Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Thursday, April 3, 2014

Atasi Masalah Suhu Rumah Atau Bilik Yang Panas

Dengan suhu yang agak panas di Malaysia ni pasti ramai yang tercari-cari tips nak atasi masalah bilik yang panas.
tips sejukkan atasi bilik rumah panas
Untuk sejukkan rumah atau bilik boleh saja pasang air-cond atau pendingin udara bagi yang ada duit lebih. Tapi bagi yang tak berkemampuan, bolehlah cuba tips di bawah. Semoga bermanfaat! 

LETAK BESEN AIR DI DALAM BILIK
Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
PASANG JARING KELAMBU BESI DAN BUKA TINGKAP PADA WAKTU MALAM HARI
Selalunya pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, ada satu masalah lain, iaitu rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Pemasangan jaring yang halus lubangnya seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk.
GUNAKAN PAPAN FIBER SIMEN UNTUK SILING RUMAH
Fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.
GUNAKAN LAMPU DARI JENIS KURANG MEMANCARKAN HABA
Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.
POKOK EKOR KUCING BOLEH MENYEJUKKAN RUMAH
Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.
CAT DINDING RUMAH DENGAN WARNA CERAH YANG DAPAT MEMANTULKAN CAHAYA DAN HABA
Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.
AWNING DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN PEMANASAN ATAP RUMAH AKIBAT PANCARAN CAHAYA MATAHARI
Anda digalakkan untuk memasang awning. Awning dapat membantu melindungi rumah anda dari cahaya matahari yang terlampau.
JAUHKAN PENGHAWA DINGIN DARIPADA TELEVISYEN ATAU KOMPUTER
Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda.

Senarai Panduan Ubahsuai Kenderaan Dari JPJ

Ada yang plan nak ubahsuai kenderaan korang? Tak tahu garis panduan ubahsuai kereta yang dibenarkan oleh JPJ?

senarai panduan ubahsuai kenderaan kereta

Kalau tak tahu baca dulu artikel senarai panduan di bawah ni. Mungkin boleh bantu korang apa yang patut sebelum ubah suai kereta.

PENGUBAHSUAIAN YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

  • Pemasangan spoiler udara di bahagian hadapan dan belakang
  • Pemasangan side skirt, aerofoil door visor pada kereta 
  • Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta
  • Pengubahsuaian kecil pada jeriji radiator, bonet atau bentuk serta reka bentuk lampu.
  • Pengubahsuaian kecil dan melebarkan tyre wings atau muduard
  • Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau gentian kaca) pada bahagian hadapan ataua belakang
  • Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar
  • Pemasangan para bumbung
  • Pemasangan sun roof di atas bumbung
  • Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber)
  • Pemasangan lampu limpah atau lampu halogen (berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu sedia ada
  • Penggunaan cermin gelap atau penampalan berwarna di bahagaian atas cermin hadapan sebanyak 20 peratus dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan
  • Pemasangan pengadang angin, penutup lampu gentian kaca penutup enjin gentian kaca pada hadapan motosikal di mana aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.

PENGUBAHSUAIAN YANG MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

  • Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor
  • Pengubahsuaian ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan
  • Pengubahsuaian dari kereta saloon kepada kereta convertible
  • Pengubahsuaian ke atas sistem bahan api
  • Pengubahsuaian ke atas sistem brek
  • Pengubahsuaian ke atas sistem steering
  • Pengubahsuaian ke atas bes roda kenderaan
  • Penggunaan badan gentian kaca bagi menggantikan keluli
  • Penukaran enjin

PENGUBAHSUAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN OLEH JPJ

  • Lampu kelip-kelip (selain lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta
  • Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau
  • Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada
  • Pemasangan lampu limpah pada bahagian belakang kereta
  • Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70 peratus.
  Jadi, diharap artikel ni dapat jelaskan kekeliruan tentang ubahsuai kenderaan sama ada kereta atau motosikal. Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila tanya dengan abang JPJ. Thanks :)

Cara Penggunaan Gear Yang Betul Untuk Kereta Auto




Tahukah anda terdapat tips atau cara guna gear yang betul untuk kereta auto. Walaubagaimanapun artikel ini sesuai untuk kereta automatik yang mempunyai butang tombol pada gear.

