Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Tuesday, March 31, 2015

Ahli Sufi di Medan Perang


Ahli Sufi tak perlu menunjuk-nunjuk untuk berjihad di medan perang. Kerana sejarah tetap mencatatkan perjuangan mereka yang ikhlas ini sekian lama. Jadi tak perlu teruja mengkritik ahli sufi seolah-olah mereka hanya duduk berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa dengan mengaitkan isu qasidah yang tiada kena mengena dengan perjalanan sejarah cemerlang ahli sufi yang diperakui oleh salafussoleh yang mengikut Al Quran, As Sunnah, Ijmak dan Qiyas.
Antara Ahli Sufi yang turun ke medan perang melawan kuffar sejak zaman salafussoleh sebelum kelahiran ajaran Wahhabi :
1. Ahmad bin ‘Ashim Al-Antoki [Shofwah As-Shofwah oleh Imam Ibn Al-Jauzi]
2. Ibu Yusuf Al-Shaghuli: Terlibat dalam peperangan dengan Rom [Shofwah As-Shofwah oleh Imam Ibn Al-Jauzi]
3. Abu Ishaq bin Al-Fazari [ibid]
4. Isa bin Abi Ishaq As-Sabi’ie [ibid]
5. Yusuf bin Isbath [ibid]
6. Abu Mu’awiyyah Al-Aswad (199 H)
7. Abdullah bin Al-Mubarak (181 H). Beliau terlibat dalam peperangan menentang tentera Rom [Tarikh Baghdad oleh Al-Khatib Al-Baghdadi 10/157]
8. Ibrahim bin Adham (162 H). Beliau terlibat dalam peperangan melawan tentera Byzantine malah meninggal dunia ketika menjaga di perbatasan perang [Al-Bidayah wa An-Nihayah 10/44]
9. Hatim Al-Ashom. Beliau seorang tokoh sufi yang terlibat dalam peperangan dan meninggal dunia di tempat perbatasan perang di atas bukit Sarwad. [Siyar A’laam An-Nubala’ 11/484]
10. Abu Al-Qashim Al-Qahthi: Beliau juga terlibat dalam peperangan melawan Byzantine bersama-sama dengan sebahagian ulama’ sufi yang lain [Ghayyah Al-Tholab fi Tarikh Halab 10/4591]
11. Imam Raslan (Arsalan) Ad-Dimaysqi (m: 541 H): Beliau terlibat dalam peperangan di Syam khususnya dalam melawan tentera salib. Antara karya beliau adalah Risalah At-Tauhid.
12. Imam Abu Al-Hasan As-Syazili (m: 656H): Beliau serta murid-muridnya terlibat dalam Ma’rakah Al-Manshurah (perang di Manshurah) pada tahun 647 H dalam melawan tentera Salib. [Abu Al-Hasan As-Syazili As-Shufi Al-Mujahid Al-‘Arif biLlah oleh Dr. Abdul Halim Mahmud: 60]
13. Imam Abu Al-‘Abbas Al-Mursi r.a. (salah seorang murid Abu Al-Hasan As-Syazili). Beliau juga turut terlibat dalam peperangan melawan musuh-musuh Islam seperti gurunya. Beliau adalah guru kepada Imam Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari [Wizarah As-Thaqofah Al-Mishriyyah 7/371]
14. Sultan Muhammad Al-Fateh As-Sufi Al-Hanafi Al-Maturidi. Banyak riwayat yang menceritakan sudut kesufian beliau. Beliau terlibat dalam membuka kota Konstantinopel daripada jajahan tentera Salib.
15. Imam Al-Izz bin Abdil Salam (660 H): Beliau seorang ulama’ sufi yang mashyur ytang hidup sezaman dengan Imam Abu Al-Abbas Al-Mursi dan sebagainya. Beliau terlibat dalam peperangan ‘Ain Jalut pada tahun 658 H. Sudut kesufian Imam Izzuddin jelas kerana beliau mengambil khirqah sufi daripada Imam Syihabuddin As-Sahrwardi (632 H). [Husn Al-Muhadarah 1/315]
