Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Sunday, April 20, 2014

Bolehkah Zikir, Doa Dan Bacaan Al-Quran Tanpa Berguru?



Bolehkah kita mengamalkan sesuatu amalan zikir, doa-doa dan membaca surah-surah dari ayat al-Quran tanpa berguru dan bersanad terlebih dahulu?

Jawapan:
Jika kita memahami bahasa Arab, dan doa itu adalah ma’thur (مأثور) iaitu ada sumbernya daripada al-Quran dan al-Hadis maka tidak menjadi kesalahan. Kecuali jika seseorang ingin beramal dengan wirid-wirid yang tertentu, mengikut tarikat tertentu maka hendaklah dia beriltizam dengan guru atau syeikh mursyid.

Suka dinyatakan di sini berkenaan dengan pengijazahan, maka ia adalah lebih baik jika bersanad dan dalam pengamalan secara mengikut tarikat tertentu tetapi berkenaan dengan zikir yang telah difahami dan dimaklumi umum maka bolehlah dia beramal tanpa sanad/ijazah seperti apa yang disusun oleh al-Syahid Hasan al-Banna iaitu al-Ma'thurat, ini kerana beliau sendiri mengambil daripada nas-nas yang masyhur. Sebagai contoh dinyatakan pada permulaan bukunya oleh penerbit bahawa risalah al-Ma’thurat karya al-Marhum Syeikh Hasan al-Banna berdasarkan sumbernya daripada hadis-hadis al-Jami’ al-Soghir, al-Jami’ al-Sahih, al-Sunan, Amal al-Yaum wa al-Lailah dan ramai lagi tokoh yang diambil daripada karya masing-masing. Justeru, kalau inilah maka hukumnya bolehlah kita berzikir dan beramal tanpa ijazah dan sanad.

Antara buku kompilasi zikir dan doa harian yang mudah dan bersumberkan al-Quran dan al-Hadis ialah Hisnul Muslim susunan Syeikh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani. Selain itu, boleh juga merujuk kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi. Wallahua'lam.

0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More