Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Thursday, July 5, 2012

Memoir Hamka – Pemuda Islam Yang Diuji Keimanannya Oleh Zending Kristian – Bahagian 1 : Kaabah Dan Kiblat


Secara umumnya di alam Nusantara kita, sudah jelas berlaku perebutan pengaruh agama sejak zaman penjajah sampai ke era zaman merdeka. Dengan berakhirnya penjajahan maka timbullah semangat baru umat Islam kerana nikmat merdeka. Lantaran tidak hairanlah pihak penjajah beragama Kristian seperti British, Belanda dan Portugis merasa terancam terhadap pengaruh mereka di alam Nusantara. Jika dahulu di zaman penjajahan, golongan ini diibaratkan sebagai ‘Anak Emas’ pemerintahan Kolonial. Tapi kini agama Islam telah diberikan kedudukan yang tinggi di negara Malaysia, Indonesia dan Brunai.
Eksplorasi dan penjajahan alam Nusantara telah dirancang sejak tahun 1511 oleh Barat
Kini, waktu dan zaman berlalu dengan pantas di mana ramai anak-anak Islam telah mendapat pendidikan hingga ke menara gading. Namun begitu terdapat segelintir umat Islam yang ALPA dan LALAI dalam meningkatkan kefahaman dan pengetahuan asas agama Islam sebagai cara hidup harian. Akibat kelemahan ini maka muncullah Zending (Mubaligh) Kristian untuk menggoncang, melemah dan menimbulkan keraguan umat Islam terhadap ajaran agamanya.
Taktik ampuh yang digunapakai adalah secara HALUS melalui sesi bertukar fikiran bersama golongan pemuda dan pemudi Islam dalam soal-soal ibadat atau kepercayaan. Sekiranya golongan tersebut rapuh dalam asas ajaran Islam maka amat mudahlah mereka ini diajak MURTAD dari agama Islam dan memeluk Kristian.
Prof. Dr. Hamka seorang tokoh Ilmuan Islam yang disegani
Justeru itu, pada coretan kali ini saya akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang diceritakan oleh Prof. Dr. Hamka atau Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah di dalam hasil karya bukunya yang bertajuk  ”Umat Islam Menghadapi Tentangan Kristianisasi dan Sekularisasi”. Intipati kandungan buku ini menceritakan perihal perbincangannya bersama seorang pemuda yang ingin mencari kebenaran tentang ajaran Islam. Pemuda ini telah diserang MINDA dan IMANnya secara di bawah sedar oleh Zeding secara sistematik. Marilah kita hayati coretan ini untuk dijadikan IKTIBAR kepada kita dalam melawan proses kristianisasi oleh mubaligh kristian.
Menyembah Kaabah
Kaabah berfungsi sebagai arah kiblat kepada umat Islam dalam mengerjakan solat
Pada suatu hari seorang doktor muda diajukan pertanyaan oleh seorang Zending Kristian:“Mengapa orang Islam dilarang menyembah berhala, pada hal orang Islam sendiri seluruhnya menyembah Kaabah, iaitu satu berhala besar yang didirikan oleh Muhammad di Mekah?” Bukankah hal ini bererti Muhammad melarang umatnya menyembahsegala bentuk berhala? Sedangkan pada masa yang sama beliau sendiri memerintahkan umatnya menyembah Kaabah yang didirikan di tanah kelahirannya. Ini kerana beliau secara simbolik mahu menunjukkan setiap kali orang menyembah Kaabah bererti mereka memuliakan dirinya dan menjadikan seluruh dunia telah ditakluki oleh orang Arab?”
Oleh kerana doktor ini seorang yang cetek pengetahuan agama Islam maka beliau tidak dapat menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh propagandis Kristian itu. Sebab itulah mereka (Zending) datang dan bertanya kepadanya:“Betulkah orang Islam menyembah Kaabah?”  
Saya (Hamka) menerangkan bahawasanya kaum muslimin di seluruh dunia walau apapun anutan mazhabnya samada dia seorang Sunni atau dia seorang Syiah, mereka tidak sekali-kali pernah menerima ajaran bahawa kita menyembah, memuja dan beribadat kepada KaabahHARUS diingat Kaabah bukan Nabi Muhammad S.A.W yang mendirikannya. Ia dibina oleh Nabi Ibrahim iaitu nenek moyang dari nabi-nabi sejak Nabi Musa hinggalah ke Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk mendirikan Kaabah sebagai PUSAT PERIBADATAN kepada umat yang mengakui bahawa Allah S.W.T adalah ESA.
