Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Tuesday, February 4, 2014

Limau Purut

Buah dan daun limau purut banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan, perubatan tradisional, mandian lulur, pewangi semula jadi dan sebagainya.



yang hodoh untuk kecantikan
(idris bald)

Limau purut atau disebut sebagai jeruk obat, jeruk purut di Indonesia atau bahasa Inggerisnya disebut kaffir lime, atau nama saintifiknya Citrus hystrix dari famili Rutaceae merupakan tanaman belukar berduri dengan aromatik yang tersendiri. Tanaman ini biasa digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan dan ramuan perubatan pelbagai bangsa.

Buah limau purut berbentuk bulat dan kulitnya berwarna hijau bergerutu seperti katak puru manakala daunnya mengeluarkan aroma harum, sesuai dibuat mandian dan perasa dalam pelbagai masakan. Daun limau purut boleh digunakan secara segar atau kering atau disimpan beku. Kulit ari limau purut yang biasanya digunakan dalam masakan Lao dan Thai untuk hidangan seperti tom yam atau dijadikan pes kari bagi menambah aromatik dan rasa astringen. Manakala orang kemboja menggunakannya untuk paste asas ‘Krueng’ dan dalam masakan ayam untuk menambah wangian bagi orang Vietnam.

Daun limau purut yang berbentuk balang waktu (hour-glass) kerana bertingkat, kaya dengan minyak yang beraroma dikenalpasti sebagai citronellal (80%) serta 10% nerol dan limonene manakala kulit buah limau purut mengandungi komponen utama iaitu limonene dan pinene .

Limau purut dibiakkan melalui biji benih dan secara tampang atau tut. Namun tanaman melalui biji benih memakan masa yang agak lama untuk mengeluarkan hasil dan pokok mengeluarkan lebih banyak duri berbanding tanaman melalui tut. Bagaimana pun bagi pengeluaran hasil daun, kutipan boleh dijalankan selepas 8 – 10 bulan tanaman (penanaman melalui pembiakkan tampang)

Pembajaan bagi tanaman ini boleh menggunakan baja tinta ayam atau tinta kambing yang telah direputkan sebanyak 5kg/pokok dengan kekerapan dua kali setahun bagi peringkat tumbesaran iaitu 1 – 3 tahun. Penggunaan tinta kambing juga boleh membantu membasmi penyakit kanker batang dan dahan yang merupakan penyakit utama tumbuhan ini. Pembajaan menggunakan baja urea dilakukan dua kali setahun iaitu sebanyak 50 gm/pokok setiap kali pembajaan.

Tanaman limau purut yang telah cukup matang boleh menghasilkan sebanyak 300 – 400 kilogram buah limau purut sebulan/sehektar manakala hasil daun adalah sebanyak 500 – 600 kilogram sebulan bagi sehektar dengan harga ladang antara RM 5.00 hingga RM 7.00 sekilogram.

Antara lain kegunaan buah dan daun limau purut selain perisa dalam masakan adalah untuk pelbagai perubatan tradisional, mandian lulur, pewangi semula jadi dan sebagainya. Selain dari itu kedua-dua bahagian tanaman in mendapat permintaan yang tinggi di pasaran tempatan dan eksport.


sumber

0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More