Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Tuesday, March 12, 2013

Dua Pegawai Kerajaan Menghina Pengorbanan PDRM dan ATM Dalam Isu Pencerobohan Lahad Datu




Tidak habis rupanya senario orang-orang "BESAR" yang memperlekehkan pejuang-pejuang kita di Lahad Datu. Tapi kali ini lebih menyedihkan kerana kata-kata kejian ini keluar dari seorang pegawai tentera sendiri. Cukup-cukup la.


Seorang pegawai TUDM dikesan memperlekehkan usaha PDRM di peringkat awal usaha membanteras penceroboh di Lahad Datu.

Beliau berkata kematian perajurit di Lahad Datu adalah sia-sia dan bodoh kerana polis tidak tahu bertempur.

Kita semua akui peranan sepatutnya diberi kepada tentera.

Tapi satu perkara yang perlu diingat tanggapan awal tidak seperti dijangkakan kerana setiap orang melakukan kesilapan.

Walau sebodoh manapun orang yang terkorban itu (pada anggapan pegawai TUDM itu) mereka tetap seorang perajurit yang telah berjuang sehingga titisan darah terakhir dan mereka wajar diiktiraf sebagai perwira negara.

Dan sebagai seorang pegawai tentera dia tidak sepatutnya menghina orang lain walaupun dia merasa dia hebat.

Jagalah perasaan orang yang terlibat. Anda tidak berdepan dalam situasi sepertimana yang dihadapi oleh mereka yang terkorban jadi jangan cakap kurang ajar. Tak payahla nak tunjuk pandai kerana ia menyerlahkan kebodohan anda.





Tak Perlu tunggu "di sana". Di bumi Allah ini juga balasan diterima. Cash and Carry.





Kenyataan Media Daripada TUDM Terhadap Keceluparan Pegawainya.



Satu Lagi Kakitangan Kerajaan Yang Menghina Perjuangan Menjaga Kedaulatan Negara












Tak sedar dek untung dengan keamanan dan keselamatan negara yang dinikmati selama ini. Patutlah semakin ramai anak murid yang rosak akhlak dan membenci anggota keselamatan kita!!!

Jangan jadikan generasi baru kami rosak disebabkan cikgu sebegini.





0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More