Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Wednesday, March 20, 2013

Kereta Perisai "ADNAN" Disambut Lambaian Penduduk


Tidak keterlaluan sekiranya  katakan ketibaan kereta perisai "ADNAN" yang dihasilkan di Pekan, Pahang ini amat dinanti-nantikan bukan sahaja oleh pasukan keselamatan kita di Lahad Datu, tetapi juga oleh seluruh rakyat Malaysia. Kehadiran kereta perisai ini amat membantu pasukan keselamatan khususnya dalam menjejaki pengganas di kawasan Zon Merah berdasarkan keadaan geografinya yang berbukit-bukau, berpaya dan lembah.

ACV-300 versi Malaysia dinamakan sebagai Adnan, bersempena Adnan bin Saidi, seorang askar Melayu berpangkat Leftenan yang terlibat dalam Pertempuran Singapura semasa Perang Dunia II.

Semua keluaran dikilangkan di Pekan, Pahang. ACV-300 boleh dipasang dengan pelbagai jenis Turet berdasarkan kehendak pembeli. Juga dilengkapi dengan ruang khas membolehkan pasukan infantri menembak tanpa perlu keluar dari kenderaan.


Pembangunan model terbaru dari FNSS Defense Systems' dengan menambah jumlah roda pemutar. Pertambahan ini membantu meningkatkan jumlah bebanan yang dibawah dengan jarak yang lebih jauh. Kenderaan ini adalah amphibia sepenuhnya. Kenderaan ini juga dilengkapi dengan perlindungan dari nuklear, biologi & kimia NBC, alat visual malam pasif dan pelancar bom asap










Dalam Sidang Media petang tadi telah diumumkan ketibaan kereta berperisai Adnan di Lahad Datu. Inilah antara gambar-gambar "ADNAN" yang dibawa dengan treler selepas dipindahkan dari kapal pengangkut TLDM.




















Taktik Gerila - Taktik Yang Silap Melawan ATM Malaysia

"Keampuhan taktik gerila pengganas menceroboh negara dan kini berkubu di Tanjung Batu tidak mampu menandingi taktik pasukan keselamatan di negara ini. 

"Ini dibuktikan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati sehingga kini mencecah 62 orang," kata Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim.




Pengganas Meninggalkan Tempat Persembunyian Selepas Digempur Pasukan Keselamatan


Biarpun berpengalaman dalam peperangan gerila di selatan Filipina sejak 1899, taktik gerila pengganas dari Sulu yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas, tidak mampu melumpuhkan pertahanan negara.

Sebaliknya pasukan keselamatan negara terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang juga telah lama menggunakan taktik serangan gerila termasuk ketika berhadapan ancaman komunis antara 1984 dan 1989, berjaya melumpuhkan kumpulan militan itu.

Zulkiple berkata taktik ATM itu sentiasa dipertingkat dan diperkemas dengan pelbagai latihan dan penambahan inventori aset pertahanan bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa dijaga.

"Kita satu-satunya negara di dunia ini yang memenangi peperangan dengan komunis melalui taktik gerila," katanya.



Mana Kau Mau Lari Kirammmmmm???


Dalam Operasi Daulat, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata pasukan keselamatan menggempur dengan melancarkan serangan mortar dan senjata berat ke arah musuh sebelum memasuki kawasan kubu mereka untuk penggeledahan dan mencari musuh.

"Taktik ini diguna bagi memastikan keselamatan anggota kerana selain cabaran keadaan bentuk muka bumi seperti hutan, paya dan ladang, musuh yang mahir dengan kawasan ini, menggunakan taktik gerila penembak tepat," katanya.

Antara persenjataan musuh ialah rifel Garand dan M-16 yang diguna penembak tepat dan tembakan curi kerana senjata itu mempunyai jarak tembakan sejauh 550 meter. 

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak empat tahun lalu, turut menyumbang kepada kejayaan Operasi Daulat untuk membanteras pengganas itu.

