Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Tuesday, February 11, 2014

Longan




Longan adalah sejenis pokok berbuah yang buahnya digemari oleh ramai rakyat negara ini. Nama saintifiknya ialah Dimocarpus longan. Longan boleh dikaitkan dengan rambutan kerana ianya dari keluarga yang sama iaitu Sapindaceae. Perkataan longan berasal dari perkataan Cina yang disebut sebagai Longyan yang bermaksud mata naga (dragon eye).

Pokok longan berasal dari Asia Tenggara dan negara China merupakan pengeluar utama longan di dunia selain dari Thailand, Vietnam, Taiwan termasuk Australia dan USA. Longan merupakan tanaman saka dengan pokoknya yang hijau rimbun serta boleh mencapai ketinggian hingga 20 meter dan mengeluarkan buah yang enak rasanya.

Buah longan mempunyai isi yang tebal dan berwarna jernih kekerohan (translucent) bersaiz antara 14 – 18gm dan kaya dengan zat makanan seperti kalsium, phosporus, zat besi, vitamin C serta mempunyai kalori yang tinggi. Buah longan dimakan segar tetapi boleh juga dikeringkan untuk tujuan ubat-ubatan, dimasak untuk dijadikan sup atau diproses untuk ditinkan dan sebagainya.

Longan sesuai untuk ditanam di tanah liat/lom berpasir halus, organic sand dan clay muck yang mempunyai saliran yang baik dengan bacaan pH antara 5.5 – 7.0. Antara kultivar yang biasa ditanam di Malaysia adalah Diamond dari jenis Phetsakon yang boleh berbunga sendiri, manakala kultivar Chompoo, Biew Khiew dan Edaw memerlukan bantuan secara aruhan untuk pengeluaran bunga dan seterusnya mengeluarkan hasil dengan menggunakan hormon/kimia (kalium klorat).

Pokok longan biasanya berbunga pada bulan Januari dan Jun di mana terdapatnya musim kering dengan taburan hujan bulanan antara 78mm hingga 124mm. oleh itu musim bagi longan di Malaysia adalah dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan September.

Tanaman longan mula mengeluarkan hasil pada tahun keempat penanaman bergantung kepada kaltivar. Penjagaan dan pengurusan tanaman longan yang baik boleh mengeluarkan hasil antara 2,000 hingga 3,500 kg/hektar/musim dan hasil akan meningkat dari tahun ke setahun hingga ke tahun ke 8 di mana hasil boleh menjangkau ke 10,000 hingga 20,000 kg mengikut varieti. Harga ladang diantara RM 3.00 hingga 4.50 sekilogram.

Tanaman longan ternyata mempunyai potensi yang besar di negara ini. Selain dapat tumbuh dan berbuah dengan baik, pemugaran tanaman longan secara komersil merupakan satu bidang usaha yang berdaya maju dam mampu memberikan pulangan yang baik dan menguntungkan.

Tuesday, February 4, 2014

Limau Purut

Buah dan daun limau purut banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan, perubatan tradisional, mandian lulur, pewangi semula jadi dan sebagainya.



yang hodoh untuk kecantikan
(idris bald)

Limau purut atau disebut sebagai jeruk obat, jeruk purut di Indonesia atau bahasa Inggerisnya disebut kaffir lime, atau nama saintifiknya Citrus hystrix dari famili Rutaceae merupakan tanaman belukar berduri dengan aromatik yang tersendiri. Tanaman ini biasa digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan dan ramuan perubatan pelbagai bangsa.

Buah limau purut berbentuk bulat dan kulitnya berwarna hijau bergerutu seperti katak puru manakala daunnya mengeluarkan aroma harum, sesuai dibuat mandian dan perasa dalam pelbagai masakan. Daun limau purut boleh digunakan secara segar atau kering atau disimpan beku. Kulit ari limau purut yang biasanya digunakan dalam masakan Lao dan Thai untuk hidangan seperti tom yam atau dijadikan pes kari bagi menambah aromatik dan rasa astringen. Manakala orang kemboja menggunakannya untuk paste asas ‘Krueng’ dan dalam masakan ayam untuk menambah wangian bagi orang Vietnam.

Daun limau purut yang berbentuk balang waktu (hour-glass) kerana bertingkat, kaya dengan minyak yang beraroma dikenalpasti sebagai citronellal (80%) serta 10% nerol dan limonene manakala kulit buah limau purut mengandungi komponen utama iaitu limonene dan pinene .

