Pernah suatu zaman Kesultanan Sulu gah di persada dunia, sejarahnya persis era PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA. Ramai pendakwah dari keturunan Rasulullah saw juga WALI SONGO tanah JAWA telah sampai ke kepulauan SULU dan mengislamkan rakyatnya. Bahkan mereka di tanam dengan ketauhidan yang sangat kuat dalam hati. Mereka hidup aman damai dengan kasih sayang dan keberkatan melata di bumi SULU yang subur dan pernah menjadi saksi tertegaknya kerajaan ISLAM suatu masa dahulu dengan nama SULU DARUL ISLAM
Kini masyarakat di Kepulauan Sulu hidup dalam keadaan yang amat daif , tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tanpa bekalan elektrik , rumah yang usang beratapkan rumbia berlantaikan bulu, tiada pendidikan yang sempurna, jauh dari pembangunan dan kecanggihan teknologi, tanpa kewarganegaraan, tersisih dan berserakan. Kehidupan yang sentiasa berlapar serta susah akibat kemiskinan yang menghimpit dek kesan peperangan yang panjang.
Harum membawa mesej cinta dan kasih sayang untuk semua warga rumpun Nusantara ini . Mengongsi rasa ummat Nabi saw demi sebuah rahsia cinta. |
Kita memfokuskan dengan menyeru semua pihak yang mahu bersama agar dapat membantu dan meringankan kesusahan rakyat umat Islam di Sulu supaya mereka dapat menikmati makanan dan keperluan asas yang mampu meringankan kesusahan mereka. Sudah sampai masanya kita hulurkan kasih-sayang yang lama tidak dinikmati umat Islam di SULU.
Kepulauan Sulu 100% adalah Islam. Sulu pernah didatangi pendakwah arab yang dikatakan dari keturunan Rasulullah saw. Mereka inilah yang telah mengislamkan keseluruhan masyarakat di Sulu dan berkahwin dengan masyarakat setempat dan menetap sehingga kini. Masyarakat Sulu sangat mengormati Ulama' . Kita membantu atas dasar kasih sayang, kedamaian dan persaudaraan dalam Islam.
Dengan semangat dan DASAR KASIH SAYANG pada ummat baginda Nabi SAW ----Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HaRUM) tampil mengambil inisiatif merintis MISI KEMANUSIAAN KASIH SAYANG dengan sumbangan berupa pakaian dan wang kepada rakyat SULU TERTINDAS. Beberapa siri Misi Kemanusiaan ini akan dihantar lagi untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung rakyat Islam di sana. Alhamdulillah segala perjalanan selamat cuma memenatkan ,dan kami melihat sendiri kedamaian SULU dan kemeleratan rakyatnya yang menagih seteguk rasa kasih.
Berikut dilampirkan suasana sebenar rakyat SULU yang selama ini dirahsiakan dari pengetahuan dunia;
Kehidupan kanak-kanak Sulu yang memerlukan pembelaan , pendidikan, dan usaha mengembalikan zaman kanak-kanak mereka yang gembira. |
Kawasan Perairan Sulu belum tercemar, dan menjadi tempat pembiakan ikan , di jetinya sahaja banyak ikan sebesar tapak tangan berenang-renang |
Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa ini menemani ibunya mengambil air untuk kegunaan harian; redup matanya menceritakan 1001 kisah duka masyarakat Sulu yang hidup tanpa bekalan air dan elektrik sejak sekian lama. |
Beratapkan rumbia, berlantaikan buluh; kedaifan ini melata ke seluruh Kepulauan Sulu. |
Pemandangan pekan di Kepulauan Sulu, aktiviti perniagaan di sini juga sekadarnya sahaja. Yang banyak dijual adalah makanan ringan --itu sahaja kemampuan mereka di sini. Selebihnya ubi,kelapa dan sumber alam menjadi sandaran mereka untuk hidup. |
Pemandangan laut lepas dan aktiviti laut masyarakat Sulu. |
Keadaan sebenar kedai di Kepulauan Sulu ..perhatikan deretan kedai yang usang dan jalan tanah |
Rumah di kawasan pantai juga ibarat perkampungan setinggan yang berasak-asak serta laluan yang sempit bertitikan buluh. |
Keadaan sekolah dari pintu masuk hadapan, ibarat hidup segan mati tidak mahu. |
Keadaan atap sekolah di Sulu yang sangat daif dan berlubang-lubang dan kayu yang mula mereput. |