Perkara itu diakui Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar apabila tahap keselamatan di pantai timur Sabah dapat dipulihkan kepada tahap normal, hanya dalam tempoh dua minggu Operasi Daulat dijalankan.

Kejayaan Operasi Daulat juga dapat dilihat apabila 107 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan 241 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan.

Ismail berkata di bawah NBOS, pasukan keselamatan dapat menyegerakan penggemblengan pelbagai aset daripada pelbagai agensi keselamatan dan membantu ke arah pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri ini.

Pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan
dan Lahad Datu, yang akan menjadi pusat pemerintahan ESSCOM.

Sejak krisis pencerobohan Lahad Datu, 12 Feb lepas, sembilan anggota pasukan keselamatan terkorban manakala seorang anggota tentera maut dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai konvoi Operasi Daulat - BERNAMA

Felda Sahabat Kini Dikenali Seluruh Dunia







Tidak dinafikan, secara tiba-tiba nama Felda Sahabat dikenali seluruh pelosok dunia sedangkan sebelum ini, tiada sesiapa pun mengetahui di mana letaknya pembangunan tanah rancangan Felda yang terbesar di Malaysia itu.

Walaupun aktiviti ekonomi di Bandar Cenderawasih yang berhampiran juga berjalan seperti sediakala, beberapa peniaga yang ditemui menyifatkan mereka mengalami kerugian harian sehingga 40 peratus sejak tercetusnya tragedi berkenaan.

Sahabat - sepatutnya membawa makna menjalin tali persahabatan. Tetapi sebaliknya, ia menjadi pintu masuk sekumpulan pengganas dari Kepulauan Sulu.

Bagi mereka yang kurang arif, pembangunan Felda Gugusan Sahabat pada tahun 1979 sebenarnya adalah atas semangat dan kekentalan kakitangan yang bertugas dan warga peneroka yang tidak pernah gentar sekalipun menyedari ia kawasan ancaman lanun.

Disebabkan kedatangan lanun, dua anggota polis bantuan Felda terkorban di Felda Sahabat 19 sekitar tahun 1980.

Dalam masa sama, peneroka-peneroka di tanah rancangan Sahabat tidak terkecuali menerima kesan daripada pencerobohan itu. Ini sebenarnya kali pertama mereka berhadapan dengan situasi mencabar sedemikian sejak memasuki tanah rancangan tersebut, lebih 20 tahun lalu.

Bandar Sahabat yang tenang sebelum ini, kini bertukar seperti sebuah markas tentera. Dahulu, jika bermalam di resort ini, kita bolih bermundar-mandir di persisiran pantai menunggu matahari terbit di ufuk timur seawal pukul empat pagi. Pemandangannya sangat cantik dan pulau paling hujung akan kelihatan seolah-olah balung ayam jantan.

Kini sudah berbeza, begitu juga beberapa kemudahan lain di sekitar Felda tersebut. Agak sepi jika tiada aktiviti dijalankan. Kolej Integrasi Ilmu Sahabat yang dahulunya hanya menjalankan kursus-kursus di hujung minggu, kini menjadi tapak pendaratan helikopter nuri dan hentian trak tentera.

Mujur, dengan kemudahan Felda yang lengkap dan berpusat, ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi keselesaaan penduduk setempat dan pasukan keselamatan. Dewan badminton menjadi tempat penginapan tentera manakala dewan-dewan komuniti pula dijadikan pusat pemindahan sementara penduduk kampung berdekatan.

Kemudahan lengkap yang disediakan di perkampungan Felda juga termasuk akses Internet membolehkan penduduknya mendapat maklumat di hujung jari. Ini termasuk kisah tragedi pencerobohan di Lahad Datu. Malangnya, sumber maklumat yang dipaparkan khususnya di Internet makin hari semakin mengelirukan.