16. Sultan Nuruddin Mahmud Zinki (m 569 H). Beliau seorang pemimpin Islam yang terlibat dalam melawan tentera Salib dalam usaha untuk membebaskan Palestin daripada cengkaman mereka. Beliau sendiri seorang yang sangat rapat dengan golongan sufi dan menghormati golongan sufi. [Al-Kawakib Ad-Durriyyah 1/38] Beliau memuji golongan sufi dengan berkata: “Mereka (golongan sufi) adalah tentera Allah dan dengan doa merekalah kita berjaya menewaskan para musuh” [Al-Bidayah wa An-Nihayah 12/281]
17. Sultan Solahuddin Al-Ayubi: Beliau terkenal sebagai seorang pahlawan dan pemimpin Islam yang membebaskan Al-Aqsa daripada cengkaman tentera Salib. Adapun dari sudut kesufian beliau, maka memang tidak dapat dinafikan. Malah, beliau bermesyuarat dengan para ulama’ sufi ketika berperang dengan tentera-tentera Salib.
18. Imam Ali bin Maimun (917 H): Beliau seorang ulama’ sufi yang terlibat dalam banyak peperangan melawan musuh Islam [Syazrat Az-Zahab 8/81]
19. Al-Amir Abdul Qadir Al-Jaza’iri As-Sufi: Beliau terlibat dalam peperangan di Algeria dalam melawan penjajahan. Sudut kesufian beliau sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bagi mereka yang membaca riwayat sejarah hidupnya.
20. Al-Mujahid Muhammad Ahmad Mahdi (m:1885 M) Beliau mempelajari ilmu sufi sejak keci lagi lalu menjadi seorang murobbi sufi. Beliau terlibat dalam melawan tentera Inggeris ketika mereka menjajah Sudan. [Hilyah Al-Basyr 2/801]
21. Al-Mujahid Umar Al-Mukhtar (m: 1931 M): Beliau seorang murobbi sufi bertariqat As-Sanusiyyyah. Beliau terlibat dalam peperangan melawan tentera penjajah khususnya di Libya lalu menemui syahid.
22. As-Sayyid Muhammad Abdullah Hassan (m: 1920 H): Beliau seorang murobbi sufi tarikat As-Salihiyyah As-Syaziliyyah. Beliau terlibat dalam peperangan menentang penjajah yang cuba menjajah Somalia. [Silsilah Alam Al-Ma’rifah Al-Kuwaitiyya 223 oleh Dr. Abdullah Abdul Razak]
23. Ahmad Arabi As-Sufi (1911M): Beliau terlibat dalam kebangkitan umat Islam dalam melawan penjajah. [Kitab Al-Islam wa Harakaat At-Taharrur Al-‘Arabiyyah m/s 42 oleh Dr. Syauqi Abu Khalil]
24. Sheikh Farhan As-Sa’di”: Beliau terlibat dalam peperangan di Palestin menentang penjajah Inggeris. Beliau dari keluarga As-Sa’diyyah Al-Jibawiyyah, suatu keluarga sufi di Palestin [Majalah Syu’un Falastin no 124 m/s 22]
25. Sheikh Izzuddin Al-Qassam (m: 1935 M): Beliau seorang sufi yang terlibat dalam jihad di Palestin. Beliau seorang sheikh bagi tarikat Syaziliyyah. Ayahnya juga seorang sufi yang sangat beriltizam dengan tarbiah sufi. [Kitab Al-I’lam As-Syarqiyyah oleh Zaki Muhammad Mujahid 2/139]
26. Sheikh Muhammad Badruddin Al-Hasani: Beliau berketurunan Imam Al-Jazuli. Beliau merupakan seorang murobbi sufi tarikat Qadiriyyah. Beliau terlibat dengan kebangkitan umat Islam melawan musuh-musuh Islam khususnya di Syria. [Tarikh Ulama’ Dimasyq 1/472]
27. Sheikh Muhammad Sa’id Al-Burhani (m: 1967 M) Beliau merupakan seorang murobbi tarikat Syaziliyyah di Damsyiq. Beliau terlibat dalam peperangan melawan musuh-musuh Islam dan penjajah di Syria [Al-‘Alaam 6/145]
28. Sheikh Abu Al-Yasar ‘Abidin An-Naqsyabandi: Beliau terlibat dalam perperangan melawan musuh Islam di Syria [Tarikh Ulama’ Dimasyq 2/969]
29. Sheikh Sufi Ali Ad-Daqar (m: 1943 M): Beliau seorang ulama’ sufi yang terlibat dalam pegerakan kebangkitan masyarakat Arab [Al-Islam wa Harakat At-Taharrur Al-‘Arabiyyah m/s147]
30. Sheikh Izzuddin Al-Jaza’iri (cucu Sheikh Abdul Qadir Al-Jaza’iri): Beliau seorang ulama’ sufi yang terlibat dalam jihad melawan musuh Islam [Tarikh At-Thaurah As-Suriyyah m/s 619]
