Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Thursday, May 24, 2012

Debat PTPTN antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin

Heboh satu Malaysia tentang Debat PTPTN antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang diadakan pada 22 Mei 2012. Di sini saya lampirkan keratan akhbar online daripada sihar harian sebagai rujukan.



Khairy: Negara muflis jika ikut Buku Jingga

Debat Sinar: Umno tetap mahu PTPTN kekal, Pakatan kata tidak

Debat Sinar: Tiada pihak menang, tapi rakyat jadi hakim


Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan menyaksikannya, bolehlah menonton debat ini secara online melalui youtube. Perdebatan ilmu seperti ini membolehkan kita mengetahui secara lebih jelas tentang hala tuju kerajaan sekarang dalam mempertahankan PTPTN berbanding dengan peranan dan janji yang dibawa oleh pembangkang sekarang dalam memberikan pendidikan percuma kepada rakyat sekiranya mereka berjaya menakluki Putrajaya.





Sedikit pengenalan diri kepada salah seorang pendebat kita iaitu Saudara Rafizi Ramli.

SIAPA DIA RAFIZI RAMLI NI?... (sumber : facebook)
  • Rafizi Ramli dilahirkan pada 14 September 1977 ...di Besut, Terengganu tetapi membesar di Kemaman dan Kuala Kangsar.
  • Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989) ; Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994) . 
  • Semasa di MCKK beliau menerima Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan , Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu), Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992  
  • Beliau juga Pebahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
  • Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993 
  • Presiden, Badan Revolusi Agama 
  • Presiden, Pancaragam Tentera  
  • Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
  • Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
  • Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan 
  • Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996) 
  • Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996 
  • Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996 
  • Orkestra Morrison’s Academy 
  • eeds University (1996 – 1999) 
  • Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
  • Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua) 
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik

LATAR BELAKANG KERJAYA

  • Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003) 
  • lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia 
  • PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005) 
  • Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
  • (Pengurus termuda semasa dilantik) 
  • PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007) 
  • Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
  • (Pengurus Kanan termuda semasa dilantik) 
  • Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion 
  • PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009) 
  • Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa) 
  • Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion.
Pengenalan diri tentang Saudara Khairy Jamaluddin pula saya tak jumpa. Ada sesapa boleh beritahu?

0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More