Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Tuesday, December 23, 2014

Khasiat Kari

1. Penawar cirit birit dan buasir
- Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.
2. Loya dan pening
- Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.
3. Diabetes
- Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
4. Agar rambut panjang dan sihat
-Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa
- Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.
6. Lebam dan bengkak
- Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.
7. Kecantikan dan kesihatan diri
- Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.

Pokok Ketumpang Air atau Sireh Cina


Pasti anda tahu dan sering terlihat pokok ini selalu tumbuh di sekitar rumah anda dan anda akan selalu mencabutnya dan membuangnya untuk membersihkan kawasan rumah.
Tetapi tahukah anda pokok ini sebenarnya amat berkhasiat tinggi dalam perubatan. Pokok ini di kenali sebagai banyak nama seperti sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang.
Pokok ini sebenarnya ada dijual di kedai sinsei cina tetapi dalam bentuk yang telah dikeringkan dan dijual RM10 untuk 100gram.
Disini kami akan kongsikan khasiat lainnya.
Merawat Gout
Penawar sakit sendi dan perut
Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
Mengubati dan meredakan cirit-birit
Meredakan batuk
Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
Merawat Buasir
Melegakan selsema
Merawat jangkitan pada pundi kencing
Merawat Kayap
Alternatif kepada ubatan darah tinggi
Merawat kencing manis
Ternyata memang pokok yang selama ini kita anggap tiada guna rupanya mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan.

Thursday, October 30, 2014

7 Cara Menghalau Lalat


Petua Nenek
Adakah anda tidak suka dengan kehadiran lalat di rumah anda? Jom ketahui teknik menghalau lalat di sini..
Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu terbang dan boleh menyebarkan penyakit, diisebabkan cara permakanan dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya.
Lalat juga adalah salah sejenis serangga perosak yang paling mudah dijumpai. Namun begitu, jenis lalat buah dan bunga tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit.
Kehadiran lalat pasti lalat merimaskan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi ini. Selain bunyi yang dikeluarkan ketika terbang, ia suka menghinggap pada badan kita dan keadaan tersebut sangat menganggu.
Berikut adalah senarai petua bagaimana hendak menghalau lalat.
1) Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.
2) Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.
3) Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.
4) Ambik beberapa biji cili besar dibelah dua dan letakkan di atas meja.
5) Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.
6) Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.
7) Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.
Keberkesanan petua-petua di atas untuk menghalau lalat adalah sementara, sekiranya anda mengamalkan kebersihan luar dan dalam rumah, sudah pasti lalat tidak akan hadir di rumah anda. ‘Kebersihan yang bersih bermula daripada anda sendiri’. Jagalah kebersihan di kawasan anda agar anda tidak di timpa penyakit di kemudian hari.

Wednesday, October 22, 2014

Syeikh Yusuf Al Qaradhawi Dalam Fatwanya Tentang Isu Wahabi

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi Menjelaskan Tentang WahabiKongsi. Semalam pada pukul 1.10 pagi
Perkataan Wahabi 
Kadang-kala, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ada memanggil golongan pengaku salafi ini sebagai wahabi juga sepertimana dalam satu wawancara di mana beliau berkata
من كفر السلفية أو الوهابية من كفر الصوفية من كفر الشيعة هذا موجود فعلا
Maksudnya: “Ada orang yang mengkafirkan As-Salafiyyah atau Al-Wahhabiyyah, ada orang yang mengkafirkan Sufiyyah dan ada orang yang mengkafirkan Syiah. Ini memang berlaku secara realitinya”.
Rujukan: http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=5541&version=1&template_id=105&parent_id=16
Perkembangan Wahabi 
Beliau menulis dalam kitabnya berjudul “Ummatuna Bain Qarnain”
“Dan di Al-Mamlakah Al-Arabiyyah As-Saudiyyah (Republik Arab Saudi) muncul gerakan As-Salafiyyah yang mengajak kepada Tauhid yang berunsurkan tiga unsur iaitu: Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Al-Asma’ wa As-Shifat. Mereka menumpukan usaha untuk membebaskan tauhid daripada khurafat (menurut mereka), syirik (menurut mereka), quburiyat (menurut mereka) dan mengingkari ta’wil. Mereka terlalu keras (tasyaddud) dalam ingkar terhadap mereka yang menta’wilkan sifat-sifat Allah yang dikhabarkan (padahal dalam bentuk zhanni ad-dilalah) dari kalangan para Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah. Mereka merujuk kepada turath Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Imam Ibn Al-Qayyim untuk menjadi rujukan dalam dakwah dan perdebatan begitu juga daripada turath Mujaddid Al-Jazirah Sheikh Muhammad Abdul Wahab.