31. Sheikh Muhammad Al-Hamid An-Naqsyabandi (m: 1969 M): Beliau juga seorang ulama’ sufi yang terlibat dalam jihad melawan penjajah dan musuh Islam [Silsilah A’laam Al-Muslimin Dimasyq m/s 37]
32. Muhammad Abdul Karim Al-Khattobi: Beliau juga seorang ulama’ sufi yang terlibat melawan penjajah Perancis [Al-Maushu’ah Al-‘Askariyyah]
33. Sheikh Manshur Asyramah An-Naqsyabandi: Seorang tokoh sufi yang terlibat dalam peperangan di Chehnya dengan melawan tentera Rusia pada tahun 1971 M.
34. Sheikh Khos Muhammad Afendi An-Naqsyabandi: Beliau juga terlibat dalam peperangan di Chehnya.
35. Sheikh Fadhl Umar Mujaddidi An-Naqsyabandi: Beliau terlibat dalam jihad melawan British pada tahun 1921 M.
36. Sheikh Arsyad Thawil Al-Bantani (m: 1935 M): Beliau seorang ulama’ yang terlibat dalam jihad di Banten [rujuk tulisan Al-Marhum Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah]
37. Sheikh Abdul Shamad Al-Falambani (berjuang ketika di zaman kemunculan ajaran Wahhabi) : Beliau seorang ulama’ sufi yang turut terlibat dengan jihad melawan musuh-musuh Islam [rujuk tulisan Al-Marhum Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah]
Syeikh Abdul Samad Al-Palembani (c. 1710-1829/1244) yang mendukung tarikat Khalwatiyah dan Sammaniyyah melalui gurunya Syeikh Muhammad Abdul Karim al-Samman (w. 1776), setelah dimaklumkan oleh saudaranya, Syeikh Abdul Qadir Mufti Kedah; bersama-sama dengan Tunku Muhammad Saad dan Dato' Kama Jaya bertempur dengan Siam yang melanggar Kedah di mana berlaku pertempuran di Alor Ganu, Haadyai dan Singgora sehingga Syeikh Abdul Samad sendiri gugur syahid di Singgora manakala Tunku Muhammad Saad dan rakan-rakannya yang lain terpaksa berundur ke Pulau Pinang.
Syeikh Abdul Samad bukan sekadar beribadat dan beratib khusus tetapi telah juga menulis Nasihat al-Muslimiina wa-Tadzkirat al-Mu'minina fi-Fadhaail al-Jihad wa-Karamat al-Mujahidina fi-Sabilillaah pada 1819/20 iaitu ketika meletus peperangan Belanda dengan kerajaan Palembang atau 1829 bahkan telah membuktikan sikapnya yang beramal dengan ilmu dengan penglibatannya di dalam kancah peperangan-perangan menentang pencerobohan Belanda dan Siam.
38. Sheikh Raja Haji: Beliau antara tokoh sufi di tanah Melayu yang terlibat melawan penjajah di Nusantara
39. Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fattani (1769-1847) juga pulang ke Nusantara untuk misi jihad menentang Siam (1832) tetapi terpaksa berundur ke Pulau Duyung Terengganu, dan akhirnya kembali ke Makkah sebagai buruan politik Siam di samping menulis berpuluh-puluh tajuk buku termasuk Furu' ul-Masaail, Bughyatut Tullab, Jawahir al-Saniyyah dan Muniyatul Musalli yang terkenal itu. Dan tragis sekali bahawa telah ada percubaan untuk membongkar kubur Syeikh Daud oleh pengikut-pengikut ajaran Muhammad Abdul Wahhab ketika mereka menguasai Hijaz untuk kali ketiga di awal abad ke 20 Masehi sehingga jenazah Syeikh Daud yang ditakdirkan masih utuh dipindahkan daripada Taif ke Makkah oleh anak saudaranya, Syeikh Ismail Dawud Al-Fattani yang juga dikenali sebgai Nik Mat Kecil, pengarang Matlaul Badrain.
Dan ramai lagi...
Wallahua'lam bissawab.
Sumber :
Kredit : Pejuang Sunni

