Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Sunday, April 20, 2014

Bolehkah Zikir, Doa Dan Bacaan Al-Quran Tanpa Berguru?



Bolehkah kita mengamalkan sesuatu amalan zikir, doa-doa dan membaca surah-surah dari ayat al-Quran tanpa berguru dan bersanad terlebih dahulu?

Jawapan:
Jika kita memahami bahasa Arab, dan doa itu adalah ma’thur (مأثور) iaitu ada sumbernya daripada al-Quran dan al-Hadis maka tidak menjadi kesalahan. Kecuali jika seseorang ingin beramal dengan wirid-wirid yang tertentu, mengikut tarikat tertentu maka hendaklah dia beriltizam dengan guru atau syeikh mursyid.

Suka dinyatakan di sini berkenaan dengan pengijazahan, maka ia adalah lebih baik jika bersanad dan dalam pengamalan secara mengikut tarikat tertentu tetapi berkenaan dengan zikir yang telah difahami dan dimaklumi umum maka bolehlah dia beramal tanpa sanad/ijazah seperti apa yang disusun oleh al-Syahid Hasan al-Banna iaitu al-Ma'thurat, ini kerana beliau sendiri mengambil daripada nas-nas yang masyhur. Sebagai contoh dinyatakan pada permulaan bukunya oleh penerbit bahawa risalah al-Ma’thurat karya al-Marhum Syeikh Hasan al-Banna berdasarkan sumbernya daripada hadis-hadis al-Jami’ al-Soghir, al-Jami’ al-Sahih, al-Sunan, Amal al-Yaum wa al-Lailah dan ramai lagi tokoh yang diambil daripada karya masing-masing. Justeru, kalau inilah maka hukumnya bolehlah kita berzikir dan beramal tanpa ijazah dan sanad.

Antara buku kompilasi zikir dan doa harian yang mudah dan bersumberkan al-Quran dan al-Hadis ialah Hisnul Muslim susunan Syeikh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani. Selain itu, boleh juga merujuk kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi. Wallahua'lam.