“Bagi gerakan (pemikiran) ini juga ada pengaruhnya yang berkembang di Mesir yang dikembangkan oleh Sheikh Muhammad Hamid Al-Fiqi dan Jemaah Anshar As-Sunnah, di Syam oleh Al-Muhaddith Sheikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, di India dan Pakistan oleh jemaah Ahli Hadith (Lihat isyarat Dr. Al-Qaradhawi tentang perkembangan Wahabi/pengaku Salafi di negara-negara berikut- penulis). Kebanyakan mereka dikenali sebagai golongan Mutasyaddid (keras) dalam masalah furu’ (cabang), berpegang kepada Zahir (nas), kurang melihat Maqasid Syari’iyyah, kurang melihat perubahan masa dan tempat, sibuk dalam perkara-perkara khilaf berbanding perkara-perkara yang disepakati dan mereka dalam zaman kita ini lebih dari satu kelompok (banyak jenis).
“Antara mereka (pengaku salafi) adalah golongan Al-Jamiyyun di Madinah Munawwarah -Rabi’e Al-Madkhali dan pengikutnya- yang mana mereka mengisytiharkan perang kepada semua pihak yang berbeza (pemikiran) dengan mereka samada golongan terdahulu (ulama’ silam) mahupun golongan yang yang hidup sezaman dengan mereka. Tiada seorangpun yang sejahtera daripada serangan mereka termasuklah Imam An-Nawawi dan Al-Hafiz Ibn Hajar dan sebagainya, apatah lagi para ulama’ sezaman dengan mereka seperti Imam Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Al-Maududi, Al-Ghazali, Fahmi Huwaidi, Muhammad Immarah, Yusuf Al-Qaradhawi (dirinya sendiri) dan sebagainya yang tidak mengikut manhaj Imam Ibn Taimiyyah dan Imam Ibn Al-Qayyim. 
“Antara mereka dikenali sebagai As-Salafiyyun Al-Judud yang mereka juga dinamakan sebagai As-Sururiyyun… Antara mereka adalah seperti Sheikh Fahd Sulaiman Al-‘Audah, Safr Al-Hawali dan Aidh Al-Qarni.


“Sebahagian mereka (pengaku salafi) sangat kagum kepada Sheikh ibn Baz rhl, Sheikh Ibn Uthaimin dan ulama’-ulama’ Saudi lalu mereka ini menganggap hanya ulama’-ulama’ tersebut sahaja rujukan utama (dalam agama) buat mereka, dan mereka tidak menerima ilmu melainkan selain daripada mereka (ulama’ Saudi).


“Sebahagian daripada mereka (pengaku salafi) mengikut Sheikh Al-Albani dan bertaqlid dengan mazhabnya. Tatkala dia (Al-Albani) mengingkari (taqlid) mazhab-mazhab yang sedia ada (mazhab imam empat) namun dalam masa yang sama mereka (pengikut Al-Albani dari kalangan pengaku Salafi) menjadikannya (pemikiran dan manhajnya) sebagai mazhab kelima… Sebahagian daripada mereka…dan sebahagian daripada mereka (maksudnya banyak lagi pecahan, sudah sampai ke Nusantara pun ada)”. [m/s: 73-74]

Wahabi Sebagai Madrasah Satu Pendapat Sahaja
Janganlah menyangka bahawa saya (Al-Qaradhawi) mengingkari ke atas mereka (pengaku salafi) pada dakwah mereka agar mengikut nas, atau ijtihad mereka dalam memahami nas, kerana ianya adalah hak setiap muslim yang sudah mencapai syarat berijtihad dan alat-alat ijtihad. Maka, tiada seseorangpun boleh menutup pintu ijtihad yang dibuka oleh Rasulullah s.a.w. kepada Ummah.
Tetapi saya mengingkari mereka (pengaku salafi aka wahabi) kebiadaban (keterlampauan) mereka terhadap manhaj ulama’ Islam, memperkecilkan fiqh yang telah diwarisi (fiqh empat mazhab), dakwaan mereka yang berjela-jela tentang merekalah satu-satunya yang benar sedangkan selain daripada mereka salah dan sesat, khayalan mereka bahawa dengan upaya mereka untuk melenyapkan khilaf dapat menyatukan manusia dalam satu pandangan iaitulah pandangan mereka”.
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata lagi:
Seorang pelajar yang ikhlas dari kalangan madrasah ini (pengaku salafi) iaitu madrasah “satu pendapat”: “Mengapa semua manusia tidak mahu bersatu terhadap suatu pendapat yang mempunyai sandaran nas?”

