Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

Thursday, April 3, 2014

Simbol MH370 dalam filem Man Of Steel?


Misteri kehilangan MH370 sekarang ini telah dibicarakan secara serius di seluruh dunia.. Pelbagai teori dan andaian dibuat untuk dikaitkan dengan kehilangan tanpa sebarang pertunjuk.

Memang sifat manusia yang suka membuat telahan dan andain dan kadang kala diluar jangkaan akal kita yang normal berfikir.

Baru-baru ini, timbul pula dakwaan yang menggatakan kehilangan pesawat MH370 telah dinyatakan secara simbolik lebih awal dalam filem blockbuster Hollywood, "Man of Steel".

Di bawah ini video dakwaan berkenaan.




Salah satu babak dalam filem Man of Steel, telah memaparkan nombor 370 secara jelas di atas sebuah kenderaan panjangseperti bas.


Jika dilihat dengan teliti, tertulisnya:


M.I.A 6 - 370

Yang boleh diertikan sebagai..

MIA = Missing In Action

MIA = Malaysia International Airport

Manakala nombor 6 jika dikira secara abjad adalah sama kedudukan dengan huruf F yang membawa maksud kepada Flight.

6 = F (Flight)


Menurt teori ini mengikut kiraannya matematiknya, CIA terlibat dalam perancangan menghilangkan pesawat MH370 seperti berikut:

Pendedahan yang kedua pula, dalam filem tersebut, superman ada menyebut perkataan Lautan Hindi.

"If I don't stop that machine over the Indian Ocean"

Adakah sebutan ini secara kebetulan? Pembaca boleh berfikir dan menjawabnya.

24 Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pengumuman ini dibuat berdasarkan data-data kukuh yang diberikan oleh INMARSAT.

Pelik kan?

Teori ini juga mengaikan dengan filem Mission Impossible III 2006.

Salah satu babak dalam filem Mission Impossible III 2006 juga ada memaparkan logo Malaysia Airlines secara horizontal dalam keadaan yang musnah akibat letupan di China.



Logo yang sama juga muncul di filem Transformers - Revenge of the Fallen pada tahun 2009 juga di China.

Adakah masij kebetulan?
Kebetulan kah ini? Seperti telah dirancang sejak 2006 lagi.


Pembaca boleh menilai sendiri.. tak perlu percaya, cukuplah sekadar membaca info dan membuat kesimpulan dengan apa yang ada. Kita masih belum jumpa serpihan dan sebarang pertunjuk di mana sebenarnya MH370 berada.

Teori ini lebih baik daripada kata Bomoh Gila 'tergantung di 3 negara' kerana ditawan raksasa..

Tuesday, March 12, 2013

Dua Pegawai Kerajaan Menghina Pengorbanan PDRM dan ATM Dalam Isu Pencerobohan Lahad Datu




Tidak habis rupanya senario orang-orang "BESAR" yang memperlekehkan pejuang-pejuang kita di Lahad Datu. Tapi kali ini lebih menyedihkan kerana kata-kata kejian ini keluar dari seorang pegawai tentera sendiri. Cukup-cukup la.


Seorang pegawai TUDM dikesan memperlekehkan usaha PDRM di peringkat awal usaha membanteras penceroboh di Lahad Datu.

Beliau berkata kematian perajurit di Lahad Datu adalah sia-sia dan bodoh kerana polis tidak tahu bertempur.

Kita semua akui peranan sepatutnya diberi kepada tentera.

Tapi satu perkara yang perlu diingat tanggapan awal tidak seperti dijangkakan kerana setiap orang melakukan kesilapan.

Walau sebodoh manapun orang yang terkorban itu (pada anggapan pegawai TUDM itu) mereka tetap seorang perajurit yang telah berjuang sehingga titisan darah terakhir dan mereka wajar diiktiraf sebagai perwira negara.

Dan sebagai seorang pegawai tentera dia tidak sepatutnya menghina orang lain walaupun dia merasa dia hebat.

Jagalah perasaan orang yang terlibat. Anda tidak berdepan dalam situasi sepertimana yang dihadapi oleh mereka yang terkorban jadi jangan cakap kurang ajar. Tak payahla nak tunjuk pandai kerana ia menyerlahkan kebodohan anda.





Tak Perlu tunggu "di sana". Di bumi Allah ini juga balasan diterima. Cash and Carry.





Kenyataan Media Daripada TUDM Terhadap Keceluparan Pegawainya.



