Terdapat beberapa extension dan add-on pelayar web yang sedia menambah beberapa fungsi menarik pada halaman YouTube. Kini, salah satu yang menarik dan memberikan pelbagai kawalan kepada pengguna adalah YouTube Center.
Dengan memasang YouTube Center, ia menambah sebuah halaman tetapan khas, membolehkan pengguna membuat tetapan seperti saiz paparan video, kualiti video, dan beberapa perkara lain pada halaman YouTube.
Pengguna juga turut sama boleh memuat-turun video di YouTube melalui sebuah butang khas yang ditambah oleh YouTube Center ini pada bahagian bawah video.
Menariknya, ia juga turut sama membawakan beberapa sokongan yant telah ditamatkan oleh YouTube, termasuk kebolehan untuk buffer sesuatu video sebelum dimainkan melalui fungsi yang dinamakan Dash Playback.
YouTube Center ditawarkan untuk pelbagai pelayar web utama, termasuk Chrome, Firefox,Internet Explorer, Opera dan sebagainya.
Salam & hye suma... Eijan bukan lah Otai.. Tapi just want to share apa yg eijan taw je... smoga tutor ni dapat membantu kepada yg memerlukan ataw yg baru nak blajar... Kepada otai2 sekalian.. kalu ada salah silap tegur2 lah yer... InsyaAllah kita pebetoi bg elok.. hehhe
GHOST PC P/S:---> JGN TAKOT HANTU NIE.. wakakakaka Mai Nak Intro Cikit:-
"Ghosting" a computer means creating a clone of its contents so that they may be transferred to a different hard drive. It's not strictly the same as copying, but rather a means of accessing files and software without having to go through all of the trouble of re-installing them. You typically ghost a computer as part of an upgrade to a larger hard drive. - Dua cara nak Buat Ghost nie: i) Boot CD ii) Open Ghost melalui Windows Sebelom tu PerkaraPENTING!!sebelom buat aktiviti GHOST:- i) Mesti ada 2 partitions hard disc (drive C & D/E/F or etc) ataw pon portable hard disc/ Thumb-drive yg berGig2 Ok! --> maknanya disini kalu cuma ada Drive C saja, perlu create new partition ataw cucuk ja Thumb-drive/portable hard disc.. ii) Mesti ada GHOST software like Hiren or Norton Ghost. Kalu tak da camne nak buat? --> kalu tak da ha! ni link nak donlod Hiren sofware.. eijan dah buka thread ni -->Hiren's.Boot CD 10.6 download
iii) Pastikan benda yg nak diGHOST kan tu betol2 benda penting... --> maksudnya... tak payah la nak simpan bnyak file2/folder sampai berpuluh GIG kat desktop or drive C. Kalu ya pon pi simpan kat tempat lain dulu... portable ka.. apa ka.. Installbenda2 yg hang pa rasa penting... Semoleknya PC/Labtop baru beli ataw baru format lebih afdal buat GHOST nie.. Install suma barang then ghost... selamat!! iv) Partition kedua tu kalu boleh biar 10Gig keatas yer... --> mana la taw kot2 hang pa nak install game ka, software ka.. banyak2.. ehehhee --> Normal Ghost plus install sikit sofware pon da 5Gig.. ehhehe Ok Take noted!!! OK!!! JOM start... Selepas donload Hiren tu.. Burn la lam CD.. bapa duit ja CD la ni pon.. hehhehe -CREATE GHOST file / IMAGE file-- Cara (i) Boot CD 1. Masuk CD then Boot CD like Pic bawah ni... 2. Seterusnya ikot step bawah noh! 3. Seterusnya ikot step bawah noh!
4. Pilih Local --> Partition --> To image --> OK 5. Select Primary. Pastu pilih lagi satu partition untuk save file yg nak diGhostkan tu.. (ikot step bawah) 6. Taip nama file utk save. Taip "backup" ke? ikot suka hang pa ok.. Pastu select button fast. 7. Ikot step bawah kemudian tunggu dan lihat... a.k.a Loadingggg! dan hantu pon kuar.. \ 8. Finish kalu dia kuar kata "Image Creation Completed Successfully".kalu kuar lain.. kebarangkalian file ghost hang pa nanti akn Corrupted!! Follow step bawah dan restart PC.. DONE!!!
