Amerika Syarikat setelah berjaya menguasai kawasan simpanan minyak dunia di Asia Barat seperti di Iraq dan Libya, nampaknya tidak mustahil cuba untuk menguasai rantau asia tenggara terutama Malaysia bagi mencapai matlamat mereka untuk menguasai minyak dunia. Matawang US yang tidak bergantung kepada nilai emas tetapi bergantung kepada nilai minyak, yang juga dikenali sebagai petro-dollar amatlah bergantung kepada pasaran minyak bagi menaikkan nilai dollar untuk mengatasi krisis ekonomi kapitalis yang semakin meruncing.
Mengikut kajian diberitakan bahawa Sabah
mempunyai simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk.
Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion
tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak
yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga
minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari.
Berbanding dengan Filipina yang hanya
mengeluarkan 6,000 tong sehari. Pada tahun 2012 Filipina mengeluarkan sejumlah
1.64 juta tong dan dipati pengeluarannya telah berkurang sebanyak 29% berbanding
tahun sebelumnya. Sumber utama minyaknya dari kawasan minyak Galoc hanya
menyumbangkan sebanyak P1.74 billion, amat sedikit jika dibandingkan dengan
hanya 5% sumbangan royalti minyak dari Sabah iaitu sebanyak P12.5 billion.
Seperti dilaporkan dalam akhbar antarabangsa,
salah seorang waris Sultan Sulu yang merupakan seorang senator, Abraham Rasul
Jr. menyatakan ingin mendapatkan bantuan kerajaan Amerika bagi menyelesaikan isu
tuntutan Sabah untuk pihak mereka.
Satu kejadian yang berlaku di Laut Sulu apabila
kapal perang Amerika, USS Guardian terkandas di terumbu karang Tubbuhata
menimbulkan tanda-tanya. Kejadian tersebut berlaku pada 17hb Januari iaitu 24
hari sebelum serangan keatas Sabah oleh tentera Sulu pada 11hb Februari 2013.
Adalah jelas seolah-olah kapal perang tersebut sengaja belayar terkeluar dari
laluannya memandangkan kapal perang yang mempunyai peralatan termoden ini gagal
mengelak terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef yang memang terkenal dengan
terumbu karang ini. Walaupun telah diberi amaran berkali-kali oleh Tubbataha
Reef Marine Ranger, komander USS Guardian dengan sengaja enggan berhenti dan
mengelak untuk mematuhi amaran tersebut.
Jose Ma. Lorenzo Tan merupakan timbalan
pengerusi WWF-Filipina, menyatakan dengan hairan dan tidak percaya;
“Why were they even near Tubbataha? The
Sulu Sea is so vast, and it takes 10 hours from Puerto Princesa to reach it. Why
couldn’t they see it when they had all the state-of-the-art maps and navigation
systems?”
Adalah jelas kapal perang tersebut melakukan
operasi rahsia apabila pihak US langsung tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa
Filipina atas kejadian tersebut, beliau terus mempersoalkan lagi;
“The question is: Who did they inform?
The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected
Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of
the Philippines) did not know,”
Tambahan pula pihak pengawal marin langsung
tidak dibenarkan mendekati kapal tersebut, apabila kapal tersebut telah
diisytiharkan berada dalam persediaan perang;
“There were eight rangers on speed boats.
And they could not even approach. The ship was on general quarters
(alarm),”
Paling menghairankan adalah kapal perang tersebut terus diistiharkan musnah dan dimusnahkan dan segala peralatannya di angkut keluar. Inilah buat pertama kalinya dalam sejarah Amerika sebuah kapal perang dimusnahkan dalam keadaan aman bukan dimedan perang! Terdapat banyak kegiatan yang mungkin berselindung atas alasan menyelamat dan memunggah barang-barang yang mungkin dialihkan untuk aktiviti rahsia. Secara fakta juga kesemua anak kapal di pindahkan dan dikatakan dihantar ke pengkalan di Jepun yang berada amat jauh dari tempat kejadian padahal kalaulah betul dalam keadaan kecemasan sudah tentunya mereka didaratkan di Filipina yang lebih munasabah untuk dilakukan. Padahal Filipina adalah sekutu kuat Amerika di rantau ini.
Menurut kenyataan dari satu kumpulan Sulu yang
lain yang menentang serang ini, gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang
dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II, menyatakan gerakan
bersenjata Kiram ini, ada pihak yang lebih besar memainkan peranan di belakang
mereka. Menurut lapuran dari SSDI lagi terdapat kehadiran lelaki berkulit putih
di dalam kumpulan bersenjata Kiram tersebut.
Oleh itu adalah penting bagi umat Islam di
Malaysia untuk mengenali siapakah musuh sebenar mereka yang sentiasa melakukan
perancangan bagi melemahkan dan menguasai umat Islam kini. Umat Islam perlu
bersedia iaitu dengan kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar,
kembali kepada perintah Allah dan Rasulnya seperti terkandung didalam al-Quran
dan Sunnah Nabi s.a.w. Segala kebenaran telah terserlah satu persatu dan janji
Allah & Rasulnya kemenangan hanyalah menjadi milik kepada orang-orang yang
benar-benar beriman dan beramal soleh. Dajjal yang sedang memporak-porandakan
dan mengelirukan umat Islam bukan sahaja di Timur Tengah tetapi juga telah mula
menampakkan peranannya di sebelah sini pula. Disamping itu jangan lupa kita
mengamalkan surah al-Kahfi dan menghayatinya supaya kita terlindung dari
pancaroba ini
0 komen:
Post a Comment