Seorang
doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut
berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan
bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya
petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka
menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah
yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan
meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan
bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap
semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat
mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.
Kes
kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan.
Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah
pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan
semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan
hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.
Kes
ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk
memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah
satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan
dibilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2
seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang
menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin
bertambah baik.
Bawang
merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat
menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika
digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan
semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman
hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan
makanan, cirit birit dan sebagainya.
Satu
kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana
perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya
untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari
berikutnya.
Nak sihat senang, nak sakit lagi senang. Gunakan pengetahuan anda
sebaiknya dan mari berkongsi supaya bertambah berkat dari Allah s.w.t.
0 komen:
Post a Comment