Sekolah saudara seIslam di Filipina yang tidak mendapat perhatian , namun masih digunakan kerana masih ada yang sanggup mengajar walaupun tidaklah mendapat gaji yang setimpal. |
Keadaan dalam Masjid yang masih menanti sumbangan untuk disiapkan bagi kegunaan umat Islam di Sulu |
Kepulauan SULU mempunyai pantai dan pemandangan yang indah memukau. Tahukan anda kepulauan SULU di iktiraf dunia sebagai mempunyai pantai tercantik di dunia namun--belum diterokai. Rumah ini dihuni keturunan Pendakwah Islam (Syarif) yang pernah datang dan mengislamkan rakyat di sini. |
Ahli keluarga Pak Harun yang menjadi tempat singgah kami menyelami kesusahan kehidupan mereka yang digambarkan dengan imej negetif oleh media antarabangsa. Garis-garis kedut di mukanya serta wajah sayu anak-anaknya menggamit isi hati kami. |
Keadaan lantai rumah beralaskan kepingan buluh yang yang berlubang -lubang menggambarkan kesusahan kehidupan 8 sekeluarga |
Dalam kesusahan mereka sangat meraikan tetamu, kehadiran delegasi MISI KEMANUSIAAN KASIH SAYANG mewakili Rakyat Malaysia diraikan dengan penuh rasa ikatan persaudraan seolah-olah telah lama berkenalan dan mereka sangat mengharap agar kita bantu membela nasib mereka |
Beginilah keadaan dalam rumah umat ISLAM SULU , tiada bilik..inilah tempat tidur satu keluarga. Sesetengah anak lelaki dewasa perlu tidur di luar beralaskan lapik sekadarnya . Perhatikan anyaman buluh yang mulai mereput. Tiada elektrik, sumber air terhad dan tiada apa-apa. Kembali ke zaman tanah Melayu era 40-an |
Seorang anak muda SULU terpaksa menanti air untuk kegunaan keluarganya. Bekalan air untuk minum dan kegunaan harian terpaksa dicatu disana. |
Biarkan gambar ini menceritakan kesusahan RAKYAT SULU yang tertindas |
Gambar anak ini berjaya kami rakam; hibanya hati melihat kemelaratan mereka terpaksa ditanggung anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. |
Pengangkutan utama di SULU...dalam kesesakan lori ini seorang ibu terpaksa menyusukan anak kecilnya yang menangis kelaparan. Menitis air mata seorang ahli misi mengenangkan kesengsaraan yang dihadapai rakyat SULU . |
Kehidupan masyarakat yang dinafikan hak dan kewarganegaraan...wajah ini perlu digembirakan . Masyarakat Sulu mempunyai wajah orang Melayu.--Wajah Nusantara. Mereka kuat berpegang pada intipati ajaran Islam-Ketauhidan Kepada Allah. |
Persis stor dan tidak layak lagi dihuni...pemandangan ini biasa di SULU namun mereka tetap yakin kepada ALLAH dan kalimah syukur sentiasa meniti dibibir mereka. Begitu berbekas kesan dakwah ISLAM pada jiwa UMAT ISLAM SULU. |
Pemandangan Indah Kepulauan Sulu yang sangat mendamaikan jiwa ....masih banyak kawasan yang kami tidak sempat pergi ini hanya secebis dari beratus-ratus gugusan pulau di Kepulauan Sulu |
Kepulauan Sulu mempunyai "crystal clear water" ....kemasinannya kurang berbanding laut di Malaysia. Sangat berlainan suasana udara pantainya
Begitulah serba sedikti perkongsian foto dan gambaran kehidupan masyarakat Islam di SULU,
|
Raut wajah dan mata anak kecil yang tidak memahami apa-apa ini seperti cuba meyatakan sesuatu kepada kami. |
Setia si anak bersama ayah dalam kesukaran menimba air telaga untuk kegunaan harian mereka sekeluarga. Perlunya bantuan tangki bagi penyaluran bekalan air ke kampung di sana. |
Demi sebuah cinta , hulurkan bantuan kasih sayang ; tidak sanggup melihat si comel ini berterusan menanggung penderitaan |
Pemandangan tipikal rumah masyarakat SULU. Sesetengah mereka menggunakan tenaga solar bagi keperluan alatan elektrik asas |
Sunday, 16 September 2012
Misi Kemanusiaan Untuk Saudara Islam
Umum mengetahui Selatan Filipina sentiasa bergolak antara Mujahideen dan Kerajaan Filipina kerana perebutan kawasan yang berlaku semenjak Filipina di isytiharkan atas selembar perjanjian. Selatan Filipina masih tidak aman sehinggalah Malaysia diperlukan sebagai orang tengah bagi menamatkan perang bersenjata yang tidak berkesudahan .