Lawatan Ke Masjidil Aqsa


Lawatan ke Masjidil Aqsa? Fikirkan.
Semakin banyak pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa ditawarkan. Kini agensi seperti Tabung Haji pun sudah mula mempromosi lawatan ke masjid ke-3 termulia dalam Islam itu.
Ia sedikit menghairankan.
Kenapa?
Tahukah anda bahawa Masjid al-Aqsa berada dalam wilayah Baitul Makdis (Jerusalem)?
Dan tahukah anda bahawa Baitul Makdis telah berada di bawah pendudukan tentera Israel sejak Perang Arab-Israel 1967?
Masjid al-Aqsa telah dijajah sejak lebih 46 tahun yang lalu! Laluan keluar dan masuk kini berada di bawah kawalan dan penguasaan Israel. Pelbagai cara telah digunakan oleh Israel untuk menghalang rakyat Palestin memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa. Malah, Israel telah mengehadkan umur para pengunjung dan waktu yang dibolehkan untuk penduduk Palestin mengakses masjid ini.
Namun, dengan tidak semena-mena, Israel mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia yang pada pasportnya jelas tercetak:
"Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali.....
ISRAEL!!!"
Tidakkah anda merasa curiga? Mengapa ya?
Jawapannya mudah. Kerana kita datang sebagai pelancong!
Tahukah anda jalan masuk ke Baitul Makdis dan Masjid Al-Aqsa adalah melalui Jordan? Dan tahukah anda Jordan dibenarkan untuk memiliki keistimewaan ini hanya selepas ia mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan berdamai dengannya pada tahun 1994? Lalu apabila anda berkunjung ke Masjid Al-Aqsa anda secara tidak langsung telah mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan menyatakan kesediaan untuk berdamai dengannya!
Tahukah anda industri pelancongan di Baitul Makdis memberikan keuntungan kepada Israel sekurang-kurangnya 1 bilion US dollar setiap tahun? Dan jumlah ini semakin bertambah saban tahun. Dan ya, keuntungan ini tidak dikongsi walau sesen sekalipun dengan Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority) tetapi digunakan untuk terus menjajah Palestin dan membiayai keperluan tentera Israel!
Dan yang lebih penting lagi ialah pemergian kita ke sana adalah sebahagian daripada proses NORMALISASI yang cuba dimainkan oleh Israel. Israel berusaha untuk menyatakan kepada pelancong yang hadir bahawa tiada kezaliman dan penderitaan di sana. Israel ingin memperbaiki imejnya di mata dunia dengan menggalakkan kunjungan ramai 'pelancong'.
Dengan kata lain, asal sahaja anda berkunjung ke Masjid al-Aqsa sebagai pelancong, Israel tidak punya masalah dengan anda. Malah mereka meraikan. Tetapi jika anda datang sebagai pejuang atau aktivis, usah bermimpi anda akan dapat masuk ke sana.
Israel mempunyai perancangan yang licik. Mereka berjaya mengaburi pandangan kita dengan menjadikan tindakan kita yang salah seakan-akan benar dan tiada masalah. Kita tertipu bahawa kunjungan kita ke Masjid al-Aqsa dengan niat untuk mengimarahkan masjid ketiga termulia dalam Islam itu dan merebut pahala menjejakkan kaki ke sana sebagai salah satu langkah membebaskan Masjid al-Aqsa daripada penjajahan Israel.
Jika seribu kali pun anda berfikir...
Jika seribu kali pun anda berfikir, anda tidak boleh melawan kekuatan ketenteraan dan politik Israel dengan melakukan rombongan melawat dan mengimarahkan Masjid al-Aqsa. Akhirnya, apa yang berlaku ialah anda sekadar memenuhi kehendak dan kepuasan peribadi untuk menatap masjid tersebut dan menyimpan memorinya dalam kamera dan video; tidak lebih dari itu. Ia umpama orang yang tidak pernah puas merebut pahala dengan melakukan ibadah haji dan umrah berkali-kali sedang masih ramai jiran-jirannya yang hidup melarat kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Justeru, berfikirlah dengan lebih mendalam sebelum anda berniat untuk menyertai pakej-pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa. Dalam tidak sedar, anda sebenarnya telah tertipu dan telah membayar harga yang mahal demi sebuah kepuasan peribadi.
Namun begitu, jika anda ingin pergi dengan MISI yang jelas untuk membebaskannya (ie. berjihad) atau anda ingin mengutip mutiara-mutiara hikmah di sana dan pulang dengan semangat yang tinggi untuk merancang STRATEGI membebaskannya, maka pergilah dan usah bertangguh walau sesaat sekalipun! Jangan sekali-kali anda biarkan pemergian itu sia-sia dan tinggal sekadar 'imarah' sahaja. Anda perlu sedar bahawa kunjungan anda itu mahal harganya (material dan moral).
Jika tidak, saya sarankan supaya anda menyalurkan wang anda kepada saluran yang benar-benar dapat membantu membebaskan Palestin.
Berfikir selangkah kehadapan, agar tidak terus ditipu amal peribadi, sedang umat menderita,
musuh tertawa, dan kemenangan terpaksa ditunda, untuk kesekian-kalinya.

Khasiat Bawang



Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.
Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.
Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.
Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.
Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.
Nak sihat senang, nak sakit lagi senang. Gunakan pengetahuan anda sebaiknya dan mari berkongsi supaya bertambah berkat dari Allah s.w.t.


Thursday, April 17, 2014

Hukum Lafaz 'Saidina' - Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri



Ada segelintir masyarakat kita terhumban dalam perbahasan khilafiyyah yang akhirnya membawa kepada perpecahan. Contohnya, isu menyebut 'Saiyidina' yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Perkara ini perlu dilihat dari dua sudut. Pertama, nas syara' dan kedua, kehidupan harian yang luar daripada ibadah.

1. Tidak salah untuk meletakkan lafaz Saiyidina Muhammad SAW di luar ibadah yg ditetapkan syara'. Sebagai contoh, selawat yang biasa dilafazkan sebagai zikir seharian.

2. Bagi perbuatan yang disyariatkan seperti bacaan pada tahiyyat akhir dan azan, maka hendaklah kembali kepada nas yang mana ia bertepatan dengan kaedah
اَلْأَصْلَ فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف
“Hukum asal ibadah adalah tawaqquf (berhenti sehingga datang dalil)."
Maksudnya, setiap amal ibadah terutamanya yg ada dalam syariat, hendaklah didasari dengan hujah daripada al-Qur'an dan al-Hadith. Lafaz saiyidina tidak kita baca dalam ibadah sedemikian kerana ia tidak dilakukan oleh Nabi SAW.

