Kalau
ada hujah orang yang mengatakan membuat maulid ini bidaah,syirik dan sebagainya kerana beranggapan melakukan
ibadah membesarkan selain daripada Allah سبحانه وتعالى maka apa kita nak kata?
Sebab apa orang buat maulid ini tak dipanggil ibadah
kepada Rasulullah?Sebab dia bukan iktikad Rasulullah itu Tuhan.Dia bukan kata
besar kepada Rasulullah dengan berdasarkan Rasulullah ﷺ itu Tuhan tetapi besarkan kepada Rasulullah
kerana cinta dan kasih kepada Rasulullah ﷺ.
Rasulullah ﷺ kalau kita kenal dia Allah kita mesti kena
kasih dan cinta.Ingat tak kisah batang tamar yang menangis sedih kerana
rindukan dan kasihkan Rasulullah ﷺ kerana Rasulullah tidak menggunakan ia lagi
setelah dibuat mimbar yang baru.
Maka batang tamar itu menangis sehingga tangisan itu
bukan sahaja didengari oleh Rasulullah ﷺ bahkan kepada Para Sahabat turut mendengar
tangisan itu yang mana Rasulullah turun daripada mimbar dan pergi kepada batang
tamar tersebut memeluk dan mengatakan sesuatu yang mana kata Rasulullah kalau
tidak pasti batang tamar itu akan menangis sehingga ke hari kiamat.
Kata Hasan Al-Basri kalau batang tamar yang tidak
mempunyai akal dan hati ini pun menangis kerana rindukan Rasulullah maka kita
yang ada akal dan hati ini adakah kita tak rindu dan cintakan
Rasulullah?Sepatutnya kita kena rindu dan cinta kepada Rasulullah ﷺ lebih daripada batang tamar itu dan banyak
lagi kisah benda-benda yang tak bernyawa merindui Rasulullah.Sepatutnya kita
kena lebih lagi rasa rindu dan cinta.
Bertolak/bermula daripada cinta inilah yang menjadi
majlis seperti ini(Maulid).Tak rasa cinta macam mana?Rasulullah ﷺ itu lebih kasih kepada kita lebih daripada
kita kasih kepada diri kita sendiri.Habis tu adakah kita tak kasih kepada
Rasulullah ﷺ lagi?
Rasulullah ﷺ kata siapa yang mati meninggal dunia tinggal
harta benda maka hartanya akan dibahagikan kepada ahli keluarganya.Dan sesiapa
yang mati tinggalkan hutang maka aku tanggung diatas aku.Kata Rasulullah ﷺ.Rasulullah bersama dengan kita.Rasulullah ﷺ kasih kepada Ummat Baginda lebih daripada
kita kasih kepada diri kita ini.Mana adab kita kepada Rasulullah?
Kita kena kasih kasih kepada Rasulullah.Orang yang faham
dan kenal Rasulullah tak boleh tak kasih kepada Rasulullah ﷺ.Tapi orang yang tak kenal Rasulullah dia tak
akan kasih kepada Rasulullah ﷺ.
Allah macam mana kita tak kasih kepada
Rasulullah?Rasulullah ﷺ tak redha sama sekali kita duduk dekat neraka.Nanti di
hari kiamat Rasulullah yang akan menyelamatkan setiap daripada Ummat Baginda
daripada terjerumas ke dalam api neraka bersusah payah di sana.Memberikan
syafaat kepada kita.Itu Rasul kita.
Dah tu ada orang mengatakan kita membesarkan Rasulullah ﷺ sampai ke tahap Tuhan?Tidak!!!Bukan sampai
kepada tahap Tuhan.Kita besarkan Rasulullah ﷺ kerana Baginda itu Rasul kita dan Baginda
Nabi ﷺ kasih kepada kita,Baginda menyampaikan perkara baik
kepada kita.Baginda jugalah beri kebaikan kepada kita begitu banyak yang tak
boleh kita bilang.Itu sebab kita kena kasih dan cinta kepada Rasulullah ﷺ.
Setengah daripada hujah mereka yakni Wahabi yang
mengatakan maulid ini tidak dibuat oleh orang salaf.Orang salaf tak buat maulid.Itu
setengah daripada hujah mereka.
Cuma kita periksa macam mana nak jawab?Kalau kita tak
boleh nak jawab maka orang wahabi ini boleh berjalan terus lagi!!!