Limau purut dibiakkan melalui biji benih dan secara tampang atau tut. Namun tanaman melalui biji benih memakan masa yang agak lama untuk mengeluarkan hasil dan pokok mengeluarkan lebih banyak duri berbanding tanaman melalui tut. Bagaimana pun bagi pengeluaran hasil daun, kutipan boleh dijalankan selepas 8 – 10 bulan tanaman (penanaman melalui pembiakkan tampang)

Pembajaan bagi tanaman ini boleh menggunakan baja tinta ayam atau tinta kambing yang telah direputkan sebanyak 5kg/pokok dengan kekerapan dua kali setahun bagi peringkat tumbesaran iaitu 1 – 3 tahun. Penggunaan tinta kambing juga boleh membantu membasmi penyakit kanker batang dan dahan yang merupakan penyakit utama tumbuhan ini. Pembajaan menggunakan baja urea dilakukan dua kali setahun iaitu sebanyak 50 gm/pokok setiap kali pembajaan.

Tanaman limau purut yang telah cukup matang boleh menghasilkan sebanyak 300 – 400 kilogram buah limau purut sebulan/sehektar manakala hasil daun adalah sebanyak 500 – 600 kilogram sebulan bagi sehektar dengan harga ladang antara RM 5.00 hingga RM 7.00 sekilogram.

Antara lain kegunaan buah dan daun limau purut selain perisa dalam masakan adalah untuk pelbagai perubatan tradisional, mandian lulur, pewangi semula jadi dan sebagainya. Selain dari itu kedua-dua bahagian tanaman in mendapat permintaan yang tinggi di pasaran tempatan dan eksport.


sumber

Sunday, January 19, 2014

Pandangan Mengenai Golongan Wahabi



ISU:

Apakah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan golongan Wahabi? Adakah golongan yang berzikir dan berdoa secara sendiri-sendiri selepas solat itu Wahabi?
 
PENJELASAN:

Aliran Wahabi bukanlah satu mazhab akan tetapi satu bentuk gerakan pemikiran agama yang banyak dipegang oleh ulama-ulama Haramayn (Mekah dan Madinah) kontemporari mengikuti pendekatan yang diambil oleh Muhammad bin Abd Wahhab (m.1792). Dari segi mazhab , mereka lebih hampir dengan mazhab Hanbali walaupun dari beberapa segi mereka lebih ketat dan keras.
 
Dalam sejarah tradisi ilmu Islam, aliran Wahhabi bukanlah mewakili arus perdana mazhab Ahl Sunnah wa al-Jamaah kerana sejak seribu tahun lebih, aliran yang menjadi peneraju kepada pentafsiran Ahl Sunnah wa al-Jamaah dalam bidang akidah ialah Asha’irah dan Maturidiyah, manakala dalam bidang fiqh ialah empat mazhab utama iaitu Shafi’i, Hanafi, Maliki dan Hanbali.
 
Dari segi pendekatan ilmiah, aliran Wahabi membawa pendekatan yang agak sempit dengan metodologi harfiah (literal) yang mereka ambil dalam memahami sumber agama khususnya al-Qur’an. Justeru itu, sebahagian dari pandangan mereka dalam agama bersifat agak keras terutama terhadap orang yang tidak mengambil pendekatan mereka. Pendekatan sebegini akhirnya telah membawa kepada kecenderungan untuk mudah mengeluarkan orang Islam dari lingkungan agama yang tidak sealiran dengan aliran Wahabi.
 
Contoh perbezaan pandangan golongan Wahabi yang agak jelas ialah pandangan mengenai sunnah dan bid’ah. Berdasarkan makna literal beberapa hadis Nabi, mereka menganggap bahawa setiap amalan ibadat yang tidak mengikuti secara langsung cara yang dibawa oleh Nabi saw, dianggap bid’ah dan terkeluar dari Islam.
 
Justeru itu banyak amalan dan pegangan yang telah diamalkan oleh masyarakat Islam telah dianggap terkeluar dari agama Islam oleh golongan Wahabi. Pendekatan ini telah menyebabkan perpecahan di kalangan sebahagian masyarakat yang telah lama mempunyai kesatuan dalam ibadat menurut pentafsiran imam-imam muktabar dalam mazhab Shafi’i dan dalam akidah menuruti aliran al-Ash’ari dan al-Maturidi.
 
Banyak persoalan yang bersifat khilafiah telah diangkat dan dianggap sebagai perkara usul sehingga menjadi permasalahan dalam masyarakat, seperti larangan doa qunut, wirid dan berdoa secara berjamaah selepas solat, tahlil, berzanji, qasidah, burdah, membaca yasin pada malam jumaat, perayaan maulid, kesemuanya ditolak atas nama bid’ah yang sesat. Ini sama sekali tidak selari dengan pemahaman sunnah dan bid’ah yang sebenar dalam Islam dan juga tidak bertepatan dengan semangat ilmiah dalam tradisi Islam yang membenarkan perbezaan pandangan dalam persoalan khilafiah.
 
