Jika anda pertama kali melihat sistem operasi
Android, paparannya pada skrin sangat mudah, kemas dan mudah untuk diubahsuai.
Berikut adalah contoh paparan pertama android (tanpa ubah suai)
Mengenali Android
Android adalah satu “Operation System” (OS)
yang dibangunkan oleh Android Inc menggunakan “Linux” kernel untuk sistem
operasi telefon, Android Inc dibeli oleh Google Inc pada tahun 2005 dan ia mula
memasuki pasaran pada akhir 2009. Pada May 2010, Android telah menguasai 20%
pasaran smartphone di Amerika menandingi Smartphone yang lain seperti windows
os, iphone os dan blackberry os. Oleh kerana ia dibangunkan dari sistem linux,
Google membekalkan Android Operating sistem secara percuma dan ia akan kekal
percuma.
Evolusi Android
Android terbaru ketika ini telah ditambahbaik
dari sistem Android yang pertama. Pertambahbaik ini biasanya dilakukan untuk
membaiki “bug” atau menambah “features” sistem Android. Setiap versi Android
yang ditambahbaik biasanya dikenali dengan nama Makanan Petang. Bermula dari
Abjad A -Android kemudiannya C – Z (mungkin)
- v1.5 Cupcake Dikeluarkan pada 30 April 2009
- v1.6 DonutReleased 15 September 2009.
- v2.0/2.1 EclairReleased 26 October 2009.
- v2.2 FroyoFirst SDK released on 20 May 2010.
- GingerbreadTentatively scheduled for Q4 2010 launch.
- HoneycombScheduled for 2011 launch.
Kepelbagaian
Jenama
Google telah memperkenalkan sistem partnership didalam membangunkan operasi
Android. Bermakna sesiapa sahaja yang terlibat didalam membangunkan sistem
Android berhak untuk mengeluarkan semikonduktor, komponen, processor, software
malah telefon mereka sendiri dengan menggunakan operasi Android.
Dari kiri: HTC Sense UI, Samsung TouchWiz, LG
S-Class UI, Sony Ericsson UXP Platform
Kelebihan untuk mengubah sendiri paparan
skrin
Jika 2 telefon dari 2 pengeluar berbeza
dibandingkan, perbezaannya mungkin sukar dicari. Setiap syarikat telefon bebas
untuk mengubah sistem paparan Android untuk memudahkan pengguna mereka mengakses
data dan maklumat, Dengan menggunakan sentuhan jari contohnya, Samsung
menggunakan teknologi TouchWiz mereka pada paparan skrin, manakala HTC
menggunakan Sense UI untuk telefon android mereka. Sony Ericsson pula
menggunakan UXP Platform dan LG menggunakan S-Class UI. (Konsepnya hanya
teknologi menggunakan jari) tetapi asas dan flow tetap sama iaitu Android.
Berbalik kepada pengguna Android, skrin paparan
telefon android anda boleh diubah suai mengikut apa yang anda kehendaki (apa
yang paling utama) bagi anda untuk berada di skrin hadapan. Android mempunyai 5
skrin paparan utama, dimana anda boleh letakkan Icon (seperti skrin komputer),
widget dan shortcut.
Market Share (ringkasan sahaja)
Telefon menggunakan platform Android semakin
popular hari ini. Berbalik kepada semasa Android pertama kali diperkenalkan pada
akhir 2009, Android hanya memiliki sekitar 4% dari pengguna smartphone dan ia
terus bertambah (Feb.2010-9%,July.2010-13%). Walaupun Android OS diperkenalkan
kurang dari setahun, pengguna yang memilih platform Android terus bertambah
dengan pantas.
Gartner Inc meramalkan pada 2012, Android akan
menjadi sistem operasi kedua paling banyak digunakan selepas Nokia Symbian
OS.
Pada May 2010, jualan telefon Android mengatasi
Iphone platform di Amerika. Android mula mendapat tempat mengikut jejak Sistem
operasi Windows Mobile sebelum ini kerana Android mempunyai kepelbagaian
pengeluar dan kepelbagaian “channel”.
Dikhabarkan pengguna Android terus bertambah
setiap hari (10,000/day May 2010 -> 160,000/day Akhir June 2010 dan pada Ogos
2010, penguna Android bertambah seramai 200,000 setiap hari.
Peratusan pengguna Android OS mengikut
Version
Android 2.1 (Eclair) – 41.7%
Android 2.2 (Froyo) – 28.7%
Android 1.6 (Donut) – 17.5%
Android 1.5 (Cupcake) – 12.0%
Android 2.2 (Froyo) – 28.7%
Android 1.6 (Donut) – 17.5%
Android 1.5 (Cupcake) – 12.0%
Jika anda inginkan telefon yang memberikan anda
kebebasan untuk digunakan, beralih ke Android sekarang.
0 komen:
Post a Comment