-CREATE GHOST file / IMAGE file-- Cara (ii) Ghost melaui Windows Sebenarnya cara ni tak la eijan galakan. Sebab? kebanyakan wat melalui cara ni file ghost selalu corrupted. Tapi cara berguna untuk PC ataw Lappy yg tada CD Drive seperti notebook.. seelok nya beli portable CD drive. OK... wanna try?? jum boleh ja.. ahahhaa eijan pon ada pakai notebook.. hehehehe jgn takot eijan dah RnD suma... hehehee tak letop pon lappy.. 1. Follow step bawah!! 2. RUN jer!!
3. Ok saje...
4. Follow step bawah... step ni sama macam step buat melalui cara (i) Boot CD
5. Untuk step seterusnya... Follow step 5. cara (i) Boot CD ok... ( lihat balik atas nuu...) Follow sampai jadi.. heheh
Y.B. Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi bin Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS),
Pejabat Presiden,
No. 318-A,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Menemui Y.B. Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS
Assalamualaikum WR WB.
Yang Berhormat,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah membaca dan meneliti kenyataan YB Datuk Seri berkenaan isu Syiah ketika sesi dialog pada Majlis Ramah Mesra Idulfitri anjuran Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) di Dewan Tok Guru Rusila, Marang, Terengganu seperti yang telah disiarkan oleh portal berita rasmi PAS, Harakahdailybertajuk ‘Isu Sunni-Syiah agenda lemahkan umat Islam’ pada 20 Ogos lalu.
Dengan demikian, saya dengan rasa rendah diri terpanggil untuk mengulas beberapa perkara yang dinyatakan oleh YB Datuk Seri dalam laporan tersebut.
Berikut adalah ulasan dan pandangan saya:
1. Harakahdaily melaporkan bahawa YB Datuk Seri menyifatkan isu kontroversi antara mazhab Sunni-Syiah merupakan perkara lama yang sengaja ditimbulkan semula. Portal berita itu pada awal laporan kenyataan YB Datuk Seri itu turut menekankan peringatan supaya umat Islam tidak leka dan terpengaruh dengan agenda barat mahu melemahkan Islam dengan permasalahan mazhab Sunni-Syiah tersebut. Saya pasti penekanan Harakahdaily itu yang turut menjadi tajuk laporannya adalah manifestasi dari kenyataan YB Datuk Seri sendiri di Majlis Ramah Mesra Idulfitri anjuran Perantau tempoh hari.
2. Saya berpendapat bahawa pandangan YB Datuk Seri dalam isu Sunni-Syiah ini tidak tepat dan bercanggah dengan realiti sebenar penyebab berlaku ledakan semula isu ini terutama di media-media massa serta forum-forum anjuran kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam.
3. Sebenarnya isu Sunni-Syiah ini kembali menjadi antara topik utama dalam perbincangan umat Islam di seluruh dunia Islam termasuk di Malaysia, ekoran ‘penyembelihan’ beramai-ramai rakyat Syria oleh Rejim Basyar Al-Assad, penganut Syiah Alawiyah yang didukung secara terbuka oleh Kerajaan Iran dan Pertubuhan Hizbullah. Perkembangan ini turut meresahkan para agamawan di Malaysia (bukan ahli politik atau UMNO) lantas mendorong mereka mengetengahkan secara lebih intensif isu bahaya Syiah di tanah air.
4. Kesinambungan kepada isu yang menyemarak itu, akhbar-akhbar arus perdana mula mengangkat semula isu itu secara besar-besaran bermula dengan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pada 18 Julai 2013 bahawa Kerajaan Negeri Kedah akan mewartakan fatwa anti Syiah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular di kalangan masyarakat. Akhbar Sinar Harian menjadi media massa arus perdana pertama yang bertindak agresif membongkar isu Syiah ini.
5. Justeru, realiti ini dengan sendirinya telah menyanggah pandangan YB Datuk Seri bahawa isu Sunni-Syiah ini dicetuskan oleh Barat. Hakikatnya, isu ini dicetuskan oleh tindak-tanduk Syiah sendiri. Akal yang rasional dapat mena’akul dan memahami bahawa kewujudan kelompok Syiah yang besar dalam negara Islam pasti akan menimbulkan pertelagahan dan pertumpahan darah yang tidak berkesudahan. Walaupun mungkin di sesetengah tempat dahulunya konflik Sunni-Syiah ini masih boleh dibendung, tetapi dengan menyuburnya liberalisasi politik di peringkat antarabangsa dan keterbukaan maklumat hasil kemajuan teknologi dan globalisasi, ia akhirnya telah meledak ibarat bom jangka seperti mana berlaku di Syria dan Iraq. Sementara itu, serangan berani mati dan saling berbunuhan antara Sunni dan Syiah masih kerap berlaku di Pakistan, India, Aghanistan dan Yaman.
