah juga tidak releven. Apabila kita membicarakan isu Sunni-Syiah kita sepatutnya merujuk kepada permasalahan dasar iaitu isu aqidah bukan semata-mata isu politik. Kewujudan Syiah yang bermula akibat pertikaian politik kini sudah berubah kepada perpecahan aqidah. Fakta sejarah membuktikan kelahiran kelompok Syiah itu sendiri adalah dari gerakan yang dipelopori seorang Yahudi munafiq yang berpura-pura memeluk Islam bernama Abdullah bin Saba’ dengan tujuan memecah-belahkan umat Islam di zaman Khalifah ‘Uthman Ibn ‘Affan r.a. Dari perpecahan yang tidak berkesudahan tersebut telah menimbulkan gejala takfir (mengkafirkan) di kalangan pengikut Syiah kepada para isteri dan sahabat Nabi r.a. Pelbagai unsur syirik, bid’ah dan khurafat dipegang oleh ulama Syiah dahulu dan kini telah mewajarkan mereka untuk dijatuhkan hukum kafir dan bukan lagi dari tergolongan dari kalangan orang Islam.     

15.   Sepatutnya apabila isu Sunni-Syiah ini dibangkitkan, pandangan yang diutarakan oleh YB Datuk Seri perlu mengaitkan dengan isu di Syria dan Iraq. Adapun mengaitkan Turki dan Mesir dengan polemik ini sebenarnya menjerat diri Syiah sendiri. Kejatuhan Presiden Dr. Muhammad Mursi adalah dimulakan oleh golongan Tamarrud (pemberontak) yang mana Syiah Mesirlah antara penggerak utama mereka.

16.   Menurut laporan Ahram Online pada 1 Jun 2013, jurucakap Syiah Mesir, Bahaa Anwar memberitahu sejumlah 100, 253  rakyat Mesir berfahaman Syiah telah menandatangani kempen Tamarrud untuk menumbangkan Presiden Mursi. Sejak Mursi memegang tampuk pemerintahan Mesir, penganut Syiah mendakwa sentimen anti-Syiah semakin meningkat di negara itu. Sebelum kejatuhan pemerintahannya, Mursi dilihat lantang mengutuk keganasan di Syria dengan mengisytiharkan sokongan dan bantuan kewangan kepada pejuang Islam yang menentang Rejim Basyar Al-Assad. Beliau turut memutuskan hubungan diplomatik dengan negara sekutu rapat negara Syiah Iran dan pertubuhan Syiah Hizbullah itu seperti dilaporkan Ahram Online pada 15 Jun 2013. Rampasan kuasa tentera Mesir juga dikaitkan dengan kebimbangan pihak tentera kemungkinan Mursi akan menggunakan mereka dalam rancangan menyerang Syria.


17.   Sementara Turki pula diketahui memang sepakat dengan Amerika Syarikat berhubung konflik di Syria. Dalam laporan  Al-Jazeera pada 17 Mei 2013, ketika pertemuan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di White House, kedua-dua pemimpin tersebut bersetuju supaya Basyar Al-Assad perlu berundur dan mereka akan meningkatkan tekanan ke pemimpin yang merupakan sekutu rapat Iran dan Hizbullah tersebut.

18.   Merujuk kepada gesaan YB Datuk Seri supaya pihak yang berautoriti dari kalangan ahli-ahli agama dan ahli akademik membincangkan masalah Sunni-Syiah ini, saya fikir gesaan tersebut sepatutnya tidak timbul. Sudah banyak wacana ilmu, seminar dan diskusi ilmiah sama ada terbuka dan tertutup mengenai isu Sunni-Syiah ini telah berlangsung di negara kita. Nama-nama seperti Maulana Muhammad ‘Asri Yusuf (pengasas Darul Kautsar), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (mantan Mufti Perlis), Ustaz Aizam Mas’ud (Penolong Pengarah JAKIM), Ustaz Mohamad Ismail (Ketua Unit Kajian Syiah ISMA), Ustaz Muhammad Nazmi Abdul Karim (pengajar di Ma'had Tahzib wa Ta'lim) dan ramai lagi adalah antara ahli agama dan akademik yang membincangkan isu ini sama ada secara terbuka mahu pun tertutup.

19.   Perkara pokok yang menjadi dasar bagi segala kenyataan YB Datuk Seri di Dewan Tok Guru Rusila seperti laporan Harakahdaily ialah isu Sunni-Syiah ini adalah agenda melemahkan umat Islam. Mereka yang membangkitkan kesesatan Syiah dan cuba membanteras pengaruhnya pula seolah-olah dianggap hanya dari kalangan orang jahil tentang ilmu agama. Lupakah YB Datuk Seri bahawa Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang dulunya menjuarai taqrib Sunni-Syiah telah mengubah pendirian apabila mengisytiharkan Syiah sebagai musuh umat Islam, dan Hizbullah pula digelarkan sebagai Hizbullaat? Adakah ulama besar yang disanjung oleh kepimpinan PAS sendiri ini juga terjebak dalam 'agenda lemahkan umat Islam'.