Sifat ingin tahu khususnya dalam kalangan warga belia tampak begitu mendalam. Penyebaran maklumat yang kurang tepat ini dibimbangi memburukkan lagi keadaan di Sabah pada ketika pihak keselamatan mencari jalan terbaik menyelesaikan konflik yang melanda.

Pengajarannya, jangan terlalu mempercayai khabar angin. Bagi yg belum sampai ke Lahad Datu, apa yang digambarkan di dalam kepala seolah-olah pekan Lahad Datu sudah bertukar menjadi padang jarak, padang terkukur, semua aktiviti terhenti akibat serangan pengganas Sulu.

Malangnya, sebaran di Internet yang bergerak lebih pantas berbanding media arus perdana juga menjadi antara faktor kenapa umum lebih memilih untuk mencari maklumat segera yang disebarkan melalui blog dan media sosial sedangkan tiada bukti kesahihannya.

Tragedi Lahad Datu seharusnya membuka mata kita tentang banyak perkara. Antaranya, komitmen, dedikasi dan semangat pasukan keselamatan kita dan tidak kurang juga betapa pentingnya menyalur mahupun memperoleh maklumat yang benar dan tepat.

Paling utama, jangan pula ada yang secara suka-suka menyebarkan khabar palsu dan membuat pelbagai khabar angin yang menggusarkan masyarakat yang hidup aman di negara ini. Mereka yang suka bercakap-cakap besar di Facebook atau Twitter pula dipersilakan datang dan lihat sendiri situasi di Lahad Datu sebelum komen ala keyboard warrior.

Bukan sahaja satria negara, rakan-rakan media juga sudah sebulan memerah keringat di sana, meningggalkan anak, isteri (mahupun suami) dan keluarga tersayang dalam menempuh bahaya demi tugas mencari maklumat yang tepat dan terkini buat paparan semua di luar sana.

Anggota tentera berjuang mempertahankan tanah air daripada pengganas, pemberita juga berjuang menentang khabar palsu dan cerita rekaan pihak tidak berakal khususnya di media-media sosial.

Ini bagi memastikan pembaca tidak terus membuat pelbagai spekulasi yang boleh menyebabkan huru-hara mahupun sesuatu yang akan memburukkan imej negara di persada dunia.

Oleh itu, cari dan hargailah maklumat yang benar dan tepat, jangan pula bersekongkol menyebar kisah palsu yang sensasi walaupun hanya untuk 'suka-suka', apatah lagi yang ada 'agenda'.

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga, kerana khabar palsu porak peranda negara.

International Court of Justice Telah Sahkan Sabah Milik Malaysia


pencerobohan-lahad-datu-terkini


Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung pertikaian wilayah yang melibatkan Ligitan dan Sipadan pada 17 Disember 2002 sebenarnya telah mengiktiraf hak Malaysia dan kedaulatan ke atas Sabah serta pulau di sekitarnya. Ia secara tidak langsung telah menyebabkan permohonan Kesultanan Sulu terhadap Sabah tidak lagi relevan.

Menurut laporan kehakiman ICJ berhubung pertikaian tuntutan terhadap Pulau Ligitan dan Sipadan mengatakan, di bawah undang-undang antarabangsa yang lama, hak wilayah itu merupakan hak eksklusif pemerintah Negeri. Tanah adalah harta berdaulat untuk dipertahankan selaras dengan undang-undang yang relevan.

Namun di bawah undang-undang antarabangsa yang baru, siasatan itu semestinya mencakupi maksud yang lebih luas, khususnya dalam konteks dekolonisasi. Khususnya, konsep hak “rakyat”, untuk menentukan pilihan sendiri

Sebagai contoh, dalam kes mengenai Timor Timur (Portugal v Australia), ICJ telah mengiktiraf prinsip penentuan sendiri yang menjadi “salah satu prinsip penting dalam undang-undang antarabangsa kontemporari” (ICJ Laporan tahun 1995, p.102, perenggan 29).