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Dapat agak sebab lampu reverse nyala kejap. Bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama. Kereta dah hon-hon. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Boleh rosak gear box rasanya.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light: 
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Penggunaan tombol/butang pada batang gear:
1. Perlu tekan tombol semasa menukar gear
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. Jangan sesekali tekan jika untuk menukar gear antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

Kalau gear yg jenis ada lekuk-lekuk tu selamatlah. Tombol tekan pun tak ada kan?

tips cara betul guna gear kereta auto

Jika ada yang belum faham fungsi setiap gear, bolehlah rujuk keterangan setiap susunan gear untuk gearbox auto yang berikut:

P – parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat. Jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R – reverse, untuk mengundur kereta anda

N – neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

BACA JUGA: Senarai Panduan Ubahsuai Kenderaan Dari JPJ

D – drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 sahaja

3 – setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 – ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L – Low gear, gear pertama

Simbol MH370 dalam filem Man Of Steel?


Misteri kehilangan MH370 sekarang ini telah dibicarakan secara serius di seluruh dunia.. Pelbagai teori dan andaian dibuat untuk dikaitkan dengan kehilangan tanpa sebarang pertunjuk.

Memang sifat manusia yang suka membuat telahan dan andain dan kadang kala diluar jangkaan akal kita yang normal berfikir.

Baru-baru ini, timbul pula dakwaan yang menggatakan kehilangan pesawat MH370 telah dinyatakan secara simbolik lebih awal dalam filem blockbuster Hollywood, "Man of Steel".

Di bawah ini video dakwaan berkenaan.




Salah satu babak dalam filem Man of Steel, telah memaparkan nombor 370 secara jelas di atas sebuah kenderaan panjangseperti bas.


Jika dilihat dengan teliti, tertulisnya:


M.I.A 6 - 370

Yang boleh diertikan sebagai..

MIA = Missing In Action

MIA = Malaysia International Airport

Manakala nombor 6 jika dikira secara abjad adalah sama kedudukan dengan huruf F yang membawa maksud kepada Flight.

6 = F (Flight)


Menurt teori ini mengikut kiraannya matematiknya, CIA terlibat dalam perancangan menghilangkan pesawat MH370 seperti berikut:

Pendedahan yang kedua pula, dalam filem tersebut, superman ada menyebut perkataan Lautan Hindi.

"If I don't stop that machine over the Indian Ocean"

Adakah sebutan ini secara kebetulan? Pembaca boleh berfikir dan menjawabnya.

24 Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pengumuman ini dibuat berdasarkan data-data kukuh yang diberikan oleh INMARSAT.

Pelik kan?

Teori ini juga mengaikan dengan filem Mission Impossible III 2006.

Salah satu babak dalam filem Mission Impossible III 2006 juga ada memaparkan logo Malaysia Airlines secara horizontal dalam keadaan yang musnah akibat letupan di China.



Logo yang sama juga muncul di filem Transformers - Revenge of the Fallen pada tahun 2009 juga di China.

Adakah masij kebetulan?
Kebetulan kah ini? Seperti telah dirancang sejak 2006 lagi.


Pembaca boleh menilai sendiri.. tak perlu percaya, cukuplah sekadar membaca info dan membuat kesimpulan dengan apa yang ada. Kita masih belum jumpa serpihan dan sebarang pertunjuk di mana sebenarnya MH370 berada.

Teori ini lebih baik daripada kata Bomoh Gila 'tergantung di 3 negara' kerana ditawan raksasa..