Apapun, ianya jelas bahawa kedua-duanya boleh diamalkan dalam keadaan tertentu yang telah disebutkan di atas.

Bersama-sama kita hindari perpecahan kerana isu-isu kecil seperti ini dan kita cari titik kesatuan umat Islam. Moga-moga Islam akan lebih dipandang mulia kerana perpaduan umatnya. Wallahua'lam.

Thursday, April 3, 2014

5 Larangan Ketika Tidur Untuk Hidup Sihat

Bagi menjaga kesihatan kita agar kekal hidup sihat, bolehlah baca tips larangan ketika tidur dibawah.

tips larangan ketika tidur hidup sihat

Semoga bermanfaat!

1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN 
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. JANGAN TIDUR MEMAKAI BAJU DALAM (buat wanita)
Kajian mengatakan bahawa memakai baju dalam lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.

3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem saraf kita.

4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas.

5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ATAU SUAMI ORANG
Ini kerana anda mungkin akan tidur buat SELAMANYA.

20 Cara Dapatkan Perut Ramping Untuk Wanita Bersalin

Bagi wanita yang baru bersalin, bolehlah cuba tips atau 20 cara untuk dapatkan perut ramping di bawah. Bagi wanita yang tak bersalin atau lelaki pun boleh cuba mana yang sesuai. Pun boleh..
tips cara dapatkan perut ramping wanita bersalin
Antara langkah-langkah mendapatkan perut slim dan langsing: 
1. Cara paling mudah dan murah ialah sediakan ketiga-tiga bahan ini:
Dua biji lobak merah dipotong
Sebiji mentimun segar,
Sebiji limau nipis,
Kisar dan perah airnya untuk diminum. Amalkan 2 kali sehari. InsyaAllah badan beransur langsing dan menarik
2. Minum air suam tak minum sejuk sekurang-kurangnya 3 Liter sehari.
3. Elakkan mengambil makanan yang bergoreng dan berlemak.
4. Minum jus pegaga tiap-tiap pagi.
5. Bengkung 2 kali seminggu (malam sahaja) —> selepas kembali bekerja.
6. Untuk mengelakkan perut dari mengelembir maka, boleh buat senaman sits up sebanyak 50 – 100 kali waktu pagi.
7. Minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan benda lain.
8. Pastu bersihkan perut dengan air suam untuk bukak liang-liang roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sireh. Paling cantik kalau baru deliver (belum sampai 6 bln) sebab perut tengah lembut.
9. Makan yogurt 3 kali sehari. Pilih low fat yang kurang gula. Sekali makan, 1 bekas kecik yang biasa jual tu sebab kata orang dia bantu penghadaman (dan lain2 khasiat). Jangan lupa cari yang ada live culture atau kultur hidup. Yogurt ni boleh gak tampung keperluan kalsium utk ibu menyusu… so ok la kan… 2 dalam 1….
10. Kurangkan minum semasa makan and kalau minum make sure warm and plain water and minum sikit-sikit sebab nanti lemak makanan susah hadam. After half hour baru minum banyak.
11. Sebenarnya hal-hal pengempisan perut ini seelok-eloknya dibuat semasa dalam pantang. Barut perlu digunakan selama 44 hari atau sepanjang pantang terutama sebelum makan. Ini adalah kerana pada masa dalam pantang urat-urat semuanya kembang. Bila tak dijaga dengan baik semasa pantang, perut akan terus membuncit sebab urat2 x kecut dengan sempurna.
12. BELLY DANCING. Sambil senaman boleh menghiburkan hati. Buat la sendiri-sendiri dalam bilik tidur or shower.
13. Nak kempiskan perut paling sempoi dan menyeronokkan anda dan anak anda. Sambil baring , bengkokkan kaki, letak anak kat kaki tu. Pastu angkat baby tu pakai kaki buat selalu confirm perut boleh flat and enjoy
tips cara dapatkan perut ramping wanita bersalin
14. Untuk perut bahagian atas: baring atas katil,bengkokkan lutut, pastu angkat kepala dan badan selari/serentak setinggi yang boleh pastu tahan dalam kiraan 8. Ulang 8 kali 1 sesi.
Untuk Perut bahagian bawah(area rahim) ni yang paling susah lemaknya nak dibuang. Baring kaki diluruskan pastu angkat kaki keatas(badan akan jadi bentuk L kalau di lihat dari tepi). Ulang 10-20 kali satu sesi. Buat setiap hari sebelum tidur. Pasti perut kita flat walaupun berbadan gempal. Tujuan senaman ini untuk mengetatkan otot perut supaya perut tak melendut, mengeleber atau berlipat…
15. Jangan mandi lepas makan. Nanti suhu badan sejuk dan penghadaman kurang efektif.
16. Bangun pagi the first thing yang boleh buat ialah minum plain water. Tak tau apa kebaikan tapi buat since ramai bagi that tip. Mungkin so that body tak terkejut sangat kot. Siap ader yg bagi tip minum sebelum berus gigi.
17. Kunyah slow-slow. So badan tak penat nak process makanan yang besar-besar.
18. This one sangat-sangat penting. Pastikan makan at least 4 jam sebelum tidur. Obvious reason is makanan tak sempat hadam sepenuh jika tak sampai 4 jam.
19. Jangan lupa plak untuk exercise. Tak kira la apa2 pun. Boleh juga berjogging di kala hujung minggu, berbasikal (tak kira kat dlm rumah atau di luar rumah), naik tangga turun tangga (pun dikira exercise juga) dan pada yang surirumah tu, sibukkan diri anda dengan hal-hal di rumah. Pun dikira exercise juga. Sapu sampah, mop lantai, bersihkan bilik air , bla..bla..bla.. banyak kan kerja kat rumah..kalau hari-hari buat, tu pun dikira exercise juga tu. Lagi best, senang tak payah keluar belanja untuk pergi gym
20. Breastfeed baby… pun boleh kuruskan badan.
Semoga bermanfaat!