Malah menurut “Deklarasi Pemberian Kemerdekaan kepada Rakyat dan Negara Penjajah”, resolusi Perhimpunan Agung 1514 (XV), yang digunapakai pada 14 Disember 1960, adalah merupakan asas kepada proses dekolonisasi. Ia adalah terpakai kepada semua “wilayah yang belum mencapai kemerdekaan” dan membuktikan bahawa rakyat mempunyai hak untuk memilih”.

Mengikut sejarah, Sabah yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Borneo Utara telah diserahkan oleh Kesultanan Sulu kepada Syarikat Overback pada tahun 1880. Seterusnya syarikat terbabit telah memberikan hak milik tersebut kepada kerajaan Britian yang akhirnya diserahkan kepada Malaysia segala hak Kesultanan Sulu telah terlupus mengikut perundangan antarabangsa.

Sejarah juga turut membuktikan bahawa Kesultanan Sulu ketika insiden antara 19 April 1851 dan 26 Jun 1946 telah melepaskan dan menyerahkan semua hak-haknya ke negeri terkenal dengan jolokan Di Bawah Bayu itu.

Malah pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya itu dibentuk hasil rundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Britain pada November 1961. Selari dengan kehendak kerajaan Filipina pada masa itu apabila permohonan mereka ke atas Sabah tidak mendapat persetujuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tujuan penubuhan suruhanjaya itu untuk meninjau pandangan penduduk di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia.

Hasil laporan suruhanjaya yang disahkan perwakilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menunjukkan, 80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia yang kemudian telah diisytiharkan pada 16 September 1963.

Kesimpulannya, apa juga alasan yang cuba dibangkitkan oleh waris Kesultanan Sulu dan kerajaan Filipina dalam menuntut hak kedaulatan Sabah adalah merupakan satu nostalgia silam yang tidak mungkin dapat berubah.

Sunday, March 17, 2013

Gambar Latihan Pengganas Sebelum Menyerang Sabah dan Siapa Orang Ketiga???


Gambar yang diterbitkan oleh portal berita Filipina ini dengan jelas menunjukkan latihan pengganas Kiram  yang dibuat mereka sebelum menyerang Sabah.








Diharap pihak yang berwajib dapat menyiasat dakwaan Borneo Insider di sini :http://borneoinsider.com/2013/02/16/elite-us-forces-backing-the-ras-militants/


Jika dakwaan ini benar, maka besar kemungkinan pendedahan mengenai kapal ini juga benar. KLIK SINI


Tidak hairanlah jika ada maklumat perisikan yang mendedahkan rancangan sebenar pengganas Kiram ini adalah untuk menyerang seluruh Sabah secara serentak ketika Pilihan Raya Umum berlangsung. Ianya berlaku sebagaimana di Syria yang mana pemberontak dibekalkan senjata oleh pihak ketiga untuk menggulingkan Kerajaan sedia ada. Dan masa pilihan raya adalah masa terbaik untuk pengganas ini untuk mengatur gerak kerana jika mereka berjaya menyerang ketika itu, sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan sementara dan pasukan keselamatan akan hilang. 


Alhamdulillah, pasukan perisikan Tentera dan Polis kita yang bertaraf dunia berjaya mengesan pencerobohan ini lebih awal. Namun begitu, terdapat suara sumbang dari bekas-bekas jeneral yang sudah menyokong pembangkang yang menuduh unit perisikan Tentera dan Polis kita gagal. 

Hakikatnya, bekas-bekas jeneral ini tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan tindakan mereka menyelar unit perisikan pasukan keselamatan hanya untuk mengalihkan isu dan fakta sebenar mengenai apa yang berlaku di Sabah dan demi membodek dan 'cover' bos mereka dalam parti politik yang dipilih. Dalam masa yang sama, Setiausaha Pertahanan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin mengesahkan mereka menemui beberapa bukti yang mengaitkan pemimpin utama pembangkang dengan serangan ini.   KLIK SINI

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More