Satu Lagi Kakitangan Kerajaan Yang Menghina Perjuangan Menjaga Kedaulatan Negara












Tak sedar dek untung dengan keamanan dan keselamatan negara yang dinikmati selama ini. Patutlah semakin ramai anak murid yang rosak akhlak dan membenci anggota keselamatan kita!!!

Jangan jadikan generasi baru kami rosak disebabkan cikgu sebegini.





Monday, March 11, 2013

Kuasa Besar Sebalik Serangan Di Sabah?

Kapal penyapu ranjau amerika USS Guardian
 
USS Guardian



















Amerika Syarikat setelah berjaya menguasai kawasan simpanan minyak dunia di Asia Barat seperti di Iraq dan Libya, nampaknya tidak mustahil cuba untuk menguasai rantau asia tenggara terutama Malaysia bagi mencapai matlamat mereka untuk menguasai minyak dunia. Matawang US yang tidak bergantung kepada nilai emas tetapi bergantung kepada nilai minyak, yang juga dikenali sebagai petro-dollar amatlah bergantung kepada pasaran minyak bagi menaikkan nilai dollar untuk mengatasi krisis ekonomi kapitalis yang semakin meruncing.

Mengikut kajian diberitakan bahawa Sabah mempunyai simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari.

Berbanding dengan Filipina yang hanya mengeluarkan 6,000 tong sehari. Pada tahun 2012 Filipina mengeluarkan sejumlah 1.64 juta tong dan dipati pengeluarannya telah berkurang sebanyak 29% berbanding tahun sebelumnya. Sumber utama minyaknya dari kawasan minyak Galoc hanya menyumbangkan sebanyak P1.74 billion, amat sedikit jika dibandingkan dengan hanya 5% sumbangan royalti minyak dari Sabah iaitu sebanyak P12.5 billion.

Seperti dilaporkan dalam akhbar antarabangsa, salah seorang waris Sultan Sulu yang merupakan seorang senator, Abraham Rasul Jr. menyatakan ingin mendapatkan bantuan kerajaan Amerika bagi menyelesaikan isu tuntutan Sabah untuk pihak mereka.

Satu kejadian yang berlaku di Laut Sulu apabila kapal perang Amerika, USS Guardian terkandas di terumbu karang Tubbuhata menimbulkan tanda-tanya. Kejadian tersebut berlaku pada 17hb Januari iaitu 24 hari sebelum serangan keatas Sabah oleh tentera Sulu pada 11hb Februari 2013. Adalah jelas seolah-olah kapal perang tersebut sengaja belayar terkeluar dari laluannya memandangkan kapal perang yang mempunyai peralatan termoden ini gagal mengelak terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef yang memang terkenal dengan terumbu karang ini. Walaupun telah diberi amaran berkali-kali oleh Tubbataha Reef Marine Ranger, komander USS Guardian dengan sengaja enggan berhenti dan mengelak untuk mematuhi amaran tersebut.

Jose Ma. Lorenzo Tan merupakan timbalan pengerusi WWF-Filipina, menyatakan dengan hairan dan tidak percaya;

“Why were they even near Tubbataha? The Sulu Sea is so vast, and it takes 10 hours from Puerto Princesa to reach it. Why couldn’t they see it when they had all the state-of-the-art maps and navigation systems?”

Adalah jelas kapal perang tersebut melakukan operasi rahsia apabila pihak US langsung tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina atas kejadian tersebut, beliau terus mempersoalkan lagi;

“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”

Tambahan pula pihak pengawal marin langsung tidak dibenarkan mendekati kapal tersebut, apabila kapal tersebut telah diisytiharkan berada dalam persediaan perang;

“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”

Paling menghairankan adalah kapal perang tersebut terus diistiharkan musnah dan dimusnahkan dan segala peralatannya di angkut keluar. Inilah buat pertama kalinya dalam sejarah Amerika sebuah kapal perang dimusnahkan dalam keadaan aman bukan dimedan perang! Terdapat banyak kegiatan yang mungkin berselindung atas alasan menyelamat dan memunggah barang-barang yang mungkin dialihkan untuk aktiviti rahsia. Secara fakta juga kesemua anak kapal di pindahkan dan dikatakan dihantar ke pengkalan di Jepun yang berada amat jauh dari tempat kejadian padahal kalaulah betul dalam keadaan kecemasan sudah tentunya mereka didaratkan di Filipina yang lebih munasabah untuk dilakukan. Padahal Filipina adalah sekutu kuat Amerika di rantau ini.