Anda Selalu Ditindih Oleh Hantu Sewaktu Tidur (Sleep Paralysis)


Fenomena ini mungkin telah seringkali dialami oleh segenap lapisan masyarakat. Tidak kurang juga yang mengaitkan fenomena ini dengan kewujudan hantu/syaitan yang dikatakan ‘menggangu’ manusia yang sedang tidur. Sukar untuk mengetahui kebenaran hal tersebut kerana tiada bukti mahupun teori kukuh yang dapat mengaitkan fenomena ini dengan gangguan hantu/syaitan.

Fenomena ini telah dikaji oleh pengamal perubatan barat yang menamakan fenomen ini sebagai“Sleep Paralysis“ ataupun kelumpuhan sementara semasa tidur. Sleep Paralysis ini mungkin menyebabkan kita berasa takut, terutamanya jika kita ‘ternampak, terasa atau terdengar’ sesuatu yang sebenarnya tiada di situ. Ia mungkin terjadi sekali atau berkali-kali dalam masa semalaman.


Adakah Sleep Paralysis merbahaya?


Para pengkaji menyimpulkan bahawa dalam kebanyakkan kes, Sleep Paralysis adalah hanya petanda bahawa badan kita tidak bergerak secara teratur semasa dalam peringkat-peringkat tidur. Jarang sekali dijumpai kes dimana Sleep Paralysis ini berhubung kait dengan masalah psikitari yang tersembunyi.
Apakah itu Sleep Paralysis ?

Sleep Paralysis adalah perasaan dimana individu itu sedar tetapi tidak dapat bergerak. Ia terjadi ketika seseorang itu sedang melalui peringkat antara terjaga dan tidur. Ketika ia berlaku, kita tidak dapat bergerak atau bercakap untuk beberapa saat atau beberapa minit. Zyra sendiri telah merasai fenomena ni, memang takut sangat tamabah-tambah bila tak boleh nak baca sebarang ayat Quran sebab lidah jadi kelu. Mengikut pakar, kejadian ini sering terjadi ketika seseorang itu terlampau letih dan keinginan untuk tidur itu terlampau kuat tetapi otak gagal ‘menerima mesej’ yang cuba disampaikan oleh tubuh.

Bilakah Sleep Paralysis ini berlaku?

Sleep Paralysis biasanya terjadi sekali dalam masa tertentu. Jika ia berlaku ketika kita sedang tidur, ia dipanggil hypnagogic atau predormital. Jika ia berlaku ketika kita terjaga pula, ia dipanggil hypnopomicatau postdormital.

hypnagogic atau predormital - Ketika kita mula tidur tubuh akan menjadi relaks secara perlahan-lahan. Selalunya kita akan mejadi kurang peka, jadi kita tidak akan perasan sebarang perubahan yang belaku. Bagaimanapun, jika kita masih sedar/peka ketika mula tidur, kita mungkin perasan bahawa kita tidak dapat bergerak atau bercakap.

hypnopomic atau postdormital - Ketika tidur, badan kita saling bertukar-tukar antara tidur REM(rapid eye movement) dan tidur NREM (non-rapid eye movement). Satu kitaran REM dan NREM bertahan selama 90 minit. Tidur NREM berlaku dahulu dan mengambil 75% dari masa tidur kita. Semasa tidur NREM, badan menjadi relaks dan menyimpan tenaga semula. Pada akhir NREM ini, tidur kita akan berubah kepada tidur REM. Mata akan bergerak dengan lebih cepat dan mimpi pun terjadi pada tahap ini, tetapi seluruh tubuh kekal relaks. Otot badan akan “turned-off” ketika tidur REM ini. Jadi, jika kita masih sedar atau tersedar sebelum berlakunya kitaran REM ini, kita mungkin akan perasan bahawa kita tidak dapat bergerak atau bercakap.
Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika Tidur Mengikut Kaedah Islam 

Untuk pengetahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:

 الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
 فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ 

Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.

Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.

Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.

Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh. 

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).

Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.  Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.

Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami. Wallahualam

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More