6. Umum mengetahui bahawa kewujudan ajaran Syiah di negara ini bukan baru berlaku. Pengaruh mereka semakin mula melebar di Malaysia selepas tercetusnya Revolusi Iran pada tahun 1979 terutama dalam parti politik dan pertubuhan Islam, tidak terkecuali Parti Islam SeMalaysia (PAS). Fakta ini tidak boleh dinafikan lagi dan boleh dibuktikan melalui dokumentasi sejarah rasmi parti dan pemimpin-pemimpin PAS sendiri.
7. Buku ‘Memoir Politik Asri: Meniti Arus’ mencatatkan bagaimana pekikan kalimah Iran `Marakbah Asri' (pergi mampus Asri!) yang berselang seli dengan kalimah Allahuakbar! dalam Muktamar ke-28 PAS, Oktober 1982 telah menumbangkan Yang Dipertua Agung (kini Presiden) PAS ketika itu, Datuk Asri Muda (kemudian Allahyarham Tan Sri Asri Muda) dari kepimpinannya. Usaha menjatuhkan Asri banyak digerakkan oleh ahli-ahli Dewan Pemuda PAS pimpinan Mustafa Ali (sekarang Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali) yang terpengaruh dengan Revolusi Iran dan konsep ‘Wilayah al-Faqih’ Imam Khomeini, dan YB Datuk Seri sendiri difahamkan juga terlibat sama.
Penyata Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat, 1981-1982 mencatatkan bahawa Mustafa Ali yang merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS (1975-1987) ketika itu telah mengetuai lawatan ke Iran pada bulan Jun 1982 untuk meninjau keberkesanan kepimpinan ulama di sana.
8. Konsep ‘Kepimpinan Ulama’ yang dipelopori kepimpinan PAS selepas Datuk Asri Muda di bawah Ustaz Yusof Rawa (yang pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Iran, Afghanistan dan Turki, beliau juga merupakan Mursyidul Am PAS pertama dari 1987sehingga tahun 1991) sering dikaitkan dengan konsep ‘Wilayah al-Faqih’ Imam Khomeini dan pemerintahan Ayatollah di Iran. Maka tidak hairanlah ketika awal tahun 80-an dahulu, poster-poster Imam Khomeini digantung di kebanyakan pejabat, markas dan kediaman pemimpin-pemimpin PAS. Ucapan-ucapan para pemimpin dan aktivis PAS memuji, menyanjung dan mahu mencontohi Syiah di Iran ketika itu masih tersimpan kemas dalam bentuk teks dan audio. Ia termasuklah ucapan YB Datuk Seri dan ucapan kontroversi Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya.
Muka depan akhbar rasmi PAS, Harakah bertarikh Jumaat, 9 Jun 1989 (11 Zulkaedah 1409H) yang memaparkan kenyataan Mursyidul Am PAS ketika itu, Ustaz Yusuf Rawa yang menyifatkan kematian Khomeini sebagai kehilangan besar kepada umat Islam. Harakah keluaran tersebut juga turut memuatkan rencana dua halaman penuh mengenai latar belakang pendidikan serta ketokohan Khomeini.
9. Kemuncak kepada isu Syiah di Malaysia sebenarnya telah berlaku pada 1996, apabila Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syiah dan mengharamkan pengamalannya di negara ini. Fatwa sama kemudian telah diputuskan oleh jawatankuasa fatwa semua negeri di Malaysia. Pada tahun yang sama, kerajaan juga telah melakukan operasi tahanan ISA secara besar-besaran terhadap penggerak utama ajaran Syiah di negara ini yang turut melibatkan salah seorangnya adalah suami kepada sepupu saya (Allahyarham Wan Hanafi).
10. Fatwa pengharaman Syiah pada 1996 tersebut juga telah memansuhkan kebenaran yang diberikan kepada dua ajaran Syiah iaitu Al-Zaidiyah dan Jaafariah yang diterima untuk diamalkan di Malaysia seperti diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang diadakan pada 24 dan 25 September 1984. Kebenaran mengamalkan kedua-dua ajaran Syiah itu sebenarnya akibat kecuaian dan kurangnya maklumat serta kefahaman mereka terhadap kesesatan dan bahaya Syiah yang pada ketika itu masih baru menjalar di Malaysia.