Maka saya menjawab: “Nas itu sendiri perlulah sahih (dari sudut sanad) dan diterima oleh seluruhnya (ulama’). Bahkan, Nas tersebut juga mestilah bersifat maknanya jelas/putus terhadap makna yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. (shorih ad-dilalah). Bahkan, Nas tersebut hendaklah tidak bertentangan dengan nas yang lebih kuat dari kalangan nas-nas syariah samada yang cabang mahupun yang menyeluruh. Kadang-kala, berlaku di mana sesuatu nas itu sahih di sisi seseorang ulama’ dan dha’if di sisi ulama’ yang lain. Kadang-kala juga hadith itu sahih tetapi maknanya tidak jelas terhadap maksud yang disampaikan dalam nas tersebut. Boleh jadi sesuatu nas itu umum menurut seorang ulama’ dan si sisi ulama’ lain ianya bersifat khusus. Boleh jadi sesuatu nas itu mutlak di sisi seseorang ulama’ sedangkan di sisi ulama’ lain ianya bersifat muqoyyad (tergantung kepada sesuatu pergantungan). Boleh jadi juga sesuatu nas itu menunjukkan hukum wajib atau haram di sisi seseorang ulama’ sedangkan di sisi ulama’ lain, ianya menunjukkan hukum sunat/mustahab atau makruh. Sebahagian ulama’ mungkin menilai sesuatu nas itu muhkam (dihukumkan dengannya) sedangkan sebahagian ulama’ lain menilainya sebagai mansukh (tidak lagi diamalkan dengannya)…”
Rujukan: http://www.ikhwan.net/vb/showthread.php?t=22755
Antara Ciri-ciri Zhahiriyyah Al-Judud: Hanya Ikut Hadith Sahih menurut Ukuran Mereka secara Literal 

Dalam satu wacana, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi pernah membincangkan tentang golongan perpegang dengan zahir hadith dan hanya guna hadith sahih sahaja.
Moderator rancangan tersebut bertanya kepada Dr. Al-Qaradhawi:

“Kamu telah menyebut tentang Maqasid Ammah bagi pensyariatan syariat Islam (Maqasid Ammah Li At-Tasyri’e), tetapi di sana ada suatu fenomena di mana boleh kita namakan sebagai ahl-hadith judud (moden), yang mana kebiasaannya mereka sekadar ingin mengamalkan hadith yang benar-benar sahih sahaja, yang tiada kecelaan (sanad)nya.” 
Al-Qaradhawi menjawab:

“Mereka itulah yang kami namakan sebagai Az-Zhahiriyyah Al-Judud ia (kumpulan tersebut) hanya tertumpu kepada zahir (nas) dan kepada harfiyyah (secara literal)”. Rujukan:
http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=33&version=1&template_id=105&parent_id=16

Kepincangan Golongan Ini di Sisi Dr. Yusuf Al-Qaradhawi 
Pertama: Kejumudan dan Tidak Mengutamakan Apa yang Lebih Utama

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata:
“(Antara kumpulan dalam kebangkitan Islam) Ketiga: Kumpulan atau golongan jenis Tasyaddud (keras) dan Jumud yang membekukan kefahaman Islam. Maka, saya telah namakan mereka sebagai Az-Zhahiriyyah Al-Judud. Di sana ada golongan Zhahiriyyah Qudama (silam) seperti Daud dan Ibn Hazm tetapi mereka mempunyai ilmu yang luas. Adapun mereka (Az-Zhahiriyyah Al-Judud), mereka tidak memiliki ilmu golongan Zhahiriyyah, tetapi memiliki kejumudan golongan Zhahiriyyah dan Tasyaddud (kekerasan) golongan Zhahiriyyah. Mereka lebih mengutamakan bentuk daripada intipati sesuatu, lebih sibuk mengutamakan perkara-perkara khilaf daripada perkara yang disepakati, mereka mengutamakan usaha negatif (menyalahkan, membid’ahkan meruntuhkan sesuatu tradisi) daripada usaha positif (membina, progresif, pro-akfif dan sebagainya). Mereka lebih mengutamakan membahaskan perkara-perkara sunat berbanding yang wajib… 
Rujukan:
http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=99&version=1&template_id=105&parent_id=16

Kedua: Mendalami Perbahasan Hadith tanpa Kefahaman SahihDr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata:
"Madrasah Nashiyyah Harfiyyah ini, yang mana saya namakan mereka sebagai Az-Zhahiriyyah Al-Judud, kebanyakan mereka dari kalangan orang yang sibuk dengan hadith (membahaskan kedudukan hadith dan matan zahirnya) tetapi tidak menguasai kefahaman (fiqh) dan usul (asas) fiqh (kefahaman syariat), mereka tidak mengetahui sebab-sebab para ulama’ berbeza pendapat dan hujah mereka dalam istinbath (penggalian hukum), mereka hampir tidak mementingkan Maqasid Syar’iyyah dan faktor di sebalik ketentuan hukum, tidak merai maslahat, perubahan fatwa dengan perubahan masa, tempat dan keadaan”. 
Sumber:
http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=429&version=1&template_id=11&parent_id=1

