Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Thursday, March 7, 2013

Kiram Putar Alam




Tak boleh dipercaya sangat juga. Kalau yang rajin mengikuti sidang media Nor Misuari & Sultan Kiram, memang akan nampak kenyataan mereka yang tidak konsistendari semasa ke semasa.

Pada awal konflik, risikan Filipina melaporkan lebih kurang 1,500 dihantar ke Sabah sejak tahun lepas. Kiram mengakui. Nor Misuari kata bukan orangnya. Semalam dia kata ada orangnya terlibat tapi bukan atas arahannya.

Bila Malaysia menamatkan rundingan & mahu memulakan gempuran, Kiram kata dia telah hantar 8,500 orangnya ke Sabah. Bila dibom semalam, dengan nada marah dia kata lebih kurang, “memanglah kami kalah sebab tentera Malaysia ada 200,000 orang kami hanya 100 orang”. Habis mo percaya yg mana satu...? YANG PASTI MEREKA SUDAH ADA DI SABAH. Di mana? Tak pasti, tapi yg pasti ramai di Pantai Timur Sabah terutamanya di Lahad Datu, kerana ia yang paling hampir dengan kepulauan Filipina Selatan.

Masih ingat lagi tuntutan awalnya? Mereka mahu diiktiraf & meminta PATI Filipina tidak dihantar pulang. Dalam beberapa siri rundingan maam-macam lagi permintaan mereka. Akhirnya mereka mahu menuntut Sabah & yang terakhir mahu menuntut Sarawak sekali. Huhhhhh... sudah tukar kah?

Bagi yang mengenali mereka ini akan kenal betul wataknya, mengugut & cakap besar. Orang-orang Pantai Timur Sabah kenal sangat. Tak payah diulas lanjut. Dari segi pskiologi memang selalu berlaku, bahawa orang yang inferior & buruk akhlaknya akan SELALU MENGGAMBARKAN DIRINYA TERLALU SUPERIOR. Kenapa...? Untuk menutup kelemahannya. Mereka di Filipina Selatan sekarang tengah berebut kuasa & pengiktirafan. MILF vs MNLF & Sultan Bantilan vs Sultan Kiram. Itu tak masuk lagi organisasi-organisasi & sultan-sultan yang lain.

Cuma kita jangan anggap mudah masalah ini. ORANG BERSENJATA SANGAT BERBAHAYA WALAU SEORANG. Jika ternampak kelibat orang-orang yang meragukan, lapor kepada Polis. Itu saja tugas kita sebagai rakyat biasa. Tq.

0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More