11. Saya tidak mahu mengulas panjang dalam surat ini mengenai perincian hukum kesesatan Syiah dan pengharamannya tetapi cukuplah saya menukilkan keputusan fatwa yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 1996 tersebut, di samping perbahasan ulama muktabar dahulu dan kini mengenai kesesatan Syiah yang termuat dalam ribuan kitab-kitab berbahasa Arab, Inggeris dan Melayu yang YB Datuk Seri boleh menelitinya sendiri.
12. Saya melihat kenyataan YB Datuk Seri selaku Presiden PAS di Dewan Tok Guru Rusila tempoh hari bersifat kontradiksi dengan kenyataan rasmi parti yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seperti dilaporkan olehHarakahdailypada 28 Julai 2013 lalu. Kenyataan tersebut menjelaskan bahawa tiada pimpinan utama PAS terlibat dengan Syiah. Ia antara lain turut menyebut bahawa: “Isu Syiah bukan isu politik kerana ia merupakan isu aqidah dan kefahaman terhadap ajaran Islam. Atas sebab itu, PAS memberikan amaran kepada mana-mana pihak yang ingin menggunakan isu ini untuk menyerang pihak lawan untuk keuntungan politiknya. PAS kesal dengan pelbagai tuduhan liar tidak berasas yang dilemparkan kepada parti. PAS menentang sebarang usaha untuk membawa fahaman Syiah ke negara ini kerana ia boleh menimbulkan pelbagai polemik dan pertembungan dalam masyarakat yang mendedahkan negara kepada perpecahan di kalangan umat Islam. Ahli PAS mesti berpegang dengan ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika ada yang menganut fahaman Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli PAS.”
13. Berkenaan kenyataan bahawa pimpinan dari Syiah pernah memberitahu YB Datuk Seri bahawa kebangkitan Islam mesti dipimpin oleh Sunni kerana 90 peratus dunia Islam hari ini merupakan pengikut Sunni, saya tidak hairan dengan perkara tersebut. Ini memandangkan amalan taqiyyah (menyembunyi pegangan mereka) sudah menjadi darah daging dan syariat yang wajib dilakukan oleh mereka untuk survival ajaran Syiah. Mereka biasa akan menzahirkan sesuatu ungkapan atau perilaku yang berbeza dengan kepercayaan yang mereka pegangi.
14. Kenyataan yang mengaitkan usaha Barat yang dipengaruhi Israel mengepung Mesir dan Turki untuk menghalang kemaraan Islam untuk menafikan usaha membendung ajaran Syiah juga tidak releven. Apabila kita membicarakan isu Sunni-Syiah kita sepatutnya merujuk kepada permasalahan dasar iaitu isu aqidah bukan semata-mata isu politik. Kewujudan Syiah yang bermula akibat pertikaian politik kini sudah berubah kepada perpecahan aqidah. Fakta sejarah membuktikan kelahiran kelompok Syiah itu sendiri adalah dari gerakan yang dipelopori seorang Yahudi munafiq yang berpura-pura memeluk Islam bernama Abdullah bin Saba’ dengan tujuan memecah-belahkan umat Islam di zaman Khalifah ‘Uthman Ibn ‘Affan r.a. Dari perpecahan yang tidak berkesudahan tersebut telah menimbulkan gejala takfir (mengkafirkan) di kalangan pengikut Syiah kepada para isteri dan sahabat Nabi r.a. Pelbagai unsur syirik, bid’ah dan khurafat dipegang oleh ulama Syiah dahulu dan kini telah mewajarkan mereka untuk dijatuhkan hukum kafir dan bukan lagi dari tergolongan dari kalangan orang Islam.
15. Sepatutnya apabila isu Sunni-Syiah ini dibangkitkan, pandangan yang diutarakan oleh YB Datuk Seri perlu mengaitkan dengan isu di Syria dan Iraq. Adapun mengaitkan Turki dan Mesir dengan polemik ini sebenarnya menjerat diri Syiah sendiri. Kejatuhan Presiden Dr. Muhammad Mursi adalah dimulakan oleh golongan Tamarrud (pemberontak) yang mana Syiah Mesirlah antara penggerak utama mereka.
