1. Membaca doa sebelum tidur dan ayat kursi.
2. Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia. 3. Membaca Tasbih Fatimah. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?
Subahanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali
4. Membaca 4x Surat al-Ikhlas meniupkan pada tapak tangan dan membasuh ke seluruh badan tujuannya untuk menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia.
5. Berniat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah benteng dari pada sihir dan perbuatan jahat manusia.
6. Mengambil wudhu sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat
7. Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita
8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah yaitu memiringkan badan ke kanan dan telapak tangan di bawah pipi.
9. Membaca doa setelah bangun tidur.
Pesan Rasulullah:
Jangan tidur secara meniarap/telungkup terutama pria. Jika tidur dengan kain pelikat, ikat ujung kain agar tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain.
0 komen:
Post a Comment