20.   Gesaan Al-Qaradhawi untuk berjihad memerangi Syiah ketika himpunan di Doha, Qatar pada 1 Jun 2013 lalu turut disiarkan oleh stesen televisyen Al-Jazeera.  Beliau turut mendoakan agar Iran dan Hizbullah dikutuk Allah, kerana merupakan pemimpin segala kejahatan. Ia merujuk pada tindakan kedua-dua pihak tersebut yang mendukung Basyar Al-Assad dan membunuh orang Sunni di Syria. Beliau mengakui selama ini telah tersalah langkah kerana pernah memberikan dukungan kepada Hizbullah dalam peperangan menentang Israel.


21.   Dalam satu wawancara dengan stesen televisyen Al-Arabiya pada 9 Jun 2013, Al-Qaradhawi turut mengakui para ulama di Arab Saudi lebih mengetahui secara mendalam mengenai bahaya Hizbullah dan gerakan Syiah Iran berbanding dirinya. Beliau berkata: "Pada satu ketika saya pernah mempertahankan gerakan Hizbullah kerana keberanian mereka berhadapan dengan Israel. Pendapat saya pada masa itu bertentangan dengan pandangan ulama-ulama tersebut. Mereka menentang Hizbullah. Namun setelah saya melihat apa yang dilakukan oleh Hizbullah terhadap saudara-saudara kita di Syria barulah saya sedar yang ulama-ulama di Arab Saudi lebih matang dan mempunyai pengetahuan cukup luas tentang Hizbullah dan Iran".


22.   Al-Qaradhawi telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya. Kenyataan keras itu telah disebut oleh beliau dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen Al-Jazeera dalam rancangan ‘Asy-Syarii’ah wal-Hayaah’ (Syari'ah dan Kehidupan) pada 16 Jun 2013. Beliau berkata, golongan Syiah sebenarnya telah mengkhianati umat Islam dan perkara itu terbukti dengan pembunuhan saudara seaqidah di Syria bersama-sama dengan puak Hizbullah. Beliau berkata: "Jangan panggil mereka Hizbullah, mereka selayaknya digelar Hizbussyaitan dan Allah tiada kaitan dengan mereka. Saya menyeru seluruh umat melawan kuffar dan Syiah di dalam Hizbullah. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi etnik di Syria dengan tujuan membina negara Syria Barat di barat Syria".

23.   YB Datuk Seri, saya sengaja meletakkan kenyataan-kenyataan Al-Qaradhawi bukan kerana saya taksub kepada beliau, sebaliknya kerana Al-Qaradhawi merupakan seorang tokoh ulama yang sangat berpengaruh dalam gerakan Islam termasuk PAS sendiri. Al-Qaradhawi juga terkenal sebagai ulama Sunni yang dahulunya bersungguh-sungguh berusaha berdamai dan mendekatkan antara Sunni-Syiah. Malah usaha taqrib Sunni-Syiah oleh Al-Qaradhawi selalu dijadikan hujah dan contoh oleh ulama-ulama Sunni di negara ini yang mesra dan pro-Syiah termasuk YB Datuk Seri sendiri.


Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
24.   Saya ingin menegaskan bahawa saya sebagai salah seorang dari pemuda Ahlus Sunnah Wal Jamaah sesekali tidak akan membenarkan sebarang usaha penyebaran Syiah atau pengamalannya di Malaysia. Sesungguhnya bahaya dan bencana yang amat besar akan menimpa negara ini di masa hadapan, sekiranya ajaran Syiah dibiarkan merebak tanpa sekatan. Cukuplah umat Islam yang dominannya tidak sebesar mana ini berpecah dari segi ideologi politik kepartian. Janganlah pula selepas ini kita yang hanya berjumlah 61.3 peratus dari warganegara Malaysia semakin dipecahkan antara Sunni dan Syiah sehingga berlaku pertumpahan darah dan saling berbunuhan, yang akhirnya menyebabkan Islam hilang kekuatannya di tanah air.  
Akhir kalam saya ingin memohon maaf sekiranya surat terbuka saya ini menyinggung perasaan YB Datuk Seri. Sekiranya terdapat sebarang kesalahan fakta atau kekeliruan dalam tulisan saya ini, saya berharap YB Datuk Seri sudi memperbetulkan dan membuat pencerahan terhadapnya. Apapun saya percaya atas prinsip keterbukaaan dalam kepimpinan, YB Datuk Seri sedia menerima pandangan dari orang kebanyakan seperti saya ini.  Saya menutup surat ini dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang berbunyi:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ " ، قَالَ رَجُلٌ : إِنَّ الرَّجُلَ ، يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا ، وَنَعْلُهُ حَسَنَةً ، قَالَ : إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ ، الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan  seumpama biji sawi.” Seorang lelaki bertanya: “Sesungguhnya ada seseorang yang menyukai supaya bajunya bagus dan sandalnya bagus.” Baginda menjawab: “Sesungguhnya Allah itu indah, Dia menyukai keindahan. Kesombongan itu menolak kebenaran dan memandang rendah orang lain.” [Hadis Riwayat Muslim]

Sekian, terima kasih. 


*SAMPAIKANLAH DARI NABI WALAUPUN SATU AYAT * 


(IBNU HUSSIN AL KELANTANI) 



*Surat ini telah dihantar kepada Presiden PAS

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More