16. Menurut laporan Ahram Online pada 1 Jun 2013, jurucakap Syiah Mesir, Bahaa Anwar memberitahu sejumlah 100, 253 rakyat Mesir berfahaman Syiah telah menandatangani kempen Tamarrud untuk menumbangkan Presiden Mursi. Sejak Mursi memegang tampuk pemerintahan Mesir, penganut Syiah mendakwa sentimen anti-Syiah semakin meningkat di negara itu. Sebelum kejatuhan pemerintahannya, Mursi dilihat lantang mengutuk keganasan di Syria dengan mengisytiharkan sokongan dan bantuan kewangan kepada pejuang Islam yang menentang Rejim Basyar Al-Assad. Beliau turut memutuskan hubungan diplomatik dengan negara sekutu rapat negara Syiah Iran dan pertubuhan Syiah Hizbullah itu seperti dilaporkan Ahram Online pada 15 Jun 2013. Rampasan kuasa tentera Mesir juga dikaitkan dengan kebimbangan pihak tentera kemungkinan Mursi akan menggunakan mereka dalam rancangan menyerang Syria.
17. Sementara Turki pula diketahui memang sepakat dengan Amerika Syarikat berhubung konflik di Syria. Dalam laporan Al-Jazeera pada 17 Mei 2013, ketika pertemuan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di White House, kedua-dua pemimpin tersebut bersetuju supaya Basyar Al-Assad perlu berundur dan mereka akan meningkatkan tekanan ke pemimpin yang merupakan sekutu rapat Iran dan Hizbullah tersebut.
18. Merujuk kepada gesaan YB Datuk Seri supaya pihak yang berautoriti dari kalangan ahli-ahli agama dan ahli akademik membincangkan masalah Sunni-Syiah ini, saya fikir gesaan tersebut sepatutnya tidak timbul. Sudah banyak wacana ilmu, seminar dan diskusi ilmiah sama ada terbuka dan tertutup mengenai isu Sunni-Syiah ini telah berlangsung di negara kita. Nama-nama seperti Maulana Muhammad ‘Asri Yusuf (pengasas Darul Kautsar), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (mantan Mufti Perlis), Ustaz Aizam Mas’ud (Penolong Pengarah JAKIM), Ustaz Mohamad Ismail (Ketua Unit Kajian Syiah ISMA), Ustaz Muhammad Nazmi Abdul Karim (pengajar di Ma'had Tahzib wa Ta'lim) dan ramai lagi adalah antara ahli agama dan akademik yang membincangkan isu ini sama ada secara terbuka mahu pun tertutup.
19. Perkara pokok yang menjadi dasar bagi segala kenyataan YB Datuk Seri di Dewan Tok Guru Rusila seperti laporan Harakahdaily ialah isu Sunni-Syiah ini adalah agenda melemahkan umat Islam. Mereka yang membangkitkan kesesatan Syiah dan cuba membanteras pengaruhnya pula seolah-olah dianggap hanya dari kalangan orang jahil tentang ilmu agama. Lupakah YB Datuk Seri bahawa Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang dulunya menjuarai taqrib Sunni-Syiah telah mengubah pendirian apabila mengisytiharkan Syiah sebagai musuh umat Islam, dan Hizbullah pula digelarkan sebagai Hizbullaat? Adakah ulama besar yang disanjung oleh kepimpinan PAS sendiri ini juga terjebak dalam 'agenda lemahkan umat Islam'.
20. Gesaan Al-Qaradhawi untuk berjihad memerangi Syiah ketika himpunan di Doha, Qatar pada 1 Jun 2013 lalu turut disiarkan oleh stesen televisyen Al-Jazeera. Beliau turut mendoakan agar Iran dan Hizbullah dikutuk Allah, kerana merupakan pemimpin segala kejahatan. Ia merujuk pada tindakan kedua-dua pihak tersebut yang mendukung Basyar Al-Assad dan membunuh orang Sunni di Syria. Beliau mengakui selama ini telah tersalah langkah kerana pernah memberikan dukungan kepada Hizbullah dalam peperangan menentang Israel.