Menurut kenyataan dari satu kumpulan Sulu yang lain yang menentang serang ini, gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II, menyatakan gerakan bersenjata Kiram ini, ada pihak yang lebih besar memainkan peranan di belakang mereka. Menurut lapuran dari SSDI lagi terdapat kehadiran lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram tersebut.

Oleh itu adalah penting bagi umat Islam di Malaysia untuk mengenali siapakah musuh sebenar mereka yang sentiasa melakukan perancangan bagi melemahkan dan menguasai umat Islam kini. Umat Islam perlu bersedia iaitu dengan kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar, kembali kepada perintah Allah dan Rasulnya seperti terkandung didalam al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Segala kebenaran telah terserlah satu persatu dan janji Allah & Rasulnya kemenangan hanyalah menjadi milik kepada orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh. Dajjal yang sedang memporak-porandakan dan mengelirukan umat Islam bukan sahaja di Timur Tengah tetapi juga telah mula menampakkan peranannya di sebelah sini pula. Disamping itu jangan lupa kita mengamalkan surah al-Kahfi dan menghayatinya supaya kita terlindung dari pancaroba ini

Monday, December 17, 2012

Aksi-aksi Pelik Dalam Keretapi Bawah Tanah



Macam-macam ragam yang dapat dilihat jika anda menaiki keretapi bawah tanah di Jepun. antaranya seperti gambar ini. Aptb!-SUMBER:http://apekepelik.blogspot.com/

Bergambar Dengan Babi Demi Seni


Dunia akhir zaman. Dunia kita makin tua, pelbagai kerosakan semakin menjadi-jadi di muka bumi ini.
Antaranya seorang pelajar wanita berasal dari Korea yang sanggup tidur dengan babi, maaf, TIDUR BERBOGEL DENGAN BABI. Semuanya dilakukan atas nama seni.
Miru Kim ‘meluangkan masa’ 104 jam tinggal bersama dua ekor babi di dalam bilik di bahagian depan sebuah galeri, Art Basel Miami 2011
Para pengunjung boleh melihatnya berbogel bersama babi melalui sebuah tingkap.
Selama empat hari dia tinggal, makan, dan tidur bersama dua ekor babi di dalam sebuah bilik kaca.
Kim, yang juga merupakan anak kepada seorang ahli falsafah Korea itu mula terkenal sejak dia mengambil gambar-gambar bogel dirinya sendiri di tempat-tempat ganjil seperti kilang usang, terowong, dan jambatan.
Ujarnya, kerja yang dilakukan itu membantunya untuk mengatasi ketakutannya — “Ketakutan terhadap kegelapan, bahaya dan ketakutan terhadap kekotoran”.
Dia mendapat idea untuk mengadakan pameran seni yang diberi nama “I like pig and pig like me” (Saya suka babi dan babi suka saya) itu selepas membaca sebuah buku seorang ahli falsafah, Michel Serres.
Begitulah kisah bagaimana teruknya manusia-manusia di akhir zaman.
Harus diingat, Kim bukannya bodoh…dia merupakan bekas pelajar perubatan lagi tetapi nampaknya dia meletakkan dirinya pada martabat yang paling hina dan keji.
Sesuatu yang pasti, ada ramai lagi ‘Kim’ di luar sana tetapi dalam bentuk dan sudut yang berbeza.
Semoga Allah menghindarkan kita dari segala perbuatan yang cela dan hina seperti ini, baik daripada segi kelakuan, mahupun pemikiran!

Wednesday, July 18, 2012

Cara ‘Kreatif’ China Nak Elak Rakyatnya Tidur Bawah Jambatan


Masalah kebanjiran golongan gelandangan yang menjadikan jambatan sebagai rumah atau tempat tidur mereka amat memeningkan kerajaan China.
Justeru bagi mengelakkan tempat-tempat sebegitu terus menjadi tumpuan dan ‘menyakitkan’ mata, pihak berkuasa di sana tampil dengan satu cara yang agak ‘kreatif’
Lihat saja gambar yang tertera dan anda akan faham apa yang cuba disampaikan.
Namun ada yang berpendapat ia merupakan kaedah yang agak ‘kejam’ dan membahayakan pengguna jalan raya khususnya penunggang motorsikal jika berlaku kemalangan.
Apa kata anda? (Gambar dari mediamalaya.com)
sumber: mynewshub.my

