Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Sunday, January 19, 2014

Peristiwa Pasar Emas Bani Qainuq



Suatu ketika dahulu di zaman Madaniyah,seorang wanita Arab Islam telah pun pergi ke pasar Bani Qainuqa' (Yahudi) untuk membeli barang. Di sana, wanita tersebut telah pun duduk berdekatan dengan tukang pembuat emas. Kemudian sekumpulan orang yahudi telah datang kepadanya dan cuba mengganggu wanita Islam tersebut dengan membuka penutup mukanya tetapi ia telah ditentang oleh wanita tersebut.

Di sebabkan keengganan wanita tersebut, si tukang emas itu pun secara senyap telah mengungkai tali yang mengikat baju wanita Islam itu dibadannya, lalu bila wanita tersebut bangun untuk beredar maka terselaklah auratnya dan pekiklah wanita itu.

Mendengarkan pekikan wanita Islam ini, seorang lelalki muslim meluru kearah tukang emas tadi lalu membunuhnya demi mempertahankan maruah wanita itu. Melihat keadaan demikian, sekumpulan yahudi tadi pun naik marah dan menyerang lelaki muslim itu dan membunuhnya.

Berita tentang gangguan kepada wanita Islam dan pembunuhan lelaki muslim tersebut sampai kepada Rasulullah SAW dan seluruh ummat Islam di Madinah. Lantaran itu Rasulullah mengumpulkan para sahabat untuk memerangi Bani Qainuq'.

Ekoran daripada peristiwa itu, Bani Qainuqa' menyerah diri kerana takut untuk berperang dengan kaum muslimin bahkan mereka mendapat perlindungan daripada orang munafiq iaitu Abdullah bin Ubai. Rasulullah SAW lantas menghalau mereka daripada kota Madinah ke Azri'at di negeri Syam. Di sana, sebilangan besar daripada mereka telah dibinasakan oleh penduduk tempatan sana kerana sikap kurang ajar mereka.

Pengajaran?

Dahulu, betapa tingginya maruah seorang wanita muslim itu dilindungi oleh seluruh ummat Islam hingga ada yang sanggup berkorban demi mempertahankan kesucian jiwanya. Dahulu juga memperlihatkan betapa tingginya semangat jihad seorang lelaki muslim dalam mempertahankan kebenaran. Ini sekali gus memperlihatkan kekuatan ummat Islam. Pada ketika itu.

Tapi sekarang, bukan seorang bahkan hendak mempertahankan kesucian seorang gadis dalam keluarga sendiri pun susah. Bahkan maruah gadis-gadis muslim sekarang sudah terlalu murah kerana begitu senang sahaja kesucian mereka dirampas oleh lelaki-lelaki yang rakus demi memuaskan nafsu serakah mereka.

Bahkan lelaki-lelaki muslim juga sudah hilang keperwiraan mereka. Mereka lebih mudah terikat dengan cinta dunia serta segala janji yang ditaburkan syaitan kepada mereka. Untuk berjihad? Jauh sama sekali. Semangat kejantanan dalam diri mereka hanya pada perkara yang kecil-kecil sahaja bukan pada perkara besar seperti menjadi Khalifah atau menjadi pemimpin yang unggul.

Kenapa ini berlaku?

Kerana ummat Islam seluruhnya telah pun terkena Ghazwul fikr yang dilontarkan oleh Bani Qainuqa' serta keturunan mereka (yahudi) yang ingin membalas dendam. Perancangan mereka rapi, perancangan mereka juga lama. Kini, ia membuahkan hasil.

Monday, January 13, 2014

Racun Serangga Organik

Racun Serangga Organik
Penggunaan racun serangga berasaskan bahan kimia sedikit sebanyak dalam tempoh yang panjang akan memberikan kesan kepada manusia termasuklah masalah kulit dan kemusnahan alam sekitar. Selain itu juga, jika kita mengunakan racun kimia, kita perlu memikirkan jenis racun kimia yang di beli, bagaimana menyimpan di tempat yang selamat, serta cara yang betul mengunakannya. Tetapi cuba anda fikir, kesan dan akibat jika anda tersalah menggunakan bahan kimia ini. Jadi kali ini, kami kongsikan cara yang mudah dan ringkas untuk menyediakan racun serangga organik ini.