21. Dalam satu wawancara dengan stesen televisyen Al-Arabiya pada 9 Jun 2013, Al-Qaradhawi turut mengakui para ulama di Arab Saudi lebih mengetahui secara mendalam mengenai bahaya Hizbullah dan gerakan Syiah Iran berbanding dirinya. Beliau berkata: "Pada satu ketika saya pernah mempertahankan gerakan Hizbullah kerana keberanian mereka berhadapan dengan Israel. Pendapat saya pada masa itu bertentangan dengan pandangan ulama-ulama tersebut. Mereka menentang Hizbullah. Namun setelah saya melihat apa yang dilakukan oleh Hizbullah terhadap saudara-saudara kita di Syria barulah saya sedar yang ulama-ulama di Arab Saudi lebih matang dan mempunyai pengetahuan cukup luas tentang Hizbullah dan Iran".
22. Al-Qaradhawi telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya. Kenyataan keras itu telah disebut oleh beliau dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen Al-Jazeeradalam rancangan ‘Asy-Syarii’ah wal-Hayaah’ (Syari'ah dan Kehidupan) pada 16 Jun 2013. Beliau berkata, golongan Syiah sebenarnya telah mengkhianati umat Islam dan perkara itu terbukti dengan pembunuhan saudara seaqidah di Syria bersama-sama dengan puak Hizbullah. Beliau berkata: "Jangan panggil mereka Hizbullah, mereka selayaknya digelar Hizbussyaitan dan Allah tiada kaitan dengan mereka. Saya menyeru seluruh umat melawan kuffar dan Syiah di dalam Hizbullah. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi etnik di Syria dengan tujuan membina negara Syria Barat di barat Syria".
23. YB Datuk Seri, saya sengaja meletakkan kenyataan-kenyataan Al-Qaradhawi bukan kerana saya taksub kepada beliau, sebaliknya kerana Al-Qaradhawi merupakan seorang tokoh ulama yang sangat berpengaruh dalam gerakan Islam termasuk PAS sendiri. Al-Qaradhawi juga terkenal sebagai ulama Sunni yang dahulunya bersungguh-sungguh berusaha berdamai dan mendekatkan antara Sunni-Syiah. Malah usaha taqrib Sunni-Syiah oleh Al-Qaradhawi selalu dijadikan hujah dan contoh oleh ulama-ulama Sunni di negara ini yang mesra dan pro-Syiah termasuk YB Datuk Seri sendiri.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
24. Saya ingin menegaskan bahawa saya sebagai salah seorang dari pemuda Ahlus Sunnah Wal Jamaah sesekali tidak akan membenarkan sebarang usaha penyebaran Syiah atau pengamalannya di Malaysia. Sesungguhnya bahaya dan bencana yang amat besar akan menimpa negara ini di masa hadapan, sekiranya ajaran Syiah dibiarkan merebak tanpa sekatan. Cukuplah umat Islam yang dominannya tidak sebesar mana ini berpecah dari segi ideologi politik kepartian. Janganlah pula selepas ini kita yang hanya berjumlah 61.3 peratus dari warganegara Malaysia semakin dipecahkan antara Sunni dan Syiah sehingga berlaku pertumpahan darah dan saling berbunuhan, yang akhirnya menyebabkan Islam hilang kekuatannya di tanah air.
Akhir kalam saya ingin memohon maaf sekiranya surat terbuka saya ini menyinggung perasaan YB Datuk Seri. Sekiranya terdapat sebarang kesalahan fakta atau kekeliruan dalam tulisan saya ini, saya berharap YB Datuk Seri sudi memperbetulkan dan membuat pencerahan terhadapnya. Apapun saya percaya atas prinsip keterbukaaan dalam kepimpinan, YB Datuk Seri sedia menerima pandangan dari orang kebanyakan seperti saya ini. Saya menutup surat ini dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang berbunyi:
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan seumpama biji sawi.” Seorang lelaki bertanya: “Sesungguhnya ada seseorang yang menyukai supaya bajunya bagus dan sandalnya bagus.” Baginda menjawab: “Sesungguhnya Allah itu indah, Dia menyukai keindahan. Kesombongan itu menolak kebenaran dan memandang rendah orang lain.” [Hadis Riwayat Muslim]
printer error has occurred. contact the servis provider
perkara pertama yg ambo buat cuma utk mengepam dakwat color didalam tangki yg semakin kurang sbb tu bila print color jd lain.... ntah apa yg tersilap tiba tiba shj printer tu jd jem...ada sesapa tahu cara nk setel masalah ni..penting sgt nk tahu....harap maklum.. Penyelesaian. Cuba hold reset lama skit sehingga hilang error tu... Adakala error tu keluar sebab printer tak boleh detect genuine ink...bukan tak ada ink pun...jadi nak kena trick printer kenalah buat cara tu...
