Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Friday, October 5, 2012

Kenali RAM & Jenisnya

RAM atau Random Access Memory adalah satu komponen penting didalam sistem komputer dan peranti elektronik. RAM selalunya digunakan pada komputer, tetapi ia juga boleh didapati pada pencetak (printer), telefon bimbit. RAM digolong dalam kategori volatile memory iaitu memerlukan kuasa elektrik untuk menyimpan memori. Jadi dengan itu, pendrive berada di golongan non-volatile yang bermaksud dapat menyimpan data walaupun bekalan elektrik diputuskan. Terdapat pelbagai jenis RAM yang telah dikeluarkan sekarang iaitu SDRAM, DDR SDRAM, DDR2 SDRAM dan DDR3 SDRAM. Kesemua jenis RAM ini berbeza merujuk pada kekerapan data boleh ditulis atau diakses dan oleh sebab itu, makin banyak data boleh ditulis dan diakses ia meningkatkan keupayaan atau prestasi RAM tersebut.

SDRAM diambil dari perkataan Single Data Rates Random Access Memory manakala DDR SDRAM pula dari perkataan Double Data Rate Synchronous Dynamic Random Access Memory. Disebabkan itu, DDR adalah peningkatan SDRAM dan ianya membenarkan kadar pemindahan data lebih tinggi dari kadar SDRAM.Selain dari itu, DDR juga menggunakan voltage yang lebih rendah dan berkesan. Untuk RAM ini juga ia terdapat pelbagai frekuensi clock. Bagi jenis SDRAM, ianya bermula dari 66-133Mhz, diikuti dengan DDR SDRAM pada frekuensi daripada 100-200Mhz dan beroperasi pada 2.5v. Untuk DDR2 SDRAM pula boleh didapati pada kekerapan bermula dari 200-533Mhz, beroperasi pada 1.8v dan DDR3 SDRAM boleh didapati pada kekerapan frekuensi yang terdiri daripada 400-1066Mhz dengan 1.6v kuasa untuk ianya beroperasi.

Disebabkan bilangan frekuensi clock ini tidak mempunyai kepadatan yang sama, ianya tidak semua papan induk (motherboard) menyokong RAM yang mempunyai nilai kepadatan yang tinggi, tetapi kebanyakkannya menyokong RAM berkepadatan rendah. Perbezaan antara kepadatan rendah dan tinggi adalah pada nilai cip yang disusun. Sebagai contoh 1GB RAM yang berkepadatan rendah dan tinggi mempunyai 8 cip 512MB pada setiap bahagiannya dan berjumlah 16 cip keseluruhannya. Ia disusun dalam bentuk (512MB X 16)/8 bit yang memberikan 1024MB atau 1GB. Pada RAM berkepadatan rendah, cip disusun dengan 64M bit dengan lebar data 8 bit dan biasanya dinyatakan dengan konfigurasi 64M X 8. Tetapi untuk RAM berkepadatan tinggi, ianya disusun dengan 128M bit dengan lebar data sebanyak 4 bit dan menjadikannya berkonfigurasi 128M X 4.

Modul RAM adalah dalam bentuk DIMM atau dual inline memory modules. Ianya merupakan siri dari litar intergrated memory yang terdapat pada papan litar bercetak (printed circuit board; PCD). Papan litar ini dipanggil RAM Stick/Memory Stick. Setiap RAM modul disambung ke slot DIMM dan menggunakan beberapa pin yang berbeza pada hujungnya. Sebagai contoh, DDR dan DDR2 SDRAM didatangkan didalam konfigurasi 200-pin DIMM manakala DDR3 SDRAM didatangkan didalam konfigurasi 240-pin. Untuk peranti yang lebih kecil seperti komputer riba, ianya menggunakan modul RAM yang lebih kecil dikenali sebagai SO-DIMM (Small Outline Dual In-line Memory Module). SO-DIMM juga mempunyai konfigurasi pin yang berbeza-beza.
Sehingga hari ini, hanya 2 jenis RAM yang mudah didapati iaitu DDR2 dan DDR3 SDRAM. Kebanyakkan komputer baru menggunakan DDR3 SDRAM. Tetapi ada juga yang masih menggunakan DDR2. Sehingga kini, hanya papan induk AMD dengan slot AM3 dan papan induk intel LGA 1156 atau LGA 1366 yang menyokong DDR3 SDRAM.
Jika korang mahu memeriksa jenis RAM yang komputer korang pakai, boleh la menggunakan aplikasi CPU-Z dan pergilah ke bahagian Memory.
 

0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More