Panduan Elak Laptop Atau Notebook Dicuri

Kepada pemilik laptop atau notebook, sila ikut tips dan  panduan di bawah untuk elak laptop anda dicuri. Penting agar tak berlaku kecurian laptop tak kira di mana saja dan mungkin sebelum, semasa atau selepas perjalanan jauh menaiki kenderaan awam!
Tips Elak Laptop Atau Notebook Dicuri
Kadang-kadang tengok budak kolej bawak beg laptop risau gak takut jadi sasaran pencuri. Bila dah kena curi atau hilang, baru nak menyesal. Jadi, sila ikuti panduan berikut sebelum berlaku perkara yang tidak diingini kepada laptop anda: 
  • Apabila mengembara, elakkan menggunakan beg bimbit yang dilengkapi logo jenama laptop terbabit. Sebolehnya guna travel beg atau beg galas yang lebih selesa dan ber’span’ tebal. Beg galas sekarang ni dah banyak yang dilengkapi ruang untuk laptop. Lagipun bagus untuk keselesaan bahu dan belakang serta notebook anda lebih terjamin keselamatannya sebab takde sapa pun tahu ada laptop dalam beg tu.
  • Jika beg anda tidak dilengkapi ruang menyimpan laptop, boleh dapatkan ‘fail notebook’ yang berkusyen tebal untuk laptop anda. Kemudian masukkan sahaja dalam beg anda. Janji jangan beg yang ada jenama laptop!
Tips Elak Laptop Atau Notebook Dicuri

