Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Friday, March 15, 2013

Guru Ditahan Kerana Menghina Anggota Keselamatan Di Lahad Datu

Semalam “Cikgu” Mohd Lotfi Nor, 37 tahun, guru yang diburu oleh pihak Polis kerana menghina pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu Sabah, telah ditahan ketika sedang bersembunyi – Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Guru berkenaan sebelum ini membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai ‘anjing’ dan menganggap kematian mereka sebagai ‘mati katak’ dalam laman sosial Facebook miliknya.
Pihak Polis juga telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan 1948.
“Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai.


Guru Ditahan Kerana Menghina Anggota Keselamatan Di Lahad Datu

KOTA BHARU – Guru menghina anggota keselamatan di Lahad Datu ditahan di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat Pasir Puteh, Kelantan, jam 7 petang tadi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaludin Abd Rahman berkata, suspek berumur 36 tahun itu bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Tok Bali dan mengaku seringkali tidak pergi ke sekolah sejak hujung tahun 2012 atas alasan tertekan.

Turut dirampas sebuah beg berwarna hijau, laptop, pengecas, boradband dan kad sim telefon, katanya.

0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More