Kalau ada bubble pakai syringe sedut sikit kut hujung paip kat katrij tu...
Kalau head ada sikit tersumbat...keluarkan rendam permukaan head kat dalam air suam sambil goyang² skit...insyaAllah leh pakai lagi untuk 3-4 bulan...tak payah beli ketrij baru...
Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.
Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948).
Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.
Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.
Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948) yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.
Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda.
Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!
Elok sangat guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney...
Saya mendapat edaran video youtube tentang satu acara zikir macam menari serta dirasuk. Saya rasa ini adalah satu daripada tariqat. Tapi oleh kerana isu terkini adalah syiah ramai yang komen pasal syiah. Saya pun sebenarnya tak mahir, tapi suka saya sertakan satu pandangan daripada orang yang lebih berkolehan mengulas dalam hal ini. Saya tak arif saya lebih suka berdiam diri.
Kadang-kadang ada yang memberi jawapan tentang sesuatu hukum itu mengikut ‘rasa’, seperti soalan anda tentang hukum menari yang diamalkan oleh puak sufi seperti di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.
Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.
Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).
Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.
Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”
Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.
Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.
Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.
Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.
Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.
Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”
Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a. Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.
Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).
Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.
Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”
Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.
Asy
Syahid Syed Qutb, lahir pada 9 Oktober 1906. Mendapat pendidikan pertama di
rumah orang tuanya, yang kuat beragama. Pada usia 6 tahun, Asy Syahid Syed Qutbdi hantar ke sekolah rendah di kampungnya, Assiyut. Pada usia
7 tahun ia mulai menghafal Al-Qur'an, dan akhirnya berjaya menghafal seluruh
Al-Qur`an. Diperakui sebagai intelektual Mesir, pendidik, aktivis Islam,
penyair, penulis revolusioner dan ahli gerakan Ikhwanul Muslimin setelah
wafatnya Hasan Al-Banna. Salah satu arkitek utama dalam kebangkitan Islam
terkini, bersama Abul A'la Maududi pendiri Jamaat Islami Pakistan.
Asy Syahid Syed Qutb sebenarnya adalah sumber
inspirasi, pencetus buah fikiran, motivasi bagi jutaan pendokong Islam seluruh
dunia bagi kembali menghayati sebenar-benarnya ajaran Islam dalam kehidupan,
merubah teras politik dan sosial, mencerminkan prinsip-prinsip Islam hakiki.
Beliau adalah tokoh sebenar yang bulat berjuang untuk agama, menyerahkan
seluruh hidupnya untuk Allah, seorang Mukmin yang begitu kuat keyakinannya,
sehingga berupaya mempersembahkan nyawanya kepada keyakinan dan akidah yang
diyakininya. Karya tulisannya masih di hirup segar hingga kini,
sedia diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa di dunia. Antara tulisannya yang
terkenal awalnya berjudul 'Keadilan Sosial Dalam Islam', 'Masyahidul Qiamah Fil
Qur'an', 'Al-Adalah Al-Ijtima'iyyah Fil Islam',. Beberapa karya Asy Syahid Syed
Qutb lainnya adalah: 'Haaza ad Din', 'Al-Mustaqbal Li Hadza Ad-diin',
'Khashaish Tashawwur Al-Islami', 'Ma'alim Fi Thariq', dan tafsir 'Fii
Zilalil-Qur`a'n'. Asy Syahid Syed Qutb menghabiskan bertahun tahun
usia terakhirnya dalam penjara. Mencurahkan seluruh jiwa dan fikirannya yang
luar biasa dalam tulisan- tulisannya dengan ungkapan kata indah, penuh makna