  • Jika menempah bilik hotel atau rumah tumpangan, jangan sesekali meninggalkan laptop semasa anda keluar. Mungkin tukang cuci dapat mengambil laptop anda sebab kunci pendua bilik anda berada di tangannya. Sebelum saya tahu tips ni, pernah sekali saya tinggal laptop atas meja dalam bilik hotel. Nasib baik tak hilang. Mungkin dah larut malam, jadi tiada room service pada masa tu.
  • Tanggalkan bateri laptop dari tempatnya supaya alat pengesan bateri yang sering digunakan oleh pencuri tidak dapat mengesan laptop anda. Saya pun dah lama buat macam ni bila naik bas balik kampung. Setakat ini takde perkara buruk berlaku.
  • Amat perlu bagi pengguna laptop membeli kabel berkunci. Walaupun laptop tersebut berada di rumah, masih perlu untuk mengunci laptop tersebut supaya pencuri akan berfikir dua kali apabila melihat laptop anda yang berkunci. Walaupun pencuri masih dapat memotong kabel tersebut, tapi masih dapat membantu untuk melengahkan pencuri apabila meninggalkan laptop untuk ke tandas apabila berada di pejabat atau kawasan asrama. Lagipun, takde pemotong susah brader pencuri tu nak tapau laptop anda.
  • Buat tanda atau label pada laptop anda. Sekarang ini makin ramai yang kreatif dengan melekatkan sticker dan menghasilkan ‘hasil seni’ diorang pada permukaan laptop diorang. Salah satu cara paling efektif adalah dengan membuat ukiran kekal..
  • Jika anda membawa laptop di dalam kereta, pastikan laptop anda berkunci dengan beg laptop. Seterusnya kuncikan beg tersebut pada kerusi kereta agar dapat melambatkan tindakan pencuri tersebut. Kalu boleh, lindungi laptop anda dari dilihat. Letak di bahagian kaki, bukan di atas kerusi atau di atas dashboard depa atau belakang.
  • Jika menggunakan beg laptop (amat tidak digalakkan), sentiasa pastikan pemegang beg tersebut berada di dalam genggaman. (lebih baik bergari). Kadangkala pencuri akan mengambil peluang dari kealpaan anda semasa bercakap di telefon awam atau di kaunter. Suruh rakan anda memerhatikan dan menjaga beg laptop anda.

Atasi Masalah Suhu Rumah Atau Bilik Yang Panas

Dengan suhu yang agak panas di Malaysia ni pasti ramai yang tercari-cari tips nak atasi masalah bilik yang panas.
tips sejukkan atasi bilik rumah panas
Untuk sejukkan rumah atau bilik boleh saja pasang air-cond atau pendingin udara bagi yang ada duit lebih. Tapi bagi yang tak berkemampuan, bolehlah cuba tips di bawah. Semoga bermanfaat! 

LETAK BESEN AIR DI DALAM BILIK
Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
PASANG JARING KELAMBU BESI DAN BUKA TINGKAP PADA WAKTU MALAM HARI
Selalunya pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, ada satu masalah lain, iaitu rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Pemasangan jaring yang halus lubangnya seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk.
GUNAKAN PAPAN FIBER SIMEN UNTUK SILING RUMAH
Fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.
GUNAKAN LAMPU DARI JENIS KURANG MEMANCARKAN HABA
Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.
POKOK EKOR KUCING BOLEH MENYEJUKKAN RUMAH
Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.
CAT DINDING RUMAH DENGAN WARNA CERAH YANG DAPAT MEMANTULKAN CAHAYA DAN HABA
Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.
AWNING DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN PEMANASAN ATAP RUMAH AKIBAT PANCARAN CAHAYA MATAHARI
Anda digalakkan untuk memasang awning. Awning dapat membantu melindungi rumah anda dari cahaya matahari yang terlampau.
JAUHKAN PENGHAWA DINGIN DARIPADA TELEVISYEN ATAU KOMPUTER
Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda.

Senarai Panduan Ubahsuai Kenderaan Dari JPJ

Ada yang plan nak ubahsuai kenderaan korang? Tak tahu garis panduan ubahsuai kereta yang dibenarkan oleh JPJ?

senarai panduan ubahsuai kenderaan kereta

Kalau tak tahu baca dulu artikel senarai panduan di bawah ni. Mungkin boleh bantu korang apa yang patut sebelum ubah suai kereta.

PENGUBAHSUAIAN YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

  • Pemasangan spoiler udara di bahagian hadapan dan belakang
  • Pemasangan side skirt, aerofoil door visor pada kereta 
  • Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta
  • Pengubahsuaian kecil pada jeriji radiator, bonet atau bentuk serta reka bentuk lampu.
  • Pengubahsuaian kecil dan melebarkan tyre wings atau muduard
  • Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau gentian kaca) pada bahagian hadapan ataua belakang
  • Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar
  • Pemasangan para bumbung
  • Pemasangan sun roof di atas bumbung
  • Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber)
  • Pemasangan lampu limpah atau lampu halogen (berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu sedia ada
  • Penggunaan cermin gelap atau penampalan berwarna di bahagaian atas cermin hadapan sebanyak 20 peratus dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan
  • Pemasangan pengadang angin, penutup lampu gentian kaca penutup enjin gentian kaca pada hadapan motosikal di mana aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.

