Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Tuesday, February 11, 2014

Longan




Longan adalah sejenis pokok berbuah yang buahnya digemari oleh ramai rakyat negara ini. Nama saintifiknya ialah Dimocarpus longan. Longan boleh dikaitkan dengan rambutan kerana ianya dari keluarga yang sama iaitu Sapindaceae. Perkataan longan berasal dari perkataan Cina yang disebut sebagai Longyan yang bermaksud mata naga (dragon eye).

Pokok longan berasal dari Asia Tenggara dan negara China merupakan pengeluar utama longan di dunia selain dari Thailand, Vietnam, Taiwan termasuk Australia dan USA. Longan merupakan tanaman saka dengan pokoknya yang hijau rimbun serta boleh mencapai ketinggian hingga 20 meter dan mengeluarkan buah yang enak rasanya.

Buah longan mempunyai isi yang tebal dan berwarna jernih kekerohan (translucent) bersaiz antara 14 – 18gm dan kaya dengan zat makanan seperti kalsium, phosporus, zat besi, vitamin C serta mempunyai kalori yang tinggi. Buah longan dimakan segar tetapi boleh juga dikeringkan untuk tujuan ubat-ubatan, dimasak untuk dijadikan sup atau diproses untuk ditinkan dan sebagainya.

Longan sesuai untuk ditanam di tanah liat/lom berpasir halus, organic sand dan clay muck yang mempunyai saliran yang baik dengan bacaan pH antara 5.5 – 7.0. Antara kultivar yang biasa ditanam di Malaysia adalah Diamond dari jenis Phetsakon yang boleh berbunga sendiri, manakala kultivar Chompoo, Biew Khiew dan Edaw memerlukan bantuan secara aruhan untuk pengeluaran bunga dan seterusnya mengeluarkan hasil dengan menggunakan hormon/kimia (kalium klorat).

Pokok longan biasanya berbunga pada bulan Januari dan Jun di mana terdapatnya musim kering dengan taburan hujan bulanan antara 78mm hingga 124mm. oleh itu musim bagi longan di Malaysia adalah dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan September.

Tanaman longan mula mengeluarkan hasil pada tahun keempat penanaman bergantung kepada kaltivar. Penjagaan dan pengurusan tanaman longan yang baik boleh mengeluarkan hasil antara 2,000 hingga 3,500 kg/hektar/musim dan hasil akan meningkat dari tahun ke setahun hingga ke tahun ke 8 di mana hasil boleh menjangkau ke 10,000 hingga 20,000 kg mengikut varieti. Harga ladang diantara RM 3.00 hingga 4.50 sekilogram.

Tanaman longan ternyata mempunyai potensi yang besar di negara ini. Selain dapat tumbuh dan berbuah dengan baik, pemugaran tanaman longan secara komersil merupakan satu bidang usaha yang berdaya maju dam mampu memberikan pulangan yang baik dan menguntungkan.

0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More