dengan nilai sastra yang tinggi. Semua yang membacanya, dapat merasakan
semangat hebat , lantunan fikiran serta getar rohaninya yang segar bertenga,
tercantum hebat dalam karya-karya tulisannya. Semuanya berputar dan
berhubungkait dengan konsep al-Tauhid Uluhiyyah, yakni hak Allah dari sudut
Al-Hakimiyyah dan Al-Tasyri' (pembuatan peraturan). Kerananya,( ikrar 'Lailaha
ilalLah') adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang berkuasa di
atas muka bumiNya. Seluruhnya itu mesti dikembalikan kepada hakNya. Pada 13 Januari 1954, Revolusi Mesir mengharamkan
Al-Ikhwan Muslimun dan pimpinannya ditangkap, difitnah merancang rampasan
kuasa. Tanpa bukti yang jelas, 7 orang pimpinan tertinggi Al-Ikhwan dijatuhi
hukuman mati, termasuk Hasan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Muhammad
Farghali, ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwan Muslimin di dalam Perang Suez
1948. Tetapi hukuman terhadap Hasan Hudhaibi diubah menjadi penjara seumur
hidup dan Asy Syahid Syed Qutb dihukum penjara 15 tahun dengan kerja berat. Pada tahun 1964, Asy Syahid Syed Qutb telah
dibebaskan atas permintaan peribadi Abdul Salam Arif, Presiden Iraq. Tetapi
Pemerintahan Revolusi Mesir belum menerima pembebasan tersebut. Setelah
Presiden Abdul Salam Arif meninggal dalam satu musibah pesawat udara, Asy
Syahid Syed Qutb ditangkap semula pada tahun berikutnya. Alasannya adalah
kerana Asy Syahid Syed Qutb dituduh kembali merancang rampasan kuasa. Selain
itu, Mahkamah Revolusi merujuk pada buku-buku Asy Syahid Syed Qutb terutama
Maalim Fit Thariq, yang mendasari pernyataan seruan revolusi terhadap seluruh
kedaulatan yang tidak berdasarkan Syari'at Allah. Asy Syahid Syed Qutb ditahan bersama seluruh
anggota keluarganya. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan, Presiden Naser
menghantar utusan menemui Asy Syahid Syed Qutb. Melalui utusan itu Presiden
Naser meminta agar Asy Syahid Syed Qutb menulis pernyataan meminta ampun agar
beliau dibebaskan. Tetapi Asy Syahid Syed Qutb dengan tegas menjawab; " Telunjuk yang bersyahadah setiap kali dalam
solat menegaskan bahawa Tiada ILah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan
Allah dan Muhamad adalah Rasulullah, dan aku takkan menulis satu perkataan yang
hina. Jika aku dipenjara kerana kebenaran aku redha. Jika aku dipenjara secara
batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan. " Beliau juga mengatakan; " Ketahuilah, kami
mati dan mengorbankan diri demi membela dan meninggikan kalimat La Illaha illa
Allah, sementara engkau mencari makan dengan La Ilaha illa Allah!," ketika
agamawan suruhan pemerintah Mesir meminta beliau mengingati Allah s.w.t
sementara menunggu untuk dihukum gantung. Pagi hari Isnin, 29 Ogos 1966, Asy Syahid Syed Qutb
digantung bersama-sama sahabat seperjuangannya, Muhamad Yusuf Hawwash dan Abdul
Fatah Ismail. Sungguh dunia Islam telah kehilangan sebuah
permata, pejuang yang telah mempertaruhkan nyawanya untuk membela tauhid.
Menjual harta dan dirinya kerana Allah, jual beli yang pasti untung,
sebagaimana janjiNYA. Firman Allah swt bermaksud;" Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu
Aku tunjukkan satu jenis perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab
yang pedih. Kamu beriman kepada Allah SWT dan berjihad pada jalan-Nya dengan
harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika
kamu mengetahui."(Surah As-Shaf ayat 10) Untuk kita Asy Syahid Syed Qutb memesan; SAUDARA!SEANDAINYA KAU TANGISI KEMATIANKU,DAN KAU SIRAM PUSARAKU DENGAN AIRMATAMUMAKA DI ATAS TULANG-TULANGKUYANG HANCUR LULUH, NYALAKANLAH OBOR BUAT UMMAT INI DAN........TERUSKAN PERJALANAN KE GERBANG JAYA SAUDARA! KEMATIANKU ADALAH SUATU PERJALANANMENDAPATKAN KEKASIH YANG SEDANG MERINDUTAMAN-TAMAN DI SYURGA TUHANKU BANGGA MENERIMAKUBURUNG-BURUNGNYA BERKICAU RIANG MENYAMBUTKUBAHAGIALAH HIDUPKU DI ALAM ABADI SAUDARA! PUAKA KEGELAPAN PASTI AKAN HANCURDAN ALAM INI AKAN DISINARI FAJAR LAGIBIARLAH ROHKU TERBANG MENDAPATKAN RINDUNYAJANGANLAH GENTAR BERKELANA DI ALAM ABADINUN DI SANA FAJAR SEDANG MEMANCAR........ Allahu Akbar !