Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Sunday, April 14, 2013

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!





Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

i)  Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi  
    merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses
    penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga
     menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan
    yang berat.



2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi
   asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses
    menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin

a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.



3. BATUK

a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak            
    pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

c.  Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian
    kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau
    terdedah kepada udara yang tercemar.



4. KERONGKONG

i)  Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini
    adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.



5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat

a. Sistem penghadaman yang lemah.

b. Perut mengandungi angin.

c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan
   mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman
   dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.



6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i)  Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti
    lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain
    lagi.

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah
    mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.



7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki
    terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.



8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.



9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak
    larut dalam air.



10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat
      terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.



11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam
      air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.



12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses
     gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.



13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi

i)   Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda
     penyakit pirai (gout).

ii)  Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi
     metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c)  KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa
    kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan
    sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh
    kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah
    tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk
    (Hong Kong Foot).



14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala
    mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
 

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa
    (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan
    darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit
    migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-
    kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak
    lancar.



15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b. MUNTAH DARAH

i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit
    ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.



17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman



18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang

b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
    berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin
    sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.



19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus
    besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit
    barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH ‘ i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian
    usus. ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian
    usus sedang berlaku.



20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-
    organ badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang
    berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan
    badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang
    berlaku.



21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.



22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.



23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.



24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

i) Sistem jantung yang lemah.

ii) Sistem saraf otak yang lemah.

iii) Masalah pengaliran darah.



25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.



Disediakan oleh:

Pn. Rusnani Omar

Penolong Pendaftar

Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan

Universiti Malaysia Perlis.

0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More