Tuesday, October 14, 2014

25 Gambar Bagaimana Haji Ditunaikan 61 Tahun Yang Lalu

Musim haji telah tiba lagi dan kita baru sahaja menyambut Hari Raya Korban seminggu yang lepas. Umum maklum yang kini kos menunaikan haji telah semakin meningkat seiring dengan pembaharuan yang dilakukan disana.
Kini, di sekitar Mekah sudah terdapat hotel-hotel mewah, restoran-restoran fastfood terkenal dan juga shopping mall. Sejauh mana menunaikan haji dapat melahirkan rasa keinsafan dalam keadaan sedemikian, itu terpulang kepada masing-masing. Kalau betul niatnya, insyaAllah dipermudahkan.
Pernahkah anda terfikir bagaimana haji ditunaikan 61 tahun yang dulu? Hayati gambar-gambar dibawah yang diambil daripada Majalah National Geographic. Maaf, tiada satu pun gambar selfie.
.
=======================================================================
.
1. Ketibaan jemaah haji yang kebanyakannya menggunakan feri ataupun kapal. Jika dari Malaysia, ianya memakan masa berbulan-bulan lamanya. arriving-by-ferry-at-jeddah-port
2. Bagi mereka yang mampu, mereka menggunakan perkhidmatan kapal terbang daripada negara berhampiran. arriving-by-plane-to-hajj
3. Sama seperti hari ini, bas merupakan kenderaan yang paling banyak digunakan oleh para jemaah. Namun baru-baru ini, perkhidmatan seperti LRT telah dilancarkan untuk memudahkan para jemaah haji.bus-for-hajjis
4. Hanya muslim dibenarkan untuk memasuki kawasan ini untuk menunaikan haji.only-moslems
5. Inilah gambar sekitar masjid mekah. Pemandangan sekarang jauh berbeza sama sekali.makkah
6. Jalan Mekah yang sibuk. Kelihatan menara dari seni bina Khilafah Ustmaniyyah.Makkah-street
7. Ini adalah salah satu jalan masuk Masjidil Haram.masjid-haram-entrance
8. Para jemaah diluar perkarangan Masjidil Haram.haram
9. Rupa kaabah pada masa itu. Begitu ringkas binaan-binaan disekitarnya.masjid-haram
10. Rupa kaabah dari pandangan yang lebih dekat.kaba-mataf
11. Jemaah dibenarkan untuk memasuki kaabah pada masa itu. Mungkin kerana bilangan yang tidak ramai.kaba-door
12. Menunaikan tawaf nampak lebih mudah 61 tahun yang lalu.Screen shot 2014-10-12 at 8.14.55 AM
13. Peniaga-peniaga disekitar Mekah.Screen shot 2014-10-12 at 8.15.06 AM
14. Pasar dan gerai-gerai.market
15. Jemaah yang berehat menikmati shisha.shisha
16. Kuda masih digunakan sebagai alat pengangkutan.Screen shot 2014-10-12 at 8.15.23 AM
17. Jemaah sedang memilih kambing untuk ibadah korban.Screen shot 2014-10-12 at 8.15.39 AM
18. Jemaah akan menyimpan sendiri haiwan-haiwan untuk ibadah korban. Unik.Screen shot 2014-10-12 at 8.15.55 AM
19. Keldai digunakan untuk mengankutan haiwan yang telah dikorbankan.Screen shot 2014-10-12 at 8.16.10 AM
20. Di Mina, makanan dimasak menggunakan periuk dan unggun api.Screen shot 2014-10-12 at 8.16.26 AM
21. Jemaah menunaikan solat.Screen shot 2014-10-12 at 8.16.34 AM
22. Khemah-khemah yang didirikan disekitar gunung Arafah.Screen shot 2014-10-12 at 8.16.44 AM
23. Jamarat yang simboliknya melontar batu kearah syaitan tidaklah sebesar sekarang.
Screen shot 2014-10-12 at 8.16.57 AM
24. Seorang jemaah sedang bercukur.Screen shot 2014-10-12 at 8.17.09 AM
25. Menikmati minuman sejuk dibawah panas terik matahari.Screen shot 2014-10-12 at 8.17.26 AM

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More