Monday, September 29, 2014

10 Pekerjaan Yang Sudah "Pupus"

Banyak pekerjaan sekarang tidak wujud 30 atau 50 tahun lepas, begitu juga sebaliknya; terdapat banyak pekerjaan yang sudah tidak lagi wujud kerana kemajuan teknologi dan peredaran zaman.

Mari kita lihat 10 Pekerjaan yang sudah tidak lagi wujud...

1) Pemotong Ais


Sebelum wujudnya peti sejuk moden, pemotong ais ditugaskan untuk memotong bawang bongkah ais untuk menyejukkan makanan dan sebagainya. 


2) Tukang Tangkap Tikus





3) Tukang Nyala Lampu

Sebelum wujudnya lampu jalan eletrik, tukang nyala lampu bertugas menyalakan, memadam dan juga mengisi semula lampu-lampu pelita minyak di pekan.


4) Tukang Atur Pin Bowling

Cuba teka, apa tugas mereka? 


5) "Jam Loceng"



Sebelum wujudnya jam loceng seperti hari ini, mereka ini diupah untuk mengejutkan pekerja-pekerja kilang pada waktu pagi supaya mereka tidak lewat ke tempat kerja. 



6) Operator Papan Suis


Pada awal pengenalan telefon, talian telefon perlu dihubungkan secara manual menggunakan papan suis (switchboard) 


7) Juruhebah di Kilang


Lebih kurang seperti DJ radio, biasanya mereka akan membaca berita tentang kesatuan sekerja atau membuat lawak untuk menghilangkan bosan pekerja.


8) Jurumudi Kayu Balak


Sebelum wujudnya sistem pengangkutan moden, kayu balak hanya dihanyutkan arus sungai dengan jurumudi yang akan memastikan kayu balak selamat sampai di pengkalan balak di hilir sungai.


9) Pemunggah Kubur

Mereka ini diupah untuk menggali kubur dan "mencuri" mayat untuk dijadikan "cadaver" (mayat untuk pembelajaran) di universiti.


10) Pendengar Kapal Terbang Musuh



Sebelum wujudnya teknologi radar, beginilah caranya kapalterbang musuh dikesan.
Wow!

sumber

Sunday, August 17, 2014

Lagenda ‘DAWN RAID 1981′ Menggegarkan Negara

MAHATHIR – KHALID IBRAHIM – DAWN RAID 1981 !!!
“Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang
Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.
Kisah benar kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain.Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.
Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris
Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).
Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.
Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.
Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.
Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.”
Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.
Dasar Bagi Membantu Orang Melayu
Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.
Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.
Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting
Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.
Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.
2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah. Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.
Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.
Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.

Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan
Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.
Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.
Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.
Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.
Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.
Kerjasama Pelbagai Pihak.
Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.
4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama KHALID IBRAHIM diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.
Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.
Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.
Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).
Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.
Mengapa Guthrie?
Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.
Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.
Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.
Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.
Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”
Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).
Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.
Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.
Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.
Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.
Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.
Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.
Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.
Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.
Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.
Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.
Mahathir Terus Menekan British
Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.
Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.
Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.
Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.
Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.
Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.
Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.
Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.
Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.
Hasil Besar dari Serangan
Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.
Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.
Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.
Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.
Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.
Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.
Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

Mahathir Bergadai Nyawa Meletak Malaysia Di Persada Dunia

Ramai yang tidak tahu “Dendam Amerika dan Britain” Pada Tun Mahathir sepanjang usaha beliau meletakkan Malaysia di persada dunia. Kita bersyukur beliau masih selamat dan sihat untuk boleh berbicara dan hidup bersama dengan kita seadanya hingga ke saat ini.
Bukan kita tidak tahu licik dan teganya Amerika dan Sekutu Barat dalam menyempurnakan dendam kesumat mereka terhadap seseorang. Mereka sanggup membunuh secara sulit maupun terang terangan.
Ingatkah lagi bagaimana King Faisal yang telah dibunuh CIA pada 1975 kerana mempertahankan Palestine dan mengugut barat secara terbuka? Masih ingatkah peristiwa September 11 yang mereka taja untuk robohkan Sadam dan Iraq? Dan hari ini konspirasi MH370 dan MH17 yang kita semua boleh agak angakara siapa?
Pada tahun 1981 dahulu Tun dan Tan Sri Khalid Ibrahim telah berjaya membeli Gutrie ‘secara percuma’ yang dengan strategi ‘Dawn Raid 81’ hanya selepas 2 bulan beliau jadi Perdana menteri. Mereka telah melalui pelbagai cabaran dari negara bekas penjajah yang telah 160 tahun menguasai tanah-tanah di negara ini dan memerangkap Raja-raja serta Umat Melayu dengan pelbagai tipu muslihat.
Selepas kejayaan ‘merampas Gutrie’ itu Tun Mahathir terpaksa ‘mengajar Britain’ dengan polisi ‘Buy British Last’. Beliau alihkan pula kiblat teknologi dan ekonomi kepada ‘Look East Policy’. Bagi kami inilah kejayaan nasional dari jasa mereka yang tidak ternilai harganya. TSKI hanyalah ‘kenderaan’ negara untuk misi ini. Semua saham atas nama beliau telah pun dijual semula. Mungkin kerana itu RM 70 juta bakinya dihapus kira… wallahuaklam.
Hari ini admin ingin kongsikan pula perit jerih dan cabaran yang dialami oleh Tun sehingga berjaya meletakkan Petronas di Sudan. Alhamdulillah perniagaan itu terus berkembang sehingga ke hari ini.
Hingga ke satu tahap, rakyat Malaysia yang mengerjakan haji atau umrah memberitahu betapa bangganya menjadi rakyat negara ini apabila nama “Malaysia dan Mahathir” sentiasa bermain di bibir orang orang Arab. Begitu juga penghormatan dari negara-negara lain seperti Australia, Jepun dan lainlain.
* * *
Pada tahun 1988, apabila Negara dari Benua Afrika iaitu Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negaranya, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri dalam bidang itu. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi sebuah syarikat yang dikenali TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan sebelum bermulanya usaha carigali.
Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.
Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.
Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.
Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.
Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.
Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.
Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.
Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.
PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.
Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.
Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.
* * *
Demikianlah keberanian negarawan ulung, seorang pemimpin yang ‘rare’ kerana ketegasan dan keberaniannya, sehingga digeruni rakan dan lawan. Lihat sahaja ketegasan Tun tatkala diwawancara oleh media barat, khususnya menyentuh tentang kekejaman Barat dan Israel yang menggugat kepentingan Malaysia atau negara-negara Islam lain.
Tanpa perlindungan Allah, mungkin beliau telah terbunuh atau dibunuh seperti beberapa pemimpin negara lain melalui pelbagai cara kerana tingginya dendam kuasa kuasa besar terhadapnya yang telah banyak menggugat laba mereka. Tun lakukan itu untuk memberi peluang kepada kita semua untuk hidup lebih bermaruah di bumi Allah.
MAHATIHIR DAN ALQURAN
Mereka yang mengenali rapat Tun Mahathir pasti mengetahui apakah rahsia kebijaksanaan beliau. Bagi yang belum biarlah kami kongsikan bahawa selain dari suka membaca buku biasa, Tun yang sering kelihatan di TV solat jumaat sendirian di satu penjuru Masjid Negara seperti orang biasa itu telah membaca dan mengkaji 8 naskah terjemahan alquran.
Jika anda tidak mampu dapatkan pengesahan itu secara langsung, sila tanyakan kepada anak beliau DS Mukhriz Mahathir, pasti beliau boleh kongsikan. Pesan Tun kepada anaknya Mukhriz, bacalah quran bersama terjemahannya supaya kita faham. Jangan hanya 'mengaji', iaitu membaca teks Arabnya sahaja tanpa 'mengkaji', memahami makna dan maksudnya kerana Quran mengajar kita banyak ilmu dan strategi dalam segala bidang.
Inilah seorang doktor perubatan biasa yang hari ini banyak dikutuk dan dicerca oleh generasi Y yang terkenal dengan budaya ‘Keyboard Warrior’ dengan pelbagai cercaan. Ada yang menggelarnya Mamak Kuty, Maha-fir’aun, diktator dan sebagainya. Tanpa serban di kepala, kita tuduh Tun sesat kerana menyarankan kita mengkaji semula pemahaman dan amalan kita tentang alquran dan sunnah.
Berapa naskah qurankah yang sudah anak-anak muda ini kaji? Ada yang jahil sejahil-jahilnya, setengahnya malah tidak solat dan puasa… bahkan tidak habis ‘mengaji’ pun, jauh sekali telah ‘mengkaji’… Wall FB masing-masing pun penuh dengan gambar lucah, game, bola dan artis. Namun KW ini berapi-api mengutuk tanpa sedikit rasa simpati atau empati terhadap Tun. Inilah akhlak derhaka generasi kita sekarang. Manalah nak ada keberkatan dengan akhlak sebegini?
Semua ini terjadi hanya semata-mata kerana anak muda kita telah diracuni pemikiran dan emosinya oleh golongan vateran yang bermusuh dengan Tun. Lebih penting lagi ramai golongan yang bermasalah ini juga adalah anak didik Tun sendiri. Beliau dan ramai lagi pemimpin vateran kita mungkin ada khilaf dan dosa di mana-mana, samada melalui tindakan maupun kenyataan, namun keterlaluan mengutuk mereka adalah amat tidak wajar.
KESIMPULAN
Antara sebab kebencian terhadap pemimpin lama ialah kerana kita tidak manfaatkan ilmu dan pengalaman mereka untuk menasihati kita selepas mereka bersara sebagai tanda hormat dan mengenang jasa mereka.
Kami lebih suka, malah menyeru pembaca agar dalam kemelut politik yang sedang melanda negara ini kita banyakkan bermuhasabah, banyakkan men’tausiah’, nasihat menasihati dengan kebenaran dan dengan kesabaran.
Tiada siapa yang terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Kami yakin dalam banyak hal, mereka semua telah berusaha untuk berjuang membangun dan mempertahankan negara ini. Kita bersyukur dan berterima kasih dengan pengorbanan mereka untuk kesejahteraan kita.
Anggaplah semua kesilapan mereka itu adalah atas sebab kejahilan dan kelalaian mereka semata-mata, kerana mereka hanyalah manusia biasa seperti kita juga. Nabi SAW tunjukkan uswah baginda terhadap Abu Tholib yang banyak berjasa, dicuba terus memberi nasihat hingga akhir hayatnya. Baginda tangisi kematian beliau, jauh sekali mengutuk dan mencerca tanpa batas macam kita.
Mari doakan agar dosa Tun, TGNA, TGHA dan semua pemimpin vateran kita yang telah banyak berjasa itu diampuni Allah. Mari doakan agar pada sisa usia ini mereka semua dapat hidayah untuk bersatu dan bersama-sama mencari jalan untuk memartabatkan agama dan ummah di negara dan dunia ini, tepat dengan kehendak alquran dan sunnah.
Mari doakan semuga Allah beratkan timbangan amal buat mereka. Semuga Allah rahmati kita semua setelah mereka yang sedang menunggu giliran bertemu pencipta itu tinggalkan kita yang bakal menghadapi segala akibat dari bicara dan kerjabuat kita ini sendirian tanpa mereka.
WARGA PRIHATIN
www.prihatin.net.my