Binaan Kaabah ini telah mengalami banyak perubahan bermula dari zaman nabi Adam hinggalah nabi Muhammad S.A.W.
Oleh kerana jarak masa di antara Nabi Ibrahim dengan Nabi Muhammad S.A.W adalah amat jauh maka orang Arab Jahiliyah telah membawa berbagai bentuk patung berhala dan menyandarkannya di sekeliling Kaabah itu. Setelah Nabi Muhammad S.A.W datang dan menguasai Mekah maka semua berhala tersebut telah diruntuhkan. Dan Kaabah telah ditetapkan sebagai KIBLAT. Ini bererti Kaabah akan dijadikan tempat MENGHADAP bukan tempat MENYEMBAH. Sekiranya ada di kalangan umat Islam yang menyembah dan memujanya maka KAFIRlah dia menurut hukum Islam. Dalil yang menerangkan Kaabah dan Masjidil Haram hanya untuk menghadapkan muka (wajah) telah dijelaskan di dalam al-Quran, Surah Al-Baqarah : Ayat 144, 149 dan 150.
“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 144)
“Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 149)
“Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar).”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 150)
Peringatan tentang peranan Kaabah sebagai kiblat bukan untuk disembah oleh orang Islam telah ditegaskan sekali lagi dengan jelas di dalam Surah Quraisy : Ayat 3.
“Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,”
Perbezaan Menyembah Dengan Menghadap
Lokasi Kaabah ini terletak di tengah-tengah garisan pusat bumi
Doktor itu bertanya lagi: “Apakah bezanya menyembah dengan menghadap?” Bagaimana doktor tidak tahu membezakan istilah MENYEMBAH dengan MENGHADAP? MENGHADAP adalah semata-mata menghadapkan muka (wajah) dengan perhatian (mata). MENYEMBAH dan memuja ialah perbuatan menghormati tempat itu, memohon kepadanya, meminta pertolongan, minta dilepaskan dari bahayaKadang-kadang dijalankan upacara korban untuknya sebagai sajian (jamuan).
Terdapat juga sesetengah kefahaman mengatakan bahawa meminta sesuatu itu hendaklah sendiri secara terus kepada Kaabah atau ia menjadi perantaraan buat menyampaikan permohonan kepada Allah S.W.T. AWAS! Jika perbuatan ini dilakukan maka ianya adalah SYIRIK dan dilarang dalam Islam. INGATlah bahawa Kaabah itu hanyalah batu-batu yang disusun, boleh diruntuh kalau banjir besar datang dan boleh dibangunkan semula jika mengalani kerosakan. 
Kristian Menyembah Patung
Patung Jesus dan Maryam disembah dan dipuja oleh penganut Kristian, walaupun mereka tahu ia hanya patung
Kini terbukti bahawa tidak ada seorang pun orang Islam atau Mazhab Islam yang mempunyai kepercayaan bahawa Kaabah itu disembah dan dipuja. Malah jauh sekali menganggapnya sebagi  TUHAN atau PERANTARA dengan tuhan untuk menolong dalam menyampaikan permintaan yang dimohonnya. 
Senario ini tidak berlaku dalam kepercayaan orang Kristian yang menganggap bahawa Jesus Kristus adalah Tuhan. Sebaliknya mereka percaya bahawa Jesus adalah gabungan dirinya sendiri bersama Ruhul Kudus dan Allah,  Allah Putera dan Allah Ruhul Kudus.
Kaabah itu tidak seperti patung-patung Jesus atau patung Maryam. Penganut Kristian memohon sesuatu kepada patung itu atau menggambarkan dalam ingatan (minda) bahawa patung itu seakan-akan memang Jesus atau memang MaryamBegitulah juga terjadi halnya kalau penganut Kristian makan roti paskah dan minum anggur paskah (Easter). Mereka akan cuba menyakini bahawa roti itu betul-betul menjadi daging Jesus dan anggur itu juga betul-betul menjadi darah Jesus.
