Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Wednesday, July 18, 2012

Gurauan Ibu Bapa Bawa Padah


Sepasang suami isteri terpaksa berdepan dengan detik-detik cemas apabila gurauan memasukkan anak ke dalam mesin basuh membawa padah apabila ia berpusing secara automatik.
Bergurau sememangnya perlu ada pada bagi setiap orang. Walaupun gurau senda membantu menguatkan kasih sayang, ia juga boleh meranapkan silaturrahim jika gurau senda menyebabkan ada pihak berkecil hati. Sememangnya menjadi fitrah, penerimaan seseorang itu tidaklah sama dalam bergurau. Namun terdapat sepasang suami isteri yang menjadikan gurauan itu sebagai satu padah.
Sepasang suami isteri panik selepas anak lelaki mereka terperangkap selama lima minit di dalam sebuah mesin basuh automatik di sebuah kedai dobi layan diri di Amerika Syarikat.
Difahamkan sebelum kejadian, kedua suami isteri itu dipercayai sedang bergurau dengan meletakkan anak mereka ke dalam mesin basuh di kedai dobi Laundromat tersebut.
Perbuatan itu turut mengundang kemarahan pelanggan lain. Tindakan bodoh yang dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup premis tersebut turut dimuat naik ke laman web perkongsian video, Youtube dan telah ditonton lebih 26,000 pengguna Internet setakat ini.
sumber: melayukini.net

0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More