PENGUBAHSUAIAN YANG MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

  • Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor
  • Pengubahsuaian ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan
  • Pengubahsuaian dari kereta saloon kepada kereta convertible
  • Pengubahsuaian ke atas sistem bahan api
  • Pengubahsuaian ke atas sistem brek
  • Pengubahsuaian ke atas sistem steering
  • Pengubahsuaian ke atas bes roda kenderaan
  • Penggunaan badan gentian kaca bagi menggantikan keluli
  • Penukaran enjin

PENGUBAHSUAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN OLEH JPJ

  • Lampu kelip-kelip (selain lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta
  • Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau
  • Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada
  • Pemasangan lampu limpah pada bahagian belakang kereta
  • Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70 peratus.
  Jadi, diharap artikel ni dapat jelaskan kekeliruan tentang ubahsuai kenderaan sama ada kereta atau motosikal. Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila tanya dengan abang JPJ. Thanks :)

Cara Penggunaan Gear Yang Betul Untuk Kereta Auto




Tahukah anda terdapat tips atau cara guna gear yang betul untuk kereta auto. Walaubagaimanapun artikel ini sesuai untuk kereta automatik yang mempunyai butang tombol pada gear.

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Dapat agak sebab lampu reverse nyala kejap. Bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama. Kereta dah hon-hon. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Boleh rosak gear box rasanya.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light: 
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Penggunaan tombol/butang pada batang gear:
1. Perlu tekan tombol semasa menukar gear
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. Jangan sesekali tekan jika untuk menukar gear antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

Kalau gear yg jenis ada lekuk-lekuk tu selamatlah. Tombol tekan pun tak ada kan?

tips cara betul guna gear kereta auto

Jika ada yang belum faham fungsi setiap gear, bolehlah rujuk keterangan setiap susunan gear untuk gearbox auto yang berikut:

P – parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat. Jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R – reverse, untuk mengundur kereta anda

N – neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

BACA JUGA: Senarai Panduan Ubahsuai Kenderaan Dari JPJ

D – drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 sahaja

3 – setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 – ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L – Low gear, gear pertama

Simbol MH370 dalam filem Man Of Steel?


Misteri kehilangan MH370 sekarang ini telah dibicarakan secara serius di seluruh dunia.. Pelbagai teori dan andaian dibuat untuk dikaitkan dengan kehilangan tanpa sebarang pertunjuk.

Memang sifat manusia yang suka membuat telahan dan andain dan kadang kala diluar jangkaan akal kita yang normal berfikir.

Baru-baru ini, timbul pula dakwaan yang menggatakan kehilangan pesawat MH370 telah dinyatakan secara simbolik lebih awal dalam filem blockbuster Hollywood, "Man of Steel".

Di bawah ini video dakwaan berkenaan.




Salah satu babak dalam filem Man of Steel, telah memaparkan nombor 370 secara jelas di atas sebuah kenderaan panjangseperti bas.


Jika dilihat dengan teliti, tertulisnya:


M.I.A 6 - 370

Yang boleh diertikan sebagai..

MIA = Missing In Action

MIA = Malaysia International Airport

Manakala nombor 6 jika dikira secara abjad adalah sama kedudukan dengan huruf F yang membawa maksud kepada Flight.

6 = F (Flight)


Menurt teori ini mengikut kiraannya matematiknya, CIA terlibat dalam perancangan menghilangkan pesawat MH370 seperti berikut:

Pendedahan yang kedua pula, dalam filem tersebut, superman ada menyebut perkataan Lautan Hindi.

"If I don't stop that machine over the Indian Ocean"

Adakah sebutan ini secara kebetulan? Pembaca boleh berfikir dan menjawabnya.

24 Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pengumuman ini dibuat berdasarkan data-data kukuh yang diberikan oleh INMARSAT.

Pelik kan?

Teori ini juga mengaikan dengan filem Mission Impossible III 2006.

Salah satu babak dalam filem Mission Impossible III 2006 juga ada memaparkan logo Malaysia Airlines secara horizontal dalam keadaan yang musnah akibat letupan di China.



Logo yang sama juga muncul di filem Transformers - Revenge of the Fallen pada tahun 2009 juga di China.

Adakah masij kebetulan?
Kebetulan kah ini? Seperti telah dirancang sejak 2006 lagi.