Sunday, August 3, 2014

Indahnya Berserban



Diriwayatkan setiap pagi,Sultan2 (Khalifah) Turki Uthmaniyyah akan masuk ke satu bilik special di satu sudut dalam Istana Topkapi...

Dalam bilik tu, ada barang2 kesan2 purba....pedang,gigi,helaian janggut,surat2,busur panah,bendera,bekas tapak kaki...semuanya adalah milik Khairul Anami wal Basyar,Imamal Qiblataini wal Muttaqin,Khataman Anbiyai wan Nabiyyin,Sayyidul Mursalina was Solihin,SayyidunaMuhammad Sallallahu Alaihi wa ala Alihi Wasallam.....diletak didalam bekas2 bersalut emas...berpayungkan panji2 yg indah...dgn tuan Mufti yg senantiasa mengalunkan AlQur'an...

Beserta kesan2 peninggalan Para Sahabat R.Anhum Ajma'in...dan sebahagian peninggalan para Rasul terdahulu....Alaihimussolatuwassalam....

Apa yg setiap para Khalifah yg mulia ini buat setiap pagi?

Mereka akan 'bersihkan' kesan2 purba ini dr sebarang habuk dn kotoran yg ada..SETIAP PAGI...menggunakan beberapa helai bulu2 burung yg indah dan cantik,perlahan-lahan,disapu,takut2 tercalar....sikit demi sikit disapunya...walaupun takda habuk tetap disapu...kemudian brg2 tu diletakkan smula dlm bekas2 bertatahkan emas permata...

Bulu2 burung itu,kemudian ditancapkan di ATAS KEPALA mereka...pada serban mereka...bukan mahkota yg diletakkan di kepala,dan kalau ada pun,bulu2 burung yg menyentuh barang2 yg pernah disentuh Baginda PASTI ada di atas kepala....sebagai mengingati bahawa 'Aku sedang berkhidmat kepada Ummat Baginda'.....

itulah tugas mereka sebelum 'masuk pejabat' utk menguruskan umat Islam SELURUH DUNIA.....Allahu Allah....melihatkan bagaimana takzimnya mereka berkhidmat kpd Baginda Rasul S.A.W.....

no wonder 600 years Allah bg mereka kuasa...dgn 400 tahun menjadi Khalifah umat Islam...Allah muliakan mereka,dgn mereka memuliakan Baginda...

ni sebahagian gambar2 potret Sultan Uthmaniyyah...dgn bangganya meletakkan bulu2 burung itu diatas kepala mereka....Sollu Alan Nabiy..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More