Surat Penyerahan Borneo Oleh Kesultanan Sulu yang menjadi asas tuntutan Sultan Sulu "Palsu" keatas Sabah- Rujuk Kesultanan Sulu |
Gajah bertempur Pelanduk di tengah adalah bidalan yang sinonim dengan suasana di Selatan Filipina itu. Ratusan ribu penduduk kepulauan Sulu yang tidak bersalah terpaksa berhijrah ke kepulauan yang berhampiran mereka- SABAH. Suku SULUK ini adalah dari keluarga ISLAM semuanya. Mereka terpaksa berkayuh perahu merentas laut mencari tempat yang selamat. Suku Suluk atau Tausug adalah rakyat dari Kesultanan Sulu (Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Muslim yang pernah suatu masa dahulu menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450 oleh Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke negeri Sabah) Faktor geografi dan sejarah inilah menjadi penyebab utama suku Suluk berhijrah ke Sabah berlindung dari serangan dan kekacauan di negeri mereka yang bergolak .Rujuk sejarah Filipina (KLIK)
Sesetengah penganalisis politik mengatakan isu Selatan Filipina sama seperti di Palestin,Perjuangan mereka kerana menuntut hak negara mereka yang diambil secara perjanjian oleh penjajah |
Penghijrahan mereka ibarat anak ayam yang kehilangan ibu, berserakan tanpa hala tuju. Mereka dibenarkan menetap di Malaysia dengan pengeluaran 81,000 dokumen IMM13 sehingga 2009 sebagai pelarian perang ,ini bagi membolehkan mereka bergerak bebas tanpa menggunakan pas perjalanan di Sabah dan Labuan. Sebagai pelarian perang , kes mereka lebih parah memandangkan mereka tidak mengaku diri mereka sebagai rakyat Filipina, sebaliknya mereka masih berpegang mereka adalah rakyat Kesultanan Sulu. Kesultanan Sulu telah terpadam secara perjanjian oleh penjajah dengan mengisytiharkan wilayah Kepulauan Sulu termasuk dalam FILIPINA. Situasi ini menjadikan mereka hidup ibarat rakyat tanpa negara, tanpa kad pengenalan, tanpa hak pendidikan, tanpa hak pekerjaan dan apa-apa sahaja yang dinikmati mereka yang mempunyai kewarganegaraan mana-mana negara.
Tahniah buat kerajaan Malaysia kerana peka dan prihatin kepada Pelarian perang ini dengan membantu mewujudkan enam skim penempatan pelarian perang selatan Filipina yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dan diwartakan oleh kerajaan negeri Sabap.Walapun tidak mencukupi namun sedikit usaha telah dimulakan membantu mereka.
Sebagai saudara ISLAM apakah kita memandang sahaja saudara kita yang begitu sekali tertindas tanpa rasa perikemanusian , paling kurang kepada anak-anak kecil dan wanita , serta orang tua yang lemah. Keadaan mereka yang serba kekurangan untuk hidup di negara asing bukanlah suatu perkara yang mudah. Juga bukanlah kehendak mereka atas apa yang berlaku kepada mereka. Usaha menyumbang dan membantu mereka amat penting , walaupun ada sentimen dan isu yang timbul akibat kedatangan mereka ke Sabah , namun sebenarnya isu yang timbul lebih berkait rapat kepada suasana politik.
Kawasan yang menjadi pertikaian sekian lama kini dikenali ARMM |
Malaysia mempunyai rekod NGO yang murah hati memberikan bantuan kemanusiaan terutama kepada saudara seislamnya. Ikatan persaudaraan dan kasih sayang sebegitu wajar diteruskan. Perlunya satu usaha membantu juga pelarian perang Filipina ini; paling kurang untuk sesuap makanan agar dikala kita dalam kekenyangan biarlah perut mereka juga terisi dengan makanan. Apakah yang kita akan jawab dihadapan baginda Rasulullah saw, saudara Islam di luar kita hantarkan bantuan , sedangkan saudara seislam kita yang mendapatkan perlindungan dari kita, di dalam negara kita sendiri --- tidur dalam keadaan kelaparan dan kesejukan .Sempena Musim Qurban 1433 H ini Sekreteriat Harum mengambil inisiatif, tampil mengadakan Misi bantuan Kemanusiaan dengan menyedekahkan daging Qurban untuk Pelarian Perang dari Sulu ini agar mereka juga dapat menikmati keseronokan merayakan Aidiladha.
Antara Usaha Murni NGO ISLAM MALAYSIA yang menjadikan Malaysia terkenal di seantero dunia. Namun masih ada yang terpinggir dalam negeri kita sendiri.
Antara Usaha Murni NGO ISLAM MALAYSIA yang menjadikan Malaysia terkenal di seantero dunia. Namun masih ada yang terpinggir dalam negeri kita sendiri.
HALUAN menghantar misi kemanusiaan ke Acheh . |
Misi Kasih Sayang untuk SOMALIA dari rakyat Malaysia |
Misi Kemanusiaan dari Rakyat Malaysia melalui NGO ABIM |
0 komen:
Post a Comment