Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Wednesday, March 20, 2013

Pergerakan Luar Biasa Tentera Indonesia Di Perairan Nunukan - Tawau

KAPAL PERANG INDONESIA BERSIAP SIAGA DI PERAIRAN NUNUKAN & TARAKAN BERDEKATAN BANDAR TAWAU DAN SEMPORNA
TAWAU 19 Mac - Dua kapal friget (tempur) dipercayai kelas Ahmad Yani milik Tentera Laut Indonesia dilihat berlabuh di perairan Nunukan yang bersempadan dengan daerah ini sejak beberapa hari lalu.

Kelibat dua kapal berkenaan boleh dilihat dari kawasan bandar Tawau yang berhadapan dengan laut walaupun sedikit berbalam.

Difahamkan, aset pertahanan itu digerakkan Indonesia sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kumpulan pengganas Kiram menyusup masuk ke wilayah mereka.

Kapal tempur kelas berkenaan merupakan antara tercanggih dan menggunakan reka bentuk stealth yang moden bagi mengelakkannya dikesan radar.

Kehadiran kapal berkenaan juga sudah menjadi buah mulut penduduk tempatan kerana sebelum ini, kapal tempur milik negara jiran itu tidak pernah berada dalam keadaan statik untuk tempoh yang lama.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130320/dn_18/Indonesia-hantar-dua-kapal-tempur#ixzz2O2MuvztB
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Perkembangan terkini pencerobohan pengganas Sulu kini merebak ke negara Indonesia. Residensi Nunukan dan Pulau Sebatik yang bersempadan dengan Tawau, Malaysia kini di penuhi pasukan tentera Indonesia. 

Armada Kapal-kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut berlabuh dengan ketumbukan tentera Indonesia ditambah di sepanjang sempadan Indonesia-Malaysia-Filipina.

Rakan-rakan yang baru balik dari Residensi Tarakan, Balik Papan, Nunukan dan Sungai Nyamuk di wilayah persempadan Indonesia/Malaysia menyaksikan pergerakan tentera yang tidak seperti hari-hari biasa. 

Mereka mendapat maklumat, pergerakan ketenteraan Indonesia dengan sejumlah Penembak Tepat turut dibawa bertujuan untuk mengawal perairan Indonesia daripada dimasuki oleh pengganas-pengganas Sulu ini.

Nampaknya, saki baki pengganas Sulu ini tidak dapat bergerak lebih jauh. Mereka terpaksa mengharapkan paya bakau dan bukit bukau di ladang sawit untuk bersembunyi dan bergerak dalam kumpulan yang kecil.

Perairan menuju ke pulau-pulau berhampiran di sempadan Filipina sudah di kawal ketat. Kini, perairan Indonesia pula dikawal oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) laut dan darat.

Raja Azumuide dan kumpulannya hanya ada satu pilihan...Menyerah tanpa syarat!



0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More