Pembaca boleh menilai sendiri.. tak perlu percaya, cukuplah sekadar membaca info dan membuat kesimpulan dengan apa yang ada. Kita masih belum jumpa serpihan dan sebarang pertunjuk di mana sebenarnya MH370 berada.

Teori ini lebih baik daripada kata Bomoh Gila 'tergantung di 3 negara' kerana ditawan raksasa..

Anda Selalu Ditindih Oleh Hantu Sewaktu Tidur (Sleep Paralysis)


Fenomena ini mungkin telah seringkali dialami oleh segenap lapisan masyarakat. Tidak kurang juga yang mengaitkan fenomena ini dengan kewujudan hantu/syaitan yang dikatakan ‘menggangu’ manusia yang sedang tidur. Sukar untuk mengetahui kebenaran hal tersebut kerana tiada bukti mahupun teori kukuh yang dapat mengaitkan fenomena ini dengan gangguan hantu/syaitan.

Fenomena ini telah dikaji oleh pengamal perubatan barat yang menamakan fenomen ini sebagai“Sleep Paralysis“ ataupun kelumpuhan sementara semasa tidur. Sleep Paralysis ini mungkin menyebabkan kita berasa takut, terutamanya jika kita ‘ternampak, terasa atau terdengar’ sesuatu yang sebenarnya tiada di situ. Ia mungkin terjadi sekali atau berkali-kali dalam masa semalaman.


Adakah Sleep Paralysis merbahaya?


Para pengkaji menyimpulkan bahawa dalam kebanyakkan kes, Sleep Paralysis adalah hanya petanda bahawa badan kita tidak bergerak secara teratur semasa dalam peringkat-peringkat tidur. Jarang sekali dijumpai kes dimana Sleep Paralysis ini berhubung kait dengan masalah psikitari yang tersembunyi.
Apakah itu Sleep Paralysis ?

Sleep Paralysis adalah perasaan dimana individu itu sedar tetapi tidak dapat bergerak. Ia terjadi ketika seseorang itu sedang melalui peringkat antara terjaga dan tidur. Ketika ia berlaku, kita tidak dapat bergerak atau bercakap untuk beberapa saat atau beberapa minit. Zyra sendiri telah merasai fenomena ni, memang takut sangat tamabah-tambah bila tak boleh nak baca sebarang ayat Quran sebab lidah jadi kelu. Mengikut pakar, kejadian ini sering terjadi ketika seseorang itu terlampau letih dan keinginan untuk tidur itu terlampau kuat tetapi otak gagal ‘menerima mesej’ yang cuba disampaikan oleh tubuh.

Bilakah Sleep Paralysis ini berlaku?

Sleep Paralysis biasanya terjadi sekali dalam masa tertentu. Jika ia berlaku ketika kita sedang tidur, ia dipanggil hypnagogic atau predormital. Jika ia berlaku ketika kita terjaga pula, ia dipanggil hypnopomicatau postdormital.

hypnagogic atau predormital - Ketika kita mula tidur tubuh akan menjadi relaks secara perlahan-lahan. Selalunya kita akan mejadi kurang peka, jadi kita tidak akan perasan sebarang perubahan yang belaku. Bagaimanapun, jika kita masih sedar/peka ketika mula tidur, kita mungkin perasan bahawa kita tidak dapat bergerak atau bercakap.

hypnopomic atau postdormital - Ketika tidur, badan kita saling bertukar-tukar antara tidur REM(rapid eye movement) dan tidur NREM (non-rapid eye movement). Satu kitaran REM dan NREM bertahan selama 90 minit. Tidur NREM berlaku dahulu dan mengambil 75% dari masa tidur kita. Semasa tidur NREM, badan menjadi relaks dan menyimpan tenaga semula. Pada akhir NREM ini, tidur kita akan berubah kepada tidur REM. Mata akan bergerak dengan lebih cepat dan mimpi pun terjadi pada tahap ini, tetapi seluruh tubuh kekal relaks. Otot badan akan “turned-off” ketika tidur REM ini. Jadi, jika kita masih sedar atau tersedar sebelum berlakunya kitaran REM ini, kita mungkin akan perasan bahawa kita tidak dapat bergerak atau bercakap.
Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika Tidur Mengikut Kaedah Islam 

Untuk pengetahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:

 الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
 فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ 

Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.

Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.

Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.

Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh. 

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).

Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.  Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.

Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami. Wallahualam

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More