Caranya ringkas sahaja untuk menyediakan racun serangga di rumah anda, hanya perlu mengunakan 4 bahan asas yang biasa digunakan didapur  seperti cili padi, bawang putih , sedikit minyak masak dan air. Tumbuk bawang putih dan cili sehingga pecah, masukkan minyak satu sudu dan air satu cawan. Semburkan pada daun atau bahagian tumbuhan yang terkena bena atau serangga itu. Pasti serangga yang memakan daun dan bunga kesayangan anda tidak berani mendekati lagi.Selamat Mencuba..!!!

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W.

Selamat Menyambut Malidurasul , sentiasa ingat Nabi Muhammad dan ikut sunnahnya-- 




🍚1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

🏉2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

🍪3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

🍇4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

🍶5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

🍉6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

🍼7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

🍮8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

🏮9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

🍅10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

Byk2 kita berselawat ke atas baginda
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..

Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

✅ SALAM RABI'ULAWWAL 1435H
💟 BIODATA RASULULLAH SAW
NAMA :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.
TARIKH LAHIR :
Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.
TEMPAT LAHIR :
Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.
Gelaran: AL AMIN
Pengasuh Pertama:
Ummu Aiman
Ibu Susu Pertama:
Thuwaibatul Aslamiah
Ibu Susu Kedua:
Halimah As Saadiah
Isteri-Isteri Rasulullah :
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.
11] Juwairiyah bt al-Harith.
12] Mariah bt Syam'un.
Anak-Anak Rasulullah :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'

Tanda istimewa: Cop kenabian di antara 2 bahu yg sentiasa dinaungi olih bayangan awan kemana sahaja baginda berada.

Warna kehemaran :
Hijau, putih
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)

SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H . ✅

Wednesday, December 4, 2013

Doa Qunut Nazilah



Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.
Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.
Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi
dengan cubaan-cubaan seperti ini.
Bacaan Qunut Nazilah di zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam
Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabatsahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
                                                                                                                                          -Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

Tatacara Bacaan Qunut Nazilah
1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala
Maksudnya: Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata : "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".

Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu `anhu meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang.
Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.
2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku
berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya selepas rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum mushrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W (mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.


Soalan Berkenaan Sifat 20 Allah



Oleh Al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis 

Soalan : 

1. Allah bersifat dengan sifat kesempurnaan dan sifat2 Allah tidak terhad. Kenapa 20 je kita belajar? 

2. Imam Syafie, Imam Malik dan lain2 ulama salaf tidak belajar pun sifat 20 jadi bagaimana aqidah mereka? Adakah mereka sesat?

3. Datang dari mana sifat 20 ni?

4. Apakah aqidah golongan salaf sebelum kedatangan Asyairah dan maturidi? Apakah cara kaedah pembelajran aqidah mereka?

Jawapan :

1) 20 atau 13 sifat tidak merujuk kepada keseluruhan sifat-sifat Allah SWT tetapi sebahagian sahaja daripada sifat-sifat zat Allah SWT yang berasaskan dalil-dalil qat'ie (muktamad).

2) Ilmu sifat 20 bukanlah satu-satunya aqidah Islam, tetapi ianya adalah pendekatan atau kaedah pembelajaran aqidah yang dikembangkan setelah zaman mereka (Imam al-Syafi'e dan Imam Malik), bersesuaian dengan keperluan semasa, lalu diterima oleh majoriti ulama' Islam. Selagimana aqidah seseorang bersesuaian dengan aqidah Rasulullah SAW, maka tidaklah sesat.

3) Ilmu sifat 20 berkembang dalam perkembangan ilmu kalam terutamanya setelah manhaj Al-Ash'ari dan manhaj al-Maturidi mula diselaraskan. Ia berkembang mengikut zaman dan cabaran yang dihadapi pada zaman tersebut juga.

4) Dari sudut intipati aqidah, tidak ada beza antara aqidah salaf dengan aqidah al-ASh'ari dan al-Maturidi. Perbezaan adalah pada pendekatan dan metodologi pembelajaran dan perincian hujah2 aqidah...



rujukan : http://rajamukhlis.blogspot.com

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More