Dalam konteks tasawuf, mereka amat keras membid’ah amalan-amalan tariqat, amalan wirid dan selawat yang dilakukan oleh golongan sufi. Dalam akidah, mereka membid’ahkan ajaran tauhid berdasarkan sifat yang kesemuanya dipelopori oleh ulama-ulama berwibawa dalam aliran Ahl Sunnah wa al-Jama’ah.
 
Contoh lain perbezaan pemahaman aliran Wahabi ialah pendekatan mereka dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat dalam al-Qur’an seperti ayat berkaitan ‘tangan dan wajah Allah’, istiwa’ dan lain-lain. Dengan mengisbatkan secara literal ayat-ayat ini dan menolak sama sekali pendekatan ta’wil yang juga salah satu pendekatan yang diambil oleh ulama salaf dan khalaf, ia membawa kepada kecenderungan tajsim (kefahaman Allah berjism) dan tashbih (kefahaman Allah menyamai makhluk) terutama kepada mereka yang berfahaman simplistik berkaitan isu tersebut.
 
Ramai ulama-ulama yang telah mengkritik dan menghujah aliran Wahabi termasuk saudara kandung Sheikh Muhammad Abdul Wahhab sendiri iaitu Sheikh Sulayman Abd Wahhab dalam kitabnya bertajuk al-Sawa’iq al-Ilahiyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah. Antara ulama-ulama lain ialah Sayyid Ahmad Ibn Zaini Dahlan (m.1886) Mufti Mekkah dan Shaykh al-Islam dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah dan Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti dalam karyanya al-Salafiyyatun Marhalatun Zamaniyyatun Mubarakatun la Mazhabun Islamiyyun.
 
Memandangkan Malaysia jelas mengambil pendirian sejak beratus tahun lalu bahawa aliran yang harus diikuti ialah mazhab Shafi’i dan dalam akidah aliran Ash’ari dan Maturidi dan ianya telah menghasilkan perpaduan yang utuh di kalangan umat Islam, baik dalam ibadah, muamalah dan lain-lain sehingga memberi ketenangan dan keharmonian dalam masyarakat dan negara, maka aliran Wahabi adalah tidak sesuai dalam konteks kefahaman dan amalan agama di Malaysia.
 
Manakala mereka yang berzikir secara sendiri-sendiri selepas solat tidak semestinya dari aliran Wahabi. Namun sekiranya mereka membid’ahkan orang yang berzikir secara berjamaah selepas solat berkemungkinan besar ia dari golongan tersebut.
 
Wallahu A’lam.

Maruah Orang Islam Dicabar Di Negara Islam


Apabila pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya didakwa mengeluarkan 'ucapan rasis' pada 12 Ogos 2010 ketika mengulas masalah disiplin pelajar - seluruh media alternatif dan penyokong totok mereka akan menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Dipindahkan ke sekolah tidak mencukupi, beliau seharusnya dipecat dan dijadikan contoh teladan.

Apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristina pada bulan Julai 2013 makan di tandas semasa bulan ramadhan, sekali lagi seluruh media alternatif dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB Pengetua digodam. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, apabila Ahli Jemaah SJKC Nan Ya di Johor pada minggu lepas memaksa seorang guru muallaf berbangsa Cina untuk membuka tudungnya atau akan diambil tindakan keras, semua pihak tersebut diam seribu bahasa. Malah, setelah guru tersebut melaporkan pada polis, guru tersebut pula yang dipindahkan sedangkan Ahli Jemaah bebas dan tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin.

Apabila ada pihak mahu membangkitkan isu tudung ini dan menuntut keadilan, dikatakan pula kita masyarakat majmuk, jangan digembar-gemburkan isu ini. Apabila kita mahu menjaga izzah dan maruah wanita muslimah tersebut, dikatakan pula kita siasat dulu, mungkin ada Ahli Jemaah SJKC Cina itu tidak faham agama Islam. Apabila ada pihak mahu tindakan tegas harus diambil terhadap ahli jemaah sekolah, dikatakan pula isu ini perkara kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yg lebih meruncing.

