Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Sunday, March 10, 2013

Misteri Penemuan Baju Jeneral Sultan Sulu Di Kampung Tanjung Batu

 


 

Polis masih berusaha mengenal pasti siapa jeneral pengganas Sulu yang terbunuh dalam pertempuran sengit di Kampung Tanjung Batu pagi kelmarin, sama ada ia Raja Muda Agbimudin Kiram atau orang kanannya.

Berdasarkan pakaian seragam tentera yang ditemui tertulis logo Tentera Kesultanan Sulu, dipercayai pakaian berkenaan milik orang kanan kumpulan pengganas terbabit.

Dalam pertempuran sengit jam 11.30 pagi itu, 31 pengganas termasuk seorang lelaki berpakaian seragam jeneral ditembak manakala selebihnya melarikan diri.


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, usaha dilakukan bagi mengenal pasti siapa lelaki yang memakai pakaian jeneral itu.

Senjata yang telah ditemui

Menurutnya, operasi menggempur saki-baki pengganas diteruskan sejak petang kelmarin hingga petang semalam yang bertumpu di Kampung Tanjung Batu, bersebelahan Kampung Tanduo.

Beliau berkata, berikutan operasi di kawasan tertentu di lokasi kampung itu, orang ramai dan penduduk dilarang masuk bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan operasi yang dijalankan hari ini (semalam). Pasukan keselamatan memastikan keselamatan Sabah kembali ke tahap asal,” katanya pada sidang media harian mengenai Op Daulat bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Residensi Sahabat, di sini semalam.

Sementara itu, Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan kini menjalankan operasi bagi memastikan tiada lagi pengganas di kawasan operasi.

Katanya, walaupun pasukan keselamatan menjalankan penggeledahan, tetapi ia tidak bermakna mereka tiada di kawasan itu. – Hmetro

0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More