Jawab dia lagumano?Ukuran benar dan palsu itu bukan
dengan salaf.Itu jawapan dia.Salaf itu bukan jadi ukuran benar dan palsu.Yang
menjadi ukuran yang benar dan palsu itu adalah Al-Quran,As-Sunnah,Ijmak dan
Qiyas iaitu dalam kata pendeknnya ialah dalil-dalil syarak.
Bila ada dalil-dalil syarak buat tak buat salah tak jadi
masalah.Bila ada dalil pada syarak salaf tak buat maka kita boleh buat apatah
lagi kalau salaf buat.Berapa banyak yang orang salaf tinggal untuk kita
belajar.Dia(salaf) tinggal dia tak buat,kita boleh buat.
Di masa kita mengadakan beberapa perkara yang tidak
diadakan pada masa salaf.Ulama kita buat.Itu jawapan dia.Kalau dia(Wahabi) kata
salaf jadi dalil syarak maka suruh dia bawak mari bukti dalil yang mengatakan
dalil salaf jadi dalil syarak.Allah nak jadi dalil syarak macam mana Rasulullah
ﷺ sendiri banyak yang Rasulullah tinggal kita
boleh buat.Habis itu kalau salaf tinggal?Lagilah kita boleh buat.
Mana dalil yang mengatakan benda yang salaf ak buat jadi
bidaah.Ada tak Al-Quran,hadis,ijmak dan qiyas?Tak ada?Oleh itu mu lah(Wahabi)
bidaah dalalah.Duk tambah hukum pandai-pandai,reka hukum dia panggil.
Besar sungguh ini.Siapakah yang lebih zalim daripada
mereka yang mereka atas Allah akan dusta?Perkara yang Allah tak kata haram kita
kata haram.Perkara yang Nabi tak kata haram kita pergi kata haram.Itu nama kita
reka di atas Allah.Reka di atas Rasul.Itu orang yang paling zalim sekali.
Allah tak kata kita kata Allah kata.Rasul tak kata kita
kata Rasul kata.Itu salah,tak betul.
Setengah daripada hujah mereka lagi mengatakan maulid ini
menyerupai dengan agama kristian.Kristian membesarkan hari kelahiran Nabi Isa
'Alaihissalam maka kita membesarkan hari kelahiran Nabi kita iaitu Nabi
Muhammad ﷺ.
Jawapannya semata-mata serupa tak jadi hujah tak jadi
dalil syarak yang mana kita pada hari ini berapa banyak yang serupa dengan
orang kafir.(fikirkan banyak contoh boleh diberikan)
Dan setengah daripada hujah mereka yang paling kuat
adalah bila buat maulid iaitu berhimpun padanya beberapa perkara yang
haram.Bercampur dengan perkara yang haram.Ada bergaul antara lelaki dan
perempuan dan ada yang membazir harta.Itu hujah dia ada bazir harta dan ada
campur laki dan perempuan dia kata.
Jawapannya itu bukan haram maulid.Itu dia panggil haram
li'aridi.Bukan dalil haram maulid.Kalau sembahyang jemaah,kalau tawaf haram
belakalah yang bergaul yang haram?Tawaf bukan haram tapi haram bergaul
perempuan dan lelaki.Itu lain.
Kalau dia berhujah pada yang itu bererti dia tak faham
dalil syarak.Dalil yang haram berhimpun lelaki dan perempuan itu suku.Serupa
arak.Haram tak arak?Contohnya kalau kita buat maulid sambil minum arak.Haram
tak maulid itu?
Bukan haram maulid tapi yang haramnya adalah haram minum
arak tak kira minum arak di tempat maulid ataupun di tempat-tempat yang
lainnya.Maulid tak haram tapi minum arak itu yang haram.Itu orang panggil haram
li'aridi.
Contoh lagi.Kalau kita buat sembahyang jemaah selang laki
perempuan sebelah-belah.Haram sembahyang jemaah ke?Bukan!!Tapi yang haram
adalah haram bergaul.Sebab itu kita kena faham betul-betul..Jangan kita ikut
doktor wahabi ini dia kalau orang sakit kaki dia pergi kerat tekok.Itu tak
betul salah.
Yang haram bergaul antara lelaki dan perempuan sebab itu
kita kena cegah yang itu asingkan tempat lelaki dan perempuan bukannya
mengatakan maulid itu yang haram.
#MutiaraKata[TUAN GURU HJ.GHAZALI AHMAD @
BABA LI]
0 komen:
Post a Comment