1. Serangan 9/11 Dirancang Oleh Orang Dalam Kabinet Amerika Sendiri
Peristiwa ni memang terkenal dan mendedahkan satu demi satu dari keadaan George Bush sebelum letupan sehinggalah tamatnya perang di Afghanistan. Erm, antara konspirasi yang paling tepat sekali untuk didakwa menjadi betul
2. Pendaratan Alien Di Roswell
Alien ni masa kecik-kecik aku percaya la. Dah besar, peh segalanya mengarut! Ahli astronomi dah meneroka alam semesta ni sejauh berbilion-bilion tahun cahaya dengan teleskop, takde satu pun planet yang mampu menyediakan atmosfera yang sebaik Bumi untuk membolehkan hidupan hidup. Planet ada air tu biasa la, tapi planet yang ada tumbuhan, oksigen, tekanan udara yang sesuai dan sebagainya takde yang sepadan dengan Bumi. Kalau ada pun alien ni, bila sampai Bumi konfem tak boleh hidup sebab diorang hidup dalam suasana atmosfera yang lain. Kita hidup pakai oksigen, diorang hidup pakai benda lain agaknya,haha.
3. Pembunuhan John F Kennedy
JFK ni terkenal sebab antara pemimpin terkenal Amerika kerana memulakan kariernya hanya sebagai pelakon. Kematiannya akibat dibunuh disangsikan apabila ada yang mendakwa wujud tangan-tangan ghaib yang cuba membunuhnya termasuk dari CIA, FBI, KGB, Federal Reserve dan sebagainya. Kenapa nak bunuh dia? Sebab orang kata dia ni antara pemimpin yang bekerja untuk rakyat Amerika.
4. Global Warming Adalah Palsu
Teori global warming diwujudkan untuk mencipta rasa panik manusia. Tapi rasanya teori ni memang sangat diragui sebab tanda-tanda global warming tu memang jelas.
5. Pembunuhan Puteri Diana
Ni dah diterangkan dalam The Arrival yang dia dibunuh kerana didakwa bercinta dengan seorang putera Arab dan mungkin akan menjejaskan sistem warisan pemerintahan beraja Britain
6. Penaklukan Dunia Oleh Yahudi
Ni memang dah terkenal sangat dah ni. Bermula dari terciptanya buku Protocols of Elders of Zion, dunia mula merasa sangsi kerana buku tu secara jelas menunjukkan zionis akan menakluki dunia ni dengan cara yang sangat kejam dan ganas sekali.
7. Pendaratan Manusia Di Bulan Adalah Palsu
Didakwa Amerika cuma berlakon akan pendaratan ni demi memenangi Perang Dingin dengan Rusia di mana angkasawan Rusia, Yuri Gagarin berjaya menjadi manusia pertama mengelilingi Bumi di ruang angkasa. Ni cerita betul. Amerika yang terdesak dengan kecanggihan Rusia tu, mendakwa 3 angkasawan mereka merupakan manusia pertama menjejak bulan. Memang negara kuat menipu betul.
8. Serangan Pearl Harbor
Ada pihak mendakwa bahawa presiden Amerika waktu itu, Roosevelt(FDR) mengetahui bahawa serangan itu akan dilakukan dan sengaja membiarkan serangan itu berlaku demi memancing Hitler merancakkan Perang Dunia Kedua. Semua kod rahsia Jepun didakwa telah dipecahkan sebelum itu maka mustahil pihak tentera tidak bersedia dengan serangan itu.
9. Rahsia Ketiga Fatima
Ni ada kaitan dengan Kristian, Virgin Mary dan ramalan-ramalan siapa yang memiliki keupayaan seperti Virgin Mary
10. Eksperimen Philadelphia
Salah satu eksperimen ketenteraan yang kontroversi dari Amerika. Eksperimen ni didakwa mampu hilang beberapa waktu dari pandangan manusia. Namun, US Navy menafikannya dan mendakwa ia satu cerita palsu.
Namun, ada pihak mendakwa menemui maklumat bahawa eksperimen ni dijalankan oleh seorang professor iaitu Dr Franklin Reno atau Rineheart bahawa nama projek ni ialah Unified Field Theory. Professor itu didakwa menggunakan beberapa teori untuk memesongkan hukum fizik seperti graviti agar kapal US Destroyer boleh hilang dari pandangan manusia. Aku pun tak berapa jelas tentang hal ni tapi kononnya didakwa semua krew2 dalam kapal ni hilang.Yang tinggal cuma kapalnya sahaja.
0 komen:
Post a Comment