Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Subhanallah

Haluan berliku.

Alhamdulillah

Haluan berliku.

Allahuakhbar

Haluan berliku.

Tiada tuhan melainkan Allah

Haluan berliku.

Nabi Muhammad pesuruh Allah

Haluan berliku.

Sunday, April 20, 2014

Bolehkah Zikir, Doa Dan Bacaan Al-Quran Tanpa Berguru?



Bolehkah kita mengamalkan sesuatu amalan zikir, doa-doa dan membaca surah-surah dari ayat al-Quran tanpa berguru dan bersanad terlebih dahulu?

Jawapan:
Jika kita memahami bahasa Arab, dan doa itu adalah ma’thur (مأثور) iaitu ada sumbernya daripada al-Quran dan al-Hadis maka tidak menjadi kesalahan. Kecuali jika seseorang ingin beramal dengan wirid-wirid yang tertentu, mengikut tarikat tertentu maka hendaklah dia beriltizam dengan guru atau syeikh mursyid.

Suka dinyatakan di sini berkenaan dengan pengijazahan, maka ia adalah lebih baik jika bersanad dan dalam pengamalan secara mengikut tarikat tertentu tetapi berkenaan dengan zikir yang telah difahami dan dimaklumi umum maka bolehlah dia beramal tanpa sanad/ijazah seperti apa yang disusun oleh al-Syahid Hasan al-Banna iaitu al-Ma'thurat, ini kerana beliau sendiri mengambil daripada nas-nas yang masyhur. Sebagai contoh dinyatakan pada permulaan bukunya oleh penerbit bahawa risalah al-Ma’thurat karya al-Marhum Syeikh Hasan al-Banna berdasarkan sumbernya daripada hadis-hadis al-Jami’ al-Soghir, al-Jami’ al-Sahih, al-Sunan, Amal al-Yaum wa al-Lailah dan ramai lagi tokoh yang diambil daripada karya masing-masing. Justeru, kalau inilah maka hukumnya bolehlah kita berzikir dan beramal tanpa ijazah dan sanad.

Antara buku kompilasi zikir dan doa harian yang mudah dan bersumberkan al-Quran dan al-Hadis ialah Hisnul Muslim susunan Syeikh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani. Selain itu, boleh juga merujuk kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi. Wallahua'lam.

Lawatan Ke Masjidil Aqsa


Lawatan ke Masjidil Aqsa? Fikirkan.
Semakin banyak pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa ditawarkan. Kini agensi seperti Tabung Haji pun sudah mula mempromosi lawatan ke masjid ke-3 termulia dalam Islam itu.
Ia sedikit menghairankan.
Kenapa?
Tahukah anda bahawa Masjid al-Aqsa berada dalam wilayah Baitul Makdis (Jerusalem)?
Dan tahukah anda bahawa Baitul Makdis telah berada di bawah pendudukan tentera Israel sejak Perang Arab-Israel 1967?
Masjid al-Aqsa telah dijajah sejak lebih 46 tahun yang lalu! Laluan keluar dan masuk kini berada di bawah kawalan dan penguasaan Israel. Pelbagai cara telah digunakan oleh Israel untuk menghalang rakyat Palestin memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa. Malah, Israel telah mengehadkan umur para pengunjung dan waktu yang dibolehkan untuk penduduk Palestin mengakses masjid ini.
Namun, dengan tidak semena-mena, Israel mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia yang pada pasportnya jelas tercetak:
"Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali.....
ISRAEL!!!"
Tidakkah anda merasa curiga? Mengapa ya?
Jawapannya mudah. Kerana kita datang sebagai pelancong!
Tahukah anda jalan masuk ke Baitul Makdis dan Masjid Al-Aqsa adalah melalui Jordan? Dan tahukah anda Jordan dibenarkan untuk memiliki keistimewaan ini hanya selepas ia mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan berdamai dengannya pada tahun 1994? Lalu apabila anda berkunjung ke Masjid Al-Aqsa anda secara tidak langsung telah mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan menyatakan kesediaan untuk berdamai dengannya!
Tahukah anda industri pelancongan di Baitul Makdis memberikan keuntungan kepada Israel sekurang-kurangnya 1 bilion US dollar setiap tahun? Dan jumlah ini semakin bertambah saban tahun. Dan ya, keuntungan ini tidak dikongsi walau sesen sekalipun dengan Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority) tetapi digunakan untuk terus menjajah Palestin dan membiayai keperluan tentera Israel!
Dan yang lebih penting lagi ialah pemergian kita ke sana adalah sebahagian daripada proses NORMALISASI yang cuba dimainkan oleh Israel. Israel berusaha untuk menyatakan kepada pelancong yang hadir bahawa tiada kezaliman dan penderitaan di sana. Israel ingin memperbaiki imejnya di mata dunia dengan menggalakkan kunjungan ramai 'pelancong'.
Dengan kata lain, asal sahaja anda berkunjung ke Masjid al-Aqsa sebagai pelancong, Israel tidak punya masalah dengan anda. Malah mereka meraikan. Tetapi jika anda datang sebagai pejuang atau aktivis, usah bermimpi anda akan dapat masuk ke sana.
Israel mempunyai perancangan yang licik. Mereka berjaya mengaburi pandangan kita dengan menjadikan tindakan kita yang salah seakan-akan benar dan tiada masalah. Kita tertipu bahawa kunjungan kita ke Masjid al-Aqsa dengan niat untuk mengimarahkan masjid ketiga termulia dalam Islam itu dan merebut pahala menjejakkan kaki ke sana sebagai salah satu langkah membebaskan Masjid al-Aqsa daripada penjajahan Israel.
Jika seribu kali pun anda berfikir...
Jika seribu kali pun anda berfikir, anda tidak boleh melawan kekuatan ketenteraan dan politik Israel dengan melakukan rombongan melawat dan mengimarahkan Masjid al-Aqsa. Akhirnya, apa yang berlaku ialah anda sekadar memenuhi kehendak dan kepuasan peribadi untuk menatap masjid tersebut dan menyimpan memorinya dalam kamera dan video; tidak lebih dari itu. Ia umpama orang yang tidak pernah puas merebut pahala dengan melakukan ibadah haji dan umrah berkali-kali sedang masih ramai jiran-jirannya yang hidup melarat kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Justeru, berfikirlah dengan lebih mendalam sebelum anda berniat untuk menyertai pakej-pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa. Dalam tidak sedar, anda sebenarnya telah tertipu dan telah membayar harga yang mahal demi sebuah kepuasan peribadi.
Namun begitu, jika anda ingin pergi dengan MISI yang jelas untuk membebaskannya (ie. berjihad) atau anda ingin mengutip mutiara-mutiara hikmah di sana dan pulang dengan semangat yang tinggi untuk merancang STRATEGI membebaskannya, maka pergilah dan usah bertangguh walau sesaat sekalipun! Jangan sekali-kali anda biarkan pemergian itu sia-sia dan tinggal sekadar 'imarah' sahaja. Anda perlu sedar bahawa kunjungan anda itu mahal harganya (material dan moral).
Jika tidak, saya sarankan supaya anda menyalurkan wang anda kepada saluran yang benar-benar dapat membantu membebaskan Palestin.
Berfikir selangkah kehadapan, agar tidak terus ditipu amal peribadi, sedang umat menderita,
musuh tertawa, dan kemenangan terpaksa ditunda, untuk kesekian-kalinya.

