Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Friday, May 25, 2012

Berapa 'nilai' diri anda?

Wang RM 100 & RM1.00 sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam
 dompet seorang pemuda. Kemudian di antara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yang RM100 bertanya kepada RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Selepas aku keluar dari bank aku terus di tangan orang-orang bawahan dari pembawa beca, penjual sayur, penjual ikan dan di tangan pengemis" Lalu RM1.00 bertanya balik kepada RM100, "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"


Lalu RM1.00 bertanya lagi, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah" RM 1.00 pun berkata lg, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah Allah dan di tangan anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada 
Allah. Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dengan kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini. Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai untuk memuliakan 
Allah. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!!

0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More