Awas diri anda, jangan sampai tersalah Kiblat
Saya pula menyambung perbincangan; “Cuba doktor perhatikan. Kalau doktor berkawan dengan seorang Katolik yang taat, doktor akan melihat patung Maria terdapat dalam biliknya. Dan bila beliau bersembahyang memohon sesuatu, dia akan memohon kepada patung tersebut. Ini kerana menurut beliau, MARIA adalah IBU TUHAN, sebab itu dia pun Tuhan.
Sedang orang Islam, bagaimana BODOH atau JAHIL tidak ada yang menyimpan patung KAABAH atau gambar KAABAH di dalam rumahnya untuk dipuja dan disembah. Misalnya ada seorang haji yang baru pulang dari Mekah membeli sebuah foto Kaabah lalu digantungkannya di dinding rumahnya. Di sepanjang foto itu digantung di rumahnya, beliau TIDAK pernah menghadapkan mukanya atau memuja foto tersebut di dalam rumahnya. Sekiranya perbuatan menyembah dan memuja foto ini dilakukan maka beliau telah menjadi KAFIR kerana MEMPERSEKUTUKAN Kaabah dengan Allah S.W.T.” Nau’zubillah himinzalik..
Kenapa Perlu Menghadap Kiblat
Ekoran daripada jawapan yang diberikan oleh saya agak sinis kepada pemuda tersebut maka beliau mengemukakan bantahan: “Mengapa tidak dibolehkan sahaja MENGHADAP KE MANA SUKA, kalau Kaabah bukan untuk diSEMBAHApa salahnya kalau kita menghadap ke mana kita suka sahaja? Padahal Tuhan itu ada di mana-mana? “Saya menjawab: “Tentang Tuhan di mana-mana, terdapat ayat-ayat al-Quran memperjelaskan tentang perintah berKIBLAT ke Kaabah itu sendiri berdasarkan kepada Firman berikut:
“Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 115)
Perbezaan bacaan dan cara sembahyang berlaku di antara mazhab Katolik dan Protestan. Di manakah erti kesatuan dan keharmonian beragama dalam Kristian?
Memang benar jika diteliti maksud ayat ini memang SAH bersolat ke mana saja pun kita menghadap. Tetapi ada SATU faktor lain di dalam Islam yang tidak ada di dalam agama lain terutamanya dalam agama Kristian yang saya rasa merekalah yang bertanggungjawab menanamkan perasaan WAS-WAS dan KERAGUAN di dalam hati doktor.
Saya mengetahui bahawa terdapat banyak perbezaan berkaitan sembahyang oleh penganut Kristian samada dari aspek bacaan sembahyangnya atau cara-cara mereka bersembahyang mengikut mazhab. Senario perbezaan ini sering kali menyebabkan berlaku satu mazhab mempertikai cara mazhab yang lain. Misalnya cara sembahyang Katolik berbeza  dengan Protestan. Manakala sembahyang Methodist berlainan pula dengan Adventist. Masing-masing bertelagah mengatakan bahawa gerejanyalah yang benar dan yang lain salah. Kini terdapat tidak kurang daripada 200 mazhab (sects) dalam agama Kristian.
Kesimpulan
Berdasarkan kepada perbincangan ini maka dapatlah kita simpulkan bahawa tiada masalah kaedah atau cara bersolat di dalam agama ISLAM. Ia terbukti UTUH melalui kesatuan dan keharmonian di kalangan penganutnya. Contohnya, dalam Islam hanya SATU corak bersolat, SATU bahasa yang dipakai dan SATU kiblat tempat kita menghadap serta SATU tujuan ibadat hanya kepada ALLAH S.W.T. Sebab itulah dalam Rukun Solat terdapat 13 perkara yang diterangkan dengan jelas. Di antara perkara asas yang dititik beratkan ialah rukun pertama memasang NIAT, rukun kedua menghadapkan muka ke arah KIBLAT. “Oleh itu, jika terdapat orang Islam yang bersolat sesuka hati menghadap ke mana dia suka, APAKAH DIA SALAH? Nescaya jadi SALAH kerana dia telah membuat aturan sendiri di luar daripada PEDOMAN yang diberikan oleh Rasullulah S.A.W yang mengajarkan bahawa orang Islam seluruh dunia adalah SATU.
SATU Tuhannya iaitu ALLAH S.W.T.,
SATU pedomannya iaitu Al-Quran dan
SATU pimpinannya iaitu Nabi Muhammad S.A.W…..

0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More