Macam yang kita tahu,tentera@askar merupakan aset penting dalam pertahanan sesebuah negara yang berdaulat..Kalau tak ada diorang ni, habis laa negara tu kena ceroboh atau diserang negara lain..Cuba korang bayang kan, negara yang dok ada askar pun boleh kena serang, ini kan pulak yang tak ada tentera@askar langsung??
Kita patut bersyukur, walau pun kuasa ketenteraan negara kita tak se-hebat U.S, Singapura atau pun Jepun, kita tetap ada perajurit yang boleh menawarkan diri untuk mempertahankan negara, betul tak?? Tapi aku rasa la kan, negara yang tak ada tentera ni mesti ada keistimewaan yang tersendiri sampai tak perlu ada kuasa tentera dalam negara diorang..Kalau korang nak tahu negara apa, korang boleh layan gambar kat bawah ni..Rasa-rasa, korang pernah dengar tak nama negara tu sebelum ni?
1. Palau
Negara kecil ni mempunyai 328 buah pulau yang terletak di Lautan Pasifik. Populasi penduduk yang menetap kat negara ni dianggarkan berjumlah 20,900 orang. Negara Palau ni mendapat perlindungan pertahanan daripada U.S.A.
2. Nauru Republic.
Merupakan sebuah pulau terumbu karang yang mempunyai populasi penduduk yang dianggarkan sebanyak 14, 000 orang. Mendapat kemerdekaan pada tahun 1968.
3. Vatican
Merupakan sebuah negara yang terletak di dalam negara (dalam negara ada negara). Mendapat perlindungan pertahanan daripada U.S.A.
4. Grenada
Grenada terletak di selatan-pantai timur Laut Caribbean. Mendapat perlindungan pertahanan daripada U.S.A.
5. Andorra
Merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara Spain dan Perancis. Mendapat perlindungan pertahanan daripada Spain, Perancis dan Nato.
p/s: patut la rilek je tak ada askar..Rupanya ada negara lain tolong back-up =,='
0 komen:
Post a Comment