Khasiat Bawang



Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.
Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.
Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.
Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.
Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.
Nak sihat senang, nak sakit lagi senang. Gunakan pengetahuan anda sebaiknya dan mari berkongsi supaya bertambah berkat dari Allah s.w.t.


Thursday, April 17, 2014

Hukum Lafaz 'Saidina' - Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri



Ada segelintir masyarakat kita terhumban dalam perbahasan khilafiyyah yang akhirnya membawa kepada perpecahan. Contohnya, isu menyebut 'Saiyidina' yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Perkara ini perlu dilihat dari dua sudut. Pertama, nas syara' dan kedua, kehidupan harian yang luar daripada ibadah.

1. Tidak salah untuk meletakkan lafaz Saiyidina Muhammad SAW di luar ibadah yg ditetapkan syara'. Sebagai contoh, selawat yang biasa dilafazkan sebagai zikir seharian.

2. Bagi perbuatan yang disyariatkan seperti bacaan pada tahiyyat akhir dan azan, maka hendaklah kembali kepada nas yang mana ia bertepatan dengan kaedah
اَلْأَصْلَ فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف
“Hukum asal ibadah adalah tawaqquf (berhenti sehingga datang dalil)."
Maksudnya, setiap amal ibadah terutamanya yg ada dalam syariat, hendaklah didasari dengan hujah daripada al-Qur'an dan al-Hadith. Lafaz saiyidina tidak kita baca dalam ibadah sedemikian kerana ia tidak dilakukan oleh Nabi SAW.

Apapun, ianya jelas bahawa kedua-duanya boleh diamalkan dalam keadaan tertentu yang telah disebutkan di atas.

Bersama-sama kita hindari perpecahan kerana isu-isu kecil seperti ini dan kita cari titik kesatuan umat Islam. Moga-moga Islam akan lebih dipandang mulia kerana perpaduan umatnya. Wallahua'lam.

Thursday, April 3, 2014

5 Larangan Ketika Tidur Untuk Hidup Sihat

Bagi menjaga kesihatan kita agar kekal hidup sihat, bolehlah baca tips larangan ketika tidur dibawah.

tips larangan ketika tidur hidup sihat

Semoga bermanfaat!

1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN 
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. JANGAN TIDUR MEMAKAI BAJU DALAM (buat wanita)
Kajian mengatakan bahawa memakai baju dalam lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.

3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem saraf kita.

4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas.

5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ATAU SUAMI ORANG
Ini kerana anda mungkin akan tidur buat SELAMANYA.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More