Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Sunday, February 3, 2013

Asal Usul Nama Mostyn Sebelum Kunak



Daerah Kunak yang mempunyai keluasan 438 batu persegi dengan anggaran jumlah penduduk seramai lebih 62,000 orang adalah sebuah daerah yang terletak di tenggara negeri sabah yang mendapat status daerah penuh pada 1981 yang mana dulunya terletak dalam bidang kuasa daerah Lahad Datu lebih kurang 78km dari sini. Dahulunya daerah ini diberi nama Mostyn sempena nama seorang penguasa inggeris syarikat British Borneo Timber Company yang memungut hasil kayu balak di kawasan ini dalam tahun 1930-an hingga 1960-an hingga ke Kalabakan di Tawau dan Segama di Lahad Datu.

Disebab industri ini berkembang dengan pesatnya, maka sebuah jeti pemunggahan kayu balak telah didirikan oleh pihak company yang mana ia masih kekal sehingga kehari ini dan menjadi pelabuhan nelayan di Kg. Pangkalan. Bermula di kawasan Pangkalan inilah Mostyn telah menggamit ramai imigran untuk bermastautin disini, adalah dipercayai sumber mengatakan bahawa kemasukan imigran ini adalah dibawah kuasa syarikat-syarikat yang berkepentingan seperti Bombay Burma Trading Corporation Ltd. sebagai supliyer yang membawa pekerja-pekerja dari Pakistan dan Burma sebagai operator jentera kayu balak dan dari Pilipina, Indonesia dan China sebagai Buruh Kasar sejak awal tahun 30-an lagi.

Dipercayai orang yang bertanggungjawab dalam pembukaan penempatan dikawasan Mostyn (kini tapak Pekan Kunak) adalah Allayarham Datuk Zainal Gunong, Allayarham Datuk Sri Panglima Salim Bacho dan Allayarham Kabang bapa kepada Adun Kunak YB Nilwan Kabang, yang mana mereka adalah pemimpin masyarakat setempat yang berpengaruh pada ketika itu. Kampung Bagiang merupakan kampung yang pertama diwujudkan secara kekal di sekitar pekan Kunak pada 1950-an.
Allayarham Datuk Sri Panglima Salim Bacho

Sehingga tahun 1980an, adalah amat jarang sekali kita menemui nama Kunak dalam peta negeri Sabah. Sebaliknya, hanya ada satu nama terpapar yang betul-betul hampir dengan lokasi Kunak iaitu Mostyn merujuk pada peta tersebut. Jadi dari mana datangnya nama Mostyn ?.

Berikut adalah pendapat En. La Runa Lakile seorang Pegawai Perhubungan kepada Adun Kunak berhubungan asal usul nama Mostyn sebelum di tukar kepada Kunak pada 1960an melalui blog beliau iaitu Kunakian.

Peta Residensi Tawau pasca kemerdekaan Sabah (1963)

Kawasan Teluk Lahad Datu (Darvel Bay) termasuk Daerah Kunak ditinjau untuk pemetaan olehArthur Mostyn Field (1855-1950) pada tahun 1891. Beliau adalah Komander kepada Kapal HMS Egeria yang ditugaskan untuk melakukan pemetaan bagi pihak British North Borneo Companyantara tahun 1890 hingga 1894. Oleh kerana pada masa itu, kawasan Daerah Kunak belum lagi mempunyai nama, maka ia diberi nama sempena nama Komander kapal tersebut.


Melihat kepada nama penuh Komander Kapal HMS Egeria tersebut, didapati Mostyn adalah nama tengah atau nama keluarga dari sebelah ibu. Timbul tanda tanya, kenapa kawasan tersebut tidak diberi nama Field, sempena nama keluarga sebelah bapa seperti lazimnya yang digunakan oleh orang-orang British ?.

Sir Arthur Mostyn Field dan HMS Egeria

Pada pendapat saya, ini adalah disebabkan 'Field' mempunyai banyak pengertian, ia boleh bermaksud kebun, padang, bidang dan sebagainya. Jadi, agak janggal bagi orang British pada masa itu bila hendak menyebut kawasan itu menggunakan nama 'Field'.


Bayangkan jika nama itu diberi nama Field dan orang British hendak memberitahu mengenai sumber hutan dikawasan berkenaan. " Di Field terdapat banyak pokok kayu balak yang bermutu tinggi " mereka akan berkata, " There are many valuable timber in Field ". Yang mendengar akan bertanya, "Which Field ?" (kebun yang mana ?).


Maka yang demikian, Field membuat keputusan untuk menamakan kawasan di daerah ini sempena nama keluaraga dari sebelah ibunya, iaitu Mostyn.

0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More