Fenomena Ganjil Lautan Buih Melanda Cape Town


Satu fenomena luar biasa telah berlaku di kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan. Ia dianggap sebagai fenomena unik apabila kawasan tersebut dibanjiri dengan air buih yang sangat banyak.
Kejadian alam seperti banjir besar,hujan lebat merupakan fenomena biasa yang terjadi di atas muka bumi ini. Terdapat satu lagi yang boleh dianggap unik. Satu fenomena alam luar biasa yang jarang berlaku menyebabkan kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan dibanjiri oleh air buih ‘Cuppuccino’. Buih-buih itu jelas kelihatan melimpah sehingga melebihi pesisir pantai dan masuk ke kawasan tempat awam. Boleh lihat gambar di bawah.
Info Ringkas:
  • Kejadian ganjil ini dikenali sebagai “buih laut” atau bahkan “buih pantai” dan ia berlaku disebabkan tindak balas air laut dengan kekotoran bahan organik, seperti plankton, ikan mati, tumbuh-tumbuhan mati dan lain-lain elemen yang terapung di permukaan air.
  • Arus yang kuat menyebabkan air membentuk gelembung kecil yang mempunyai kecenderungan untuk “bergabung” dan menyebabkan fenomena ini berlaku.
  • Saintis telah mengatakan bahawa jika kelajuan angin adalah lebih daripada enam meter sesaat, maka tenaga yang dipindahkan daripada angin untuk air secara berkadaran lebih tinggi, dan kuasa yang dikenali sebagai ketegangan yang air luar biasa tidak cukup untuk memegang molekul di permukaan bersama-sama.
  • Justeru air terputus sehingga ke titisan kecil disebabkan oleh ketegangan permukaan yang menyebabkan mereka untuk muncul sebagai buih putih.
sumber: melayukini.net

Monday, June 18, 2012

10 Bangunan Paling Menakjubkan Di Dunia


1.Cubic Houses, Rotterdam, Netherlands
Piet blom mempunyai idea rumah padu pada tahun 1970-an. Sebahagian daripada mereka telah dibina di Helmond dan Rotterdam city meminta beliau untuk membina rumah di atas jambatan pejalan kaki dan dia memilih konsep ini.

2. Dancing Building, Prague, Czech Republic

Dancing Building itu adalah nama samaran yang diberikan kepada bangunan Nationale-Nederlanden yang terletak di pusat bandar Prague. Direka oleh Vlado Milunić kerjasama dengan  Frank Gehry . Bangunan itu telah siap pada tahun 1996.

3.The Ufo House, Sanjhih, Taiwan

Rumah UFO di Sanjhih, Taiwan sebenarnya adalah sebuah projek resort terpencil. Ia memperoleh nama samaran ini dari Taiwan untuk reka bentuk futuristik yang pelik.

4.Kansas City Public Library, Missouri, United-States

Sebagai satu insentif untuk melawat perpustakaan reka bentuk di pusat bandar Kansas city dan telah dibuat dalam bentuk buku.

5.Ferdinand Cheval Palace a.k.a Ideal Palace, France

Ferdinand Cheval Palace dibina oleh seorang posmen di Hauterives, Perancis, yang bertujuan untuk digunakan sebagai kubur sendiri tetapi tidak mendapat lesen untuk itu. Istana Ideal beliau kini dikenali di seluruh dunia.

6.Forest Spiral Hundertwasser Building, Darmstadt, Germany

Hutan, Spiral Hundertwasser telah dibina pada tahun 2000. Direka oleh arkitek dan pelukis Austria, Friedensreich Hundertwasser bangunan itu mempunyai 105 pangsapuri dan ciri-ciri yang berwarna-warni dan reka bentuk organik.

7.Guggenheim Museum, Bilbao, Spain

Dibina oleh Nervion River Guggenheim Museum seni moden dan kontemporari telah direka oleh arkitek Amerika Kanada, Frank Gehry.

8.Bahá’í House of Worship a.k.a Lotus Temple, Delhi, India

Baha’i House of Worship kebanyakannya dikenali sebagai Lotus Temple telah dibina pada tahun 1986 dan Kuil Ibu benua kecil India. Ia adalah terbuka untuk rakyat semua agama.

9.Ripley’s Building, Niagara Falls, Ontario, Canada

Terkenal kerana koleksi perkara pelik dan sukar dipercayai dan artifak Ripley

10.The Crooked House, Sopot, Poland

Bermula dan selesai pada tahun 2003 House Crooked reka bentuk berdasarkan artis Poland dan buku-buku Kanak-kanak ilustrator, Jan Marcin Szancer dan Per itu Dahlberg.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More