Ya Allah, mengapakah begitu selektif sekali golongan ini? Di manakah sebenarnya sensitiviti umat ini? Di manakah sebenarnya maruah dan ghairah umat ini untuk mempertahankan kemuliaan agama tercinta ini? Sudah begitu buta politikkah kita sehingga isu umat Islam tiada langsung di dalam agenda kecuali apabila menguntungkan tujuan politik untuk menjatuhkan parti lawan?
Sudah lupakah peristiwa di pasar emas Bani Qainuqa? Sudah lupakah kisah Khalifah Abu Ishaq Al-Mu'tasim?

Wahai umat Islam, sedarlah akan kemuliaan agama yang tercinta ini. Takutilah ancaman Allah dan janganlah kita termasuk dalam golongan yang dimaksudkan Allah untuk digantikan seperti dalam Firman-Nya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.” Al-Maidah:54

Kepada Allah kita berserah.

Wallahua'lam.

Megat A Rithauddeen
Aktivis ISMA

Kisah Khalifah Al-Mu'tasim



Jika tulisan ini berfokus pada wanita, sungguh karena wanita itu sangat mulia dalam Islam. Rasulullah saw sampai menyebut wanita sampai 3 kali saat ditanya, "siapa orang yang harus paling aku hormati, wahai Rasulullah?" Rasul menjawab "ibumu, ibumu, ibumu". Bukankah ibu itu seorang wanita? oh, sungguh wanita itu dimuliakan oleh Islam, sehingga sewaktu Islam berjaya, tidak ada orang yang berani melecehkan wanita. walaupun wanita itu hanyalah budak. Simak kisah heroik Khalifah Al-Mu'tasim dalam melindungi kehormatan wanita !

Pada Tahun 837 M pada zaman kekhalifahan ABU ISHAQ 'ABBAS AL-MU'TASIM IBN HARUN AR-RASYID (795-842 M) akrab disapa al-mu'tasim billah pada masa dinasti Abbasiyah. Ketika itu ada seorang budak wanita muslimah yang diganggu oleh orang Romawi saat berbelanja dipasar. sebagaimana kita ketahui, Muslimah itu cenderung dengan pakaian yang tertutup rapih menutupi auratnya. Namun itu malah memancing orang Romawi yang berpenyakit hatinya untuk mengganggu wanita tersebut. dia mengkaitkan pakaian wanita itu pada sesuatu sehingga saat wanita itu bergerak, tersingkaplah auratnya.Wanita itu yang konon berasal dari bani hasyim. Tak tahan dengan pelecehan tersebut, berteriaklah ia memanggil sang khalifah dengan kalimat yang sangat legendaris "WAA MU'TASIMAAH !" yang artinya "DIMANA KAU MU'TASIM, TOLONGLAH AKU".

Ammuriyyah, adalah sebuah kota dibawah kekuasaan Romawi masih di daerah benua asia, dimana wanita itu dilecehkan dan berteriak. Sedangkan Khalifah Al-Mu'tasim berada di pusat pemerintahan di kota Baghdad (sekarang irak). Namun saat teriakan itu sampai kepada Al-Mu'tasim. Beliau langsung memerintahkan panglima perang untuk mengumpulkan pasukan untuk memenuhi panggilan wanita itu.

Beribu-ribu pasukan langsung dikerahkan, banyak sekali sehingga saat pasukan itu berbaris, pasukan terdepan sudah ada di kota Ammuriyah, sedangkan pasukan yang ada di belakang masih di perbatasan kota Baghdad. Sebegitu seriusnya Khalifah Al-Mu'tasim dalam melindungi kehormatan seorang wanita, dan kehormatan Islam tentunya.

bertempurlah pasukan Islam dan pasukan Romawi 13 Agustus 833 M. 30.000 pasukan Romawi tewas, 30.000 pasukan romawi yang lain dijadikan budak. Tinta emas Islam mencatat, itulah kisah heroik yang sangat fenomenal, demi kemuliaan seorang wanita dan kemuliaan Islam.

Setelah selesai perang, khalifah Al-Mu'tasim mengunjungi rumah wanita tersebut, Beliau memerdekakan wanita tersebut dan menjadikan lelaki yang melecehkannya sebagai budaknya. Beliau (Khalifah Al-Mu'tasim) berbicara "wahai saudariku, Apakah aku telah memenuhi panggilanmu atasku?". Subhanallah...

Pertanyaannya, jika sekarang ada PRT/ TKI yang disiksa oleh majikannya, lalu dia berteriak "DIMANA KAU SBY???" apakah SBY akan datang menolong??? Rasanya kita bisa melihat jawaban itu dari fakta-fakta yang terjadi.

Berbahagialah wahai Muslimah, sungguh Islam telah memuliakanmu, dan menjadikanmu orang yang sangat mulia, ketika engkau menjadi seorang ibu.. wallahu a'lam.


sumber

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More